Monday 18 August 2014

2014 TURKEY BHG. 16 (Istanbul - KL)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 16: ISTANBUL, AKU PULANG...

Part 53: Farewell, Türkiye! Kuala Lumpur, Aku Datang.. 

Selepas 16 hari berada di bumi Turki, tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia, lebih-lebih lagi bila teringatkan makanan Malaysia yang dah lebih dua minggu tidak kami temui.

Penerbangan pulang kami adalah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas dari Istanbul pada pukul 3.10 petang. Oleh kerana kami merancang nak makan tengahari di Ataturk Airport, kami bertolak awal, pada pukul 11.00 pagi dari Hilton Istanbul Bosphorus.

Perjalanan ke Ataturk Airport melalui Valens Aqueduct.
Kapal-kapal yang berlabuh berhampiran Ataturk Airport.
Perjalanan ke Ataturk Airport dari Hilton Istanbul Bosphorus memakan masa kira-kira sejam. Kami menggunakan khidmat Private Transfer yang ditempah menerusi internet pada harga 29 Euro.

Ataturk Airport International Terminal
Kaunter Check-in Malaysia Airlines
Seperti yang dirancang, kami makan tengahari di Ataturk Airport. Di Airport ini, terdapat sebuah Food Court yang menjual pelbagai pilihan makanan. Disebabkan rindu dengan makanan Malaysia dan dah tak lalu lagi makan makanan Turki, kami memilih hidangan Mee Goreng dari sebuah gerai yang menjual makanan Asia di sini.

Food Court di Ataturk Airport.
Gerai Makanan Turki
Sajian tengahari pilihan kami ~ Mee Goreng. Walaupun rasanya tak macam yang biasa kita temui di Malaysia, ia masih menyelerakan.
Dessert ~ Natural Fresh Yogurt.
Seperti yang dijadualkan, penerbangan Malaysia Airlines kami berlepas dari Ataturk Airport ke KLIA pada pukul 3.10 petang. Disebabkan pesawat kami parking jauh di tengah Airport, penumpang diangkut ke pesawat menggunakan bas.

Panggilan untuk pesawat kami, Malaysia Airlines MH31 dari Istanbul ke Kuala Lumpur.
Bas dari Bangunan Terminal ke Pesawat.
Pemandangan dari dalam bas.
Pesawat Malaysia Airlines yang parking di tengah Airport.
Masih sempat bergambar sewaktu nak naik ke atas pesawat. Cuaca panas terik membuatkan kita susah nak buka mata.
Pada awal pagi tadi, cuaca agak mendung dengan sedikit hujan di Istanbul. Namun demikian, syukurlah cuaca berubah menjadi baik sewaktu kami berlepas pulang.

Disebabkan kesesakan trafik udara di Ataturk Airport, pesawat kami lewat berlepas 30 minit dari jadual.


Ingatkan kat Malaysia saja awan tebal begini, rupa-rupanya kat Turki pun sama.
Penerbangan pulang dengan pesawat Boeing 777-200 ini yang memakan masa 10 jam 20 minit amat menyeksakan. Perasaan ini timbul mungkin disebabkan kami dah terlalu penat tinggal di Istanbul selama 16 hari. Waktu datang ke Istanbul dulu, penerbangannya juga panjang - 10 jam 28 minit. Tempat duduk kelas Ekonomi Turkish Airlines yang kami naiki untuk datang ke Istanbul dulu juga sempit seperti Malaysia Airlines. Namun mungkin disebabkan kami excited nak datang ke Istanbul dan ketika itu kami tak penat seperti sekarang, perjalanan yang sama panjang itu terasa sangat selesa.

Memang sakit badan duduk dalam Kelas Ekonomi untuk penerbangan jarak jauh begini. Kalaulah ditakdirkan kami akan travel jauh pada masa hadapan, memang Myself akan cuba pastikan kami transit di mana-mana untuk merehatkan badan selepas terbang mungkin 7-8 jam.


Sajian penerbangan sebaik pesawat terbang dari Istanbul ~ pilihan makanan Turki.
Pilihan makanan Malaysia dalam sajian penerbangan.
Sewaktu di Turki, kami telah mengira untuk mengagak masuk waktu Maghrib dalam penerbangan pulang ini. Maklumlah, penerbangan ini sangat panjang dan kami perlu Solat Maghrib dan Isyak di dalam pesawat. Mengikut kiraan kami, waktu Maghrib akan masuk sewaktu kami berada di Tehran, Iran. 

Dalam penerbangan, kami telah bertanya kepada peramugari bila masuk waktu Maghrib, dan setelah beliau merujuk kepada kapten pesawat, nyata kiraan kami agak tepat. Waktu Maghrib masuk selepas 20 minit kami terbang melintasi Tehran di Iran. Waktu Isyak masuk sewaktu kami terbang melintasi India dan waktu Subuh pula masuk sewaktu kami terbang di Laut Andaman, sewaktu menghampiri Thailand. Wahh, hebat sekali! Dalam tempoh satu malam ini sahaja, kami solat di tiga buah negara, walaupun semuanya dibuat secara hormat waktu.

Waktu Maghrib masuk selepas 20 minit kami terbang melintasi Tehran.
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang kira-kira 2 jam sebelum mendarat di KLIA. Hidangan yang diberi adalah Nasi Lemak. Kata peramugari, Nasi Lemak ini dimasak oleh perkhidmatan katering penerbangan di Turki. Amboi, pandai rupanya orang Turki masak Nasi Lemak!

Kata peramugari, Nasi Lemak ini dimasak di Turki.
Penerbangan pulang secara keseluruhannya agak lancar. Namun begitu, sewaktu kami menghampiri Phuket di Thailand, juruterbang membuat pengumuman yang kami akan berdepan dengan turbulence memandangkan cuaca di luar sana "very, very cloudy", kata kapten pesawat. 

Dua minggu sebelum kami terbang ke Istanbul, sebuah pesawat Malaysia Airlines MH17 telah jatuh terhempas di Ukraine kerana ditembak peluru berpandu. Ukraine sebenarnya terletak bersebelahan dengan Turki. Jadi bila kapten pesawat membuat pengumuman begitu, memang kecut perut dibuatnya. 

Namun syukurlah, pilot Malaysia Airlines ni memang hebat. Walaupun kami berdepan dengan turbulence di Phuket, pesawat ini tidaklah bergoncang teruk seperti yang dijangka.


Pesawat kami mengalami sedikit turbulence sewaktu melintasi Phuket untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Akhirnya, kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 6.40 pagi, lewat 30 minit dari jadual kerana penerbangan kami lewat belepas 30 minit dari Istanbul disebabkan kesesakan trafik udara. Sekali lagi, Alhamdulillah ~ Home Sweet Home!

Seronok melihat pemandangan negara tercinta di keheningan subuh. 
"To All Malaysians, Welcome Home".


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):

Sunday 17 August 2014

2014 TURKEY BHG. 15 (Circle Istanbul 2)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa 

Bahagian 15: Circle Istanbul Tour (2)
ORTAKÖY, İSTIKLAL STREET & FATIH

Part 48: Ortakoy


Di Ortaköy, Özcan membawa kami membuat beberapa lagi Food Sampling. Antara yang dicuba ialah oyster, usus biri-biri dan ais kerim.

Membuat Food Sampling di Ortaköy
Oyster berempah yang sangat sedap
Özcan enggan memberitahu kami pada mulanya apa yang sedang dimasak oleh lelaki ini.
Myself dan ahli-ahli rombongan lain menyangka masakan ini adalah daging.
Bila diberitahu yang masakan ini sebenarnya adalah usus biri-biri, masing-masing rasa macam nak termuntah.
Kenangan bersama tukang masak usus biri-biri.
Disebabkan cuaca yang sangat panas, Özcan juga membawa kami ke sebuah kedai ais kerim di Ortaköy. Ais kerim ini walau bagaimanapun, bukanlah ais kerim tradisional Turki.

Kedai ais kerim di Ortaköy
Pelbagai ais kerim dijual di sini.
Ais kerim yang dihidangkan di atas waffle.

Part 49: Bosphorus Cruise (2) 

Circle Istanbul Tour juga turut termasuk Bosphorus Cruise. Cruise ini sama seperti yang pernah kami ikuti pada hujung minggu yang lepas. Cuma bezanya, jika Cruise yang dulu bermula dari Eminönü, Cruise yang ini pula bermula dari Ortaköy.

Pemandangan berhampiran Jeti Ortaköy
Restoran berhampiran Jeti Ortaköy
Pintu masuk ke Jeti Ortaköy
Bosphorus Cruise dari Ortaköy berlepas betul-betul berdekatan dengan Masjid Ortaköy.
Masjid Ortaköy
Pemandangan Masjid Ortaköy dari laut.
Melintasi Jambatan Bosphorus.
Disebabkan penat berjalan kaki dan ditambah dengan puputan bayu yang lembut di Selat Bosphorus, Myself cukup mengantuk di dalam Cruise ini. Sempat jugalah Myself tersengguk sebentar dalam Cruise ini.

Pemandangan di atas bot Bosphorus Cruise
Melintasi Galatasaray Island. Sebelum menaiki Cruise ini, kami telah berkunjung ke bukit di belakang sana.
Kumpulan kami dalam Circle Istanbul Tour dari tiga negara: Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Menyejukkan badan di musim panas dengan berenang di Selat Bosphorus.
Bangunan Kedutaan Egypt di tepi Selat Bosphorus
Rumeli Fortress
Fatih Sultan Mehmet Bridge ~ Jambatan kedua yang menyeberangi Selat Bosphorus di Istanbul.

Part 50: İstiklal Street (2)

Lawatan seterusnya adalah ke İstiklal Street. Walaupun kami pernah berkunjung ke İstiklal Street sebelum ini, kunjungan dengan Circle Istanbul Tour ini berbeza kerana Özcan membawa kami ke kawasan İstiklal Street yang tidak pernah kami terokai.

İstiklal Street
Gerai Köfte di İstiklal Street
Köfte juga adalah sejenis kebab.
Özcan kemudiannya membawa kami ke sebuah dinding di kawasan İstiklal Street yang dipenuhi dengan lukisan graffiti yang cantik. Menurut Özcan, dinding ini adalah pemenang pertandingan lukisan graffiti yang dianjurkan oleh Istanbul City Hall.

Lukisan graffiti yang cantik di İstiklal Street.
Özcan dan sebahagian ahli keluarga Chown beraksi di depan graffiti.
Özcan dan Zafira sedang  beraksi. Walaupun keluarga mereka sebenarnya berasal dari Singapura, Zafira dan ibunya, Puan Juliana kini tinggal di San Francisco, USA. Dua lagi ibu saudara Zafira yang turut serta dalam Circle Istanbul Tour ini masih tinggal di Singapura.
İstiklal Street ditutup kepada kenderaan. Satu-satunya kenderaan yang boleh didapati di sini ialah tram merah yang bersejarah ini. Kami diberitahu, sebuah tram merah ini telah dihadiahkan oleh kota Istanbul kepada kota San Francisco di Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan. Tram merah dari Istanbul ini kini beroperasi di San Francisco bersama tram-tram lain.

Tram Merah di İstiklal Street.
Kami kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan di İstiklal Street yang dulunya adalah bekas garaj Tram Merah ini. Kawasan ini kini telah menjadi sebuah kafetaria.

Bekas Garage Tram Merah di İstiklal Street
Garage ini kini telah diubahsuai menjadi sebuah restoran.
Masih ingat Funicular yang kami naiki sewaktu berkunjung ke Dolmabahçe Palace dulu? Di İstiklal Street juga terdapat sebuah Funicular yang dinamakan Tünel. Tünel menghubungkan Stesen İstiklal Street yang terletak di atas bukit dengan Stesen Karaköy yang terletak di tepi laut berhampiran Galata Bridge. Kami walau bagaimanapun tidak menaiki Tünel ini ke sana.

Stesen Tünel di İstiklal Street.
Lawatan kami ke İstiklal Street ini berakhir di Galata Tower. Kami juga tidak naik ke Galata Tower, hanya sekadar melihatnya dari luar.

Perjalanan menuju ke Galata Tower
Galata Tower
Pemandangan berhampiran Galata Tower.
Kami diberitahu, Galata Tower ini dibina sebagai menara pemerhati kebakaran bersama-sama sebuah menara yang kini terletak di Istanbul University. Namun demikian, kedua-dua menara ini pernah mengalami kebakaran pada masa dahulu.

Kenderaan kami menunggu di sini untuk membawa kami ke destinasi seterusnya, Fatih.

Part 51: Fatih 

Persinggahan terakhir kami dalam Circle Istanbul Tour adalah Fatih, sebuah kawasan yang tradisional di Istanbul. Suatu yang istimewa tentang Fatih ialah di sini ada banyak Bridal Shop yang menjual pakaian-pakaian pengantin.

Fatih
Kedai-kedai pengantin banyak terdapat di Fatih.
Penduduk di kawasan Fatih rata-ratanya mengamalkan cara hidup yang konvensional. Ini dapat kami perhatikan dari pakaian mereka di mana penduduk di sini rata-ratanya memakai jubah dan sukar sekali bertemu dengan penduduk yang berpakaian barat.

Ramai penduduk di Fatih yang masih mengamalkan cara hidup yang konvensional.
Sewaktu di Fatih, kami ditunjukkan sebuah Sekolah Tahfiz yang sangat besar. Sekolah ini beroperasi sewaktu sekolah biasa di Turki sedang bercuti. Pelajarnya kini berjumlah 2,500 orang dan kami diberitahu sekolah ini beroperasi tanpa bantuan dari Kerajaan ~ hanya dari kutipan derma sahaja.

Sekolah Tahfiz Quran di Fatih
Pelajar Tahfiz di sekolah ini berjumlah 2,500 orang. Ia hanya beroperasi sewaktu musim cuti sekolah biasa di Turki.
Tidak jauh dari Sekolah Tahfiz ini, ada sebuah Gereja Greek Orthodox yang besar. Di Gereja ini juga terdapat sebuah sekolah Kristian yang dikatakan mempunyai 65 pelajar. Walau bagaimanapun, Özcan memberitahu kami beliau tidak yakin dengan fakta ini. Özcan berpandangan bilangan pelajar tersebut hanya dakwaan pihak gereja sahaja untuk mengelakkan sekolah ini dari ditukar dijadikan muzium. Ini adalah kerana di Istanbul, terdapat undang-undang yang menetapkan supaya mana-mana bangunan yang tidak lagi berfungsi sepertimana sepatutnya, akan ditukar menjadi muzium.

Gereja Greek Orthodox di Fatih. Bangunan yang kelihatan di depan gereja ini adalah Rumah Dervish yang mengamalkan sejenis tarikat Islam di mana mereka berzikir sambil berpusing-pusing (Whirling Dervish).
Kawasan Fatih ini juga menjadi tumpuan pelarian-pelarian dari Syria yang mencari kehidupan baru di Istanbul. Kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah kecil yang dikongsi sehingga 3-4 keluarga.

Kawasan yang dihuni ramai pelarian Syria di Fatih.
Menurut Özcan, bukan mudah bagi pelarian Syria ini untuk memulakan hidup baru di Turki. Walaupun Turki dan Syria berjiran, budaya dan bahasa mereka sangat berbeza. Tanpa pengetahuan Bahasa Turki, sukar sekali mereka mendapatkan pekerjaan yang baik di negara ini.

Kawasan Fatih yang didiami ramai pelarian Syria.
Rumah buruk seperti ini lazimnya didiami 3-4 keluarga pelarian Syria.
Wanita-wanita Syria yang mengintai kami dari kediaman mereka.
Özcan sedang melayan kanak-kanak pelarian Syria. Disebabkan beliau sering berkunjung ke sini, kanak-kanak ini sangat mengenali Özcan.
Seperti kanak-kanak di mana-mana juga, mereka sangat gembira mendapat hadiah makanan seperti cokelat dari kami.
Bermain Pick-Up Stick di luar rumah
Berehat di luar kediaman mereka.
Kemiskinan dan keperitan hidup dapat dirasakan bila kita melalui kawasan ini.
Kedai menjual keperluan harian di Fatih.

Part 52: Pulang  Ke Hotel 

Circle Istanbul Tour boleh diikuti secara Full Tour ataupun Short Tour. Jika anda memilih Full Tour, pakej yang diikuti turut meliputi Dinner dan pengalaman mandi di Turkish Bath (Hammam). Semua ahli kumpulan selain kami memilih Full Tour.

Sewaktu meninggalkan Fatih, kami melintasi kawasan taman awam berhampiran Golden Horn yang dipenuhi dengan keluarga-keluarga Turki yang sedang berpiknik dan berbabecue. Özcan memberitahu, berpiknik dan berbabecue adalah budaya orang tempatan di Turki. Budaya ini dibawa oleh orang Turki di mana-mana sahaja sehingga di Jerman (di mana ramai imigran Turki tinggal di sana), ada tertulis larangan untuk berbabecue di taman awam di sana.


Berpiknik dan berbabecue adalah budaya masyarakat Turki.
Ramai sungguh mereka berkumpul di taman awam di tepi Selat Golden Horn ini.
Kami memilih Short Tour kerana ingin berehat awal pada malam itu memandangkan kami akan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya. Selepas Özcan dan ahli kumpulan lain turun di Turkish Bath, van membawa kami pulang ke Hotel.

Turkish Bath di mana ahli-ahli kumpulan yang lain menikmati pengalaman Hammam.
Tembok kota lama yang dilalui dalam perjalanan pulang ke hotel.


Bersambung Ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):