Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)
Bahagian 33: North Macedonia 4
TETOVO (Painted Mosque)
HARI KETUJUH (3)
Part 89: Perjalanan Ke Tetovo
Perjalanan kami diteruskan menuju ke Tetovo, bandar ketiga terbesar di North Macedonia yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Skopje.
|
Meninggalkan Skopje |
|
Perumahan zaman komunis di Skopje |
|
Bendera North Macedonia |
|
Patung berkuda seorang wira tempatan North Macedonia |
|
Pandangan dari depan |
|
Shopping Mall |
|
Patung seorang lagi tokoh tempatan |
|
Suasana di Skopje yang sibuk dengan kenderaan persendirian disebabkan mogok pengangkutan awam hari ini |
|
Kafe di tepi jalan |
|
Menara loceng sebuah gereja moden |
|
Plaza Tol ketika meninggalkan Skopje |
|
Pembayaran tol boleh dibuat menggunakan kad kredit |
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Skopje ke Tetovo adalah melalui kawasan-kawasan pertanian. Dari apa yang Myself baca, North Macedonia juga adalah salah sebuah negara pengeluar bunga poppy terbesar di dunia. Tapi tak nampak pun tanaman bunga poppy ini di mana-mana, mungkin disebabkan tanaman telah pun dituai sewaktu kami tiba.
North Macedonia juga adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Ia adalah negara kedua yang paling bergunung-ganang di dunia selepas Montenegro. 85% dari seluruh negara ini terdiri dari gunung-ganang. Fakta menunjukkan ada 34 buah puncak gunung di North Macedonia yang mempunyai ketinggian melebihi 2,000 meter.
Part 90: Tetovo
Kami akhirnya tiba di Tetovo. Tetovo adalah sebuah bandar yang terletak di kaki Sar Mountain di barat laut North Macedonia. Sebahagian besar penduduknya adalah rakyat North Macedonia yang berketurunan Albania.
|
Tetovo |
|
Sebahagian besar penduduk Tetovo terdiri dari keturunan Albania |
|
Bandar Tetovo yang tenang ini akan menjadi sangat sibuk di musim panas |
Kami juga melalui sebuah pasar terbuka di tengah-tengah bandar Tetovo. Kita lihat suasana di pasar ini dari atas bas...
|
Pasar Terbuka di Tetovo |
|
Jualan madu |
|
Pelbagai jenis madu |
Kita lihat lagi suasana di sekitar bandar Tetovo... |
Hotel Tivoli |
|
Rumah-rumah kediaman |
|
Di situlah lokasi Tetovo dalam peta North Macedonia |
|
Kereta di bandar Tetovo |
|
Bank |
|
Shopping Mall |
Menurut Tour Guide kami yang bernama Mehmet, satu adat Orang Albania adalah pemberian emas kepada pengantin perempuan dalam majlis perkahwinan. Oleh kerana Tetovo dipenuhi penduduk berbangsa Albania, kita dapat melihat sangat banyak kedai emas di bandar ini. Kata Mehmet lagi, emas di Tetovo juga terkenal berharga murah kerana kebanyakannya diseludup dari luar negara.
|
Kedai menjual emas |
|
Pemandangan di sini mengingatkan Myself kepada Gold Souk di Dubai dulu |
|
Barang kemas |
|
Menuju ke Painted Mosque |
Part 91: Bey Hamam
Pada penghujung kurun ke-14, Tetovo dan seluruh Macedonia jatuh di bawah pemerintahan Empayar Ottoman. Tetovo bertukar menjadi sebuah pusat perdagangan di samping sebuah kota pertahanan yang penting. Masjid, pasar dan tempat mandian yang dinamakan Hamam turut dibina di bawah pengaruh kerajaan Ottoman yang memerintah. Salah sebuah Hamam ini yang dapat kami lihat adalah Bey Hamam.
|
Bey Hamam di Tetovo |
|
Pemandangan Bey Hamam dari tepi |
|
Sungai Pena di sebelah Bey Hamam |
Bey Hamam ini kini tidak lagi digunakan sebagai pusat pemandian awam. Ia telah bertukar fungsi menjadi sebuah muzium.
|
Jambatan Ottoman berhampiran Bey Hamam |
Part 92: Painted Mosque
Destinasi lawatan kami di Tetovo adalah Šarena Džamija (disebut: Sarena Zamiya) yang juga dikenali sebagai Painted Mosque. Masjid ini pada asalnya dibina pada tahun 1438 dan dibina semula pada tahun 1833 oleh Abdurrahman Pasha. Binaannya tidak dibina mengikut senibina Turki yang tipikal kerana ia dibina sejak sebelum penaklukan Constantinople lagi.
|
Šarena Džamija di Tetovo |
|
Masjid ini juga dikenali sebagai Painted Mosque |
|
Painted Mosque tidak mempunyai kubah kerana ia dibina jauh lebih awal sebelum penaklukan kota Constantinople oleh Kerajaan Ottoman yang menjadikan Hagia Sophia sebagai rujukan senibina mereka. |
|
Keterangan mengenai Painted Mosque yang juga dikenali sebagai Colourful Mosque |
Masjid yang terletak di tengah bandar Tetovo ini juga dikenali sebagai Pasha's Mosque dan Alaca Mosque. Ia kini menjadi contoh senibina Islam di Macedonia bersama Bey Hamam yang terletak di sebelahnya.
|
Taman di perkarangan Painted Mosque |
|
Nama-nama masjid |
|
Pandangan bangunan masjid dari luar |
|
Tak seperti masjid lain yang biasa kita lihat, setiap sudut masjid ini dipenuhi dengan lukisan |
|
Tangga naik ke tingkat atas |
|
Pintu masuk utama |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
Bahagian di dalam masjid juga sarat dengan lukisan. Namun disebabkan Islam melarang lukisan orang dan binatang hidup, semua lukisannya adalah corak abstrak, pemandangan dan tumbuh-tumbuhan yang digayakan.
Lukisan-lukisan cantik ini adalah hasil karya pelukis mahir yang dibawa oleh Abdurrahman Pasha dari Debar yang terletak berhampiran sempadan Albania. Warna cat yang digunakan dicampur dengan putih telur. Ini membolehkan warna cat ini kekal menyerlah sehingga kini. Pasti beribu-ribu butir telur digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini.
|
Jam dinding |
|
Tempat guru mengajar |
|
Mihrab |
|
Mimbar |
|
Pandangan Mimbar dari depan |
|
Lukisan Kaabah pada dinding di sebelah Mimbar |
|
Replika Pintu Kaabah pada Mimbar |
Sebelum tiba ke sini, Myself memang tak sangka ada masjid yang dindingnya dihias cantik sampai level begini. Sebelum ini, Myself dan Husband pernah melawat ke Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Dinding masjid itu juga dihias dengan hiasan-hiasan flora yang pada pandangan kami dah memang extravagant. Tak sangka Painted Mosque di Tetovo ini lebih extravagant lagi.
|
Public Toilet terletak di bawah sana |
|
Bas menunggu di depan Painted Mosque |
|
Meninggalkan Painted Mosque |
Bersambung ke Bahagian 34...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.