Saturday 27 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 35 (Seville City)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 35: Spain
SEVILLE (Seville City)

HARI KELAPAN (3)

Part 98: Seville City

Bas akan mengambil kami di depan Sungai Guadalquivir untuk meneruskan perjalanan menuju ke Portugal. Oleh yang demikian, Zarina membawa kami berjalan kaki ke sana. Sambil berjalan kami terus menemui beberapa landmark menarik di sekitar kota Seville yang di antaranya adalah bangunan General Archive of the Indies  (Archivo General de Indias).

General Archive of the Indies
Bangunan ini yang dibina pada tahun 1875 adalah saksi kegemilangan Spanish Empire di masa lalu. Ia menyimpan 43,000 folder yang secara keseluruhannya mempunyai 80 juta mukasurat dokumen mengenai penemuan New World (benua Amerika) oleh penjelajah-penjelajah Spanish. Koleksi dokumennya meliputi kerajaan, eksplorasi, perdagangan, perhambaan, keagamaan dan kebudayaan. Disebabkan kepentingan budaya dan sejarahnya, General Archive of the Indies telah mendapat pengiktifaran sebagai UNESCO World Heritage Site bersama-sama Cathedral of Seville dan Royal Alcazar of Seville pada tahun 1987.

 Berbagai koleksi dokumen mengenai penemuan benua Amerika oleh penjelajah Spanish disimpan di sini
Christopher Columbus berlayar meninggalkan Spain pada tahun 1492 dengan misi untuk mencari benua India. Dia sebaliknya menemui benua Amerika secara tidak sengaja. Disebabkan Columbus menyangka dia telah menemui benua India, beliau telah menamakan benua baru ini sebagai Indies (Spanish: Indias). Nama West Indies masih digunakan sehingga sekarang untuk merujuk kepada negara-negara kepulauan kecil di Laut Caribbean di benua Amerika Utara.
 
Kereta kuda di depan General Archive of the Indies
Tram yang lalu berhampiran General Archive of the Indies
 Pemandangan tram dari sisi
Perhentian Tram
Gerai-gerai jualan berhampiran General Archive of the Indies
Pelbagai kraftangan dijual di sini
Gerai-gerai kraftangan
Singgah membeli
Pemandangan menghala ke Cathedral of Seville
Gerai-gerai kraftangan yang terletak di antara Cathedral of Seville (kiri) dan General Archive of the Indies (kanan)
Kereta kuda yang menunggu penumpang
General Archive of the Indies
Pelancong-pelancong ke kota Seville
Kami berjalan menyusuri sebuah taman bersebelahan General Archive of the Indies.

Menyusuri bangunan General Archive of the Indies
Taman yang cantik di sebelah General Archive of the Indies
Patung singa berdekatan General Archive of the Indies
Patung singa yang memegang bola ini melambangkan Empayar Spain yang menguasai dunia.
Kita terus berjalan menerusi sebatang jalan yang dinamakan Avenida de la Constitución. Banyak bangunan lama yang cantik dan bersejarah dilihat di sini.

Avenida de la Constitución
Berjalan di Avenida de la Constitución
Pemandangan di kota Seville
Tram tengah lalu di kota Seville
Membelok ke sebelah kanan
Edificio Coliseo yang menarik ini adalah sebuah bangunan teater lama
Calle de Alfonso Rodriguez Jurado. Calle bermaksud Street dalam Bahasa Spanish.
Bendera di bangunan Edificio Coliseo
Edificio Coliseo
Bangunan di sebelah kanan adalah sebuah Pejabat Kerajaan
Bangunan lama ini telah diubahsuai menjadi apartment mewah
Bangunan ini pada asalnya adalah Royal Mint of Seville (Real Casa de Moneda) 
Lorong di bawah bangunan Royal Mint of Seville
Bangunan moden di Seville
Berjalan menuju ke Sungai Guadalquivir

Part 99: Torre del Plata (Silver Tower)

Satu masa dulu Seville dikelilingi tembok kota. Tembok ini kini telah runtuh dan yang tinggal hanya beberapa buah menara dan pintu-pintu kota sahaja. Salah sebuah di antaranya ialah Tower of Silver (Torre de la Plata) yang dibina oleh Khalifah Almohad. Ia dibina pada kurun ke-13 bersama-sama sebuah lagi menara tembok kota yang dinamakan Tower of Gold.

Sebahagian tembok kota Seville pernah berdiri di sini dahulu
Tower of Silver (Torre de la Plata)
Lukisan Virgin of Carmen (Virgen del Carmen) pada bangunan Tower of Silver
 Tower of Silver
Lukisan Virgin of Carmen ini dibuat dari jubin tradisional
Berhampiran Tower of Silver ini adalah tapak pintu kota yang dinamakan Coal Gate (Postigo del Carbon). Di sinilah perdagangan arang batu dibuat pada masa dahulu. Pintu kota ini yang sebenar telah runtuh tetapi sebuah bangunan yang dinamakan Postigo del Carbon telah didirikan di situ.

Tapak pintu kota Coal Gate pada masa dahulu
Bangunan Postigo del Carbon yang dibina atas tapak Coal Gate yang lama
Arco del Postigo
Sungai Guadalquivir dah nampak kat depan sana

Part 100: Tower of Gold (Torre del Oro) & Guadalquivir

Tower of Gold (Torre del Oro) di pinggir Sungai Guadalquivir dibina oleh Khalifah Almohad yang memerintah Seville untuk mengawal kemasukan kapal melalui sungai tersebut. Pada masa dahulu, ada rantai besi yang besar dipasang dari menara ini ke seberang untuk menghalang kemasukan kapal yang tidak diingini.

Nama Tower of Gold sebenarnya diberi merujuk kepada zaman kegemilangan Andalusia sewaktu penaklukan Spanish ke atas negara-negara Amerika Latin dahulu. Kapal-kapal yang pulang dari Amerika Latin ini masuk ke Seville menerusi Sungai Guadalquivir dan akan memunggah kargo emas mereka di sini. Di samping itu, bayang binaan menara ini juga berkilauan di dalam sungai. Ini turut menyumbang kepada nama Tower of Gold.

Tower of Gold (Torre del Oro) di seberang jalan
Tower of Gold (Torre del Oro)
Berjalan menuju ke Tower of Gold
Berposing dengan Tower of Gold
Menara ini kini menempatkan Naval Museum of Seville (Museo Naval de Sevilla). Muzium kecil ini mempamerkan peralatan perkapalan dan peta-peta lama. Pemandangan indah Sungai Guadalquivir yang dapat dilihat dari puncak menara juga menjadikan ia tarikan popular kepada pelancong di Seville.

 Pintu masuk ke Tower of Gold
Pelancong-pelancong yang beratur menunggu giliran untuk masuk ke Tower of Gold
Pintu masuk sebenar ke Tower of Gold yang juga menempatkan Naval Museum of Seville
Panjang barisannya sampai ke sana!
Sambil menunggu bas tiba, kita nikmati pemandangan dan suasana di pinggir Sungai Guadalquivir. Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, nama Guadalquivir sebenarnya berasal dari perkataan Arab Wadi Al-Kabir yang bermaksud Big River.

Sungai Guadalquivir
Laluan turun ke tebing sungai
Ramp turun ke bawah
Pada masa dahulu, Sungai Guadalquivir boleh dimasuki kapal sehingga ke Cordoba.
Bot di Sungai Guadalquivir
 Bangunan berciri Arab di seberang Sungai Guadalquivir
Duduk bersantai di pinggir sungai
Replika kapal lama di Sungai Guadalquivir
Cruise boat di Sungai Guadalquivir
Pemandangan di tebing Sungai Guadalquivir
Bas Tour Por Sevilla
Bas Hop On Hop Off Seville
Berjalan menuju ke tempat bas akan mengambil kami
Ramp turun ke tebing sungai
Tourist Office
Part 101: Lunch di Mister Noodles

Lunch di Seville agak special kerana kami makan mee di restoran Mister Noodles. Tetapi macam biasa, bas tidak dapat nak membawa kami sampai ke pintu restoran.

Turun dari bas nak menuju ke restoran
Berjalan menuju ke restoran yang terletak seperti di sebuah kawasan perumahan
Roller skating di laluan basikal
Mister Noodles
Mister Noodles adalah sebuah chain restaurant yang menjual mee Halal di  Spain. Selain Seville, ia juga mempunyai cawangan di bandar-bandar lain di seluruh Spain seperti Madrid, Granada dan Malaga.

Suasana di dalam restoran Mister Noodles
Mister Noodles
Satu lagi suasana di Mister Noodles
Mee yang sedap untuk lunch hari ini
Selepas makan, kami berjalan kembali ke tempat bas menunggu. Kita akan memulakan perjalanan menuju ke negara ketiga dalam siri Tour kami ~ Portugal.

Kawasan perumahan berhampiran restoran Mister Noodles
Satu lagi pemandangan di kawasan perumahan
Bas dah menunggu di sana
Sempat posing dulu sebelum naik bas

Part 102: Menuju Ke Portugal

Kami meninggalkan Seville menuju ke Lisbon yang merupakan ibukota negara Portugal. Perjalanan sejauh 463 km ini akan memakan masa hampir 5 jam.

 Meninggalkan Seville
Pemandangan kawasan perumahan di Seville
Menuju ke lebuhraya
Sungai Guadalquivir
Meninggalkan Seville di belakang
Kawasan perindustrian
Pengembaraan kami menjejak sisa peninggalan Kerajaan Islam Andalusia berakhir selepas kami meninggalkan Seville. Dalam pengembaraan ini juga, kami mempelajari bahawa hasil kekayaan Kerajaan Islam Al-Andalus telah dirampas oleh pemerintah Kristian dan digunakan untuk membiayai misi-misi penjelajahan Spanish ke Dunia Baru (Benua Amerika). Salah seorang pelayar yang dibiayai menggunakan hasil rampasan dari Kerajaan Islam Al-Andalus ini ialah Christopher Columbus.

Christopher Columbus adalah seorang pelayar berketurunan Itali yang berkhidmat untuk Kerajaan Spain. Dia terkenal sebagai orang yang menemui Benua Amerika dan pelayarannya menandakan pemulaan penjajahan Spanish melintasi Lautan Atlantik. 

Pada akhir abad ke-15, Christopher Columbus melakukan 4 penjelajahan merentasi Lautan Atlantik dari Spain. Tujuan asal penjelajahannya adalah untuk mencari laluan dari Eropah ke Asia, tetapi dia sebaliknya menemui benua Amerika.

Bandar San Juan de Aznalfarache
San Juan de Aznalfarache
Convent and Church of the Sacred Heart of Jesus, San Juan de Aznalfarache
Sepanjang abad ke-15 dan ke-16, pemimpin-pemimpin negara Eropah berlumba-lumba untuk menaja ekspedisi dengan harapan para penjelajah akan menemui kekayaan dan daratan baru. Bangsa Portugis yang menjadi pelopor penjelajahan laut menjadi kaya raya setelah berhasil membawa pulang rempah-ratus, emas dan hamba dari benua Asia dan Afrika ke Eropah bermula tahun 1420-an. Laluan mereka adalah dengan berlayar di sepanjang pantai barat Afrika sehingga ke Tanjung Harapan. Pada masa itu, laluan ke Asia dari Eropah melalui jalur darat dirasakan amat mustahil kerana terdapat banyak musuh yang perlu dihindari. Negara-negara Eropah lainnya, khususnya Sepanyol turut ingin mengeruk kekayaan di dunia Timur yang tampak tidak terbatas. Maka dari itu, selepas peristiwa Reconquista, Sepanyol segera mengalihkan perhatiannya kepada penjelajahan dan penaklukan dunia. 
 
Christopher Columbus
Christopher Columbus, anak seorang saudagar Itali yang lahir pada tahun 1451, memiliki idea yang berbeza dari bangsa Portugis. Pengalaman selama bekerja di kapal dagang membuatkan dia berfikir untuk mencari Asia melalui Atlantik. Columbus mengemukakan ideanya kepada pemerintah Portugal dan Inggeris, tetapi ditolak. Pada tahun 1492 barulah cadangannya diterima oleh pemerintah Spain, King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castile. 

Columbus memohon bantuan kepada Raja Sepanyol untuk berlayar mencari sumber rempah-rempah yang ada di dunia timur. Permintaan Colombus dipenuhi dengan diberikan tiga kapal dengan segala kelengkapan. Dari kontrak yang disepakati, Columbus diperbolehkan mengambil 10% harta yang ditemui. Selain itu, dia akan diberi gelaran bangsawan dan jawatan Gabenor di mana-mana daratan yang ditemui. 

Merida
Pada 3 Ogos 1492, Christopher Columbus memulakan penjelajahan pertamanya dari Spain dengan tiga kapal: Nina, Pinta dan Santa Maria. Pada 12 Oktober 1492, kesemua kapal tersebut mendarat di San Salvador di Kepulauan Bahamas dan bukan Hindia Timur seperti yang dianggap oleh Columbus. Selama berbulan-bulan berikutnya, Columbus berlayar dari pulau ke pulau di wilayah yang sekarang dikenali sebagai Caribbean. Columbus cuba mencari emas, rempah-ratus dan barang berharga selainnya yang telah dijanjikan kepada pemerintah Spain, tetapi tidak begitu berhasil. 

Pada Januari 1493, Columbus meninggalkan beberapa crew kapalnya di Hispaniola (sekarang Haiti & Dominican Republic) dan kembali ke Spain. Beliau mencatat pengalaman penjelajahannya secara terperinci ke dalam sebuah jurnal dan menghadiahkan jurnal tersebut kepada Queen Isabella. 

Badajoz adalah bandar yang terletak di sempadan Spain-Portugal
Bunga liar di tepi jalan
Pada September 1493, Christopher Columbus kembali ke Amerika dan mendapati penempatan Hispaniola yang ditinggalkannya telah hancur. Dia lantas menugaskan dua anggota keluarganya, Bartolomeo dan Diego Columbus untuk membangunkan kembali penempatan tersebut. Sementara itu, Columbus melanjutkan pelayaran ke barat untuk mencari emas dan barang-barang berharga yang lain tetapi tidak membuahkan hasil. Sebagai ganti, dia mengirim 500 hamba kepada Queen Isabella tetapi ditolak pemberiannya. 

Sungai Guadiana
 Ladang zaitun di tepi Sungai Guadiana
Meneruskan perjalanan
Pada Mei 1498, Columbus kembali melakukan penjelajahan ketiganya merentas Laut Atlantik. Dia sampai di Trinidad dan tanah besar Amerika Selatan sebelum kembali ke Hispaniola. Setibanya di Hispaniola, Columbus terpaksa memadamkan pemberontakan yang dilakukan koloni melawan dua saudaranya. Saudara Columbus dianggap sangat kejam dalam memerintah wilayah tersebut sehingga memaksa Kerajaan Spain menghantar gabenor baru untuk menggantikan mereka. Columbus ditangkap dan dikembalikan ke Spain kerana dituduh sebagai pemimpin yang tidak cekap dan zalim.

Christopher Columbus dibebaskan dari segala tuduhan pada tahun 1502 tetapi semua gelaran bangsawannya ditarik balik. Dia mengajukan permohonan kepada King Ferdinand supaya diizinkan untuk membuat sebuah penjelajahan lagi. Setelah permintaan itu dipersetujui, Columbus bertolak pada Mei 1502 untuk mencari Selat Melaka. Malangnya, empat kapal yang dibawanya dihentam badai dan hanya tinggal dua yang terselamat. Sepanjang tahun 1502, Columbus sempat berlabuh di Jamaica, Honduras, Nicaragua, Costa Rica dan Panama. Pada tahun 1504, Columbus kembali ke Spain tanpa sebarang hasil dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1506 karena sakit.

Singgah di Mérida
Selepas 2 jam perjalanan, bas kami berhenti rehat di Mérida. Kawasan rehat ini agak besar dan mempunyai restoran serta kedai runcit di dalamnya.

Kemudahan di kawasan rehat Mérida
Restoran
Kedai runcit
Pelbagai cokelat yang dijual
Di sana juga ada sebuah kedai menjual snacks
Potato Chips yang dicadangkan oleh Zarina kepada Myself dan Husband. Rasanya memang sedap.


Bersambung ke Bahagian 36...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):