Tuesday, 13 December 2022

2022 BALKANS BHG. 22 (Kotor Old City 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(MONTENEGRO: Kotor, Budva & Bar)

Bahagian 22: Montenegro 3
KOTOR (Kotor Old City 2)

HARI KELIMA (3)

Part 57: Kotor Old City (2)

Kami diberikan free time selepas melawat Flour Square. Ramai yang memilih untuk shopping tetapi bagi Myself dan Husband, kami memilih untuk melawat Kotor City Wall.

Kembali ke Square of Arms
Pelancong-pelancong di Square of Arms
Clock Tower
 
VALIER BASTION
  
Ada beberapa buah bastion yang dibina di sekeliling Kotor Old City. Kami memilih untuk melawat bastion yang terdekat dengan pintu masuk Sea Gate yang bernama Valier Bastion. Ia ditandakan dengan huruf 'D' pada peta di bawah...
 
Peta kedudukan Valier Bastion
Tangga naik ke Valier Bastion
Bertingkat-tingkat tangga yang perlu didaki untuk naik ke Valier Bastion
Tembok pertahanan yang mengelilingi Kotor Old Town dibina berdikit-dikit sepanjang 4.5 km di antara kurun ke-9 sehingga 19 Masehi. Sebahagian tembok pertahanan ini sangat tebal, sehingga 15 meter. Ketinggian tembok ini juga berbeza-beza, ada yang mencapai sehingga 20 meter.

Pemandangan di atas tembok pertahanan Kotor Old City
Pemandangan Bay of Kotor dari Valier Bastion
Satu lagi pemandangan Bay of Kotor dari Valier Bastion
Menikmati keindahan pemandangan Bay of Kotor
Bertapa di tembok kota
Tembok pertahanan Kotor juga dibina dikelilingi air (moat). Moat ini kini dikenali sebagai Scurda River.

Moat yang mengelilingi Kotor City Wall
Moat ini kini dikenali sebagai Scurda River
Air moat ini cantik dan bersih
Itik berenang di dalam moat
Ikan pun banyak di dalam moat ini
Ikan-ikan yang berenang di dalam moat
Itik dan ikan
Moat ini juga dibina dengan sangat lebar untuk menyukarkan musuh masuk ke dalam kota
Pemandangan Kotor New City di seberang sana
Gunung di belakang Kotor Old City bernama Mount Lovćen. Tembok pertahanan kota ini turut dibina sehingga jauh ke atas gunung ini. Sekali imbas ia kelihatan macam Tembok Besar China.

Tembok pertahanan kota Kotor dibina sehingga naik ke gunung di belakang sana
Mount Lovćen di belakang kota Kotor
Gereja St. Nicholas
Bastion di belakang sana dinamakan Riva Bastion
Kota yang di kemuncak gunung sana dinamakan San Giovanni (St. John's Fort)
Pemandangan jambatan yang dibina menyeberang moat
Berjalan kembali ke Valier Bastion

ST. NICHOLAS CHURCH

Memandangkan masih ada masa yang terluang, Myself dan Husband membuat keputusan untuk masuk melawat St. Nicholas Church yang kami lalui sewaktu membuat City Tour bersama Venera tadi.

Berjalan kembali ke St. Nicholas Church
St. Nicholas Church
Signboard di luar St. Nicholas Church yang ditulis dalam Bahasa Montenegro
Walaupun gereja ini bernama St. Nicholas, signboard pada pintunya tertulis nama St. Lucas
Pintu masuk ke Gereja St. Nicholas
Gereja St. Nicholas ini adalah gereja orthodox kedua yang Myself dan Husband lawati. Gereja pertama yang kami lawati dulu adalah Church of Transfiguration di St. Catherine's Monastery sewaktu melawat ke Sinai, Mesir. Cuma bezanya gereja dulu adalah milik Gereja Greek Orthodox manakala Gereja St. Nicholas ini dimiliki oleh Gereja Serbian Orthodox.

Pemandangan di dalam Gereja St. Nicholas
Seperti gereja di Sinai dulu, gereja ini juga tidak mempunyai kerusi di dalamnya kerana penganut Kristian Orthodox bersembahyang sambil berdiri.

Gambar saints yang menghiasi dinding Gereja St. Nicholas
Main Altar di Gereja St. Nicholas
Dinding Gereja St. Nicholas pula dipenuhi dengan gambar-gambar saints yang dianggap seperti wali dalam agama mereka. Tidak seperti Gereja Roman Katholik yang sering mempunyai patung Jesus Christ dan Virgin Mary di dalamnya, tidak ada patung ataupun lukisan begitu dalam Gereja Orthodox. Ini adalah kerana Gereja Orthodox tidak membenarkan Tuhan, Jesus Christ dan Virgin Mary digambarkan dalam bentuk patung atau lukisan.

Bishop's Throne
Pemandangan lebih dekat Bishop's Throne
Model gereja
Lagi gambar-gambar saints
Ukiran seorang saint yang dibuat dari perak
Seperti penganut Roman Katholik, penganut-penganut Orthodox juga menyalakan lilin untuk berdoa. Dalam gereja orthodox yang tradisional, perempuan turut diwajibkan menutup rambut sewaktu beribadat di dalam gereja. 

Votive Altar
Seperti penganut Roman Katholik, penganut Kristian Orthodox juga menyalakan lilin untuk berdoa
Sewaktu melawat Balkans kami juga diajar cara untuk membezakan gereja Roman Katholik dengan gereja Orthodox. Bumbung Gereja Orthodox sering dibina kubah seperti yang selalu terdapat pada masjid. Bumbung Gereja Roman Katholik pula selalunya dibina meruncing. Salib Orthodox pun berbeza dari salib Roman Katholik.

Pemandangan kubah Gereja St Nicholas dari dalam bangunan
Salib yang selalu digunakan pada Gereja Orthodox seperti Gereja St. Nicholas
Gerai menjual barangan keagamaan dekat pintu masuk Gereja St. Nicholas
Lukisan-lukisan ini dinamakan sebagai iconostasis

Part 58: Meninggalkan Kotor Old City

Lepas dah melawat Gereja St. Nicholas kami berjalan menuju ke Sea Gate untuk ke tempat berkumpul yang ditetapkan. Sambil-sambil itu sempat juga kami membuat satu persinggahan di Kotor Bazaar.

Kotor Bazaar yang tersembunyi di celah-celah lorong di Kotor Old City
Pintu masuk ke Kotor Bazaar
Pemandangan di dalam Kotor Bazaar
Satu lagi pemandangan di Kotor Bazaar
Kotor Bazaar ini adalah bekas sebuah Dominican Monastery yang pernah berdiri di sini pada kurun ke-15 dan 16M dulu. Malangnya monastery ini musnah dalam satu kebakaran dan gempa bumi. Ia kemudiannya ditukar menjadi sebuah berek tentera sewaktu pemerintahan Kerajaan Austro-Hungary sebelum akhirnya menjadi Kotor Bazaar pada tahun 2018.

Plak sejarah mengenai Kotor Bazaar
Pemandangan Gereja St. Nicholas dari Kotor Bazaar
Selepas melawat Kotor Bazaar, kami berjalan kembali ke Square of Arms untuk mendapatkan City Gate.

Kembali ke Square of Arms
Pillar of Shame di Square of Arms
Sea Gate
Berjalan keluar dari Sea Gate
Ukiran pada dinding di Sea Gate
Pintu keluar Sea Gate
Pintu pertahanan yang dibuat dari besi
Tempat berkumpul yang ditetapkan bagi kami di luar Sea Gate
Pemandangan di luar Sea Gate
Berposing dengan Sea Gate sambil menunggu ahli-ahli Group berkumpul
Berlakon macam pergi shopping kat Hard Rock Cafe tadi
Selepas semua ahli group dah berkumpul, kami berjalan bersama-sama menuju ke bas yang parking di seberang moat.

Berjalan menuju ke tempat bas
Bergambar dengan pokok zaitun dalam perjalanan nak mendapatkan bas
Kolam pancutan air yang tak berfungsi pada ketika itu
Masih berjalan nak mendapatkan bas
Pemandangan Bay of Kotor di seberang jalan
Kapal-kapal layar di Bay of Kotor
Bot-bot kecil di Bay of Kotor
Pemandangan indah yang sangat sukar untuk dilupakan
Satu lagi pemandangan indah di Bay of Kotor
Tempat di mana moat bertemu dengan laut di Bay of Kotor
Bot yang parking di tepi moat
Bergambar di atas jambatan yang menyeberangi moat
Pemandangan moat dari atas jambatan
Kenangan terakhir dengan Kotor Old City

Part 59: Tracia Leather Centre

Perjalanan diteruskan lagi ke Budva. Tapi sebelum meninggalkan Kotor, kami dibawa ke Tracia Leather Centre.
 
Meneruskan perjalanan ke Budva
Singgah sekejap di Tracia Leather Center
Di sini kami dijamu dengan jus buah-buahan yang sedap sambil melihat fashion show pakaian kulit.

Jus buah-buahan yang sedap
Kata-kata aluan dari Pengurus Tracia Leather
Fashion Show
Selepas itu kita dibawa pula ke showroom jualan. Pakaian yang kulit yang dijual memang cantik tetapi harganya sangat mahal. Paling murah pun lebih RM 1000. Tapi kalau dah berjalan dalam group begini, mestilah ada juga yang tetap membeli.

Tracia Leather Center
Showroom pakaian kulit
Jaket yang dijual memang cantik tapi harganya sangat mahal bagi Myself
Kita jamu-jamu mata saja di sini


Bersambung ke Bahagian 23...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: