Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Dubrovnik)
Bahagian 17: Croatia 6
DUBROVNIK (Dubrovnik Boat Cruise 1)
HARI KEEMPAT (4)
Part 47: Dubronik Boat Cruise (1)
DUBROVNIK HARBOUR
Pelabuhan Dubrovnik sangat cantik. Ia penuh dengan bot-bot persiaran dan bot-bot nelayan. Jika berhasrat nak berkunjung ke pulau-pulau yang terletak di persisiran pantai Dubrovnik seperti Lokrum Island, ada bot yang berulang-alik ke sana dari sini.
|
Pelabuhan Dubrovnik |
|
Pemandangan tembok kota dari Pelabuhan Dubrovnik |
|
Satu lagi pemandangan tembok kota dari Pelabuhan Dubrovnik |
Pada masa dahulu, bangunan-bangunan di sekitar pelabuhan digunakan sebagai tempat simpanan senjata. Bangunan-bangunan ini banyak yang telah diubahsuai menjadi restoran.
|
Bangunan-bangunan di tepi pelabuhan |
|
Bangunan-bangunan di tepi pelabuhan ini digunakan sebagai tempat simpanan senjata (arsenal) pada masa dahulu |
|
Bot-bot yang berlabuh di pelabuhan |
|
Pemandangan kota Dubrovnik yang di luar kota lama dari pelabuhan |
|
Glass Bottom Boat |
|
Pemandangan yang sangat mengujakan |
|
Private yachts di Pelabuhan Dubrovnik |
Selepas meninjau-ninjau boat cruise yang ada, kami membuat keputusan untuk mengambil sebuah private boat cruise di sekeliling Dubrovnik. Bayaran yang dikenakan adalah 5 Euro (RM 25) seorang. Disebabkan ia adalah private cruise, boleh bergerak segera kerana penumpangnya cuma kami berempat.
|
Kaunter private cruise di pelabuhan |
|
Tiket private boat cruise yang berharga 5 Euro seorang |
|
Bot untuk cruise kami |
|
Pemandangan dari atas bot |
|
Kapten bot kami |
|
Mula bergerak sekarang... |
|
Meninggalkan Pelabuhan Dubrovnik |
Tembok kota Dubrovnik kelihatan sangat majestic dari tengah laut. Kota-kota pertahanan yang dibina di penjuru-penjuru tembok kota dapat dilihat dengan jelas. Dubrovnik dilindungi oleh Fort Bokar di sebelah barat, Fortress of St John di sebelah selatan dan Revelin Fortress di sebelah timur.
|
Pemandangan tembok kota dari laut |
|
Revelin Fortress |
|
Pemandangan pelabuhan dari tengah laut |
|
Pemandangan lebih dekat Revelin Fortress |
|
Menara Franciscan Monastery |
|
Menara Jam |
|
Meninggalkan lebih jauh Pelabuhan Dubrovnik |
FORTRESSES OF DUBROVNIKPada permulaan cruise kami dibawa melihat benteng-benteng pertahanan yang dibina di penjuru-penjuru tembok kota. Benteng yang dibina paling hampir dengan pelabuhan adalah Fort St. John.
|
Fort St. John yang mengawal kota di arah selatan |
Berhampiran Fort St. John, ada sebuah benteng pemecah ombak yang dinamakan Porporela. Benteng ini kini sangat popular di kalangan pengunjung sebagai sebuah tempat untuk berenang dan menikmati pemandangan indah pelabuhan Dubrovnik.
|
Pemandangan lebih dekat Fort St. John |
|
Benteng pemecah ombak yang dinamakan Porporela dekat Fort St. John |
|
Pemandangan pelabuhan dari Fort St. John |
|
Porporela |
|
Pemandangan keseluruhan kota Dubrovnik dari laut |
|
Pemandangan menghala ke bahagian kota yang di luar tembok |
Secara keseluruhan, beginilah gambaran perjalanan Boat Cruise kami...
|
Gambaran perjalanan Boat Cruise kami di Dubrovnik. Tumpang guna gambar saja... Kami tak naik cable car ini. |
Sebaik keluar dari pelabuhan, kami dibawa melihat Revelin Fortress yang terletak di sebelah timur. Pintu masuk timur ke kota Dubrovnik yang dinamakan Ploče Gate terletak di benteng pertahanan ini.
|
Revelin Fortress |
|
Pemandangan Revelin Fortress dari sudut lain |
Kemudian kami dibawa pula ke sebelah barat kota untuk melihat Bokar Fortress. Ia dibina pada kurun ke-15 untuk melindungi pintu masuk utama ke Dubrovnik yang dinamakan Pile Gate. Kami juga menggunakan Pile Gate ini untuk masuk ke dalam kota tadi.
|
Kota yang berbentuk bulat di depan sana adalah Bokar Fortress |
|
Buza Cafe di luar tembok kota berhampiran Bokar Fortress |
|
Pemandangan lebih dekat Buza Cafe |
|
Kawasan bermandi-manda dekat Buza Cafe yang dinamakan Buza Beach |
|
Tangga turun ke Buza Beach dari Buza Cafe. Kawasan sempit macam ini pun dia orang panggil beach kat sini... |
|
Pemandangan Bokar Fortress dengan lebih dekat |
|
Bokar Fortress dibina di barat Dubrovnik untuk melindungi Pile Gate dari serangan musuh |
Kawasan berhampiran Bokar Fortress ini adalah juga tempat yang popular bagi aktiviti kayak.
|
Berkayak dekat Bokar Fortress |
|
Meninggalkan Bokar Fortress |
St. Lawrence Fortress (Tower Lovrijenac) mungkin merupakan benteng pertahanan yang paling terkenal di Dubrovnik. Pada tahun 1018, penduduk Ragusa Republic (Dubrovnik) mendapat perkhabaran tentang rancangan Kerajaan Venice nak membina sebuah kota di pulau ini dalam usaha untuk menakluk Ragusa. Bagi menggagalkan rancangan tersebut, penduduk Ragusa terlebih dulu bertindak membina St. Lawrence Fortress di situ. Kota ini dibina dengan kadar yang sangat cepat ~ hanya kira-kira 3 bulan. Bila tentera Venice tiba, mereka terperanjat bila mendapati telah ada kota yang dibina di sana. Oleh yang demikian, tentera Venice terpaksa berpatah balik dengan hampa tidak dapat meneruskan perancangan mereka.
St. Lawrence Fortress ini kini sangat popular kerana ia digambarkan sebagai The Red Keep dalam Game of Thrones.
|
St. Lawrence Fortress dibina di sebuah pulau yang terasing dari kota Dubrovnik |
|
Pemandangan lebih dekat St. Lawrence Fortress |
|
Dalam Game of Thrones, Fort St. Lawrence digambarkan sebagai The Red Keep yang menjadi kediaman King of the Andals and the First Men. |
|
Satu lagi adegan dalam Game of Thrones yang melibatkan St. Lawrence Fortress. Menara-menara pada kota ini dalam Game of Thrones ditambah secara virtual. |
|
Mengambil gambar Fort St. Lawrence dari dalam bot |
MENUJU KE LOKRUM ISLAND
Selepas dah melihat St. Lawrence Fortress, bot kami berpusing menuju ke Lokrum Island. Pulau ini juga digunakan dalam penggambaran Game of Thrones sebagai lokasi City of Qarth.
|
Lokrum Island |
Mengikut lagenda, Lokrum adalah salah sebuah dari 7 buah cursed islands di dunia. Adalah dikatakan sekumpulan St. Benedict Monks tinggal di pulau ini pada kurun ke-11M. Bila Napoleon menakluk Republic of Ragusa (Dubrovnik), kesemua monks ini diusir dari situ. Sewaktu keluar dari Lokrum, mereka telah mengenakan sumpahan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan pulau tersebut untuk tujuan bersuka-ria.
Disebabkan sumpahan tersebut, pulau ini telah bertukar milik beberapa kali dan kesemua pemiliknya mati secara tragis. Pada kurun ke-20, pulau ini dikuasai oleh Kerajaan Yugoslavia dan digunakan hanya bagi tujuan rekreasi. Semenjak itu juga tak sesiapa pun dibenarkan bermalam di Lokrum Island sehingga kini. Pada masa sekarang, Lokrum Island adalah destinasi popular yang dikunjungi pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menikmati keindahan laut dan alam semulajadi.
|
Pulau Lokrum yang hanya boleh dilawati secara day trip |
|
Berkayak ke Lokrum Island |
|
Ramai rupanya orang berkayak ke Lokrum Island |
|
Pemandangan Dubrovnik dari Lokrum Island |
|
Pemandangan menghala ke sana pulak |
Gunung Srd di belakang kota Dubrovnik juga dapat dilihat dengan jelas dari Lokrum Island. Gunung dengan ketinggian 412 meter ini adalah sebahagian dari Dinaric Alps. Di kemuncak gunung ini ada sebuah salib dan sebuah kota pertahanan yang dinamakan Fort Imperial yang dibina oleh tentera Napoleon dari Perancis.
|
Pemandangan Mount Srd dari Lokrum Island |
|
Fort Imperial di puncak Mount Srd ini dibina oleh Tentera Napoleon pada masa dahulu. |
|
Pemandangan dalam Bot Cruise sewaktu menuju ke Lokrum Island |
Pemandangan Dubrovnik dari dalam bot di tengah Laut Adriatic memang sangat cantik. Kita nikmati bersama pemandangan yang indah ini di sini...
|
Laut Adriatic yang membiru |
|
St. Lawrence Fortress yang ditinggalkan di belakang |
|
Tembok Dubrovnik Old City |
|
Speed Boat |
|
Speed Boat dan Kayak |
|
Gambaran keseluruhan Dubrovnik |
|
Mungkin beginilah pemandangan yang dilihat oleh tentera-tentera asing yang ingin menakluk Dubrovnik pada masa dulu. |
|
Mentari petang di Laut Adriatic |
|
Berlayar di remang petang |
|
Pemandangan bandar Dubrovnik yang dibina di luar tembok kota |
|
Husband bergambar dengan Boat Captain |
|
Pose menarik dari Boat Captain |
Bersambung ke Bahagian 18...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.