Sunday, 8 January 2023

2022 BALKANS BHG. 35 (Ohrid 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 35: North Macedonia 6
OHRID (Ohrid Lake Cruise & Ohrid City Tour)

HARI KETUJUH (5)

Part 97: Ohrid Lake Cruise

Naik Boat Cruise adalah sebuah aktiviti yang popular di Lake Ohrid dan kami juga tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian. Bot yang disediakan untuk kami adalah private cruise di mana cuma kumpulan kami sahaja yang berada di atas bot itu.

Pelbagai pilihan Boat Excursions di Lake Ohrid
Memberi makan Swans
Jeti Boat Excursion
Gambar kita berjalan ke bot
Pelbagai bot ada di sini
Masuk ke dalam bot
Pemandangan di tingkat bawah bot
Kafetaria yang menjual minuman di dalam bot
Suasana di tingkat atas bot
Bersedia untuk memulakan cruise
Pemandangan bandar Ohrid dari atas bot
Bot lain yang sedang membuat cruise
Bot-bot lain yang sedang berlabuh
Bagi sebuah negara seperti North Macedonia yang tidak mempunyai laut, berkunjung ke Tasik Ohrid memang menggembirakan seperti kita berkunjung ke tepi laut. Namun begitu, Ohrid adalah sebuah bandar bermusim (seasonal city). Ini bermaksud ia hanya dikunjungi pelancong sewaktu musim panas. Pada musim sejuk, bandar ini senyap-sunyi. Hotel-hotel di Ohrid pun banyak ditutup dalam musim winter.

Meninggalkan bandar Ohrid
Mengambil gambar pemandangan Ohrid dari atas bot
Bergerak meninggalkan Pelabuhan Ohrid
Pelabuhan Ohrid

SAMUEL'S FORTRESS

Sewaktu boat cruise meninggalkan pelabuhan, kami dapat melihat dengan jelas kota lama Ohrid yang terletak di atas bukit. Kota ini dinamakan sebagai Samuel's Fortress kerana dari sinilah seorang raja kerajaan Macedonia pada kurun ke-10 Masehi yang bernama King Samuel memerintah. Menurut penemuan arkeologi terbaru, kota ini telah dibina sebelum zaman King Samuel lagi. Ia berkemungkinan besar telah dibina oleh bapa King Alexander The Great yang bernama King Philip II of Macedon.

Samuel's Fortress
Bendera North Macedonia berkibar di Samuel's Fortress
Benteng di Pelabuhan Ohrid
Lepak-lepak di atas benteng
Bergerak jauh ke tengah tasik
Menikmati suasana cruise
Menuju ke sebelah sana tasik
Ohrid
Penghujung bandar Ohrid
Berposing di tengah tasik
Burung Cormorant di Tasik Ohrid
Banyak yang tengah landing di atas air
Close-up sikit...
Kapal layar di Tasik Ohrid

ST. JOHN THE THEOLOGIAN CHURCH

Sebuah pemandangan cantik yang sering diabadikan oleh pengunjung ke Ohrid adalah St. John The Theologian Church yang terletak di atas bukit di tepi tasik. Gereja ini didedikasikan kepada John of Patmos, penulis kitab Revelation yang juga dianggap sebagai John the Apostle. Bangunan gereja ini dipercayai telah dibina pada kurun 13 Masehi, sebelum kedatangan orang Ottoman ke Ohrid.

Pemandangan Gereja St. John the Theologian dari tengah Tasik Ohrid
Gereja Orthodox ini didedikasi kepada John of Patmos yang juga dikenali sebagai John the Apostle
Pandangan gereja dengan lebih dekat
Di kaki bukit di bawah Gereja St. John the Theologian, ada pula sebuah gereja kecil yang bernama Church of the Birth of St. Mary yang didedikasikan kepada Virgin Mary. Ia terletak betul-betul di tepi tasik.

Church of the Birth of St. Mary

STRUGA

Bot seterusnya membelok ke arah bandar Struga. Struga adalah sebuah bandar yang mempunyai ramai penduduk Muslim. Kami diberitahu hotel penginapan kami pada malam nanti juga terletak di Struga.

Bot membelok ke arah Struga
Menuju ke bandar Struga
Posing ala-ala Titanic
Kanesh pun nak posing ala-ala Titanic
Struga
Pemandangan Struga dari tengah tasik
Bersantai di tepi tasik
Menikmati hembusan angin di Tasik Ohrid
Berposing dengan bendera North Macedonia
Posing kat belakang bot
Ohrid Lake Cruise yang kami naiki memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit di mana kami dibawa bersiar-siar di kawasan tasik yang berdekatan dengan bandar Ohrid sendiri. Tasik Ohrid ini memang besar. Pemandangan di sekitar tasik sangat cantik terutama di musim luruh begini.

Lake Ohrid
Lake Ohrid dikongsi bersama oleh North Macedonia dan Albania
Tempat pemandu bot
Boat Captain
Boleh pilih nak duduk di mana-mana kerana bot ini disewa khas untuk Group kami
Suasana di belakang bot
Pemandangan menghala ke depan
Menikmati pemandangan dari tepi bot. Sejuk juga terasa bila terkena hembusan angin di Tasik Ohrid ini.
Kalau rasa sejuk kat luar, boleh masuk ke bahagian bawah bot. Di sini juga ada sebuah kafe kecil di mana kita boleh memesan minuman panas.

Tempat duduk di bahagian bawah bot
Kafetaria
Posing kejap kat bahagian bawah bot
Hotel Park Lakeside
Tasik Ohrid saujana mata memandang

VILA BILJANA

Cruise turut membawa kami melihat villa mewah di tepi Tasik Ohrid yang dinamakan Vila Biljana. Pada zaman komunis Yugoslavia dulu, villa ini dimiliki oleh Josip Broz Tito. Ia kini dimiliki oleh Kerajaan North Macedonia. Selain menjadi rumah percutian pegawai-pegawai atasan di North Macedonia, ia juga kini berfungsi sebagai Rumah Tetamu Kerajaan. 

Menuju ke Vila Biljana
Vila Biljana
Vila Biljana ini asalnya dimiliki oleh pemerintah Yugoslavia, Josip Broz Tito
Meninggalkan Vila Biljana
Bangunan-bangunan berhampiran Vila Biljana yang mungkin digunakan oleh pengawal-pengawal Tito pada masa dahulu
Berhampiran Vila Biljana ini juga kini kita dapat melihat sebuah resort mewah yang dinamakan Inex Olgica Hotel & Spa.

Pemandangan Inex Olgica Hotel & Spa dari tengah tasik
Inex Olgica Hotel & Spa
Pantai di tepi tasik dan Water Slide
Selepas melihat Vila Biljana ini, bot kami berpatah balik ke Pelabuhan Ohrid.

Swans berenang di tepi tasik
Kembali ke Pelabuhan Ohrid
Burung-burung camar yang berterbangan dekat Pelabuhan Ohrid
Berjalan balik ke bandar selepas tamat cruise

Part 98: Ohrid Old City Tour

Selepas tamat cruise, kami bertemu pula dengan Local Tour Guide kami bernama Maja (disebut: Maya) yang akan membawa kami membuat Ohrid Old City Tour.

Local Tour Guide kami di Ohrid yang bernama Maja
Pemandangan menghala ke bandar lama Ohrid dari pelabuhan
Mengikut Maja ke Ohrid Old City
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke Ohrid Old City
Persinggahan pertama adalah di Ohrid City Square
Persinggahan pertama kami dalam Ohrid Old City Tour adalah Ohrid City Square. Ohrid City Square adalah sebuah taman yang sering dikunjungi pelancong dan penduduk tempatan. Di sini, Maja menunjukkan kepada kami patung St. Clement of Ohrid. St. Clement adalah pendakwah Kristian yang telah memperkenalkan ajaran Kristian Orthodox yang dianuti ramai penduduk North Macedonia dan rantau Balkans pada hari ini. Sewaktu hayatnya, St. Clement telah menjadikan Ohrid sebagai pusat dakwah beliau.

Ohrid City Square
St. Clement of Ohrid

OHRID OLD CITY

Maja seterusnya membawa kami ke Ohrid Old City yang kini merupakan sebuah pedestrian street. Kenderaan tak dibenarkan masuk ke sini. Ada berbagai kedai yang menjual pelbagai barangan di sini.

Ohrid Old City
Suasana di Ohrid Old City
Kedai runcit dan makanan segera
Pelbagai makanan yang dijual
Kedai mutiara
Suasana di Ohrid Old City
Pemandangan menarik di Ohrid Old City
Tangga naik ke atas bukit
Bangunan putih di depan sana adalah Masjid Ali Pasha
Ohrid juga terkenal dengan mutiaranya yang dinamakan Ohrid Pearl. Ohrid Pearl walau bagaimanapun bukanlah mutiara yang sebenar. Ia dihasilkan dari sisik ikan Plaschika yang hanya boleh didapati di Tasik Ohrid. 

Pelbagai mutiara dijual di sini
Mutiara ini dinamakan Ohrid Pearl
Untuk melihat mutiara ini dengan lebih dekat, Maja membawa kami masuk ke sebuah kedai Ohrid Pearl. Kami walau bagaimanapun cuma melihat-lihat sahaja mutiara yang dijual di sini.

Masuk ke kedai Ohrid Pearl
Pelbagai mutiara yang dijual
Mendengar penerangan Maja tentang Ohrid Pearl
Ohrid Pearl kelihatan seperti mutiara sebenar walaupun ia sebenarnya dibuat dari sisik ikan.
Selepas melihat Ohrid Pearl, Maja membawa kami ke penghujung jalan di Ohrid Old City untuk menunjukkan kepada kami Chinar Tree. Dalam perjalanan, kami melintasi Masjid Ali Pasha yang merupakan antara masjid yang tertua di North Macedonia. Bangunan asalnya dipercayai telah dibina dalam kurun ke-15 atau 16 Masehi.

Berjalan menuju ke Chinar Tree
Masjid Ali Pasha
Chinar Tree yang ditunjukkan kepada kami adalah pokok yang tertua di Ohrid. Ia dipercayai telah berusia 1,100 tahun dan ditanam di sini oleh St. Clement. 

Berjalan menuju ke Chinar Tree
Pancutan air dekat Chinar Tree
Church of Holy Mother of God
Pokok Chinar yang telah berusia 1100 tahun ini dipercayai ditanam oleh St. Clement of Ohrid.

Part 99: Ali Pasha Mosque

Maja meninggalkan kami selepas menunjukkan Chinar Tree. Kami kemudian berkunjung ke Masjid Ali Pasha yang berhampiran untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

Kembali ke Masjid Ali Pasha
Pintu masuk ke masjid
Suasana di Ruang Solat Utama
Kubah Masjid
Perhiasan di dalam masjid
Ruang Solat Wanita terletak di tingkat atas
Tangga naik ke Ruang Solat Wanita
Ruang di bucu masjid
Mihrab dan Mimbar
Pemandangan di Ruang Solat Wanita
Pemandangan Ruang Solat Utama dari Ruang Solat Wanita
Stained Glass Window
Pemandangan Masjid Ali Pasha dari luar


Bersambung ke Bahagian 36...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: