Thursday, 3 November 2022

2022 BALKANS BHG. 02 (Zagreb)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(CROATIA: Zagreb)

Bahagian 2: Croatia 1
ZAGREB ISLAMIC CENTER & ZAGREB CITY

HARI PERTAMA (2)

Part 4: Sejarah Ringkas Yugoslavia

Untuk memudahkan kita lebih memahami tempat-tempat yang akan kita lawati dalam Balkans Tour ini, kita perlu memahami sejarah ringkas Yugoslavia. Yugoslavia adalah sebuah negara republik yang pernah wujud pada tahun 1943 sehingga 1992. Nama Yugoslavia bererti Southern Slavs. Ia adalah sebuah persekutuan yang terdiri dari 6 buah republik: Serbia, Montenegro, Slovenia, Croatia, Bosnia-Hezergovina dan Macedonia serta 2 buah wilayah autonomi: Kosovo dan Vojvodina.

Yugoslavia
Penduduk Yugoslavia terdiri dari 3 bangsa utama: Serb yang umumnya menganut agama Kristian Orthodox, Croat yang menganut agama Kristian Roman Katholik serta Bosniak yang menganut agama Islam. Walau berbeza bangsa dan terdiri dari berbagai wilayah, Yugoslavia menjadi negara yang kuat tanpa bergantung kepada kekuatan Blok Barat ataupun Blok Timur di bawah pimpinan Josep Broz Tito. Ia juga berpegang kepada fahaman komunis, tetapi sentiasa mengasingkan diri dari pengaruh Soviet Union ketika itu.

Kematian Josep Broz Tito membawa berbagai masalah sosial dan politik yang menyebabkan keruntuhan Yugoslavia. Kerajaan peninggalan Tito diwarisi oleh Serbia di mana letaknya ibu negara Yugoslavia (dan kini ibu negara Serbia) yang bernama Belgrade. Pada tahun 1991, Slovenia dan Croatia mengumumkan kemerdekaan dari Yugoslavia. Wilayah di dalam Yugoslavia yang lain turut mengambil tindakan yang serupa.
 
Serbia yang sebahagian besar penduduk di wilayahnya berbangsa Serb tidak berdiam diri. Dengan menganggap bangsa mereka sebagai bangsa Slavic yang dominan, ia melakukan serangan ke atas wilayah-wilayah yang menuntut kemerdekaan atas alasan ingin melindungi bangsa Serb yang berada di wilayah-wilayah tersebut.

Peperangan terjadi di beberapa tempat, terutama di Bosnia dan Kosovo. Bosnia-Herzegovina menjadi pusat konflik di Yugoslavia di kala itu kerana bangsa Serb di Bosnia sendiri menolak deklarasi kemerdekaan yang dilakukan oleh pemimpin negara tersebut dan ingin kekal bersama Serbia.

Peperangan ini akhirnya membuat Yugoslavia berpecah menjadi enam negara berasingan. Pada masa kini, kesemua negara pecahan Yugoslavia selain dari Slovenia dianggap sebagai negara yang mundur di Eropah.

Part 5: Tiba di Zagreb

Kami tiba di Franjo Tuđman Airport  di Zagreb pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan. Lega sungguh bila melihat cabin baggage yang ditinggalkan sewaktu check-in di Boarding Gate di Doha turut tiba bersama-sama bagasi lain. 

Pemeriksaan passport di airport Zagreb
Walaupun Zagreb adalah ibu negara dan bandar terbesar di Croatia, bangunan airportnya tidak sibuk. Bersama kami beratur di tempat pemeriksaan passport adalah sekumpulan pelancong berketurunan Cina dari Malaysia yang juga membuat Balkan Tour.

Lega melihat semua bagasi selamat tiba di sini
Pemandu pelancong Balkans Tour kami yang bernama Mehmet dah sedia menunggu. Dia adalah seorang warga Turkey yang memang arif tentang sejarah Balkans.

Franjo Tuđman Airport
Membawa bagasi ke bas
Bersedia untuk memulakan Balkans Tour
Balkans Tour Guide kami yang bernama Mehmet
Meninggalkan Franjo Tuđman Airport
Memandangkan hari dah tengah hari, kami terus dibawa menuju ke Pusat Islam Zagreb untuk bersolat dan makan tengah hari.

Menuju ke pusat kota Zagreb
Pemandangan pertama bumi Croatia
Bendera Croatia
Menuai hasil tanaman
Menuju ke pusat kota
Sungai Sava
Kawasan perumahan
Kesesakan di pusat kota Zagreb

Part 6: Croatia

Sebelum ke Pusat Islam Zagreb, kita berkenalan dulu dengan negara Croatia. Kalau tengok kat peta, negara Croatia berbentuk seperti bulan sabit.

Ibu negara Croatia bernama Zagreb. Seperti negara Brunei yang terpecah oleh negeri Sarawak, bahagian selatan Croatia (dekat bandar Dubrovnik) terpecah oleh negara Bosnia-Herzegovina. Majoriti penduduknya berbangsa Croat dan beragama Kristian Roman Katholik. Penduduknya berjumlah hampir 5 juta orang dan negara ini sangat terkenal dengan pusat peranginan pantainya di kalangan penduduk Eropah.

Part 7: Zagreb Islamic Center

Zagreb Islamic Center terletak di kawasan perumahan Folnegovićev di pinggir kota Zagreb. Kubah dan menaranya dapat dilihat sejak dari kejauhan.

Kawasan perumahan berhampiran Zagreb Islamic Center
Apartment-apartment kediaman
Pusat Islam ini yang siap dibina pada tahun 1987 bukan sahaja menyediakan masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat, ia juga adalah sebenarnya sebuah Cultural Center yang sering dilawati oleh penduduk Zagreb atas berbagai tujuan. Ia turut mempunyai sebuah restoran Halal yang menjadi tumpuan penduduk Zagreb dari berbagai bangsa dan agama untuk menjamu selera. Restoran ini juga menjadi persinggahan untuk lunch pertama kami di bumi Balkans.

Pusat Islam Zagreb
Berjalan menuju ke bangunan Pusat Islam Zagreb dari tempat bas parking
Bergambar di depan Pusat Islam Zagreb
Selain menjadi masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat, Pusat Islam Zagreb juga berfungsi sebagai sebuah pusat kebudayaan.
Pintu masuk ke Pusat Islam Zagreb. Ke sebelah kanan dari pintu masuk ini adalah masjid manakala ke sebelah kiri pula adalah restoran.
Pemandangan sebaik masuk ke dalam Pusat Islam Zagreb
Berjalan menuju ke restoran
Suasana di dalam restoran di Pusat Islam Zagreb yang dikunjungi pelbagai bangsa dan agama.
Dessert Counter di restoran
Sijil Perakuan Halal
Hidangan lunch kami
Selamat menjamu selera
Selepas selesai menjamu selera, kita ke masjid pula untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

Laluan ke tempat wuduk
Buka dulu kasut di sini
Suasana di tempat wuduk lelaki
Satu pengalaman baru yang kami alami ketika bersolat di masjid-masjid di Balkans ialah kita perlu mengesat kaki selepas wuduk untuk mengelakkan carpet masjid dari basah dan berbau. Tuala-tuala pengesat kaki sentiasa disediakan di tempat-tempat wuduk bagi tujuan ini.
 
Laluan ke ruang masjid
Suasana di Ruang Solat Utama
Pemandangan di bahagian belakang Ruang Solat Utama
Suasana keseluruhan di ruang solat utama
Ruang solat wanita terletak di tingkat atas
Pemandangan Ruang Solat Utama dari Ruang Solat Wanita
Pancutan air di luar bangunan Pusat Islam Zagreb
Sambil menunggu rakan-rakan dalam Group selesai bersolat, kami bersiar-siar di taman Pusat Islam.

Taman yang cantik dan tenang di luar Pusat Islam Zagreb
Bendera Croatia
Di satu sudut taman ini ada sebuah memorial peringatan perang yang dibina untuk memperingati umat Islam Croatia yang terbunuh semasa Perang Kemerdekaan Croatia dari Yugoslavia. Sejarah pahit Perang Croatian bermula pada tahun 1991 apabila Kerajaan Croatia turut mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia bersama-sama Slovenia dan Macedonia. Walau bagaimanapun pengisytiharan kemerdekaan ini ditentang oleh bangsa Serb yang menetap di Croatia. 

Penentangan bangsa Serb di Croatia ini mendapat sokongan dari Serbia yang melancarkan Battle of Vukovar pada bulan Ogos 1991. Peperangan selama 87 hari ini menghancurkan 90% kota Vukovar dan menyebabkan 15,000 penduduk di selatan Croatia kehilangan tempat tinggal. Sebagai tindakbalas, tentera Croatia mengebom pusat peranginan Kupari di Croatia yang dibina untuk kegunaan kakitangan tentera elit Yugoslavia (Serbia). Serbia akhirnya mengaku kalah dan berundur dari Croatia pada bulan Oktober 1992, namun Perang Kemerdekaan Croatia masih belum berakhir.

War Memorial di Pusat Islam Zagreb
Suasana di War Memorial
Konflik Perang Saudara di Croatia berterusan selama 3 tahun lagi di kalangan penduduk majoriti berbangsa Croat (70%) dan minoriti Serb (12%) di negara itu. Di bawah kepimpinan bekas ketua polis berbangsa Serb di Croatia yang bernama Milan Martić (disebut: Milan Martikpuak Serb Croatia menakluk kawasan timur laut Croatia dan mengisytiharkan diri menjadi Republic of Serbian Krajina. Usaha Martić ini mendapat sokongan dari Presiden Serbia yang bernama Slobodan Milošević (disebut: Milosevik) yang membawa kepada polisi penghapusan etnik Croat dan bangsa bukan Serb yang lain di Krajina melalui pembuangan negeri dan pembunuhan beramai-ramai. Martić turut mengarahkan serangan bom roket ke atas Zagreb yang mensasarkan lokasi awam. 

Kalungan bunga yang diletakkan di War Memorial
Doa untuk semua mangsa peperangan dalam Bahasa Croat
Tak faham apa yang ditulis kerana semuanya dalam Bahasa Croat
Sebahagian senarai nama mangsa perang yang syahid di dalam Perang Yugoslavia
Kemerdekaan Croatia akhirnya tercapai melalui kejayaan Operation Storm yang dilancarkan oleh tentera Croatia ke atas Republic of Serbian Krajina pada tahun 1995. Milan Martić ditangkap dan kini dihukum penjara atas kesalahan jenayah perang (war criminal).

Bunga-bunga cantik berhampiran War Memorial di Pusat Islam Zagreb
Sekali imbas, Bunga Peony yang berwarna kuning di tengah itu bagaikan muka manusia
Bergambar kenangan di War Memorial di Pusat Islam Zagreb
Teksi parking di Pusat Islam Zagreb
Teksi brand Renault
Bergambar kenangan di Taman Pusat Islam Zagreb
Selepas semua dah selesai solat, kami naik semula ke atas bas untuk memulakan Zagreb City Tour.

Naik bas untuk memulakan Zagreb City Tour

Part 8: Zagreb City

Kami memulakan Zagreb City Tour bersama Local Tour Guide kami yang bernama Ivana. Ivana menyertai kami dari Pusat Islam Zagreb.

Local Tour Guide di Zagreb, Ivana
Dalam tour ini, kami dikisahkan dengan lagenda bagaimana kota Zagreb mendapat nama. Mengikut ceritanya pada suatu masa dahulu, seorang pahlawan Croat lalu di sini, letih dan dahaga selepas berperang. Dia bertemu dengan seorang gadis yang bernama Manda dan meminta beliau mencedok air dari sebuah mata air untuknya. Manda yang bersimpati dengan tentera ini menurut. Mata air ini kini dinamakan sebagai Manduševac dan kota ini mendapat nama dari perkataan Croat "zagrabiti", yang bermaksud "to scoop up water".

Kesesakan petang di kota Zagreb
Pemandangan di kota Zagreb mengingatkan Myself kepada suasana di kota Bratislava di Slovakia yang pernah dilawati dulu. Seperti di Bratislava, Zagreb juga masih banyak memiliki bangunan zaman komunis yang tegak berdiri. Tram berwarna biru juga banyak dilihat di seluruh pelusuk kota.

Tram biru di kota Zagreb
Walau telah dimodenkan, ciri rekabentuk zaman komunis masih dapat dilihat pada tram di sekitar Zagreb
Stesen minyak
Sebuah lagi bangunan yang dibina pada zaman komunis
Seperti negara jirannya Slovenia yang juga bekas wilayah di dalam Yugoslavia, Croatia juga telah diterima menjadi anggota European Union yang ke-20. Bermula dari 1 Januari 2023 yang akan datang, matawang Kuna yang digunakan pada masa sekarang akan digantikan dengan Euro.

Bas turut membawa kami lalu di Palmotićeva Ulica yang merupakan sebuah jalan utama di Zagreb. Ia dipenuhi dengan kafe dan pelbagai kedai yang menjual barangan berjenama mewah dan tempatan.

Suasana di Palmotićeva Ulica


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: