Saturday 27 March 2010

2010 SOUTH KOREA BHG. 02

Mac 2010

SOUTH KOREA
Seoul & Gangwon-do

Bahagian 2: Seoul
SEOUL CITY TOUR

HARI KETIGA (2)

Part 8: Seoul  

Ibukota Korea Selatan Seoul, terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Phoenix Ski Resort.

Plaza Tol sewaktu memasuki Bandar Seoul
Pemandangan Sungai Han yang merentasi bandaraya Seoul
Kebanyakan penduduk Seoul tinggal di pangsapuri seperti ini.
Satu lagi pemandangan Sungai Han di bandaraya Seoul
Sungai Chonggye ini pernah ditimbus untuk pembangunan lebuhraya. Setelah sekian lama, lebuhraya itu diruntuhkan dan aliran sungai ini dikembalikan seperti sedia kala.

Part 9: Kimchi School

Lawatan ke Seoul banyak berkisar kepada kebudayaan Korea. Tempat pertama yang kami tujui ialah Kimchi School.

Kimchi School di Seoul
Kimchi adalah makanan tradisional masyarakat Korea yang diperbuat daripada sayur jeruk. Pada kebiasaannya, sayur yang digunakan adalah kobis. Namun begitu, terdapat pelbagai variasi Kimchi dan ada di antaranya yang dibuat daripada makanan laut. 

Kimchi School adalah sebuah tarikan pelancong yang unik di Seoul. Di sini, pengunjung-pengunjung dapat merasakan sendiri pengalaman menghasilkan Kimchi. Kimchi yang dibuat oleh pengunjung ke sini akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan.


Petugas di Kimchi School memberi penerangan tentang kepelbagaian variasi Kimchi.
Pengajar di Kimchi School memberi tunjuk ajar tentang cara membuat Kimchi
Chef-chef dari Malaysia yang bakal menunjukkan kehandalamasing-masing membuat Kimchi
Proses pembuatan Kimchi
Selepas membuat Kimchi, pengunjung juga berpeluang bergambar dengan pakaian tradisional Korea.

Dua Budak Korea bersama Makcik mereka

Part 10: Kedai Kosmetik 

Korea juga terkenal dengan penghasilan alat kosmetik. Maka, kami juga berkunjung ke sebuah kedai Duty Free yang menjual pelbagai alat kosmetik jenama Korea.

Kedai Alat Kosmetik
Pemandangan dalam Kedai Kosmetik
Sekembali dari Kedai Kosmetik, Hae-Min menceritakan betapa obsesnya masyarakat Korea dengan kecantikan. Kebanyakan orang Korea bermata sepet, dan mereka amat menghargai mata yang besar dan bulat. Oleh yang demikian, ramai ibu bapa akan menaja anak-anak mereka membuat pembedahan plastik selepas tamat sekolah. 

Masyarakat Korea juga percaya mereka lebih mudah mendapat kerja kalau rupa mereka tidak terlalu "Korean". Kerana itulah, klinik-klinik pembedahan plastik sangat banyak terdapat di Korea.

Part 11: Itaewon

Kami diberitahu amat sukar bagi warga asing untuk membuka restoran di Korea. Ini adalah kerana Kerajaan Korea mengenakan banyak syarat, yang mana di antaranya adalah pemilik restoran perlu fasih berbahasa Korea. Kerana itulah tidak banyak terdapat restoran asing di Seoul dan hampir kesemuanya bertumpu di kawasan Itaewon.


Pemandangan senja di Itaewon.
Itaewon

RESTORAN HALAL DI ITAEWON 

Walau ke mana sekalipun kami pergi melawat di Seoul, Hae-Min pasti membawa kami kembali ke Itaewon untuk makan. Disebabkan pilihan restoran Halal juga tidak banyak, ada antara restoran yang sama diulang kembali.

Taj Palace Restaurant, Itaewon.
Evergreen Restaurant.
Restoran ini terletak berhampiran Masjid Seoul.
Mungkin disebabkan terlalu ramai pelancong dari Malaysia singgah makan di sini, Restoran Maharaja ini turut menyediakan Teh Tarik.

Part 12: International Masjid

Antara mercu tanda Itaewon ialah International Masjid. Masjid ini terletak di atas sebuah bukit yang tinggi dan untuk sampai ke sana, kami terpaksa berjalan mendaki bukit yang curam kerana jalan di hadapan masjid terlalu sempit untuk dilalui bas kami.

Inilah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul.
Ruang solat di Masjid Seoul. Gambar diambil dari ruang solat wanita.

Part 13: Human Starville Hotel

Hotel penginapan kami di Seoul bernama Human Starville. Memang pelik nama hotel ni. Bas kami terpaksa berhenti di tepi jalan besar kerana jalan di hadapan hotel  sangat sempit.

Jalan masuk yang sempit dan curam di hadapan Hotel Human Starville
Lobi di Human Starville Hotel
Lobi Human Starville Hotel sangat kecil. Inilah pemandangan keseluruhan lobi.
Hotel ini sebenarnya lebih merupakan sebuah apartment yang lengkap dengan dapur untuk memasak. Apple Holidays memberitahu, mereka sengaja memilih hotel ini supaya mana-mana pelanggan mereka yang tekaknya tak dapat menerima makanan Korea boleh memasak makanan sendiri. Bagus juga idea tu.

Ruang Dapur di Bilik Hotel Human Starville
Ruang Makan dan Tidur

HARI KEEMPAT

Part 14: Lotte World

Program Hari Keempat di Korea adalah berkunjung ke Lotte World. Lotte World adalah sebuah pusat membeli-belah yang turut mempunyai taman tema yang besar di dalamnya.

Lotte World di Seoul
Pintu masuk ke Taman Tema Lotte World
Pangsapuri kediaman penduduk Seoul di hadapan Lotte World.
Berjalan di dalam kompleks bangunan Lotte World menuju ke Taman Tema.
Replika pancutan air Alhambra di Lotte World
Pintu masuk ke kawasan Taman Tema.
Lotte World adalah sebuah Taman Tema di Seoul. Ia terbahagi kepada 2 bahagian: Indoor dan Outdoor.

Indoor Theme Park di Lotte World
Ice Skating Rink yang digunakan dalam penggambaran drama Korea "Stairway To Heaven"
Naik keretapi di Lotte World
Antara permainan yang dicuba di Lotte World
Pentas persembahan di Lotte World. Tak ada sebarang persembahan berlangsung sewaktu kami berkunjung ke sana.
House of Horror di Lotte World
Pemandangan di dalam House of Horror. Lepas tangkap gambar ni baru perasan ada notis melarang tangkap gambar di sini.
Bahagian Outdoor Lotte World amat menyerupai Disneyland. Malah di sini terdapat juga sebuah istana yang sangat mirip dengan Cinderella Castle yang menjadi mercu tanda Disneyland.

Castle di Lotte World Outdoor Park. Sangat mirip dengan Cinderella Castle di Disneyland
Monorail yang menghubungkan Indoor Park dengan Outdoor Park di Lotte World.
Bergambar dengan Kesatria Berkuda di pintu masuk ke Outdoor Theme Park.
Outdoor Theme Park di Lotte World dibina menyerupai bandar kecil di Eropah.
Gyro Drop di Lotte World
Menunjuk kehandalan menembak di Lotte World
Penjara Mainan di Lotte World
Pemandangan menarik di Lotte World Theme Park

Part 15: Kedai Ginseng & Amethyst

Kedai Ginseng dan Amethyst turut dilawati dalam lawatan ini. 


Korea Ginseng Center
Pelbagai informasi tentang Ginseng diperolehi sewaktu melawat Korean Ginseng Center. Antara yang diingati ialah Ginseng Korea hanya tumbuh di kawasan Garislintang 38 darjah yang memisahkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Mungkin Ginseng selesa hidup di sana kerana kawasan tersebuta adalah "No Man's Land".

Kilang batu permata Amethyst di Seoul. Korea juga berbangga kerana mempunyai batu Amethyst berkualiti tinggi yang hanya terdapat di negara tersebut.

Part 16Traditional Korean Lunch Di Seoul

GINSENG CHICKEN LUNCH

Korea amat bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk menarik pelancong Muslim datang ke negara tersebut. Sebelum tahun 2010, pelancong Muslim yang datang ke Korea tidak dapat menikmati Ginseng Chicken Soup yang menjadi kebanggaan rakyat Korea kerana tiada restoran yang dapat menyediakan sup ini secara halal.

Oleh yang demikian, Kerajaan Korea dengan bantuan Masjid Seoul berusaha bagi memastikan pelancong Muslim dapat menikmati hidangan yang enak ini. Satu program telah dilancarkan di mana restoran-restoran yang beminat untuk menyediakan Ginseng Chicken Soup perlu mendaftar dengan Kerajaan. Restoran-restoran ini dibekalkan dengan daging ayam halal untuk dimakan oleh pelancong Muslim.

Dengan usaha Kerajaan Korea ini, maka dapatlah kami menikmati hidangan Ginseng Chicken sewaktu satu makan tengahari di sana.


Restoran yang menyediakan Chicken Ginseng Soup halal di Seoul
Menikmati Korean Chicken Ginseng Soup

GRILLED FISH LUNCH

Memang tak dinafikan kami terpaksa makan banyak makanan India semasa di Seoul demi mendapatkan makanan Halal. Namun dengan usaha Apple Holidays, kami juga banyak berpeluang makan makanan Korea yang Halal. Antara yang masih diingati adalah Grilled Fish Lunch.

Restoran Grilled Fish Lunch
Hidangan Grilled Fish Lunch

Part 17: Namdaemun

Namdaemun adalah sebuah pusat membeli-belah yang kami singgahi di Seoul.

Namdaemun
Penjual jalanan di Namdaemun
Bergambar di Namdaemun dengan berlatar belakangkan Seoul Tower.
Sebuah tugu di Namdaemun
Pemandangan di kawasan komersil Namdaemun
Underground Shopping Mall di Namdaemun
Kedai peralatan kamera di Underground Shopping Mall di Namdaemun
Di Namdaemun juga, terdapat banyak peniaga kecil yang berjual di tepi jalanan. Kami dinasihatkan untuk tawar-menawar barangan yang dijual di sini.

Part 18: Blue House

Jika di USA, rumah kediaman Presiden dinamakan White House, rumah kediaman Presiden Korea Selatan pula dinamakan Blue House. Ia tidaklah dinamakan Blue House kerana dindingnya berwarna biru, sebaliknya hanya kerana atapnya berwarna biru.

Blue House
Tak banyak gambar yang dapat diabadikan di sini kerana terdapat larangan menangkap gambar di sekitar kawasan Blue House.

Tugu di depan Blue House

Part 19: Korean Folk Museum 

Adat dan budaya masyarakat Korea diceritakan dengan sepintas lalu sewaktu kami melawat Korean Folk Museum.

Pintu masuk ke Korean Folk Museum di Seoul
Diorama perkahwinan orang Korea
ContoKlinik Tabib Tradisional
Replika kapal pengebumian raja-raja Korea
Pemandangan di luar Korean Folk Museum

Part 20: Gyeongbukgung Palace

Bersebelahan dengan Korean Folk Museum adalah istana Raja Korea pada masa dahulu, Gyeongbukgung Palace.

Berjalan dari Korean Folk Museum menuju ke Gyeongbukgung Palace yang terletak di sebelah muzium.
Pintu masuk ke Gyeongbukgung Palace dari Korean Folk Museum
Hae-Min sedang memberi penerangan tentang susunatur Istana Gyeongbukgung
Courtyard di dalam istana
Siling di Dewan Utama
Pemandangan di Dewan Utama di mana pembesar dan rakyat jelata mengadap raja
Singgahsana Raja
Pintu Keluar Gyeongbukgung Palace. Bas menunggu di belakang pintu ini.

Part 21: Dongdaemun

Persinggahan seterusnya ialah Dongdaemun. Seperti juga Namdaemun, Dongdaemun adalah sebuah kawasan membeli-belah.


Kawasan membeli-belah Dongdaemun di Seoul
Pemandangan di sebatang jalan di Dongdaemun
Ketika keluar dari shopping centre di Dongdaemun, salji mula turun. Ketika ini hanya serpihan-serpihan halus salji sahaja yang turun.

Part 22: Snowfall

Salji turun semakin lebat pada malam itu, sebaik kami keluar dari makan malam di Restoran Evergreen di Itaewon.

Salji turun di Itaewon
Gembira melihat salji yang turun dari langit

Part 23 : Persembahan JUMP

Korea adalah negara asal seni mempertahankan diri Taekwondo dan pada malam terakhir di Seoul, kami berkesempatan menyaksikan sebuah show Taekwondo yang menarik, Jump.

Beraksi di depan poster Jump di luar teater,
Satu lagi poster persembahan Jump di luar teater
Bergambar dengan salji yang sedang turun di hadapan teater Jump.
Sayang sekali, tiada gambar dapat diabadikan di blog ini kerana fotografi tidak dibenarkan sepanjang persembahan.

HARI KELIMA

Part 24: Remember Korea

Selepas 5 hari berada di Korea, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia.


Mengangkut beg dari Hotel Human Starville ke bas yang menunggu di jalan utama
Mungkin disebabkan tiada makanan Halal dapat disediakan oleh pihak hotel, setiap hari Apple Holidays mengaturkan kami breakfast di luar. Hari terakhir di Seoul juga tidak terkecuali di mana kami akan breakfast dalam perjalanan ke Airport.

Pemandangan salji yang memutih di sepanjang perjalanan dari Hotel ke Airport.
Breakfast disediakan di sebuah restoran bernama Remember Korea yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Incheon.

Breakfast di restoran yang sangat sesuai dengan namanya sebagai persinggahan terakhir kami di Korea, Remember Korea Restaurant
Restoran ini sangat besar. Kami breakfast di Tingkat 1. Menu yang disediakan adalah U-dong.
Menikmati menu U-dong dan Kimchi sebelum meninggalkan Korea
Kesempatan terakhir bermain salji sebelum meninggalkan Korea yang dimanfaatkan sepenuhnya.
Akhirnya, kami berlepas ke Lapangan Terbang Incheon. Korea kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang indah. 

Incheon International Airport di Seoul
Lagi pemandangan di Incheon Airport
Pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas di Incheon Airport. Tak nampaklah pulak pesawat Malaysia Airlines yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dari sini.


CATATAN PERJALANAN SOUTH KOREA (2011):