Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(ALBANIA: Shkoder)
Bahagian 26: Albania 2
PERJALANAN KE KOSOVO
HARI KEENAM (1)
Part 72: Sarapan Pagi Di Hotel Rozafa
Selamat Pagi, Shkodër! Kami tiba di Shkodër dalam gelap malam tadi. Tak nampak rupa Shkodër yang sebenar. Pada pagi ini barulah kita nampak pemandangan Shkodër yang sebenar. Tak sangka bandar Shkodër sangat moden. Selama ini kita disogokkan dengan fakta yang Albania adalah sebuah negara yang miskin dan ketinggalan. Tidak begitu sebenarnya. Malah bila sampai ke sini baru kita tahu yang Albania memiliki internet paling pantas di Eropah.
|
Shkodër |
|
Shkodër adalah bandaraya yang keempat terbesar di Albania |
|
Sikit-sikit macam rupa Kg. Baru di Kuala Lumpur pun ada |
|
Ada banyak bangunan hotel yang besar-besar di Shkodër |
Masih awal lagi untuk breakfast ketika itu, jadi Myself dan Husband berjalan-jalan dulu di sekitar hotel untuk melihat pemandangan.
|
Lukisan cantik yang menghiasi dinding di koridor |
|
Mini lobby di tingkat penginapan kami |
|
Lampu di hotel ini juga menggunakan sensor. Bila kita lalu baru lampu menyala. |
Suhu di Shkodër pada pagi ini ialah 10'C. Sangat nyaman. Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang percutian kami di Balkans walaupun Google memberikan ramalan hujan setiap hari.
|
Hotel Rozafa |
|
Hotel Rozafa dibina di zaman Komunis Albania tetapi bahagian dalamnya sangat moden. |
|
Pokok-pokok yang menghiasi pintu masuk ke Hotel Rozafa |
|
Bergambar di pintu masuk ke Hotel Rozafa |
|
One more for the album... |
|
Pemandangan restoran di Hotel Rozafa dari luar |
|
Masjid Ebu Bekr yang terletak di seberang Hotel Rozafa |
Tiba waktu yang ditetapkan, kita masuk kembali ke dalam Hotel Rozafa untuk breakfast...
|
Jom masuk pergi breakfast... |
|
Restoran Veranda |
|
Macam itu dia orang eja Tarik (Terhiqe) dalam Bahasa Albania... |
|
Posing dengan Abang dalam restoran |
|
Breakfast pada pagi ini... Don't worry, semuanya Halal. |
|
Hot Chocolate |
|
Cake, pancake dan honey |
Lepas breakfast, kami berkumpul di lobby hotel untuk memulakan perjalanan Hari Keenam di Balkans. Pada pagi ini kami akan bergerak menuju ke negara yang kelima dalam program lawatan kami ~ Kosovo.
|
Kaunter pendaftaran di Hotel Rozafa |
|
Family photo di depan Hotel Rozafa |
Part 72: Fortress Rozafa
Bas kami parking di seberang jalan dari hotel, di depan Masjid Ebu Bekr. Laungan azan dari masjid inilah yang kami dengar sebiji macam laungan azan dari masjid di Malaysia malam tadi.
Selepas meninggalkan Shkodër, kami melalui sebuah kota yang dibina di atas bukit yang dinamakan Fortress Rozafa. Fortress ini mempunyai sebuah kisah legenda yang melambangkan pengorbanan seorang wanita demi kemaslahatan umat di Albania.
Menurut legenda tersebut, Fortress Rozafa dibina oleh 3 orang adik-beradik lelaki. Setiap hari bila mereka datang ke kota ini, mereka mendapati tembok yang dibina pada hari sebelumnya musnah. Seorang tukang tilik memberitahu sekiranya mereka inginkan kota berdiri tegak, isteri salah seorang dari ketiga beradik ini perlu ditanam di dalam tembok kota.
Ketiga-tiga beradik ini bersetuju untuk merahsiakan perkara tersebut dari isteri masing-masing. Isteri yang pertama muncul pada keesokan harinya, dialah yang akan ditanam di dalam kota. Namun demikian, persetujuan ini hanya dipegang oleh adik bongsu sahaja sebenarnya.
|
Fortress Rozafa di luar bandar Shkodër |
|
Pemandangan lebih dekat Fortress Rozafa |
|
Kota ini dikaitkan dengan legenda sedih pengorbanan seorang isteri dan ibu untuk membolehkannya tegak berdiri |
Pada keesokan harinya, isteri kepada kedua-dua anak yang pertama dan kedua tidak datang membawa bekalan makanan tengah hari seperti biasa. Yang muncul hanyalah isteri anak yang bongsu. Dia tidak membantah bila diberitahu akan nasibnya yang perlu ditanam di dalam tembok tersebut. Walau bagaimanapun, dia meminta supaya hanya sebelah kiri badannya sahaja yang ditanam ke dalam tembok kota supaya dia tetap dapat memegang dengan tangan kanan untuk menyusukan anaknya dengan payudara sebelah kanan dan kaki sebelah kanannya juga dapat menghayun buaian untuk membolehkan anaknya tidur.
Dengan pengorbanan isteri anak yang ketiga ini, Fortress Rozafa akhirnya dapat berdiri tegak untuk melindungi seluruh penduduk kota.
|
Bendera Albania yang berkibar megah di Fortress Rozafa |
|
Meninggalkan Fortress Rozafa |
|
Drin River |
|
Jambatan yang menyeberang Drin River di sana adalah sebuah jambatan keretapi |
Albania adalah sebuah negara yang terpencil di bawah pemerintahan komunis sebelum tahun 1989. Ia juga dikenali sebagai sebuah negara atheist ketika itu kerana komunis tidak percayakan agama. Walaupun kini Albania ditadbir sebagai sebuah negara sekular yang mengasingkan agama dari pemerintahan, sinar Islam sangat berkembang di negara ini.
|
Perjalanan meninggalkan Shkodër |
|
Kawasan perumahan |
|
Pemandangan di pinggir bandar Shkodër |
Rakyat Albania juga tidak dibenarkan memiliki kereta persendirian di bawah pemerintahan komunis. Namun suasana ini berubah selepas pemerintahan komunis tamat. Rakyat Albania kini ramai yang memiliki kereta persendirian walaupun kebanyakannya adalah kereta terpakai yang dibawa dari Eropah Barat. Rakyat Albania juga paling bangga jika dapat menggunakan kereta dari jenama Mercedes. Disebabkan faktor ini jugalah, salah sebuah industri yang paling berjaya di Albania kini adalah mencuci kereta. Di mana-mana saja, kita dapat melihat tempat mencuci kereta yang dinamakan Auto Lavazh.
|
Auto Lavazh |
|
Sungai |
|
Perjalanan kami adalah menuju ke arah Milot |
|
Kemudahan mencuci kereta (Auto Lavazh) terdapat di mana-mana saja di Albania |
|
Simpang ke Milot di hadapan |
|
Pelbagai jenis dan saiz Auto Lavazh dapat dilihat sepanjang perjalanan |
|
Istana kecil |
Part 73: Albania & Perjalanan Menuju ke Kosovo
Dalam perjalanan ke Kosovo, mari kita berkenalan lebih dekat dengan Albania. Ia adalah sebuah negara kecil dengan 3 juta penduduk yang sebahagian besarnya tinggal di sekitar ibu negaranya yang bernama Tirana. Namun demikian, adalah dianggarkan ada lebih 10 juta orang Albania yang tinggal di luar negara terutamanya di USA, Canada, Switzerland, Germany dan Turkiye. Lebih kurang macam negara Philippines di Asia Tenggara di mana rakyat negara itu lebih ramai tinggal dan bekerja di luar negara berbanding negara sendiri.
|
Albania |
Albania diperintah oleh seorang pemerintah komunis ultra-Stalin yang bernama Enver Hoxha selama 4 dekad. Selepas kematiannya pada tahun 1985, Albania masih diperintah oleh komunis namun perlahan-lahan ia bertukar menjadi lebih terbuka kepada dunia luar. Pemerintahan komunis di Albania tamat pada tahun 1992 namun demikian negara ini masih dibelenggu huru-hara dan peningkatan organized crime.
|
Sungai yang cantik |
|
Kelestarian alam masih terpelihara di seluruh Albania |
|
Masjid sangat banyak dilihat di seluruh Albania di sana-sini |
Ekonomi Albania masih banyak bergantung kepada pertanian. Kerana itulah kita dapat melihat pemandangan kawasan-kawasan pertanian yang luas di negara ini.
Albania juga adalah sebenarnya negara yang bergunung-ganang tetapi pemandangan tanah pamah yang sesuai untuk pertanian dapat diperhatikan berhampiran Shkodër.
Perjalanan diteruskan menuju ke lebuh raya yang menghubungkan Albania dengan Kosovo.
|
Mat River |
|
Kabus |
|
Perjalanan menuju ke arah Kukës |
|
Kukës masih terletak 89 km dari sini |
|
Perkampungan di tepi jalan |
|
Kedai kampung |
|
Keindahan pergunungan di Albania |
|
Masih perjalanan menuju ke Kukës |
|
Indah |
|
Gereja Kristian di puncak bukit |
|
Pandangan lebih dekat Gereja Kristian |
|
Gereja yang ditinggalkan di belakang |
Kita teruskan lagi menikmati pemandangan indah di sepanjang lebuhraya menuju ke Kosovo... Memang tak sangka yang Albania mempunyai lebuhraya yang sangat moden begini di sebalik gambaran yang sering diberikan kepada dunia di mana ia adalah negara miskin dan ketinggalan di Eropah.
|
Tempat cuci kereta (Auto Lavazh) yang merupakan fasiliti penting di Albania. Ia ada di mana-mana termasuklah di stesen minyak ini. |
No comments:
New comments are not allowed.