Saturday, 17 December 2022

2022 BALKANS BHG. 24 (Budva 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(MONTENEGRO: Kotor, Budva & Bar)

Bahagian 24: Montenegro 5
BUDVA (Budva Old City 2)

HARI KELIMA (5)

Part 64: Budva Beach (Plaža Ričardova Glava)

Atas cadangan Mehmet, kami berkunjung ke pantai yang terletak betul-betul di luar tembok kota Budva. Mula-mulanya Mehmet hesitate juga nak recommend kami ke sana. Tapi kemudian dia menukar fikiran, "Never mind, there are no more naked people there", kata Mehmet. Alamak, kat sini pun ada pantai bogel macam kat Dubrovnik juga?! Kata Mehmet selamat mata dah kalau nak pergi ke situ sekarang sebab musim berenang dah tamat. Kalau tidak tumbuh pulak ketumbit kat mata. Hahahahh!!

Pantai ini sebenarnya bernama Plaža Ričardova Glava, tapi untuk kemudahan kita panggil sajalah pantai ini sebagai Budva Beach.

Budva Beach
Nama sebenar pantai ini ialah Plaža Ričardova Glava
Seperti kata Mehmet dah tak ada orang berenang sangat kat sini pada masa itu. Cuma ada beberapa orang saja yang tengah berjemur. Kalau di musim summer katanya, memang ada ramai Minah Salleh yang topless kat sini.

Pemandangan menghala ke Santa Maria in Punta Church
Santa Maria in Punta Church
Matahari dah mula nak terbenam masa ini
Pantai di sini agak berbatu juga
Bangunan lama di Budva Old City yang diperhatikan dari pantai
Port yang bagus untuk posing dan memancing
Lubang-lubang kecil pada tembok kota Budva yang digunakan oleh pemanah untuk mempertahankan kota pada zaman dulu-dulu.
Posing kat tepi tembok kota
Di tepi pantai ini juga kita dapat melihat sebuah benteng pertahanan yang masih tegak berdiri sehingga kini. 

Salah sebuah benteng pertahanan Budva Old City
Benteng ini mesti sangat berjasa mempertahankan Budva dari serangan pada masa dahulu
Pemandangan menghala ke Santa Maria in Punta Church
Pulau yang kelihatan di sana adalah Sveti Nikola Island (St. Nicholas Island)
Menara yang tinggi di sana adalah milik St. Ivan Church
Bergambar kenangan di Budva Beach
Di Budva Beach ini juga ada sebuah hotel yang moden dan mewah bernama Hotel Avala Resort. Kalau sesiapa berminat nak menginap di Budva, mungkin boleh mencuba menginap di sana.

Hotel Avala Resort terletak di seberang sana
Pemandangan lebih dekat Hotel Avala Resort
Jeti di tengah pantai
Ombak Laut Adriatic yang menghempas jeti

Part 65: Meninggalkan Budva 

Selepas dah puas menikmati pemandangan di pantai, kami masuk kembali ke dalam kota untuk keluar menerusi Pizana Gate. Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di tepi loceng besar di luar kota dekat pintu ini.

Bergerak menuju ke Pizana Gate
T-shirt gambar General Tito yang merupakan bekas pemimpin Yugoslavia pada masa dahulu.
Suasana damai di Budva Old City
Tempat-tempat bersejarah ditandakan dengan jelas di dalam Budva Old City
Rumah kediaman di Budva Old City
Restoran Greek di Budva Old City
Sebuah lagi restoran Cina di Budva Old City yang dinamakan Restoran Hong Kong
Pintu keluar dari Budva Old City
Kami tak jumpa Pizana Gate, tetapi terjumpa sebuah pintu lain. Oleh kerana Budva Old City ini tak besar, kami decide keluar saja dari pintu ini sebab ia juga menghala ke Pelabuhan Budva, sama seperti Pizana Gate. Lepas itu kita jalan sajalah dari pintu ini menyusur pelabuhan sehingga sampai ke Pizana Gate.
 
Kapal-kapal layar mewah yang berlabuh di Port of Budva
Kapal layar yang ini dimiliki oleh sebuah kasino di Budva
Sambil berjalan ke tempat berkumpul, kita jamu-jamu mata melihat kapal-kapal mewah yang berlabuh di Pelabuhan Budva.

Nak posing juga dengan sebuah kapal dan kereta mewah

Tempat berkumpul yang ditetapkan di tepi Loceng Besar 
Menikmati pemandangan Pelabuhan Budva sambil menunggu ahli-ahli Group berkumpul.
Lepas semua dah berkumpul, kami bergerak menyusuri Pelabuhan Budva lagi menuju ke tempat bas menunggu.

Kapal Selam untuk pelancong
Berjalan menuju ke tempat bas menunggu
Pakcik Bot yang bermurah hati memberi makan kepada kucing
Masih berjalan menuju ke tempat bas menunggu
Bas menunggu di tepi taman ini
Bergerak meninggalkan Budva
Goodbye, Budva!

Part 66: Sveti Stefan

Selepas meninggalkan Budva, kami bergerak menuju ke Bar. 

Budva
Pemandangan sewaktu meninggalkan Budva
Resort mewah berhampiran Budva
Perjalanan ke Bar
Budva yang semakin jauh ditinggalkan
Dalam perjalanan kami membuat persinggahan panorama untuk melihat Sveti Stefan Island (St. Stephen's Island).

Panoramic stop untuk melihat Sveti Stefan
Seluruh pulau Sveti Stefan kini telah menjadi sebuah resort mewah yang dimiliki oleh usahawan dari Singapore. Pulau ini cuma boleh dimasuki oleh penginap sahaja. Ramai selebriti dunia pernah menginap di resort ini terutama bintang-bintang Hollywood.

Pulau Sveti Stefan
Pemandangan lebih dekat Sveti Stefan Island
Laluan masuk ke Sveti Stefan
Bangunan-bangunan di atas Pulau Sveti Stefan
Bandar Budva di kejauhan
Budva cuma terletak kira-kira 6 km dari Sveti Stefan
Pemandangan sewaktu meninggalkan Sveti Stefan

Part 67: Selemiye Mosque and Islamic Cultural Center

Tujuan kami ke Bar adalah sebenarnya untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Dahsyat bunyinya pergi ke bar untuk bersolat, kan? Hahaha! Sebenarnya Bar adalah bandar pelabuhan terbesar di Montenegro. Kata Mehmet ada sebuah masjid besar di sana.

Bar
Bar adalah bandar pelabuhan terbesar di Montenegro
Pulau kecil di perairan Bar
Roundabout di Bar
Sebuah bangunan di Bar
Gereja Roman Katholik St. Peter The Apostle
Bar juga mempunyai sebuah Old Town tetapi kami tak pergi ke sana
Sebenarnya ada beberapa buah masjid di bandar Bar. Mehmet membawa kami ke Selimiye Mosque and Islamic Cultural Center yang merupakan masjid terbesar di Montenegro. Ia dibina dari 2002-2014 dengan bantuan dari Kerajaan Turkiye.

Selimiye Mosque and Islamic Cultural Center
Perkarangan masjid
Pemandangan di perkarangan masjid
Pintu masuk ke Ruang Solat Wanita
Pemandangan dari depan pintu masuk ke Ruang Solat Wanita
Plak perasmian masjid
Disebabkan masjid ini dibina oleh Kerajaan Turki, senibina masjid ini juga menggunakan senibina Turki.

Menara masjid
Tempat Wuduk
Laluan ke Ruang Solat Utama
Kubah kecil di Ruang Solat Utama
Pintu masuk ke Ruang Solat Utama
Pemandangan di Ruang Solat Utama
Mihrab
Stained Glass
Ahli-ahli Group
Pemandangan Selimiye Mosque and Islamic Cultural Center dari luar
Di sebelah masjid ini ada pokok-pokok zaitun yang telah berusia beratus-ratus tahun. Pemandangan pokok-pokok zaitun begini sebenarnya sangat common di Balkans. Di semua bandar mesti ada pokok-pokok begini yang boleh kita lihat.

Pokok-pokok zaitun yang telah berusia beratus-ratus tahun
Suasana ketika meninggalkan Bar
Bangunan-bangunan di tepi pantai


Bersambung ke Bahagian 25...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: