Saturday 27 February 2021

2021 TRAVEL REVIEW 06 - ASIA TENGGARA (THAILAND 2: CENTRAL THAILAND)

Februari 2021

Travel Review 06 - Asia Tenggara
THAILAND (Central Thailand)

Selain Southern Thailand dan Bangkok, Myself dan Husband juga berpeluang berkunjung ke beberapa buah tempat yang menarik di Central Thailand: Khao Yai, Ayutthaya dan Kanchanaburi. Walaupun bersejarah dan istimewa, tempat-tempat ini agak jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Mungkin kerana kurang promosi di samping sukar sedikit nak mendapatkan makanan Halal kerana tidak seperti di Bangkok dan Southern Thailand, tak ramai orang Islam tinggal di kawasan ini.

 Peta travel kami di Central Thailand

Khao Yai

Khao Yai terletak kira-kira 122 km di utara Bangkok. Selain Lopburi, ia adalah wilayah yang terkenal dengan penanaman Bunga Matahari.

Ladang Bunga Matahari di Khao Yai
Bunga Matahari yang paling handsome
Satu tarikan yang sempat kami kunjungi sewaktu di Khao Yai adalah Palio Khao Yai. Ia dibina bagaikan sebuah bandar di Tuscany, Italy. Pemandangan di sini memang menarik namun malangnya Myself ada terbaca yang ia telah ditutup sekarang kerana tak dapat bertahan penangan Covid-19.

 Palio Khao Yai
Juga sewaktu di Khao Yai, kami berkesempatan berkunjung ke Jim Thompson Farm. Ladang ini istimewa kerana di samping merupakan sebuah working farm, ia hanya dibuka untuk lawatan umum sebulan dalam setahun iaitu dalam bulan Disember. Bunga-bunga yang ditanam di Jim Thompson Farm ini membuatkan kita merasa seolah-olah berkunjung ke New Zealand dalam musim panas. Jim Thompson adalah warga Amerika yang bertanggungjawab memperkenalkan Thai Silk ke seluruh dunia. Dia hilang secara misteri sewaktu bercuti di Cameron Highlands, Malaysia pada tahun 1960-an dulu.

Jim Thompson Farm
Kenderaan Ladang
Pemandangan kebun bunga dari Ladang Marigold
 Kampung Isan di Jim Thompson Farm. Sebahagian besar pekerja di Jim Thompson Farm adalah terdiri dari Kaum Isan yang menghuni kawasan Thailand di sebelah sini.
Sawah padi berhampiran Kampung Isan di Jim Thompson Farm
Jim's Market yang menjual pelbagai barangan jenama Jim Thompson
Ladang Bunga Cosmos di Jim Thompson Farm

Ayutthaya

Ayutthaya adalah ibukota bagi Kerajaan Thailand sebelum berpindah ke Bangkok. Kota ini yang pernah menjadi kota terbesar di dunia musnah diserang oleh Kerajaan Burma dari Myanmar yang irihati dengan kemewahannya. 

Phra Mongkorn Bophit di Ayutthaya
Kota lama Ayutthaya kini hanya tinggal runtuhan-runtuhan kuil dan istana lama yang pernah berdiri megah di zaman kegemilangannya. Lost Kingdom ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Runtuhan-runtuhan kuil purba di Ayutthaya

Kanchanaburi

Kanchanaburi yang terletak bersempadan dengan Myanmar adalah sebuah kota yang penuh dengan sejarah pedih kekejaman tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Di sinilah kita dapat melihat Landasan Keretapi Maut yang dibina oleh Tentera Jepun dalam usaha mereka ingin menakluk India.

Mengikut sejarahnya, Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Demi mengelakkan negaranya dari dijajah Jepun, Raja Thailand ketika itu telah memberi kebenaran kepada tentera Jepun untuk membina landasan keretapi dari Bangkok ke Burma (kini dipanggil Myanmar) untuk memudahkan pergerakan tentera mereka menuju ke India. Landasan ini dibina menggunakan tawanan perang yang terdiri dari tentera British, Australia, Belanda dan Amerika serta buruh-buruh paksa yang terdiri dari rakyat tempatan yang ditangkap oleh Jepun di negara jajahan takluk mereka ketika itu seperti Malaysia dan Singapura. Ramai yang terbunuh sewaktu pembinaannya disebabkan penyakit, kekurangan makanan dan disiksa oleh tentera Jepun kerana dianggap malas bekerja. Disebabkan sejarah pahit inilah landasan ini kini dikenali sebagai Landasan Keretapi Maut (Death Railway).

 Bridge on the River Kwai yang merupakan sebahagian dari laluan Keretapi Maut Burma-Thai. Jambatan ini dibina oleh buruh paksa tawanan perang Jepun.
Sejarah kekejaman Jepun ini masih boleh dilihat di JEATH War Museum dan War Cemetery di Kanchanaburi. JEATH War Museum dibina menyerupai kem tahanan perang Jepun pada ketika itu. Perkataan JEATH pada muzium ini adalah singkatan kepada nama negara-negara yang terlibat langsung dengan peristiwa pembinaan Landasan Keretapi Maut ketika itu ~ Japan, England, Australia, Thailand dan Holland. Kanchanaburi War Cemetery pula adalah tempat persemadian tentera-tentera British, Australia dan Holland yang terbunuh sewaktu menjadi buruh paksa dalam pembinaan landasan keretapi ini.

Kanchanaburi War Cemetery
JEATH Museum yang dibina menyerupai kem tawanan perang Tentera Jepun pada masa Perang Dunia Kedua
Senarai bilangan tahanan perang yang maut dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut. Jumlah sebenarnya mungkin lebih besar lagi kerana yang direkodkan di sini cuma mayat-mayat yang ditemui.
Sebahagian Landasan Keretapi Maut ini masih digunakan oleh Thailand State Railway pada masa sekarang. Ia juga dibuka kepada pelancong yang ingin menyusuri sejarah ini. Kami berkesempatan menaiki keretapi Death Railway ini dari stesen di River Kwai Bridge sehingga ke Thamkrasae. 

Death Railway tiba di River Kwai Bridge Station
Pemandangan di dalam Death Railway
Pemandangan yang sangat tidak dilupakan sewaktu menaiki Death Railway ini ialah ketika melintasi jambatan kayu Wang Pho Viaduct di tepi River Kwai. Jambatan ini dibina sangat tinggi dan binaannya sangat menakjubkan. Ia sebenarnya layak menjadi World Heritage Site tetapi tidak diberi pengiktirafan begitu disebabkan sejarah pembinaannya yang menggunakan buruh paksa tawanan perang.

Jambatan kayu Wang Pho Viaduct di tepi River Kwai
Pemandangan ketika Death Railway sedang melintasi Wang Pho Viaduct
Jurang dalam di bawah Wang Pho Viaduct. Ngeri weyyy !!!
Untuk merasai secara first hand pengalaman yang dirasai oleh tawanan perang yang membina Landasan Keretapi Maut ini, kami dibawa pula ke Hellfire Pass. Di sini masih dapat dilihat kesan-kesan landasan lama yang belum sempat disiapkan sewaktu Perang Dunia Kedua tamat. Ada juga sebahagian landasan yang dimusnahkan oleh Tentera British selepas Tentera Jepun ditewaskan. Landasan ini sengaja dimusnahkan untuk memastikan ia tidak akan lagi dapat digunakan oleh Tentera Jepun jika mereka kembali berkuasa. Di kawasan ini jugalah kuburan beribu-ribu mayat tawanan buruh paksa ditemui selepas perang tamat. Memang seram berjalan di sini, seolah-olah ada roh-roh mereka yang sedang memerhatikan kita.

Hellfire Pass di Kanchanaburi
Kesan landasan yang telah dimusnahkan di Hellfire Pass
Jurang untuk laluan landasan keretapi ini dibina dengan tangan oleh buruh-buruh paksa Jepun. Bandingkan kedalamannya dengan pokok jati yang masih tegak berdiri.
Memorial Obelisk yang dibina oleh Kerajaan Australia untuk memperingati tawanan-tawanan perang yang dijadikan buruh paksa di sini.
Pemandangan keseluruhan Hellfire Pass


Kisah penuh perjalanan kami di Central Thailand boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

Friday 26 February 2021

2021 TRAVEL REVIEW 05 - ASIA TENGGARA (THAILAND 1: SOUTHERN THAILAND & BANGKOK)

Februari 2021

Travel Review 05 - Asia Tenggara
THAILAND (Southern Thailand & Bangkok)

Myself pernah melawat ke Thailand sebanyak 3 kali. Kali pertama ke Southern Thailand (Haadyai & Songkhla), kali kedua hanya ke Bangkok dan kali ketiga ke Bangkok & Central Thailand (Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi). Tidak seperti Singapore & Brunei, Thailand memang masuk dalam list tempat favourite bagi Myself.

Peta Thailand

Southern Thailand (Haadyai & Songkhla)

Kali pertama Myself melawat ke Thailand adalah ketika mengikut rombongan kawan-kawan Emak dan Ayah membuat shopping trip ke Haadyai di Southern Thailand. Bila dah namanya shopping trip memanglah banyak masa dihabiskan dengan pergi shopping. Kami menaiki bas persiaran yang disewa khas direct dari Batu Gajah di Perak menuju ke Haadyai.

 Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah
Haadyai
Dalam sibuk shopping-shopping, sempat juga kami dibawa melawat ke Temple of Reclining Buddha dan Samila Beach di Songkhla. Pada tahun 1996 seperti itu, rasa-rasanya itu sajalah tempat menarik yang ada di sana. Bila Myself baca blog orang-orang yang bercuti ke Haadyai dan Songkhla sekarang, macam dah ada banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati. Mungkin dah tiba masanya untuk kami revisit kembali ke Haadyai dan Songkhla.

 Temple of Reclining Buddha
Songkhla

Kisah penuh lawatan Myself ke Southern Thailand boleh dibaca di sini:

Myself dan Husband pernah dua kali melawat ke Bangkok dan kami memang suka dengan kota ini. Ada banyak pengalaman menarik yang kami perolehi melalui kedua-dua lawatan ini.

Tempat yang paling menarik yang pernah kami lawati di Bangkok adalah Grand Palace yang merupakan kediaman rasmi King of Thailand. Baginda dan keluarga tak lagi tinggal di sini sekarang. Istana ini lebih digunakan bagi upacara-upacara rasmi yang melibatkan Raja.

Grand Palace
Pintu masuk ke Grand Palace
Grand Palace dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang bersalut emas. Bersinar-sinar rupanya di bawah sinaran matahari. Senibina bangunannya juga mengkagumkan kerana menggabungkan elemen senibina Barat dan Thai Tradisional.

Bangunan-bangunan yang bersalut emas di perkarangan Grand Palace
Chedi emas di dalam Grand Palace
 Walau dibina menggunakan senibina Barat, bangunan Maha Chakri Prasat Hall ini tetap dipakaikan dengan topi tradisional Siam
Changing of the Guards
Agama rasmi Thailand adalah agama Buddha. Maka tidak hairanlah jika temple-temple Buddha turut menjadi antara tarikan pelancongan yang penting di Bangkok. Sami-sami Buddha juga sangat dihormati oleh penduduk tempatan. Malah, pemuda-pemuda Thai akan menghabiskan sebahagian masa remaja mereka menjalani hidup sebagai sami di Kuil Buddha.

Wat Arun
Temple of the Emerald Buddha di dalam perkarangan Grand Palace
Sami-sami Buddha sangat dihormati di Thailand
Golden Buddha Temple
Golden Buddha yang diperbuat dari emas padu
Wat Pho yang merupakan tempat asal Traditional Thai Massage
Patung Reclining Buddha terbesar di Thailand di dalam Wat Pho
 Remaja Buddhist di Thailand akan menghabiskan sebahagian masa mereka dengan menjadi sami di kuil.
Four Faced Buddha di tengah-tengah kota Bangkok ini pernah dibom pengganas pada tahun 2015 sehingga membunuh 20 orang dan mencederakan 125 orang yang lain.
Budaya Thailand juga menarik bagi kami. Ada iras-iras macam budaya Melayu tetapi tebal dengan pengaruh ajaran Buddha. Dalam dua kunjungan kami ke Bangkok, kami sempat berkunjung ke dua buah Thai Cultural Centre: Silom Village dan Rose Garden.

Silom Village terletak di tengah-tengah kota Bangkok. Ada banyak kesenian Thai yang 'kaku' seperti makanan dan seni gubahan dipertunjukkan di sini.

Silom Village
Masakan cara tradisional di Silom Village
Duduk bersila untuk makan cara Thai
Persembahan kebudayaan di Silom Village
Rose Garden pula terletak di luar kota Bangkok. Tidak seperti Silom Village yang menunjukkan kesenian Thai yang bersifat 'kaku', Rose Garden pula menunjukkan kesenian Thai yang 'hidup'. Di sini ada dibina replika perkampungan Thai yang tipikal lengkap dengan alat seperti pengisar padi tradisional dan haiwan ternakan seperti kerbau. Tapi syukurlah mereka tak bela babi di Rose Garden. Malah pertunjukan gajah menarik balak juga boleh dilihat di sini.

Pintu masuk ke Rose Garden yang terletak di luar kota Bangkok
Suasana perkampungan tradisional Thai di Rose Garden
Replika rumah kampung di Rose Garden
 Kerbau ternakan di Rose Garden
Persembahan kebudayaan Thai di Rose Garden
Demonstrasi upacara untuk meraikan remaja yang akan berkhidmat menjadi sami di Kuil Buddha
Demonstrasi upacara perkahwinan Thai
Demonstrasi gajah menarik balak
Thailand juga terkenal dengan pasar-pasar terapungnya. Salah sebuah pasar ini yang sempat kami lawati ialah Damnoen Saduak Floating Market yang merupakan pasar terapung yang terbesar di Thailand. Ia terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kota Bangkok.

 Damnoen Saduak Floating Market
Sebuah lagi pasar di Thailand yang unik dan sempat kami lawati adalah Maeklong Railway Market. Pengalaman melawat ke pasar yang terletak di tengah-tengah rel keretapi ini memang menarik terutama ketika keretapi lalu merentasinya. Keretapi akan lalu merentasi pasar ini cuma 2 kali sehari. Jadi pastikan anda tahu jadual keretapi ini lalu untuk menikmati keunikannya.

 Maeklong Railway Market
Pemandangan sewaktu keretapi lalu di Maeklong Railway Market
Thailand juga terkenal sebagai negara yang mempunyai ramai pondan. Malah kami diberitahu, kebanyakan rakyat Thai kini sangat terbuka jika ada di antara ahli keluarga mereka yang ingin membuat pertukaran jantina. Sewaktu di Bangkok, kami pernah menonton persembahan oleh pondan yang dinamakan Cabaret Calypso Show atas recommendation dari Tour Guide kami. Persembahan ini hebat dan profesional. Ada di antara performers ini yang cantik dan jelita sehingga mengalahkan kita yang dilahirkan sebagai perempuan sejati. Ada juga yang ciri-ciri lelakinya masih ketara, mungkin disebabkan belum habis membuat treatment. Tapi berhati-hati kalau nak menonton persembahan begini kerana bukan kesemuanya bersifat profesional. Ada banyak juga persembahan pondan yang bertujuan memancing pengunjung yang tidak bermoral.

Suasana sebelum persembahan bermula
Calypso Cabaret Show
Tak perlu risau kalau nak bershopping di Bangkok sebab shopping centre yang besar-besar memang selalu ada gerai makanan Halal di Food Court mereka.

 Gerai makanan Halal di Shibuya Mall Food Court di Pratunam, Bangkok
Thailand juga memang shopping heaven bagi rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan beberapa shopping centre yang menarik di Bangkok yang sempat kami kunjungi. Jenama pakaian antarabangsa yang dijual di Thailand ada yang unik dan tidak terdapat di Malaysia. Barang-barang tiruan terutama pakaian juga mudah didapati dan kualitinya ada kalanya sekali imbas macam barangan tulen.

Pratunam adalah salah sebuah pusat membeli-belah di Bangkok. Ada sebuah perkampungan Muslim yang terletak berhampiran sini.
Myself rasa memang seronok melawat ke Bangkok. Selain tarikan-tarikannya yang dah memang popular ke seluruh dunia, ada juga tempat menarik lain yang di dalam kategori mereka tersendiri yang worth visiting, kata Orang Putih. Antara yang pernah kami kunjungi termasuklah Chocolate Ville, Yodpiman Flower Market dan Asiatique Waterfront.

Chocolate Ville
Yodpiman Flower Market
Asiatique
Suatu yang Myself nak promote kepada sesiapa yang berhajat berkunjung ke Bangkok ialah hotel Muslim bertaraf 4 bintang yang pernah kami stay dulu. Hotel ini bernama Nuovo City Hotel dan terletak dekat dengan Grand Palace. Nak berjalan kaki ke Grand Palace pun boleh. Petugas-petugasnya ramai yang Muslim dan makanannya pun Halal. Service dan facilities di hotel ini pun bagus. Disebabkan lokasinya di tengah-tengah kota Bangkok, banyak kemudahan jika nak bergerak ke mana-mana.

Nuovo City Hotel
Kaunter reception di Nuovo City Hotel
Award yang pernah diterima oleh Nuovo City Hotel
Lobi di Nuovo City Hotel. Ramai Mat Salleh yang stay di sini walaupun arak tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam hotel ini.


Kisah penuh perjalanan kami di Bangkok boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):