Showing posts with label BOSNIA-HERZEGOVINA (2022) - Bihac / Jajce / Turbe / Travnik / Sarajevo / Jablanica / Mostar / Blagaj / Trebinje. Show all posts
Showing posts with label BOSNIA-HERZEGOVINA (2022) - Bihac / Jajce / Turbe / Travnik / Sarajevo / Jablanica / Mostar / Blagaj / Trebinje. Show all posts

Monday 7 November 2022

2022 BALKANS BHG. 04 (Bihac & Jajce)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 4: Bosnia-Herzegovina 1
BIHAC & JAJCE (Pliva Waterfall)

HARI KEDUA (1)

Part 12: Suasana Pagi di Safir Hotel

Seawal jam 3 pagi Myself dah terjaga dari tidur pada hari kedua di Balkans. Maklumlah perbezaan waktu di antara Malaysia dan Bosnia-Herzegovina adalah 6 jam. Ini bermakna ketika itu waktu di Malaysia dah pun pukul 8 pagi.

Suasana di luar Safir Hotel di Bihać, Bosnia-Herzegovina
Anjing besar yang melepak di depan pintu hotel
Sarapan pagi disediakan di Hotel Safir bermula jam 7 pagi. Safir dalam bahasa tempatan bermaksud Sapphire. Bosnia-Herzegovina adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Jadi memang tak susah untuk mendapatkan makanan Halal termasuk di hotel-hotel di sini. Kami juga diberitahu seluruh Balkans pernah dijajah tentera Ottoman dari Turki yang beragama Islam beratus-ratus tahun dahulu. Kesan dari penaklukan ini, hidangan babi sangat sukar ditemui di seluruh Balkans walaupun di kalangan penduduknya yang tidak beragama Islam sehingga sekarang.

Sarapan pagi di Safir Hotel di Bihać
Makanan Halal sangat mudah diperolehi di Bosnia-Herzegovina
Selepas bersarapan, kita berjalan-jalan sikit di depan hotel. Pada bulan Oktober seperti ini, seluruh Balkans termasuk Bosnia-Herzegovina sedang mengalami musim luruh. Waktu Solat Subuh masuk sekitar pukul 5.30 pagi dan Maghrib pula pada pukul 6.20 petang. Suhu pada pagi ini adalah 7'C.

Musim Luruh di Bihać
Berjalan-jalan menikmati suasana pagi autumn di Bihać
Bermesra dengan anjing besar di depan Safir Hotel
Berposing dengan kawan baru di Bihać
Selepas semua ahli Group telah bersedia, kami meninggalkan Bihać untuk menuju ke sebuah lagi bandar di Bosnia-Herzegovina yang bernama Jajce (disebut: Yay-shay).

Meninggalkan Safir Hotel
Memulakan perjalanan ke Jajce
Kami juga mempunyai teman baru sepanjang perjalanan di Bumi Balkans ini ~ Roamingman. Ini adalah kali pertama kami menggunakan khidmat pocket wifi ini. Memang puas hati menggunakannya kerana ia memberikan internet connection di semua negara Balkans yang kami lawati, kecuali Kosovo. Tapi disebabkan kami asyik melintas dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain dalam perjalanan ini, device ini perlu direboot untuk mendapatkan perkhidmatan di negara yang baru.

Peralatan Pocket Wifi Roamingman

Part 13: Dari Bihać Menuju Ke Jajce

Cuaca pada pagi ini sedikit sejuk dan berkabus. Namun keindahan suasana Musim Luruh di Bosnia-Herzegovina tetap terserlah.

Mehmet memberi penerangan tentang program lawatan pada hari ini
Suasana awal pagi di bandar Bihać
Sebelum kita melawat dengan lebih lanjut, apa kata kita berkenalan lebih dekat dengan negara yang bernama Bosnia-Herzegovina ini? Bosnia-Herzegovina adalah sebuah negara Balkan yang bersempadan dengan Croatia, Serbia dan Montenegro. Bilangan penduduknya hampir 4 juta orang yang terdiri dari 3 bangsa utama: Bosniak, Croat dan Serb. Ketiga-tiganya berasal dari kumpulan etnik yang dinamakan Southern Slavs. Mereka juga berkongsi bahasa pertuturan yang sama: Serbo-Croat.

Peta Bosnia-Herzegovina
Ibu negara Bosnia-Herzegovina bernama Sarajevo dan sebahagian besar muka bumi negara ini adalah bergunung-ganang. Ia juga mempunyai sedikit sempadan dengan Laut Adriatic (hanya sepanjang kira-kira 20 km) di bandar Neum. Negara ini juga sangat terdedah kepada gempa bumi. Sebuah gempa bumi besar pernah berlaku di Banja Luka pada tahun 1969 sehingga memusnahkan sebahagian besar bandaraya tersebut pada ketika itu.

Kabus pagi di Bosnia-Herzegovina
Keindahan pagi yang berkabus di Bosnia-Herzegovina
Seperti juga negara Croatia, Bosnia-Herzegovina adalah sebuah wilayah yang membentuk negara Yugoslavia pada satu masa dahulu. Ia ketika itu terdiri dari 2 buah wilayah yang berasingan: Bosnia dan Herzegovina. Selepas kematian pemimpin Yugoslavia yang bernama General Tito, Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia. Tindakan ini tidak disenangi oleh Wilayah Serbia yang dikuasai majoriti bangsa Serb yang menganggap diri mereka sebagai pewaris Yugoslavia.

Kawasan kediaman yang tipikal di Bosnia
Pada ketika itu penduduk Bosnia terdiri dari 3 bangsa utama: Bosnian Croat (~15%, Roman Katholik), Bosnian Serb (~30%, Kristian Orthodox) dan Bosniak (~50%, Islam). Kerajaan Bosnia yang berpusat di Sarajevo dikuasai oleh bangsa Bosniak dan mendapat sokongan Bosnian Croat.

Tindakan Kerajaan Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan tidak disenangi oleh penduduknya yang berketurunan Bosnian Serb yang setia kepada Serbia. Penduduk berketurunan Bosnian Serb ini banyak bertumpu di sebuah kawasan di timur Bosnia. Mereka menubuhkan kerajaan sendiri yang dinamakan sebagai Republika Srpska (disebut: Serps-ka). Pemimpin mereka bernama Radovan Karadžić (disebut: Radovan Karazik)

Karadžić mengancam untuk bertindak sekiranya Bosnia meneruskan hasrat untuk menuntut kemerdekaan dari Yugoslavia. Dengan sokongan dari Presiden Serbia yang bernama Slobodan Milošević (disebut: Slobodan Milosevik), Karadžić dan tenteranya di Republik Srpska yang diketuai oleh General Ratko Mladić (disebut: Ratko Meladik) memulakan Perang Bosnia. Mereka melaksanakan pembersihan etnik Bosniak dan Bosnian Croat untuk mengekalkan kekuasaan bangsa Serb di Bosnia. 

Sepanjang peperangan, tentera Bosnian Serb banyak melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk yang berbangsa Bosniak dan Bosnian Croat. Penduduk yang tidak berbangsa Serb turut diusir beramai-ramai dari tempat tinggal mereka. Selain itu, tentera Bosnian Serb turut melakukan pelbagai jenayah lain di luar perikemanusiaan seperti memperkosa para wanita supaya mereka melahirkan anak-anak yang berketurunan Serb serta membunuh tanpa sebarang sebab.

Satu insiden yang menarik perhatian dunia adalah pembunuhan beramai-ramai 8,000 orang dewasa dan kanak-kanak lelaki di Srebrenica (disebut: Sebrenika), sebuah bandar perlombongan garam berhampiran sempadan Serbia di bawah pimpinan General Ratko Mladić pada 13 Julai 1995Yang menyedihkan adalah pembunuhan ini gagal dihalang oleh tentera NATO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditempatkan di Srebrenica. 

Pada ketika itu, serangan demi serangan sering berlaku di Srebrenica. Oleh yang demikian, tentera PBB dan NATO merancang untuk memindahkan penduduk awam di Srebrenica ke sebuah tempat yang lebih selamat. Tentera Serb turut menawarkan diri untuk membantu proses pemindahan, kononnya atas dasar kemanusiaan. Pemindahan ini berlangsung dengan cara lelaki dan wanita dipisahkan, kononnya untuk kemudahan logistik. Ketika inilah dewasa dan kanak-kanak lelaki ini dijadikan tawanan oleh tentera Serb dan dibawa ke sebuah kawasan untuk dibunuh beramai-ramai. Pembunuhan ini hanya disedari oleh PBB dan NATO selepas mendapati mereka tidak sampai ke kem pelarian yang sepatutnya.

Beberapa minggu kemudian tentera Mladić semakin mengganas dengan melancarkan serangan bertalu-talu ke atas lokasi awam di Sarajevo. Merasakan kewibaan mereka sengaja dicalar oleh tentera Serb, NATO bertindak bersendirian melancarkan serangan ke atas pasukan Bosnian Serb pada 30 Ogos 1995 yang seterusnya memaksa mereka menyerah kalah dan bersetuju untuk mengadakan perundingan damai di Dayton, Ohio di bawah tajaan Amerika Syarikat. Perjanjian Dayton seterusnya ditandatangani di Paris pada 14 Disember 1995 untuk menamatkan Perang Bosnia.

Perjanjian Dayton mewujudkan sebuah negara persekutuan yang terdiri dari gabungan wilayah Bosnia dan Herzegovina yang dinamakan Federation of Bosnia and Herzegovina (FBiH) dan Republika Srpska. FBiH dengan ibu kotanya Sarajevo terletak di sebelah barat dan tengah Bosnia, dan dikuasai oleh bangsa Bosniak (majoriti) dan Bosnian Croat. 

Republika Srpska yang dikuasai oleh Bosnian Serb pula terletak di 2 kawasan berbeza di utara dan tenggara. Sebuah self-governing territory yang dinamakan Brčko District (disebut: Birch-ko District) terletak di antara keduanya. Ibu kota bagi Republika Srpska adalah Banja Luka (disebut: Ban-ya Luka). Walaupun Republika Srpska turut membentuk sebahagian dari negara baru ini, ia tidak disebut langsung dalam nama rasmi negara baru tersebut: Bosnia-Herzegovina. Sehingga kini, penduduk Republika Srpska masih mengekalkan kesetiaan mereka kepada kerajaan Serbia di Belgrade sekalipun wilayah mereka membentuk sebahagian dari Bosnia-Herzegovina dan tidak menjadi sebahagian dari negara Serbia.

Peta negara Bosnia-Herzegovina yang menunjukkan kedudukan Federation of Bosnia and Herzegovina, Republika Srpska dan Brčko District
Kebanyakan jalan yang dilalui adalah jalan dua lorong
Pemandu bas kami, Dragan yang berasal dari North Macedonia
Husband bergambar bersama Dragan. Macam rupa saudara kembar. Hahaha!
Mentari bersinar di bumi Balkans
Menuju ke kawasan pergunungan
Suasana perjalanan di Bosnia-Herzegovina
Perjalanan seterusnya banyak merentasi kawasan pergunungan. Malah perkataan Balkans sendiri juga sebenarnya bermaksud Highlands.

Keindahan pemandangan di Bosnia-Herzegovina memang sangat memukau. Bila melihat keindahannya kini, seolah memang tak tersangka yang negara ini pernah mengalami peperangan yang sangat getir selama hampir 4 tahun bermula 1992-1995.

Pergunungan yang super tinggi juga mengingatkan Myself kepada pemandangan di Switzerland. Selama ini kita sangka cuma Switzerland yang mempunyai pergunungan yang memukau ketinggiannya. Rupa-rupanya ada tempat lain seperti Balkans yang boleh menandingi pemandangan di Switzerland itu. Kerana itulah Allah berfirman menyeru hamba-Nya berjalan dan meneroka isi muka bumi dengan tujuan untuk mencari ilmu, melihat kebesaran ciptaan-Nya, melihat kekuasaan-Nya dan mencari rezeki. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam al-Quran yang menyebut perkataan 'berjalanlah' atau 'mengembaralah' di muka bumi.

Keindahan Musim Luruh di Balkans
Walaupun jalan rayanya sempit, kualiti jalan rayanya sangat baik
Menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT sambil mengembara di bumi Balkans
Disebabkan negara Balkans kecil-kecil, boleh dikatakan tak ada tempat yang terpencil. Sentiasa kelihatan rumah penduduk di sana-sini.
Masjid sangat banyak dilihat di seluruh Bosnia-Herzegovina
Perumahan penduduk lagi...

Part 14: Happy Hour di Bingo @ Jajce

Selepas berjalan selama 2 jam, bas membuat perhentian Toilet Stop di sebuah supermarket yang bernama Bingo berhampiran bandar Jajce. Perhentian Toilet Stop ini digelar oleh Tour Leader kami sebagai Happy Hour.

Supermarket Bingo di Jajce
Sambil bas berhenti untuk Happy Hour, ramai juga ahli rombongan kami yang mengambil kesempatan melawat dan membeli-belah di supermarket ini. Bingo adalah sebenarnya rangkaian supermarket yang besar di seluruh Bosnia-Herzegovina. Ia boleh ditemui di mana-mana saja. Toilet di supermarket ini besar, bersih dan selesa. Oleh kerana Bosnia-Herzegovina adalah negara Islam, public toilet di negara ini sentiasa mempunyai bidet untuk kemudahan beristinjak.

Happy Hour di Bingo yang pertama di Balkans. Kami memang banyak membuat Happy Hour di Bingo seluruh Bosnia-Herzegovina.
Bingo juga menjual pelbagai barangan kegunaan harian seperti makanan basah dan kering, coklat, pakaian dan sebagainya. Setiap kali singgah di Bingo di mana-mana, memang akan ada ahli Group yang mengambil kesempatan shopping barangan seperti coklat, kasut, pakaian dan sebagainya. Harga barangannya murah dan terjangkau. Kualiti barangannya juga baik, maklumlah mengikut standard barangan di Eropah.

Selain shopping, Bingo juga adalah persinggahan favourite kami untuk menikmati kopi, teh dan hot chocolate di dalam perjalanan. Cuma masalahnya, minuman di Bingo perlu diminum di kafe sendiri dan tak boleh take-away.

Kafe di Bingo, Jajce
Satu lagi pemandangan di dalam kafe
Supermarket
Kedai produk kesihatan
Kawasan perumahan berhampiran Bingo
Meninggalkan Bingo

Part 15: Pliva Waterfall

Selepas kira-kira 3 jam bertolak dari Bihać, kami tiba di bandar Jajce. Tapi destinasi kami bukanlah kota ini. Tujuan kami sebaliknya adalah nak melawat ke sebuah air terjun yang terletak berhampiran.

Tiba di Jajce
Tanah perkuburan Islam cukup banyak dan mudah ditemui di hampir seluruh pelusuk negara Bosnia-Herzegovina. Inilah legasi dari Perang Bosnia yang pernah melanda negara ini pada suatu masa dulu.
Bandar Jajce yang ditinggalkan untuk menuju ke Pliva Waterfall
Bendera Republika Srpska seperti ini banyak dilihat di kawasan-kawasan kediaman penduduk berbangsa Serb di Bosnia.
Air terjun yang kami lawati adalah Pliva Waterfall. Ia terletak di pertemuan Sungai Pliva dan Sungai Vrbas berhampiran bandar Jajce.

Kota-kota kecil seperti yang terlihat di atas bukit sana cukup banyak dilihat di serata Balkans.
Tempat parking bas di Pliva Waterfall
Pemandangan di tempat parking bas
Air terjun ini tidak dapat dilihat dari tempat parking bas. Kita perlu berjalan kaki sedikit ke bawah bukit untuk melihatnya.

Ada tiket dikenakan untuk melawat air terjun ini. Tak tahu berapa caj tiket yang dikenakan kerana kesemuanya telah dibayar menerusi pakej percutian kami. Pembelian tiket juga diuruskan oleh Tour Guide kami, Mehmet.

Ticket booth
Mehmet
Berjalan lebih jauh ke dalam
Sungai yang cantik dan jernih
Pemandangan yang mengingatkan kami kepada suasana di New Zealand
Sungai Vrbas yang mengalir deras
Pliva Waterfall sangat hebat. Deruan air terjun ini kedengaran sangat kuat sejak dari kejauhan. Percikan air juga dah membuatkan kita kebasahan dari satu jarak yang jauh.

Pliva Waterfall dan Sungai Vrbas
Percikan air yang membuatkan kita kebasahan dah terasa dari sini
Platform pemerhatian
Jom naik tangga di sana...
Tangga naik ke platform pemerhatian di tingkat atas
Pemandangan dari platform pemerhatian di tingkat atas
Pliva Waterfall
Satu ketika dulu, Air Terjun Pliva mempunyai ketinggian 30 meter. Namun selepas sebuah gempa bumi yang berlaku sewaktu Perang Bosnia, sebahagiannya runtuh meninggalkan ketinggiannya sekarang yang hanya 22 meter.

Deruan Pliva Waterfall sangat mendamaikan. Keindahannya juga menyebabkan kita lupa semua masalah yang sedang dihadapi. Kita nikmati lagi pemandangan indah di Pliva Waterfall ini sebelum melangkah pergi...

Pelangi adalah simbol kedamaian dan terdapat sebuah pelangi yang terbentuk di Pliva Waterfall. Maka kita turut bergambar dengan pelangi ini. Mudah-mudahan seperti gambaran Sang Pelangi, keamanan dan kedamaian akan terus berkekalan dan berpanjangan di negara indah Bosnia-Herzegovina yang pernah mengalami perang yang sangat menyakitkan dulu.

Pelangi nan indah di Pliva Waterfall
Bergambar dengan pelangi
Dah tiba masa untuk melangkah pergi...
Pliva Waterfall kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang indah. Ini baru hari kedua di bumi Balkans dan hari pertama kami explore Bosnia-Herzegovina. Banyak lagi tempat yang nak pergi ni...

Pliva Waterfall
Sungai Vrbas yang mengalir deras
Mencari jalan pulang...
Keindahan ciptaan Tuhan
Pulang...
Mengintai keindahan Sungai Vrbas buat kali terakhir
Ahli-ahli Group yang berjalan di belakang kita.
Denai hutan
Sampai di tempat bas, Abang menunjukkan kepada kita kasutnya yang rosak ketika hiking yang tak seberapa di Pliva Waterfall tadi. Pada masa ini kita cuma gelakkan Abang. Tak tahu pun yang Myself sendiri juga akan mengalami Tragedi Kasut lewat petang nanti...

Signboard dekat tempat parking bas
Keindahan alam di bumi Bosnia
Tiba kembali ke tempat parking bas
Ada kemudahan tandas berbayar di sini. Bayaran dalam Euro juga diterima
Meninggalkan Pliva Waterfall menuju ke destinasi yang seterusnya


Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):