Friday 21 May 2021

2021 TRAVEL REVIEW 17 - IN BRIEF (ASIA TIMUR)

Mei 2021

Travel Review 17: In Brief
ASIA TIMUR 

Asia Timur yang juga dikenali sebagai Timur Jauh (Far East) terdiri dari 6 buah negara: China, Jepun, Mongolia, North Korea, South Korea dan Taiwan. Myself dah berkesempatan melawat ke 3 dari 6 negara ini.


Negara pertama yang Myself lawati di Asia Timur adalah Jepun sewaktu dihantar berkursus ke Nagoya pada tahun 1999 dulu. Selepas dari itu, ada 2 kali lagi Myself berkunjung ke Jepun tapi kedua-duanya atas urusan kerja. Kalau dipandang dari segi melancong pula, negara yang pertama dilawati adalah China (Hong Kong) diikuti Korea Selatan dan Jepun.

China

Myself dan Husband telah berkesempatan melawat ke beberapa buah destinasi di China: Shanghai, Guilin, Hong Kong dan Macau. Secara umumnya, Myself berpandangan walaupun China adalah sebuah negara yang besar, ia sangat monotonous. Pergilah ke mana-mana tempat pun di China, pengalaman dan suasana yang dialami macam lebih kurang sama. Tapi ini mungkinlah disebabkan sebahagian besar China didiami oleh penduduk yang berketurunan Han yang mengamalkan budaya dan cara hidup yang sama dan kami berkunjung setakat ini hanya ke tempat-tempat begini.

Tempat pertama yang kami kunjungi di China adalah ke Hong Kong pada tahun 2008. Pada ketika itu, Hong Kong yang merupakan bekas jajahan British baru 10 tahun dipulangkan kembali kepada China. Jadi suasana dan cara hidupnya yang mengikut cara Barat masih sangat ketara. Tidak seperti penduduk-penduduk di Tanah Besar China yang agak kurang berdisiplin, penduduk di Hong Kong sangat tertib. Ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris ketika itu. Walau bagaimanapun, dalam 2 kunjungan yang berikutnya dalam tahun 2010 dan 2013, Myself dapat merasakan ciri-ciri Barat di Hong Kong dah semakin berkurangan. 

 Kowloon
Hong Kong sangat sesak dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Disebabkan pengaruh pemerintahan British selama 99 tahun sehingga ke tahun 1997 dulu, ada ramai penduduk Hong Kong yang datang dari luar China, terutama dari benua India. Oleh yang demikian, tak susah nak mencari makanan Halal di kawasan seperti Pulau Hong Kong dan Kowloon. Kalau ada yang nak berkunjung ke Hong Kong, Myself cadangkan supaya mencari penginapan di sekitar Tsim Tsa Tsui di Kowloon kerana makanan Halal paling senang didapati di sini. Kedudukannya pun tak jauh dengan shopping area paling terkenal di Hong Kong ~ Nathan Road.

New Sangeet Indian Restaurant di Tsim Tsa Tsui di Kowloon
Tarikan utama kepada pengunjung di Hong Kong terutama yang datang bersama anak-anak kecil adalah Hong Kong Disneyland. HK Disneyland ini juga adalah taman tema kategori begini yang pertama kami kunjungi, jadi perasaannya memanglah sangat hebat pada ketika itu. Tapi selepas berkunjung ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea kemudian, terasa HK Disneyland ini sebenarnya agak 'terkebelakang'.
 
Suasana Krismas di Hong Kong Disneyland
Kalau tak berkunjung ke HK Disneyland sekali pun, ada juga beberapa tempat lagi di Hong Kong yang boleh dilawati seperti Victoria Peak, Repulse Bay, Avenue of Stars serta pelabuhan nelayan Aberdeen Harbour. Tetapi kami pernah diberitahu yang Aberdeen Harbour akan ditambak bagi tujuan pembangunan. Jadi mungkin dah tak boleh lagi nak bersampan di Aberdeen Harbour sekarang.

 Pemandangan Hong Kong Central dan Kowloon dari Victoria Peak
 Avenue of Stars
 Repulse Bay
Sewaktu melawat Hong Kong dengan seorang rakan, Myself juga berkesempatan melawat ke sebuah tempat yang sangat jarang dikunjungi oleh orang Malaysia di Hong Kong ~ Big Buddha di Pulau Lantau. Kalau sesiapa yang berani dan tak gayat, mungkin patut jadikan ini sebagai destinasi lawatan anda kerana ada cable car sepanjang 5.7 km untuk naik ke sini dari Tung Chung. Cable car ini merentas laut dan gunung untuk naik sehingga ke Ngong Ping.

 Ngong Ping Cable Car (Gambar dari internet)
Big Buddha di Ngong Ping
Shanghai pula adalah kota terbesar di China dan juga yang ketiga terbesar di dunia selepas Tokyo dan New York City. Ia adalah sebuah bandar yang moden tetapi masih mengekalkan beberapa elemen tradisional di sebalik kemewahannya. Seperti juga di kota-kota lain di Tanah Besar China, sukar sikit nak bergerak bersendirian di Shanghai kalau kita tak memahami Bahasa Mandarin. 

Shanghai
Kalau berkunjung ke Shanghai, pastikan juga anda tidak melepaskan peluang untuk melawat ke West Lake di kota Hangzhou yang berhampiran. Kalau boleh, lawat juga ke Song Dynasty Village yang terletak di tepi tasik ini.

Cruise di West Lake
Song Dynasty Village
Kalau nak merasakan suasana China yang lebih tradisional pula, mungkin anda boleh menimbangkan percutian ke Guilin yang terletak di selatan China. Pemandangan di sini bergunung-ganang dan penduduknya pula ramai terdiri dari kaum-kaum minoriti seperti Zhuang. Disebabkan kedudukannya yang agak hampir dengan Asia Tenggara, Myself perhatikan budaya penduduk etnik minoriti ini ada sedikit-sedikit macam orang-orang di Asia Tenggara juga.

Pergunungan indah berhampiran Guilin
Etnik Zhuang di Guilin
 Sun and Moon Pagoda di Guilin
Last but not least, kami juga berkesempatan melawat ke sebuah wilayah di China yang pernah menjadi jajahan Portugis dulu ~ Macau. Walaupun terletak bersebelahan Hong Kong, suasana di sini sangat berbeza disebabkan pengaruh penjajahan Portugis. Malah Macau sangat menjaga semua warisan tinggalan penjajahan mereka yang menjadikan tempat ini menarik untuk dilawati.

Macau Historic Centre
 St. Paul's Ruins
 A-Ma Temple dengan lantai bercorak ombak di depannya yang merupakan sebahagian warisan Portugis
Sesuatu yang perlu kita tahu sewaktu melawat ke Macau juga ialah wilayah ini adalah sebuah kawasan perjudian yang penuh dengan kasino. Macam-macam kasino boleh kita lihat di sini ~ dari yang bersaiz kecil sehinggalah cawangan kasino-kasino mewah yang beribu pejabat di Las Vegas sana.

Cawangan Kasino MGM di Macau

Kisah penuh perjalanan kami ke China boleh dibaca di sini:

Japan

Jepun sangat dekat di hati Myself kerana kita dah 5 kali sampai ke sana, walaupun setiap kali hanya ke Tokyo. Negara ini bukan saja bersih dan advanced, malah cantik dan penuh dengan budaya. Rakyatnya juga sangat berdisiplin dan bersopan santun sehingga menyebabkan kita sentiasa merasa seronok dan selamat setiap kali datang ke sini.

Kyoto
 Sakura yang berkembang indah di Kyoto
 Taman Jepun yang indah di Kiyomizu Temple di Kyoto
Pengalaman yang sangat Myself hargai sewaktu melawat ke Jepun adalah sewaktu mengikut Hato Bus Tour di Tokyo. Walau cuma sehari banyak yang dilihat dan dipelajari sewaktu mengikut lawatan ini. Kalau ada peluang lain, memang Myself bercita-cita nak mengikut lawatan bas ini sekali lagi nanti.

 Meiji Shrine
Imperial East Garden
Jepun juga adalah sebuah negara yang berteknologi tinggi. Setiap kali pergi ke sana, ada saja benda baru yang dapat dilihat ~ paling tidak vending machine yang menjual jualan baru. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah saintis dan technologist di Jepun macam sentiasa mencari jalan nak menyenangkan kehidupan kita walau dalam aspek sekecil mana sekali pun. Disebabkan rakyatnya yang sangat berdisiplin, tak ada langsung vandalism di negara ini. Letaklah vending machine walau di mana, tak ada pun sesiapa yang gatal tangan nak mengusiknya.

Vending Machine boleh dilihat di mana-mana di Jepun
 Papan elektronik yang menunjukkan kesesakan jalan raya secara real-time
Walau kita bukan budak-budak lagi, Myself dan Husband tak kisah nak berkunjung lagi ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea. Kami rasa tak seperti di Hong Kong, Disneyland dan Disneysea di Tokyo sangat menarik kepada semua peringkat usia.

Tokyo Disneysea
Dua bandar lain di Jepun yang juga kami kunjungi adalah Kyoto dan Osaka. Kyoto adalah sebuah bandar yang tradisional manakala Osaka pula adalah bandaraya moden yang kedua terbesar di Jepun.

 Kiyomizu Temple di Kyoto
 Daerah Shinsaibashi di Osaka
Kesimpulannya, Jepun sangat menarik untuk dikunjungi pada bila-bila masa. Myself tak kisah untuk datang melawat ke Jepun berkali-kali. Memang banyak tempat menarik dan pengalaman baru yang boleh diperolehi bila berkunjung ke sini. Tapi yang sukar sikit bila melawat ke Jepun ini bagi Myself adalah halangan bahasa dan kos segala benda yang sangat mahal di sana.


Kisah penuh perjalanan kami ke Jepun boleh dibaca di sini:

South Korea

Myself akui tak banyak pengalaman mengenai South Korea kerana Myself cuma pernah melawat ke Seoul, itu pun lebih 10 tahun yang lalu sewaktu Korea Selatan baru diperkenalkan sebagai destinasi percutian kepada rakyat Malaysia.

Seoul
Dari apa yang Myself lihat, kemajuan teknologi di Korea juga agak hampir kepada Jepun. Budaya Korea juga dikenali oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada mereka yang meminati Drama Korea.

Korean Folk Museum
Kalau berpeluang, South Korea adalah juga negara yang ingin Myself lawati semula. Kalau boleh nak turut melawat ke destinasi lain seperti Jeju, Busan dan DMZ di sempadan Korea Utara - Korea Selatan sana.


Kisah penuh perjalanan Myself ke South Korea boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

Friday 14 May 2021

2012 TRAVEL REVIEW 16 - ASIA TIMUR (SOUTH KOREA)

Mei 2021

Travel Review 16: Asia Timur
SOUTH KOREA (Seoul & Gangwon)

South Korea adalah juga antara negara oversea terawal yang Myself kunjungi (dalam tahun 2010) selepas memulakan hobi traveling. Myself berkunjung ke Korea Selatan bersama keluarga Abang. Husband tak dapat nak ikut bersama sebab tak boleh nak bercuti ketika itu.

Peta South Korea
Kami mengikut Group Tour ketika melancong ke Korea Selatan. Pada tahun 2010, Korea Selatan baru sangat diperkenalkan sebagai destinasi percutian di kalangan rakyat Malaysia. Ketika itu jugalah K-Pop baru pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Oleh yang demikian, pakej-pakej percutian ke Korea Selatan pada masa itu tidaklah sehebat pakej percutian ke Korea Selatan sekarang. Hanya Seoul sahaja yang popular sebagai destinasi percutian di Korea. Destinasi-destinasi lain seperti Jeju dan Busan masih belum diperkenalkan kepada pelancong Malaysia lagi.
 
 Drama Winter Sonata lakonan Bae Yong-jun dan Choi Ji-woo
Malu nak mengaku, tetapi Myself adalah di antara rakyat Malaysia yang terawal terjebak dengan Drama Korea. Drama paling popular ketika itu adalah Winter Sonata dan hero/heroin Korea yang paling popular adalah Bae Yong-jun dan Choi Ji-woo. Sedih banget drama Winter Sonata ini. Mula-mula kita seorang saja yang tengok Winter Sonata, lepas itu Husband pun terjebak sama. Tapi Husband tak mahu tengok Winter Sonata bersama kita sebab malu takut kita ternampak air mata dia tengah meleleh sedih. Hahaha!!
 
Masa berlalu, hero-hero yang kita minat semua dipanggil masuk Askar di Korea. Perlahan-lahan kita pun mula mengundur diri dari menjadi peminat drama Korea sebab semua hero-hero Korea kita dah tak berlakon lagi. Adalah juga kita cuba nak tengok balik drama-drama Korea production sekarang, tetapi Myself rasa drama-drama ini dah tidak sehebat dulu. Lagi pun plot drama-drama sekarang cuma macam recycle drama-drama yang pernah kita tengok masa dulu. Mungkin juga Myself rasa begitu sebab dah tak sealiran lagi dengan drama generasi baru sekarang.

Pakej lawatan ke Korea Selatan ketika itu semua bertemakan Drama Korea. Maka sampai saja di negara ini kami terus dibawa ke lokasi perfileman Winter Sonata yang terletak di Nami Island. Rasa macam di awang-awangan dapat berjalan menyusuri jejak Jun-sang dan Yu-jin bercinta dalam drama Winter Sonata di sini.... Hahaha!

 Feri ke Nami Island
 Lokasi perfileman Winter Sonata di Nami Island
Restoran Halal di Nami Island
Sebelum ke Nami Island, kami dibawa terlebih dulu singgah sebentar di Wolmido Island. Tarikan di sini adalah memberi makan Seagulls yang terbang di tengah laut.

Feri ke Wolmido Island
Memberi makan Seagulls di Wolmido Island
Dalam drama Winter Sonata, Jun-sang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ingatan Jun-sang hanya kembali pulih 10 tahun kemudian, bila dia melihat salji turun di sebatang jalan di mana dia sering dating dengan Yu-jin sewaktu mereka masih remaja. Maka, kami dibawa melawat ke Myeongdong Fashion Street di bandar Chuncheon di mana penggambaran adegan ini dibuat.

Myeongdong Fashion Street di Chuncheon
Oleh kerana tema lawatan kami adalah Winter Sonata dan kami berkunjung ke Korea dalam musim winter, maka kami dibawa menginap di sebuah winter resort yang bernama Phoenix Ski Resort. Myself tak lupakan resort ini kerana di sinilah Myself melihat salji yang turun dari langit buat pertama kali dalam hidup. Selepas itu barulah kita tengok salji yang turun di Gulmarg, India.

Phoenix Ski Resort
Penginapan tradisional di Phoenix Ski Resort
Bermain salji di Phoenix Ski Resort
Kami sebenarnya tiba di Korea di penghujung musim dingin. Salji di Phoenix Ski Resort banyak dah bertukar menjadi ais ketika itu menyebabkan laluan menjadi sangat licin di sesetengah tempat. Ramai ahli rombongan yang terjatuh ketika melalui laluan yang licin ini termasuklah Myself. Enam bulan selepas pulang ke Malaysia dari Korea, Myself terpaksa membuat operation di lutut untuk merawat penyakit bursitis suprapatellar yang berpunca dari kejadian terjatuh di atas ais di sini. Disebabkan pengalaman ini jugalah Myself nak nasihatkan kepada sesiapa yang merancang nak bermain salji di oversea sana, pakailah kasut winter yang proper untuk mengelakkan kejadian serupa dari menimpa anda. Itu pun bersyukurlah cuma terkena bursitis suprapatellar dan bukan patah-riuk tulang sewaktu terjatuh dulu. Kalau tidak, dapatlah merasa pengalaman duduk hospital di Korea sebab pasang besi dalam kaki dan bukan buat plastic surgery untuk jadi cantik macam orang lain.

Laluan licin di Phoenix Ski Resort. Di sinilah Myself terjatuh sehingga menyebabkan kita mendapat bursitis suprapatellar di lutut.
Selepas dah puas melawat ke kawasan sekitar, barulah kami dibawa melawat ke Seoul. Tema lawatan di Seoul pula adalah memperkenalkan kami kepada budaya orang Korea.

Pemandangan Sungai Han yang mengalir di tengah kota Seoul
 Belajar membuat Kimchi yang merupakan makanan tradisional Korea
 Kediaman rasmi Presiden Korea Selatan yang dinamakan Blue House disebabkan atapnya yang berwarna biru
 Korean Folk Museum
 Diorama perkahwinan tradisional Korea di Korean Folk Museum
Gyeongbokgung Palace yang merupakan istana kediaman Raja Korea di zaman dulu-dulu.
 Ruang Singgahsana di Gyeongbokgung Palace
Seoul juga mempunyai sebuah taman tema terkenal yang bernama Lotte World. Ia terdiri dari 2 bahagian: Indoor Theme Park dan Outdoor Theme Park. Outdoor Theme Park di Lotte World ini mempunyai sebuah istana yang sebiji macam Sleeping Beauty Castle di Disneyland.

 Lotte World
Indoor Theme Park di Lotte World
Outdoor Theme Park di Lotte World
Sewaktu di tahun 2010 dulu, tak banyak restoran Halal yang ada di Seoul dan kesemuanya boleh dikatakan bertumpu hanya di kawasan Itaewon. Kerana itulah walau ke mana kami dibawa membuat lawatan di Seoul, kami tetap akan dibawa kembali ke Itaewon untuk lunch dan dinner. Satu-satunya masjid yang ada di Seoul, yang dinamakan International Masjid juga terletak di kawasan ini.

Itaewon
International Masjid di Itaewon, Seoul
Sebahagian besar itinerari lawatan juga adalah shopping di dua buah kawasan membeli-belah yang utama di Seoul: Namdaemun dan Dongdaemun.

Namdaemun
 Dongdaemun
Sewaktu di Seoul juga, kami berkesempatan menonton sebuah persembahan Taekwondo-Komedi yang dinamakan Jump. Persembahan ini memang menarik dan menghiburkan.

Snowfall di waktu malam di Seoul
Persembahan Jump
Myself dan Husband sebenarnya memang mempunyai perancangan nak melawat ke Korea tahun lepas. Maklumlah, lawatan Myself yang dulu itu dah lebih 10 tahun. Pasti Seoul dah semakin interesting sekarang. Husband pulak belum berpeluang menjejak kaki ke Korea. Tiap kali Husband tekan-tekan button kat remote TV dan ternampak budak-budak K-pop menari kat TV, mesti dia ajak kita pergi ke Korea. Tapi tengah seronok-seronok membuat planning, datang pulak Covid-19 yang merosakkan segalanya... Terpaksalah bersabar dulu sehingga sampai masa yang sesuai.


Kisah penuh perjalanan Myself ke South Korea boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):