Showing posts with label QATAR (2025) - Doha / Inland Sea / Lusail / Pearl Island. Show all posts
Showing posts with label QATAR (2025) - Doha / Inland Sea / Lusail / Pearl Island. Show all posts

Monday, 3 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 01 (Doha)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman

Bahagian 1: Qatar
KUALA LUMPUR - DOHA

Part 1: Selamat Tinggal, Perkhidmatan Awam

Tahun 2025 adalah tahun yang istimewa bagi Myself kerana bermula dari tahun ini kita akan bergelar sebagai YB (Yang Bersara) dari perkhidmatan awam. Masih segar di ingatan hari pertama kita melapor diri sebagai seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diarahkan bertugas sebagai pegawai kader di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1995. Hari demi hari berlalu, selepas dinaikkan pangkat beberapa kali, kita diarahkan kembali bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2010. Di sanalah pula kita bertapa seterusnya untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai seorang penjawat awam.
 
Kenangan bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Berbagai cabaran dan pahit manis telah kita tempuh selama hampir 30 tahun bertugas dalam perkhidmatan awam. Akhirnya bermula 1 Januari 2025, Myself mengundur diri dengan bersara secara pilihan. 

The Last Punch pada 29 November 2024 kerana kita menghabiskan cuti sebelum bersara sepanjang bulan Disember 2024.
Bukan sesuatu yang mudah untuk meninggalkan ofis dan rakan-rakan yang telah menempuh pahit manis bersama selama hampir 30 tahun. Namun sesuatu yang pasti Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa berada dalam ingatan. Memang terharu bila ramai yang nak meraikan persaraan kita secara private. Teringat kata seorang bekas Boss dulu, kalau kita nak tahu sama ada orang sayang pada kita atau sebaliknya, lihatlah bagaimana mereka nak melepaskan kita sewaktu bersara.
 
Farewell dari Sektor Implementasi Projek (SIP) dengan tema Kerajaan Melayu Melaka
Farewell dari Cawangan Perancangan (PCG) dengan tema #AzilaMendonia
Farewell dari Admin BPKj yang menghadiahkan winter coat kepada kita
Official Farewell dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bila dah bersara begini, memanglah kita dah bebas dari rutin dan tanggungjawab kerja. Sesuatu yang menyeronokkan, memang panjanglah langkah kita nak pergi Mendonia. Hahaha!!

#AzilaMendonia

Part 2: Family Trip Ke Doha, Qatar

Myself dan Husband dah 6 kali menjejak ke Hamad International Airport di Doha, Qatar sebagai penumpang transit dalam perjalanan ke London / Zurich (2016), Zagreb / Istanbul (2022) serta Milan / Zurich (2023). Setiap kali itu jugalah kami selalu tertanya-tanya sesama sendiri ~ bila agaknya kita betul-betul boleh menjejak melawat Qatar?

Kesempatan itu akhirnya tiba bila adik bongsu bekerja di Qatar. Selepas setahun dia di Qatar, kami sekeluarga datang melawat. Macam biasa, tugas meriki-riki dan mengatur perjalanan akan diserahkan kepada Myself. Walau bagaimanapun, cuma Abang dan Kakak Ipar sahaja yang dapat menyertai Myself dan Husband dalam perjalanan ini. Disebabkan komitmen yang tertentu, Kakak dan Abang Ipar tidak dapat nak turut serta.

Sewaktu Myself dan Husband melawat rakan Husband yang bertugas sebagai Diplomat di Kuwait dulu, rakan Husband pernah mencadangkan supaya kami turut mengambil kesempatan melawat ke sebuah negara lain di Timur Tengah untuk memaksimakan tiket penerbangan yang mahal. Kesempatan itu telah kami ambil untuk melawat ke Dubai dan Abu Dhabi di UAE. Jadi dalam perjalanan kali ini, kami memilih untuk turut melawat ke Oman selepas melawat Qatar.
 
Peta Timur Tengah yang menunjukkan kedudukan Qatar dan Oman
Myself dan keluarga bukanlah pengembara backpackers. Kami lebih selesa mengembara menggunakan package tour. Sewaktu di Qatar, memanglah ada Adik yang bersedia mengatur dan membawa kami melawat ke sana-sini. Cabarannya adalah dengan cadangan untuk melawat Oman. Gembira sungguh hati bila mendapati agensi yang Myself dan Husband gunakan untuk melawat ke Taiwan dulu, Corporate Information Travel (CIT) turut mempunyai pakej lawatan ke Oman di bawah cawangan Islamic Travel mereka, Vislamic Travel. Maka terus saja Myself berurusan dengan Vislamic untuk mengatur perjalanan ini.

Kami memilih berkunjung ke Qatar pada bulan Januari 2025 untuk mengelakkan peak season. Cuaca di Qatar juga lebih dingin pada masa ini. Memang mudah nak memilih masa yang sesuai kerana kesemua ahli trip adalah pesara. Inilah satu kelebihan bila kita travel selepas bersara ~ senang-senang hati boleh decide bila nak travel kerana dah tak terikat dengan komitmen kerja. Disebabkan kami travel di luar waktu puncak juga, tiket flight sangat murah. Bayangkan kami dapat membeli tiket Qatar Airways bagi perjalanan KL - Doha - Muscat - Doha - KL dengan hanya RM 2,200 seorang sahaja.

HARI PERTAMA (1)

Part 3 : Kuala Lumpur - Doha

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Doha adalah menggunakan penerbangan Qatar Airways yang dijadualkan berlepas dari KLIA pada pukul 10.20 pagi. Untuk kemudahan perjalanan, Myself dan Husband menginap di Hotel Sama Sama KLIA sehari sebelum perjalanan bermula. Bila dah menginap di Hotel Sama Sama, memang mudahlah nak check-in di kaunter Qatar Airways seawal pukul 7.20 pagi ~ 3 jam sebelum perjalanan.

Kaunter Qatar Airways yang dibuka seawal pukul 7.00 pagi di KLIA
Beratur menunggu giliran nak check-in
Aerotrain di KLIA masih belum boleh boleh digunakan. Makanya selepas check-in, kita naik bas menuju ke Boarding Gate yang terletak di bangunan satellite KLIA.

Berjalan ke tempat perhentian bas untuk menuju ke bangunan satellite KLIA
Shuttle bus ke bangunan satellite KLIA
Pemandangan di dalam bas
Tiba di Bangunan Satellite KLIA
Mencari arah boarding gate
Tersenyum gembira nak pergi ke Doha
Boarding Gate kami ke Doha adalah C3. Ramai juga orang nampaknya nak naik flight bersama kami menuju ke Doha pagi ini.

Boarding Pass menuju ke Doha
Krew pesawat Qatar Airways yang akan melayan kami sepanjang perjalanan menuju ke Doha
Segak bergaya
Maklumat pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami menuju ke Doha
Pesawat dah bersedia di boarding gate
Suasana di boarding gate
Family photo sebelum berlepas ke Doha
Pesawat kami dijadual berlepas pada pukul 10.20 pagi, maka seawal pukul 9.20 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Qatar Airways QR 845
One for the album...
Berlepas dari Kuala Lumpur
Maklumat pada peta dalam Bahasa Arab
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami Qatar Airways QR 845 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Doha pada pukul 10.20 pagi. Pesawat yang digunakan adalah Boeing 777-300ER dan perjalanan dijangka memakan masa 7 jam 45 minit. Penerbangan peringkat awal menuju ke Doha agak smooth dengan sedikit sahaja gegaran yang dialami.

Sajian penerbangan
Sajian penerbangan pertama diberi kepada penumpang selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur. Ketika itu kami sedang terbang melepasi Bandar Aceh di Pulau Sumatera, Indonesia.

Sajian penerbangan pilihan Husband : Fish and Potato
Sajian penerbangan pilihan Myself : Chicken and Rice
Suasana di dalam pesawat
Family photo lagi di dalam flight
Sedang terbang merentas India.
Walaupun penerbangan di peringkat awal agak smooth, ada sedikit gegaran kuat dialami sewaktu kami terbang di Laut Arab meninggalkan benua India. Namun syukurlah kerana pilot pesawat ini sangat cekap dan gegaran yang dialami tidaklah sampai ke tahap yang mencemaskan jantung.

Di sinilah pesawat kami mengalami sedikit gegaran
Sajian penerbangan kedua dihidangkan kepada penumpang sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab. Sajian kali ini hanya sajian ringan yang berbentuk sandwich.

Sajian penerbangan kedua diberi sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab
Sajian penerbangan kedua
Peramugari Qatar Airways sedang mengedarkan sajian penerbangan kedua
Sandwich sebagai sajian penerbangan kedua
Semakin menghampiri Doha
Kami tiba di Doha pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan, lebih awal 40 minit dari jadual. Waktu di Doha adalah 5 jam lebih lewat berbanding waktu di Malaysia. Disebabkan kami selalu mendapat penerbangan yang tiba di Doha di sebelah malam, rasa pelik pulak bila kita sampai ke Doha tengah hari begini sewaktu matahari sedang memancar terang-benderang.

Bersedia untuk membuat pendaratan
Hampir tiba di Doha
Perjalanan keseluruhan dari KL ke Doha
 
Part 4: Hamad International Airport, Doha

Lapangan terbang di Doha bernama Hamad International Airport. Ia dinamakan sempena Emir Qatar, Hamad bin Khalifa Al Thani yang merupakan bapa kepada Emir Qatar sekarang, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. 

Selamat mendarat di Hamad International Airport di Doha, Qatar
Keluar dari airbridge
Escalator menuju ke Transfer & Arrivals 
Myself dan Husband serta Abang dan Kakak Ipar telah berkali-kali tiba di Hamad International Airport sebelum ini tetapi sebagai penumpang transit. Ini adalah kali pertama kami tiba di Doha sebagai final destination.

Menuju ke ruang Arrivals di Hamad International Airport
 Jam ketika itu menunjukkan pukul 12.57 tengahari (7.57 malam waktu di Malaysia)
Menuju ke Baggage Claim
Walkalator di Hamad International Airport
Memang kaget kami melihat suasana di ruang arrival Hamad International Airport yang sunyi sepi. Ia mengingatkan Myself kepada suasana yang pernah kami alami di KLIA2 dulu sewaktu nak terbang ke Kuala Terengganu di zaman pasca Covid. Memang boleh dikatakan cuma kami berempat sahaja manusia yang berada di situ. Memang dah sah semua penumpang lain bersama dalam flight kami tadi yang ramai-ramai itu adalah semuanya penumpang transit nak menuju ke destinasi lain.

Suasana yang sunyi sepi di ruang arrivals Hamad International Airport
Billboard yang selalu kita lihat sewaktu transit di Hamad International Airport sebelum-sebelum ini.
Menjenguk ke ruang transit yang meriah dengan penumpang di Hamad International Airport di bawah sana.
Turun tangga menuju ke Passport Control & Baggage Claim
Walaupun macam tak ada orang lain yang kami temui sepanjang perjalanan selepas turun dari flight tadi, berbeza pula suasananya di Passport Control. Ada ramai orang beratur menunggu giliran pemeriksaan passport untuk masuk ke Qatar di sana. Dari mana pulak mereka semua ni datang? Walaupun ada banyak kaunter di sini, ada beberapa sahaja yang dibuka ketika itu. Teringat cerita Adik mengenai budaya kerja di Qatar yang sangat relax dan tiada sense of urgency. Kerana itulah mereka tidak kisah nak membuka kaunter tambahan walaupun ada ramai orang yang tengah beratur ketika itu. Aduhh!!
 
Kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sewaktu di kawasan Passport Control. Jadi tak adalah gambar yang boleh ditunjukkan di sini untuk mengabadikan kenangan itu. Selepas dah selesai pemeriksaan passport, kita terus sahaja mengambil bagasi dari Carousel 4 di Baggage Claim. Alhamdulillah kerana semua bagasi kami tiba dengan selamat.

Menunggu bagasi di Baggage Claim
Bagasi dari pesawat kami
Alhamdulillah, bagasi dah selamat tiba
Adik tidak menunggu kami di Hamad International Airport kerana dia masih bekerja sewaktu kami tiba. Jadi kami terus saja menuju ke perhentian teksi di Hamad International Airport untuk mengambil teksi ke hotel penginapan kami.

Tengah berjalan menuju ke perhentian teksi, terserempak pulak dengan model-model kambing gurun yang dinamakan Oryx. Terpaksalah kita berhenti untuk bergambar. Oryx adalah lambang negara Qatar yang turut digunakan sebagai lambang syarikat penerbangan negara Qatar yang kami naiki tadi, Qatar Airways.

Model-model Oryx di Hamad International Airport
Bergambar dulu dengan Oryx...
Pokok-pokok kurma di luar airport
Suasana di perhentian teksi di Hamad International Airport
Banyak teksi sedang menunggu di luar airport ketika itu. Orang-orang Arab memang gemar membawa keluarga yang besar serta bagasi yang banyak dan besar-besar kalau travel ke luar negara. Oleh itu tidak sukar bagi kami nak mencari teksi besar yang boleh kami naik bersama dan memuatkan semua bagasi besar kami di situ.

Teksi Karwa di luar Hamad International Airport
Mengisi bagasi ke dalam teksi
Teksi besar ini memang boleh memuatkan kami berempat dengan selesa. Abang duduk di depan bersama driver manakala kami bertiga (Husband, Myself dan Kakak Ipar) duduk di kerusi belakang.

Pemandangan dari dalam teksi
Meninggalkan Hamad International Airport
Tempat letak kereta di Hamad International Airport. Parking terbuka di negara-negara Arab selalu dipasang dengan khemah begini sebagai perlindungan dari terik matahari terutama di musim panas.

Part 6: Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town

Hotel penginapan kami di Doha adalah Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town. Ada 3 buah Hotel Doubletree di Doha: Doubletree Doha Old Town, Doubletree Doha Downtown dan Doubletree Doha Al Sadd. Kami diberitahu hotel-hotel berjenama lain seperti Intercontinental dan Hyatt juga selalu ada 2 atau 3 buah cawangan di Doha. Jadi pastikan betul-betul nama hotel kita kalau menginap di Doha.

Walaupun Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang, kos sewaannya selama 4 malam adalah pada kadar mampu milik. Inilah kelebihan kalau kita membuat travel arrangement dengan menggunakan travel agent.

Dalam teksi menuju ke Doha
Perjalanan menuju ke pusat bandar Doha
Teluk Doha
Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Caj yang dikenakan bagi perjalanan teksi dari Hamad International Airport ke Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town adalah QAR 56 (RM 67). Pembayaran boleh dibuat kepada pemandu teksi menggunakan kad kredit. Pemberian tip bukanlah suatu amalan wajib di Qatar tetapi pemandu teksi kami yang berasal dari Bangladesh mencadangkan supaya kami memberikan tip kepadanya. Kita bagilah juga tip QAR 5 (RM 6) kepada beliau sebagai sedekah sesama saudara Muslim.

Pembayaran tambang teksi boleh dibuat menggunakan kad kredit
Mengeluarkan bagasi dari teksi di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Seperti di kebanyakan hotel berbintang di Timur Tengah, pemeriksaan sekuriti sangat diambil berat di Hotel Doubletree - Doha Old Town ini. Semua beg perlu melalui pemeriksaan sekuriti setiap kali kita masuk ke bangunan hotel.

Pemeriksaan sekuriti perlu dilalui setiap kali kita masuk ke bangunan hotel
Suasana lobi di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Disebabkan segalanya telah diuruskan oleh travel agent, urusan check-in mudah sekali. Kami mendapat bilik bersebelahan di Aras 11. Selain mendapat kunci bilik, kita turut diberi chocolate cookie yang panas sewaktu check-in, tetapi lupa pulak nak ambil gambar cookie yang sedap ini. Welcome drink yang berbentuk Detox Water turut disediakan dekat pintu masuk dan boleh diambil pada bila-bila masa.

Check-in di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Staff di reception counter yang bernama Jane ini berasal dari Kenya
Welcome Drink yang berbentuk Detox Water disediakan dekat pintu masuk
Lobi lif di Aras 11, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Lorong menuju ke bilik penginapan. Corak pada carpet di corridoor ini memang nampak seperti cat tumpah.
Bilik penginapan kami
Twin bed yang sangat besar
TV
Bilik mandi
Toilet terletak dalam bilik yang berasingan
Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami
Dekat lobi lif di Aras 11, ada sebuah tingkap kaca besar di mana kita boleh melihat pemandangan ke arah Teluk Doha.

Pemandangan dari tingkap kaca besar di lobi lif Aras 11
Kapal cruise besar yang sedang berlabuh di Teluk Doha
Teluk Doha
Marina kapal layar di Teluk Doha
Lepas dah puas melihat pemandangan dari tepi lif, kami turun ke bawah menuju ke restoran hotel yang terletak di Level 2. Kami membuat keputusan untuk lunch di sini sahaja pada hari ini walaupun tahu yang harga makanan di restoran ini agak mahal. Sesuatu yang menyeronokkan sewaktu di berada di Qatar ialah semua makanan di negara ini dijamin Halal. Makanan Tidak Halal tidak dibenarkan untuk dijual di seluruh negara Qatar.
 
Pemandangan lobi Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town dari lif berdinding kaca
Lobi di Aras 2
Pintu masuk ke L2 Restaurant di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Suasana di L2 Restaurant
Pemandangan dari L2 Restaurant
Menu di L2 Restaurant
Thai Beef Satay pilihan Myself
Pizza pilihan Husband, Abang dan Kakak Ipar
Salad


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
  • Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
  • Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
  • Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
  • Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
  • Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
  • Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
  • Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
  • Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
  • Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
  • Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
  • Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Port Doha)
  • Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
  • Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
  • Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
  • Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Misfat Al A'briyeen)
  • Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
  • Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Ash Shab)
  • Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
  • Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
  • Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
  • Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Mutrah)
  • Bhg. 22 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)