Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)
Bahagian 12: Bosnia-Herzegovina 8
BLAGAJ (Dervish House)
HARI KETIGA (4)
Part 35: Perjalanan Ke Blagaj
Selepas melawat bandar Mostar, kami dibawa ke destinasi yang seterusnya ~ Blagaj (disebut: Blagai) yang terletak 12 km dari sini.
|
Meninggalkan bandar Mostar |
|
Rumah-rumah kediaman di Mostar |
Satu kesusahan yang kami alami dalam percutian ke Balkans ini ialah tentang matawangnya. Dari 8 negara yang kami kunjungi, cuma dua (Kosovo dan Greece) sahaja yang menggunakan Euro. Setiap negara lain pula mempunyai matawang masing-masing yang tak boleh diperolehi di Malaysia. Demi kemudahan, kami menukarkan dulu Ringgit Malaysia kepada Euro di Malaysia. Sampai di negara yang memerlukan barulah Euro ini ditukar kepada matawang negara yang berkenaan. Memandangkan kami tak menetap lama di sesebuah negara, kami berusaha mendapatkan matawang Euro dalam pecahan-pecahan yang kecil.
|
Dervish House di Blagaj |
Perkara pertama yang kami lakukan sebaik tiba di sini adalah menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Untuk bersolat, kenalah kita ambil wuduk terlebih dahulu. Tandas dan tempat wuduknya di sini unik ~ menggunakan simbol kasut ~ untuk membezakan lelaki dan wanita.
|
Tandas dan tempat wuduk disediakan di luar Rumah Dervish |
|
Tandas dan tempat wuduk untuk lelaki yang ditandakan dengan kasut lelaki |
|
Tandas dan tempat wuduk untuk wanita yang ditandakan dengan kasut tumit tinggi |
|
Suasana di tempat wuduk wanita |
Selepas mengambil wuduk, kami berjalan beramai-ramai ke dalam Dervish House untuk menumpang bersolat di sana. Rumah tua ini telah berusia 600 tahun sekarang.
|
Berjalan masuk ke Dervish House |
|
Keterangan tentang Dervish House |
|
Kena buka kasut dulu sebelum masuk ke dalam |
Rumah ini mempunyai beberapa buah bilik. Tak ada bilik khas yang diperuntukkan untuk bersolat. Boleh bersolat di mana-mana bilik yang kita suka.
|
Ahli-ahli Group kami yang lelaki bersolat di sini |
Pada masa dahulu memang ada Ahli-ahli Sufi (Dervish atau dalam bahasa mudahnya Muslim Monks) yang tinggal di sini. Golongan sufi adalah umat Islam yang mengikut aliran tasawuf, yang meninggalkan kemewahan duniawi dan mementingkan kehidupan akhirat. Siang hari para sufi bekerja sebagai petani atau penggembala kambing, malam pula dipenuhi dengan majlis zikir.
Rumah ini masih dijaga oleh Ahli Sufi tapi tidaklah seramai dan semeriah pada masa dahulu. Sehingga kini setiap hujung minggu, para Sufi dari serata tempat akan datang berkumpul dan mengadakan majlis zikir di sini.
|
Tempat rehat Ahli Sufi |
|
Dapur |
|
Tangga naik ke atas |
Di sebuah bilik di dalam rumah ini, kita dapat melihat makam dua orang Ahli Sufi yang dikebumikan di sana. Mereka adalah Sheikh Sari-Saltuk dan Sheikh Acik-pasha.
|
Bilik yang menempatkan makam dua orang Ahli Sufi |
|
Makam Ahli Sufi di dalam bilik |
Dari apa yang kami lihat, golongan Sufi yang memanfaatkan Rumah Dervish ini bersikap sederhana. Tak dinafikan, ada golongan sufi ini yang extreme ~ sangat taksub kepada guru mereka dan melakukan perkara-perkara bidaah seperti menyembah kubur tok-tok guru mereka yang semuanya bertentangan dengan sunnah Nabi SAW. Di Turkiye sendiri misalnya mereka menari berpusing-pusing sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
|
Suasana di tingkat atas Rumah Dervish |
|
Kaum wanita dalam Group kami memilih untuk bersolat di bilik ini |
|
Bersolat di Rumah Dervish |
|
Bilik perbincangan yang dilengkapi dengan pendiang api untuk kegunaan di musim dingin. |
|
Bilik rehat di tingkat atas |
|
Siling dengan ukiran kayu |
|
Al Quran yang diletakkan di tepi pintu |
|
Beranda di tingkat atas Rumah Dervish |
|
Hu ~ yang bermaksud Dia (Allah SWT) |
|
Tangga turun ke bawah |
Selain dibina di kaki gunung, Rumah Dervish ini turut dibina bersebelahan dengan punca Sungai Buna yang mengalir keluar dari dalam sebuah gua.
|
Sumber Sungai Buna yang mengalir keluar dari sebuah gua di tepi Rumah Dervish |
Pemandangan indah ini boleh dinikmati dari balkoni yang dibina menghadap ke sungai tersebut.
Bagi yang berminat, anda boleh menyewa bot getah untuk berlayar masuk ke dalam gua untuk melihat sendiri mata air sumber sungai di dalamnya. Kami pun berminat sebenarnya, tetapi bila mendapati laluan ke tempat menyewa bot adalah di seberang sungai dan perlu mendaki sebuah bukit yang curam, terbantut terus hasrat tersebut.
|
Bot getah yang boleh disewa untuk bersiar-siar di Sungai Buna |
|
Tempat menyewa bot di seberang sana sungai |
|
Bukit tinggi yang perlu didaki di seberang sungai untuk mendapatkan tempat menyewa bot |
|
Berlayar di Sungai Buna |
|
Pemandangan dari balkoni |
Air Sungai Buna di sini juga jernih dan bersih. Kami diberitahu ia boleh diminum terus dan rasanya amat sedap. Dari jauh juga airnya nampak macam sejuk. Disebabkan teringin nak merasa airnya yang dingin itu kami turun tangga ke tebing. Tapi tak dapat juga nak memegang air yang dingin itu sebabnya anak tangganya tinggi dan tak dapat nak mencapai air dari situ.
|
Bergambar dengan Kakak Ipar sewaktu nak turun tangga ke sungai |
|
Beginilah jernihnya air Sungai Buna di Blagaj |
|
Berposing di tepi Sungai Buna |
|
Tak tercapai hasrat dan menyentuh air sungai sebab anak tangga ini tinggi sangat dari muka air. |
Rumah ibadah yang dibina di dalam gua seperti Dervish House di Blagaj ini sebenarnya adalah perkara biasa di Balkans. Ia juga ditemui di tempat lain di Bosnia, Montenegro (Ostrog Monastery), Croatia (Blaca Hermitage di Brac) dan Slovenia (Predjama Castle). Pada asalnya ia sengaja dibina di tempat yang terceruk untuk tujuan keselamatan. Bila bandar-bandar berkembang, rumah-rumah ibadah ini menjadi tarikan-tarikan yang unik.
Selepas dah puas menikmati keindahan dari Rumah Dervish, kami keluar untuk menikmati keindahan Blagaj dari sudut lain pulak. Laluan keluar adalah menerusi sebuah kedai cenderamata.
|
Kedai Cenderamata di Rumah Dervish |
|
Pelbagai cenderamata yang dijual |
Part 37: Bersiar-siar di Blagaj
Dah tak dapat nak menyentuh air Sungai Buna tadi, kami seronok bila bertemu dengan sebuah pam air di depan Rumah Dervish. Air dalam pam ini dialirkan terus dari Sungai Buna. Kiranya dapatlah juga kita merasa menyentuh dan minum air dari sungai ini.
|
Pam air di depan Rumah Dervish |
|
Seronok bila akhirnya dapat menyentuh air Sungai Buna |
|
Kanesh meminum air Sungai Buna |
Ada banyak restoran dan kafe yang dibina di tebing Sungai Buna. Ke sanalah arah tujuan kami sekarang.
|
Pemandangan restoran dan kafe yang dibina di seberang sungai |
|
Berjalan menuju ke jambatan untuk menyeberang ke seberang sungai |
|
Jambatan yang kami naiki untuk menyeberang sungai |
|
Pemandangan dari atas jambatan |
|
Satu lagi pemandangan yang ingin diabadikan |
|
Pemandangan ke seberang sana pulak |
|
Salah sebuah restoran di seberang sungai |
Walaupun suhu cukup sejuk pagi tadi (5'C), cuaca dah berubah sekarang. Suhu di Blagaj ketika itu adalah 27'C, lebih kurang sama dengan suhu di Malaysia. Cuma bezanya cuaca di sini kering dan cuaca di Malaysia pula panas lembap. Terik matahari di sini lebih menyakitkan dari di Malaysia. Ini juga adalah satu pengalaman baru kami sewaktu berada di Balkans. Mungkin disebabkan muka buminya yang extreme, cuaca juga boleh berubah dengan extreme pada setiap hari.
|
Posing di seberang jambatan |
Disebabkan ada banyak masa lagi, kami duduk minum-minum di sebuah kafe di seberang sungai ini. |
Minum-minum di kafe |
|
Jus oren yang sangat sedap |
|
Pemandangan dari kafe |
|
Jambatan yang kami lalui tadi |
Tiba masa yang ditetapkan untuk berkumpul kembali, kami berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat parking bas.
|
Naik jambatan kembali ke seberang sana |
|
Sungai Buna yang mengalir deras |
|
Air sungai yang jernih |
No comments:
New comments are not allowed.