Monday, 21 November 2022

2022 BALKANS BHG. 11 (Mostar 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 11: Bosnia-Herzegovina 7
MOSTAR (Mostar Old City 2)

HARI KETIGA (3)

Part 31: Crooked Bridge

Selepas melawat Stari Most, Ali membawa kami melawat ke sebuah jambatan lain yang dinamakan Crooked Bridge (Kriva ćuprija).

Berjalan menuju ke Crooked Bridge
Posing sekejap kat tepi jalan
Rabobolja Creek, anak sungai Neretva River
Ada banyak restoran yang menarik di bandar lama Mostar
Crooked Bridge adalah sebuah jambatan yang rupanya sama dengan Stari Most tetapi saiznya jauh lebih kecil. Ia dibina merentang Rabbolja Creek, sebatang anak Sungai Neretva. Jambatan ini juga dikatakan dibina oleh Hayrudin, sebagai testing ground sebelum dia membina Stari Most.

Crooked Bridge
Dataran kecil berhampiran Crooked Bridge
Mendengar penerangan dari Ali mengenai Crooked Bridge
Seperti Stari Most, Crooked Bridge juga menerima pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO. Jambatan ini malangnya rosak dalam satu kejadian banjir pada tahun 2000. Ia diperbaiki semula oleh UNESCO pada tahun 2001 dengan pembiayaan dari Kerajaan Luxembourg.

Berehat di tepi Crooked Bridge
Masjid di atas bukit berhampiran Crooked Bridge
Berjalan menyeberang Crooked Bridge
Pemandangan dari Crooked Bridge
Bangunan-bangunan lama yang dibina di zaman Ottoman
Mengambil gambar pemandangan dari atas Crooked Bridge
Pemandangan dari seberang jambatan

Part 32: Jalan-Jalan di Mostar Old Town

Ali meninggalkan kami selepas melawat Crooked Bridge dan kami diberi masa untuk shopping dan berjalan-jalan sendiri di Mostar Old Town sehingga waktu makan tengah hari.

Mostar Old Town
Jalan-jalan di Mostar Old Town
Singgah di sebuah kedai menjual skarf
Singgah di sebuah kedai buku untuk mencari info tentang Mostar dalam Bahasa Inggeris
Bertemu dengan buku yang dicari. Penulisnya adalah pemilik kedai buku ini sendiri.
Pemandangan Crooked Bridge yang kami lawati tadi
Pemandangan Masjid Nezir-agina Džamija yang terletak di atas bukit berhampiran Crooked Bridge
Kami juga bertemu dengan Hamam Museum sewaktu berjalan-jalan di Mostar Old Town. Muzium ini adalah sebuah Hamam (Pusat Mandian) sebenar di zaman Ottoman dahulu. Muzium ini walau bagaimanapun tidak dibuka ketika itu.

Hamam Museum
Pemandangan berhampiran Hamam Museum
Ada terlalu banyak masjid di Mostar dan dari pemerhatian kami, masjid-masjid ini masih digunakan. Di hadapan Hamam Museum juga ada sebuah masjid lama yang dinamakan Tabačica Mosque. Ia dibina tidak jauh dari Stari Most berhampiran kawasan yang dinamakan Tabhana yang merupakan sebuah pusat menyamak kulit binatang pada masa dahulu. Nama masjid ini Tabačica adalah sempena pengguna utamanya ~ penyamak kulit binatang (Tabac dalam Bahasa Bosnia).

Tabačica Mosque
Pintu masuk ke Tabačica Mosque
Perabot dan permaidani antik
Tingkap kayu
Pemandangan di dalam Tabačica Mosque
Mimbar
Perhiasan di dalam masjid yang telah pudar
Chandelier
Verandah kayu di tingkat atas
Pemandangan di bahagian belakang masjid
Kemudian kami terus berjalan-jalan menikmati suasana di Mostar Old Town.


Part 33: Emen Restaurant

Tiba masa yang ditetapkan kami berkumpul di Emen Restoran untuk makan tengah hari. Restoran ini sebenarnya telah ditunjukkan awal-awal tadi oleh Mehmet sebelum kami diberikan free time untuk explore Mostar Old City.
   
Emen Restoran
Hotel Emen di sebelah Emen Restoran
Suasana di dalam Emen Restoran
Restoran ini mempunyai perhiasan dinding yang cantik
Sup untuk pembuka selera
Hidangan lunch hari ini adalah Cevapi yang sedap tetapi portion yang diberi sangat besar untuk dihabiskan seorang diri.
Untuk dessert pula, boleh pilih mana-mana ais kerim yang berkenan dari sini
Pelbagai perisa ais kerim yang ditawarkan untuk pilihan
Kita tetap pilih Ais Kerim Vanilla

Part 34: Meninggalkan Mostar

Lawatan kami ke Mostar berakhir selepas makan tengah hari. Kami diberitahu bas parking di belakang Peace Bell Tower dan kami perlu berjalan ke sana. 

Berjalan menuju ke tempat parking bas
Bas parking di belakang Peace Bell Tower di sana
Mostar bukan hanya dihuni penduduk yang beragama Islam. Dalam perjalanan ke tempat parking bas, kami turut melalui sebuah Jewish Synagogue yang kini telah ditukar fungsi menjadi sebuah Puppet Theatre.

Jewish Synagogue lama yang kini telah ditukar menjadi Puppet Theatre
Pemandangan di perkarangan Jewish Synagogue
Signboard di tepi Jewish Synagogue
Peace Bell Tower dibina di belakang sebuah gereja Franciscan Roman Katholik yang bernama Church of Saints Peter and Paul. Gereja ini adalah sebuah gereja moden tetapi turut menjadi mangsa serangan pasukan Serb-Montenegro sewaktu perang pada tahun 1992. Ia kini telah dibaiki dan dibina semula. Peace Bell Tower di belakang gereja ini yang setinggi 107 meter adalah menara loceng yang tertinggi di Southeast Europe.

Peace Bell Tower di belakang Church of Saints Peter and Paul
Peace Bell Tower ini adalah menara loceng yang tertinggi di Southeast Europe
Menara ini sebenarnya dibuka untuk lawatan
Pintu masuk ke gereja
Pandangan Peace Bell Tower dari hadapan
Info mengenai Peace Bell Tower
Ada sebuah gereja lama yang pernah berdiri di kawasan ini sebelum bangunan gereja sekarang dibina
Pengunjung-pengunjung di depan gereja
Bas kami parking di sana...


Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: