Friday 29 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 19 (Madinah - KL)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 19: Madinah
PERJALANAN PULANG (Madinah - Kuala Lumpur)

Part 46: Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport, Madinah

Jika kedatangan kami ke Arab Saudi dulu adalah melalui King Abdulaziz International Airport di Jeddah, kepulangan kami ke Malaysia pula adalah melalui Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport di Madinah.

Tiba di Lapangan Terbang Madinah yang bernama Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport
Semua kenderaan penumpang yang berkhidmat di Madinah Airport perlu memiliki permit.
Replika pelepah kurma di Madinah Airport
Tempat masuk parking bagi bas
Petugas-petugas di Airport Madinah
Pemeriksaan permit bas oleh petugas Airport
Banyak juga bas yang tiba bersama bas kami di Madinah Airport ketika itu. Oleh yang demikian, perjalanan masuk ke tempat parking bas memakan sedikit masa.

Menuju ke tempat parking bas
Tempat parking kereta di Airport Madinah
Pandangan lebih dekat tempat parking kereta di Airport Madinah
Masjid di Airport Madinah. Kami pernah bersolat di situ dalam perjalanan Umrah yang lalu
Bangunan Terminal Airport Madinah
Pesawat yang baru berlepas dari Airport Madinah
Kadar bayaran parking bas yang dikenakan adalah SAR 15 (RM 19) sejam
Laluan ke Bangunan Terminal dari tempat parking bas
Pemandangan di tempat parking bas
Bas kami parking di sini
Agensi partner Azzuha di Madinah telah sedia menunggu kami sewaktu bas tiba di tempat parking. Di sinilah juga setiap ahli Group kami yang mempunyai Visa Umrah diberikan sebotol Air Zamzam percuma sebanyak 5 liter.

Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Menolak bagasi bersama Air Zamzam masuk ke Bangunan Terminal
Laluan menuju ke Bangunan Terminal
Tiba di Bangunan Terminal
Suasana di luar Bangunan Terminal
Setibanya di Bangunan Terminal, kami terus membawa bagasi kami ke kaunter Saudia Airlines.

Menuju ke kaunter check-in Saudia
Kaunter Saudia
Beratur untuk check-in
Bagasi kami
Kami bertuah kerana menggunakan Saudia Airlines dalam perjalanan Umrah kami kali ini. Kelebihan menggunakan Saudia adalah had bagasinya yang jauh lebih besar. Had bagasi yang dibenarkan oleh Saudia Airlines adalah 46 kg seorang berbanding had bagasi kebanyakan airlines lain yang ditetapkan hanya seberat 30 kg seorang. Had bagasi yang besar ini mungkin disebabkan Saudia mengambilkira kegemaran warga Arab Saudi yang suka shopping bila pergi ke mana-mana. Namun demikian, walaupun had max bagasi yang dibenarkan adalah 46 kg, berat setiap bagasi yang check-in tidak boleh melebihi 23 kg. Maklumlah, tak terangkat dek pekerja airport kalau berat bagasi melebihi 23 kg.

Airport Madinah ini memang dibina dengan mengambil ilham dari pokok kurma
Seperti waktu kedatangan ke Arab Saudi dulu, pihak Azzuha memang dah siap-siap assign tiket tempat duduk setiap jemaah mereka mengikut keluarga dan kumpulan kecil masing-masing. Memang Myself tabik kepada Azzuha dalam perkara ini. Jarang ada travel agency yang dah siap-siap atur tempat duduk ahli jemaah mereka seperti ini.

Boarding Pass dari Madinah ke Kuala Lumpur
Kafe Tim Hortons
Kaunter Information
Kami juga dibekalkan dengan Nasi dan Lauk Ayam oleh Azzuha untuk lunch. Kita duduklah dulu di sini untuk menikmati lunch sebelum masuk ke dalam. Lauk Ayam yang disediakan memang sedap dan menyelerakan.

Lunch dulu sebelum masuk ke dalam
Lunch. Lembut sungguh daging ayam yang diberi. Teringat kat Ayam Tulang Lunak yang pernah kami makan di Bali dulu.
Selepas dah lunch barulah kita masuk ke dalam untuk menunggu di Boarding Gate. Sambil berjalan ke Boarding Gate, kita menjamu mata melihat berbagai kedai di dalam perjalanan.

Flight Information yang diselang-seli dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Part 47: Madinah Ke Kuala Lumpur

Boarding Gate kami adalah Pintu 113. Ada surau disediakan dekat Gate ini. Di sanalah kami menunaikan Solat Jamak Zohor dengan Asar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Mencari Gate 113
Gate 113
Suasana di Gate 113
Pesawat kami sedang menunggu di Gate 113
Saudia Airlines SV 830
Lagi suasana di Gate 113
Crew Saudia kami tiba di Gate 113
Pesawat kami dijadual berlepas pada pukul 3.20 petang. Pada pukul 2.40 petang, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Selamat Jalan
Suasana di dalam Airbridge menuju pesawat
Tiba di pintu pesawat
Suasana di dalam pesawat
Lagi suasana di dalam pesawat
Pemandangan Bangunan Terminal dari tempat duduk kami
Pesawat Saudia yang parking di sebelah pesawat kami
Ada banyak kerusi kosong di dalam pesawat ini
Anak-anak kapal membuat pemeriksaan akhir sebelum berlepas
Doa Perjalanan dibaca sebelum berlepas
Maklumat penerbangan
Penerbangan  dijangka memakan masa 7 jam 39 minit
Pada pukul 3.20 petang seperti yang dijadualkan, pesawat kami Saudia SV 830 bergerak meninggalkan Airport Madinah menuju ke Kuala Lumpur.

Mula bergerak sekarang
Al Jazeera Airlines
Iraqi Airways
Penumpang sedang turun dari pesawat
Peta perjalanan keseluruhan dari Madinah ke Kuala Lumpur
Meninggalkan Madinah
Mula terbang di udara
Ma'al Salamati (Goodbye), Madinah
Kita lihat pemandangan kota Madinah dari udara yang sempat kami capture...

Semburan aerosol
Padang pasir
Semua penumpang dalam penerbangan ini mendapat souvenir dari penerbangan Saudia berbentuk sebuah karung kain kecil yang terkandung stokin, penutup mata dan toiletries di dalamnya.

Souvenir dari Penerbangan Saudia
Keterangan tentang corak pada karung yang dinamakan Rushan
Isi kandungan karung souvenir
Pesawat kami mengalami turbulence yang agak teruk sewaktu terbang di Semenanjung Arab menuju ke Laut Arab. Bergoncang-goncang kapalterbang dibuatnya. Goncangan ini juga sangat terasa kerana kami mendapat seat di ekor kapalterbang.

Terbang di Semenanjung Arab
Pesawat mengalami turbulence yang kuat sewaktu di Semenanjung Arab
Sajian penerbangan diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang menghampiri UAE. Hidangan yang diberi adalah Nasi.

Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang
Steward dan Stewardess Saudia
Hidangan penerbangan yang pertama
Ketika ini kami sedang terbang berhampiran UAE
Penerbangan pulang sehingga kini
Merentasi padang pasir di Semenanjung Arab
Menuju ke Oman
Mentari sedang mula terbenam di luar sana
Tiba di Oman
Betapa indahnya ciptaan Allah
Disebabkan penerbangan ini merentas 4 zon waktu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, kami terpaksa menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di dalam penerbangan. Waktu Maghrib masuk sewaktu kami terbang di Laut Arab selepas meninggalkan Oman.

Waktu Maghrib dah masuk
Wuduk Spray yang sangat berguna untuk berwuduk di dalam pesawat
Terbang di Laut Arab
Menuju ke India
Terfikir juga pada masa ini ~ mungkin kami sebenarnya sedang berselisih dengan penerbangan Abang dan Keluarga yang sedang menuju ke Qatar. Mereka transit di Qatar dalam penerbangan menuju ke Munich, Germany.
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang berehat di dalam penerbangan.
Tiba di India
Terbang merentas India
Terbang di Teluk Bengal
Menuju ke Malaysia
Merentasi Kepulauan Nicobar yang merupakan sebahagian dari negara India
Sajian penerbangan kedua dihidangkan kepada penumpang sewaktu kami menghampiri Pulau Sumatera di Indonesia. Hidangan yang dihidangkan adalah Pizza.

Lampu dibuka sebagai persediaan untuk sajian penerbangan kedua
Kerusi kosong dalam penerbangan kami 
Terbang menghampiri Pulau Sumatera
Sajian penerbangan kedua
Stone Oven Baked Pizza
Dah dekat nak sampai ke Malaysia ketika ini
Inilah rupa Stone Oven Baked Pizza yang dihidangkan
Rasa Pizza ini tidaklah gah seperti namanya
Hampir tiba di Malaysia
Terbang menuju ke Kuala Lumpur
Membuat persiapan untuk mendarat
Disebabkan KLIA adalah sebuah airport yang sibuk, pesawat kami terpaksa membuat lencongan dahulu menunggu giliran sebelum mendarat.
Pemandangan malam di Port Dickson
Meninggalkan Port Dickson
Selamat mendarat di KLIA
Alhamdulillah, pesawat kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 4 pagi mengikut jadual. Secara rasminya tamatlah perjalanan Umrah Ke-6 kami bermula 2-12 Februari 2024. Kami sangat berpuas hati dengan pengurusan dan aturan perjalanan Umrah kami dengan Syarikat Azzuha. Berdasarkan pengalaman kami dalam Umrah ini, Myself tidak keberatan untuk recommend sesiapa juga menggunakan khidmat Azzuha untuk perjalanan Umrah mereka. 

Walau bagaimanapun dari segi pengisian perjalanan Umrah, Myself rasa perjalanan Umrah Kelima kami sebelum ini adalah lebih bermakna. Namun itu semua adalah rezeki yang Allah tetapkan untuk kita. Mudah-mudahan Allah akan menjemput kami lagi untuk membuat perjalanan Umrah Ke-7 pula. Semoga juga perjalanan Umrah Ke-7 akan menjadi perjalanan Umrah yang lebih baik dari semua perjalanan Umrah yang pernah kami lalui sehingga kini. Amin.

Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):