Monday 16 February 2015

2015 SUMATERA BARAT (2nd. VISIT) BHG. 05 (Padang - KL)

Februari 2015

SUMATERA BARAT, INDONESIA (2nd VISIT)
Padang & Bukittinggi 


Bahagian 5: PULANG KE KUALA LUMPUR


HARI KETIGA (3)

Part 28: Tiba Di Padang 

Padang adalah kota yang keempat terbesar di Pulau Sumatera selepas Medan, Palembang dan Lampung. Ia juga merupakan ibukota bagi Propinsi Sumatera Barat.

Disebabkan jalan yang sedikit sesak, kami sedikit terlewat tiba di Padang berbanding dengan perancangan.
Shopping Mall terbesar di kota Padang
Pemandangan senja di Kota Padang
Bangunan Pejabat Gabenor Sumatera Barat ini rosak teruk dalam gempa bumi yang melanda pada tahun 2009 dan sedang diperbaiki kini.
Signboard menunjukkan tempat-tempat menarik berhampiran kota Padang. Husband berminat nak melawat Jambatan Akar namun kami diberitahu perjalanan ke sana memakan masa 3 jam walaupun jaraknya hanya 80 km dari sini.
Muslim pada mulanya bercadang untuk membawa kami melihat keindahan matahari terbenam di tepi laut sebaik tiba di kota Padang. Namun disebabkan jalan yang sedikit sesak, kami tak sempat melihat matahari terbenam di tepi laut seperti yang dirancang. Terpaksalah berpuas hati melihat sunset dari dalam kereta sahaja.

Sunset yang indah di kota Padang
Pemandangan sunset ini indah, walaupun hanya dipandang dari dalam kereta sewaktu tiba di kota Padang.
Kami juga melalui pelabuhan Padang yang dinamakan Muara dan Chinatown yang dihias indah dengan tanglung-tanglung di jalan raya sempena Tahun Baru Cina yang semakin menjelang. Namun begitu, disebabkan hari telah malam, tak dapat nak mengambil gambar yang cantik untuk dijadikan kenangan.

Kawasan Chinatown di Padang
Chinatown dihias indah dengan tanglung sempena perayaan Tahun Baru Cina (dipanggil Tahun Baru Imlek di Indonesia) yang semakin menjelang.
Bot-bot berlabuh di Muara.
Kami diberitahu bahawa dari pelabuhan Muara, ada perkhidmatan bot menuju ke Pulau Mentawai yang perjalanan ke sana memakan masa 9 jam dari sini. Pulau ini dihuni oleh penduduk-penduduk primitif yang memakai cawat sehingga kini.

Part 29: Restoran Palanta Minang, Padang

Makan malam disediakan di Restoran Palanta Minang yang terletak di tepi laut. Menu istimewa di sini ialah makanan laut.

Restoran Palanta Minang di Padang
Pemandangan di dalam restoran Palanta Minang
Tingkap di restoran ini mengadap ke Laut Hindi.
Pemandangan matahari terbenam di Laut Hindi yang diperhatikan dari Restoran Palanta Minang
Hidangan istimewa di Palanta Minang ialah makanan laut.

Part 30: Hotel Pangeran Beach, Padang

Hotel penginapan kami di Padang ialah Pangeran Beach Hotel yang sebenarnya memang terletak di tepi pantai. Namun begitu disebabkan kami sampai agak lewat pada malam itu dan check-out tersangat awal pada pagi esoknya, tak sempatlah kami menikmati keindahan pantai itu.

Drop-off Area di Pangeran Beach Hotel, Padang
Lobi Lif di Pangeran Beach Hotel
Koridoor menuju ke bilik penginapan
Bilik penginapan kami.
Pemandangan malam kota Padang dari bilik penginapan kami.

HARI KEEMPAT

Part 31: Perjalanan Ke Lapangan Terbang Minangkabau 

Pada keesokan harinya, awal-awal pagi kami dah Check-out dan menunggu Muslim di lobi hotel untuk membawa kami ke Lapangan Terbang. Disebabkan kami perlu bertolak ke Lapangan Terbang selewat-lewatnya pukul 6 pagi, kami tak sempat breakfast di hotel.

Pemandangan awal pagi sewaktu Check-out dari Pangeran Beach Hotel
Perjalanan menuju ke Airport Minangkabau
Disebabkan kami bertolak awal pagi, kami tak berdepan dengan traffic jam dalam perjalanan. Masih ada pemandangan menarik yang diperhatikan dalam perjalanan menuju ke Airport Minangkabau.

Sebuah pasar pagi yang dilintasi dalam perjalanan menuju ke airport.
Kami juga bersaing dengan sebuah keretapi yang dalam perjalanan menuju ke Pariaman. Seperti di Malaysia, keretapi ini juga dinamakan KTM tetapi ia tidak membawa maksud Keretapi Tanah Melayu. Sebaliknya, KTM di sini bermaksud Keretapi Tanah Minang.

Bersaing dengan KTM (Keretapi Tanah Minang) yang dalam perjalanan menuju ke Pariaman.
Berhenti di lintasan keretapi.
Stesen Keretapi dalam perjalanan ke Airport. Tak tahu nama stesen keretapi ini.
Penumpang sedang menaiki keretapi di stesen.
Kepala keretapi.

Part 32: Terbang Pulang

Perjalanan dari Hotel Pangeran Beach ke Bandar Udara Internasional Minangkabau memakan masa kira-kira setengah jam. Di sinilah kami berpisah dengan Muslim, Pemandu Pelancong yang begitu setia menemani sepanjang 4 hari kami di sini. Bak kata Muslim kepada kami sebaik tiba di Airport Minangkabau, di sini kali pertama kita bertemu, di sini juga kita berpisah.

Tiba di perkarangan Airport
Bandar Udara Internasional Minangkabau di Padang
Bergambar kenangan bersama Muslim sebelum berpisah.
Air Asia terbang ke Kuala Lumpur dua kali sehari dari Padang. Kami memilih terbang pulang dengan penerbangan paling awal yang dijadualkan berlepas pada pukul 8.30 pagi.

Check-in di Minangkabau Airport. Airport Tax di sini berjumlah IDR 100,000 (kira-kira RM30).
Pemandangan sewaktu Check-in di Airport Minangkabau.
Pintu Perlepasan terletak di atas tangga di hujung sana.
Bandar Udara Internasional Minangkabau kecil dan tidak banyak fasiliti di dalamnya. Oleh kerana Pintu Perlepasan ketika itu belum dibuka, kami singgah di sebuah restoran di luar Pintu Perlepasan untuk sarapan pagi.

Restoran Trias, tempat kami bersarapan pagi di Airport Minangkabau.
Memilih makanan untuk sarapan pagi.
Pilihan kuih untuk sarapan pagi. Myself memilih Dadar Gulung (Kuih Ketayap) untuk sarapan pagi.
Menu di Restoran Trias
Disebabkan kami teringatkan keenakan kuih Risoles yang dicuba sewaktu berkunjung ke Danau Maninjau, kami turut membeli Risoles untuk sarapan pagi. Namun begitu, rasa Risoles yang dijual di sini tidak seenak Risoles yang dicuba di Danau Maninjau.
Kedai cenderamata di sebelah Restoran Trias
Laluan ke Pintu Keberangkatan.
Pemandangan di Boarding Gate
Ruang tidur yang disediakan di Pintu Keberangkatan.
Pesawat kami tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 7.45 pagi. Sebaik semua penumpang dari Kuala Lumpur telah turun, kami dibenarkan memasuki pesawat.

Sebaik semua penumpang dari Kuala Lumpur telah turun, kami dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
Panggilan masuk untuk pesawat kami.
Berjalan menuju ke pesawat
Pilot dan Co-Pilot sedang berbincang di kokpit pesawat.
Penumpang disambut mesra oleh Peramugara Air Asia yang bertugas.
Pemandangan sewaktu pesawat ditolak keluar dari Pintu Perlepasan.
Oleh kerana semua penumpang telah masuk awal ke dalam pesawat, pesawat kami berlepas pulang dari Padang pada pukul 8.05 pagi, 25 minit lebih awal berbanding jadual. Walaupun perjalanan pulang dijangka memakan masa 1 jam 10 minit, penerbangan pulang ini hanya sebenarnya memakan masa 45 minit sahaja.

Meninggalkan Pulau Sumatera
Cuaca sepanjang penerbangan agak baik.
Menempuh awan untuk kembali ke Malaysia.
Sajian penerbangan pilihan Myself - Bukhara Chicken Briyani.
Walaupun Nasi Beriyani ini sedap, Myself tak mampu menghabiskannya sebab dah breakfast sewaktu di Airport tadi.
Mee Goreng pilihan Husband pun sedap juga.
Tak ramai penumpang memilih untuk terbang dengan pesawat ini pulang ke Kuala Lumpur, mungkin disebabkan ia berlepas pada sangat awal pagi. Banyak tempat duduk kosong diperhatikan dalam pesawat ini.

Ada banyak kerusi kosong dalam pesawat ini.
Selamat kembali ke bumi Malaysia.
Oleh kerana pesawat kami berlepas awal 25 minit dari Padang, kami juga tiba awal di Kuala Lumpur ~ 45 minit lebih awal dari jadual. Syukur Alhamdulillah, dah selamat kembali ke tanah air tercinta.

Pesawat yang Myself naiki selalunya berpusing-pusing di atas bandar Port Dickson sewaktu menunggu giliran untuk mendarat. Pesawat ini agak special kerana berpusing-pusing di atas bandar Klang dan Shah Alam sewaktu menunggu giliran mendarat.
Selamat mendarat di KLIA2, 45 minit lebih awal dari jadual.
100th Awesome Plane yang membawa kami pulang dari Padang ke Kuala Lumpur. Memang Awesome!


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT, INDONESIA (2015):