Showing posts with label INDONESIA (2020) - Padang / Sawahlunto / Lembah Harau / Bukittinggi. Show all posts
Showing posts with label INDONESIA (2020) - Padang / Sawahlunto / Lembah Harau / Bukittinggi. Show all posts

Monday 3 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 01 (KL - Padang)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 1: Departure & Arrival
TERBANG KE PADANG

Part 1: Kembara Lagi Ke Sumatera Barat

Selepas melawat ke Philippines dan Thailand pada tahun 2019, Diari Pengembaraan dekad baru yang bermula pada tahun 2020 dimulakan dengan kunjungan ketiga ke Sumatera Barat. Jika pada musim cuti Chinese New Year tahun lepas, kita berkunjung ke North Island di New Zealand dengan Abang & Family, musim cuti CNY pada tahun ini pula kita mengembara ke Sumatera Barat di Indonesia dengan Kakak & Family.

Sumatera Barat, Indonesia
Memandangkan ini kunjungan ketiga bagi Myself dan keempat bagi Husband ke Sumatera Barat, kami mulanya merancang untuk memulakan perjalanan dari Pekanbaru di Riau dan bergerak merentas Pulau Sumatera menuju ke Padang sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Namun disebabkan kekangan masa perjalanan yang cuma 4 Hari / 3 Malam, perancangan ini tidak dapat diteruskan. Maka terpaksalah perjalanan kami bermula dan berakhir di kota Padang sendiri. 

Untuk kelainan, kami memutuskan untuk menyelitkan lawatan ke sebuah kota di Sumatera Barat yang belum pernah kami kunjungi ~ Sawahlunto yang tersenarai di dalam UNESCO World Heritage Site. Disebabkan ini juga adalah kali pertama bagi Kakak & Family berkunjung ke Sumatera Barat, destinasi wajib Sumatera Barat seperti Padang City Tour & Bukittinggi turut diselitkan. Akhirnya itinerari perjalanan Padang - Sawahlunto - Lembah Harau - Bukittinggi - Padang dipersetujui.

Tam Tam kena ikat nak dibawa ke Indonesia sebab sibuk kacau Husband tengah packing.

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Perjalanan Ke Padang

Kalau nak fly ke Padang, memanglah kita tak ada pilihan lain buat masa ini selain menggunakan Air Asia. Sewaktu kami berkunjung ke Padang pada tahun 2015, Air Asia hanya mempunyai 2 penerbangan sehari ke sana dari Kuala Lumpur. Tapi disebabkan Sumatera Barat kini dah menjadi destinasi percutian popular di kalangan rakyat Malaysia, Air Asia sekarang mempunyai 3 penerbangan sehari dari Kuala Lumpur ke Padang.

Untuk memaksimakan percutian 4 Hari / 3 malam ini, kami memilih terbang dengan penerbangan pertama yang berlepas dari KLIA 2 ke Padang pada pukul 7.20 pagi. Disebabkan waktu penerbangan yang awal begitu, terpaksalah kita bersengkang mata keluar dari rumah pada pukul 3.20 pagi memandangkan kita masih bekerja sehari sebelum itu. Tapi seteruk-teruk kami, keluarga Kakak lebih teruk lagi sebab mereka terpaksa bertolak menaiki bas terus dari Ipoh ke KLIA 2 pada pukul 9.40 malam lagi.


Naik teksi ke KLIA 2
Seperti yang dijangka, KLIA 2 sangat sibuk pada pagi itu disebabkan cuti panjang perayaan Tahun Baru Cina. Air Asia pun beberapa kali hantar reminder supaya kita datang awal ke KLIA 2 untuk mengelakkan kesesakan.

Suasana awal pagi di KLIA 2
Menuju ke Kawasan Check-in di KLIA 2
Springtime in KLIA 2
Perhiasan sempena Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai
Perhiasan standard di KLIA 2 setiap kali perayaan Tahun Baru Cina
Pintu masuk ke kawasan Check-in
Check dulu kaunter untuk Check-in pada Monitor
Itu dia penerbangan kita ~ AK 403
Kira dah expert dah kita sekarang buat Self Check-in ini.
Hantar beg ke dalam pun kita dah terror.
Kaunter Check-in di KLIA 2
Mulanya kami bercadang nak breakfast dulu sebelum masuk ke Pintu Perlepasan. Tapi disebabkan banyak restoran tak buka masa awal begini dan ramai orang ketika itu, kami membuat keputusan untuk masuk dulu ke dalam. Kita cari sajalah mana-mana tempat yang sesuai untuk breakfast di dalam sana nanti.

Masuk ke Pintu Perlepasan Antarabangsa
Jalan-Jalan Cari Makan
Pesawat-pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas
Kedai-kedai Duty Free
Kami membuat keputusan untuk breakfast saja di Food Court Perlepasan Antarabangsa walaupun harga makanannya cost a bomb, kata Orang Putih. Sesuatu yang bagus di sebalik harganya yang mahal itu ialah banyak juga gerai di Food Court ini yang dah mula berniaga di awal-awal pagi begini. Pilihan makanannya banyak dan rasanya juga tidak mengecewakan bagi kami.

Gerai-gerai makanan di Food Court Perlepasan Antarabangsa
Nasi Lemak dan Roti Canai pun ada di sini
Beverage Station
Suasana di Food Court
Lepas dah sarapan pagi, bergegas pula kita menuju ke Pintu Perlepasan kami Q9. Seperti juga perjalanan kami ke Padang yang sudah (yang juga dibuat sewaktu Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di awal tahun), sesuatu yang meresahkan ialah waktu Solat Subuh yang masuk lewat, dekat-dekat dengan masa Boarding ke dalam pesawat. Bermula tahun 2020 ini, keadaan menjadi lebih meresahkan kerana Waktu Solat Subuh telah dilewatkan 8 minit berbanding dulu.

Turun ke Pintu Perlepasan selepas makan
Arah ke Pintu Perlepasan Q
Hotel Capsule Transit
Syukurlah yang pintu penerbangan kami Q9, terletak betul-betul di depan surau. Taklah susah kita nak berkejar masuk pesawat selepas Solat Subuh. Tetapi sesuatu kami perhatikan ialah semua penerbangan yang berlepas awal seangkatan dengan masa perlepasan kami diberikan gate-gate yang terletak dekat dengan surau.

Pintu Perlepasan kami
Pemandangan di Pintu Perlepasan kami
Pesawat kami dah bersedia untuk berlepas
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Maklumat penerbangan
Beratur masuk ke dalam pesawat
Melihat pesawat baru Airbus 321 Air Asia yang parking di sebelah pesawat kami sewaktu beratur masuk ke dalam pesawat
Pemandangan dari jendela pesawat
Penumpang masuk ke dalam pesawat
Menuju ke runway
"Goodbye, Friends!", kata pesawat Air Asia kami
Walaupun meninggalkan pintu perlepasan tepat pada pukul 7.20 pagi mengikut jadual, pesawat kami hanya dapat terbang pada pukul 7.40 pagi disebabkan kesesakan trafik udara di KLIA 2. Syukur Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan sangat baik sehingga sampai ke Padang.

Lexis Hibiscus Resort di Port Dickson
Terbang meninggalkan Malaysia
Pemandangan sewaktu meninggalkan Malaysia
Disebabkan musim cuti panjang, memang ramailah Rombongan Kak Kiah yang ada di dalam pesawat. Mungkin juga ramai di antara mereka yang pertama kali berkunjung ke Sumatera Barat dan tak tahu yang penerbangan ini sebenarnya sangat singkat. Kesian kita tengok macam nak tercekik je mereka makan sajian penerbangan yang dibeli bila pesawat membuat penerbangan turun. Krew Air Asia pun memang dah biasa dengan suasana ini. Terus mereka menawarkan beg-beg plastik dan getah untuk mengikat bungkusan makanan yang tak habis dimakan itu untuk dijadikan bekalan.

Sajian Penerbangan
Full Flight walaupun berlepas di awal pagi
Membelah awan di Pulau Sumatera
Berlegar di Lautan Hindi mencari angle untuk mendarat
Pulau kecil di Lautan Hindi
Bot-bot berlayar di Lautan Hindi
Bot nelayan agaknya
Membuat pendaratan turun
Very Smooth Landing di Sumatera Barat
Tiba di airport Padang
Pesawat kami selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Minangkabau Padang pada pukul 7.35 pagi waktu tempatan. Bertolak dari KLIA 2 pada pukul 7.20 pagi dan tiba di Padang pada pukul 7.35 pagi. Macam terbang 15 minit saja dari KL. Yang sebenarnya, waktu di Indonesia Barat (termasuk juga Sumatera Barat) adalah 1 jam lewat berbanding waktu di Malaysia. Itu yang nampak macam 15 minit je terbang dari KL ke Padang, padahal sebenarnya hampir sejam.

Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang
Tour Guide dengan Driver dah menunggu sewaktu kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Terus saja kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama kami, Sawahlunto.

Bangunan terminal dari luar
Pemandangan bangunan terminal dari depan
Berjalan mendapatkan van
Van yang membawa kami sepanjang perjalanan di Sumatera Barat kali ini

Part 3: Sumatera Barat

Sejarah Sumatera Barat (singkatannya disebut sebagai Sumbar) bermula dengan kewujudan sebuah kerajaan purba yang bernama Pagaruyung sekitar tahun 1347. Di zaman pemerintahan Belanda ia dikenali sebagai WestKust. Ia kini bersempadan dengan 4 buah provinsi lain yang terdiri dari Sumatera Utara, Riau, Jambi dan Bengkulu. Ibu kota provinsi ini adalah Padang yang merupakan kota yang ke-6 terbesar di Sumatera.


Tour Guide (Pak Ino) dan pemandu kami (Pak Roni)
Sungai Batang Arau
Bukit Barisan
Pemandangan tipikal di Sumatera Barat
Lebih separuh mukabumi Sumatera Barat adalah terdiri dari pergunungan tinggi yang dinamakan Bukit Barisan. Kawasan pergunungan ini dilindungi oleh Kerajaan memandangkan sebarang kesan hakisan darinya mempunyai impak yang besar kepada kota Padang. Dari segi geografi, Sumatera Barat juga sangat terdedah kepada kejadian gempa bumi disebabkan kedudukannya yang terletak di atas Great Sumatran Fault. Ia juga mempunyai beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti Gunung Marapi, Gunung Tandikat dan Gunung Talang.

Pemandangan sawah padi di Sumatera Barat
Sebahagian besar penanaman padi masih diusahakan dengan cara tradisional
Pemandangan di pinggir bandar Padang
Sepele bermaksud remeh
Sebahagian besar penduduk Sumatera Barat terdiri dari etnik Minangkabau yang beragama Islam. Budaya mereka bersifat matrilineal di mana harta dan tanah diwariskan kepada anak perempuan daripada sebelah ibu, manakala urusan agama dan pentadbiran diserahkan kepada kaum lelaki mengikut ajaran Islam. Senibina mereka juga unik kerana mempunyai atap yang berbentuk seperti tanduk kerbau.

Disebabkan lebih 90% penduduk Sumatera Barat beragama Islam, masjid sentiasa terdapat di mana-mana sahaja.
Perguruan Islam seperti Universitas Baiturrahmah ini juga banyak terdapat di seluruh Sumatera Barat
Sawah padi
Kawasan pergunungan Bukit Barisan
Perjalanan kami menuju ke Sawahlunto melalui pinggir kota Padang. Perjalanan ini adalah sejauh kira-kira 123 km tetapi disebabkan tak ada lebuhraya di Sumatera Barat seperti di Malaysia, perjalanan biasa ke sana sering mengambil masa sehingga 3 jam. Tapi disebabkan kami membuat beberapa persinggahan dalam perjalanan, masa yang diambil untuk sampai ke sana dah pasti lebih lama.

Rumah Sakit Swasta milik Semen Padang
Sebuah pasar di pinggir kota
Penunggang motorsikal
Pengangkutan awam yang dinamakan Angkot
Penjaja di tepi jalan
Masjid Muhammadiyah
Kerajinan rotan
Pasar Bandar Buat
Kempen Indonesia Dermawan untuk bantuan kemanusiaan di Papua
Kami juga melalui loji Semen Padang dalam perjalanan menuju ke Sawahlunto. Perusahaan simen milik negara ini diasaskan oleh penjajah Belanda pada tahun 1910.

PT Semen Padang
Lori Semen Padang
Loji Semen Padang
Indarung adalah nama salah sebuah loji milik Semen Padang
Permulaan Sitinjau Lauik


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):