Friday, 3 February 2023

2022 BALKANS BHG. 48 (Galata Bridge & New Mosque)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)

Bahagian 48: Istanbul 4
ISTANBUL (Galata Bridge & New Mosque)

HARI KESEPULUH (2)

Part 138: Galata Bridge

Kami diberikan masa yang panjang untuk bershopping di Spice Bazaar. Tapi disebabkan Myself dan Husband bukan kaki shopping, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di Galata Bridge berhampiran. Ia adalah salah sebuah dari beberapa buah jambatan yang dibina menyeberang Selat Golden Horn untuk menyambungkan Istanbul Old City dan Istanbul New City. Kami turut disertai oleh Kanesh.

Pintu masuk ke Galata Bridge untuk pejalan kaki
Galata Bridge
Eminönü adalah sebenarnya sebuah pelabuhan feri yang sibuk di Istanbul. Selain menjadi pelabuhan untuk feri local yang menyeberang Selat Bosphorus untuk ke Istanbul Asia, ia juga menjadi pangkalan untuk Bosphorus Cruise yang sangat popular dengan pelancong.

Kapal Bosphorus Cruise
Kafe terapung di Selat Bosphorus
Pemancing ikan di Galata Bridge
Masjid Suleymaniye di Istanbul Old City
Pemandangan Old Istanbul City
Menara di Istanbul University di Istanbul Old City ini juga pernah menjadi menara pemerhatian kebakaran seperti Galata Tower pada masa dahulu.
Jambatan Galata sebenarnya dibina dua tingkat. Tingkat atas adalah laluan kenderaan yang dikongsi bersama oleh kenderaan darat dan Tramvay. Tingkat bawahnya pula terdiri dari barisan restoran yang kebanyakannya menjual ikan bakar.

Pemandangan Jambatan Galata yang terdiri dari dua tingkat
Tingkat atas jambatan adalah untuk kegunaan kenderaan manakala tingkat di sebelah bawah dipenuhi restoran ikan bakar.
Permulaan Galata Bridge di Eminönü
Kapal-kapal yang diubahsuai menjadi kafetaria terapung
Kami bercadang berjalan-jalan menyusuri Jambatan Galata menyeberang Selat Golden Horn. Ada ramai pemancing ikan di atas jambatan. Sambil-sambil menyeberang ke seberang sana, kita tengok ikan-ikan yang berjaya dipancing oleh mereka.

Pemancing ikan di Galata Bridge
Banyak ikan yang dapat dipancing
Ramai sungguh !!
Jambatan keretapi menyeberang Selat Golden Horn
Pelbagai joran dan alat memancing digunakan
Kapal Bosphorus Cruise yang lalu di bawah jambatan
Pemandangan kapal cruise dari sisi
Tangga turun ke bawah di tengah jambatan
Pemancing yang membawa teman bersama
Meneman tuan memancing ikan
Feri local yang berulang-alik membawa penumpang menyeberang Selat Bosphorus
Kanesh berjalan atas jambatan
Pemandangan dari atas jambatan
Pemandangan menghala ke Istanbul New City yang juga terletak di Istanbul Eropah seperti Istanbul Old City
Kenderaan yang sibuk menyeberang Jambatan Galata
Sampai di penghujung jambatan yang terletak di Istanbul New City, kami turun ke tingkat bawah.

Turun ke bawah di penghujung Galata Bridge di Istanbul New City
Pemandangan di bawah jambatan
Kedai-kedai di bawah jambatan
Pintu keluar dari jambatan
Iklan di bawah jambatan
Keluar dari jambatan
Kawasan di penghujung Jambatan Galata di seberang Selat Golden Horn ini dinamakan Beyoğlu. Ia membentuk sebahagian dari Istanbul New City.

Pemandangan Istanbul Old City di seberang Selat Golden Horn dari Beyoğlu (Istanbul New City)
Galata Bridge. Perhatikan betapa ramainya rakyat Istanbul yang memancing di atas jambatan ini.
Pemandangan Istanbul Old City di penghujung Jambatan Galata dari Beyoğlu
Ada seorang penjual Simit yang kami temui di sini. Kami turut membeli Simit yang dijual.

Penjual Simit di penghujung Galata Bridge
Penjualnya adalah sepasang suami isteri
Simit
Nyumm, nyummm!
Husband bergambar dengan Simit yang dibeli
Selepas dah makan Simit, kami naik kembali ke Jambatan Galata untuk menyeberang kembali ke Istanbul Old City.

Naik kembali ke atas jambatan
Pemandangan menghala ke Old City. Menara yang kelihatan di sana terletak di Istanbul University.
Kami berjalan kembali melintasi pemancing-pemancing yang ramai di atas jambatan ini.

Feri dan Cruise Ship besar yang baru tiba di Istanbul
Sambil berjalan di atas jambatan, kita lihat pemandangan Istanbul New City dan Istanbul Asia yang dapat dilihat dari sini.

Mengambil gambar dari tengah Jambatan Galata sambil memegang Simit yang dibeli tadi
Pemandangan Camlica Tower di Istanbul Asia yang dapat dilihat dari tengah Jambatan Galata.
Pemandangan Jambatan Bosphorus yang menyambungkan Istanbul Eropah dengan Istanbul Asia yang dilihat dari Jambatan Galata. Jambatan ini kini dikenali sebagai 15th of July Martyrs Bridge.
Terminal Feri Karaköy di sebelah Istanbul New City
Cruise Ship yang berlabuh di belakang Terminal Feri Karaköy
Bas Hop-On Hop-Off Busforus yang boleh diambil jika ingin berkeliling Istanbul
Feri
Cruise Ship yang sedang berlabuh di Istanbul dengan berlatar belakangkan pemandangan Istanbul Asia
Selat Bosphorus dan Istanbul Asia
Masa berjalan balik menuju ke Old City barulah kami perasan yang para pemancing cuma memancing di sebelah jambatan yang dekat dengan daratan. Terdapat larangan memancing ikan di tengah-tengah jambatan untuk mengelakkan gangguan kepada laluan perkapalan di bawahnya.

Memancing ikan tidak dibenarkan di tengah Jambatan Galata kerana kawasan ini adalah laluan perkapalan.
Feri yang lalu di bawah Jambatan Galata
Dilarang memancing ikan di sini
Memancing ikan cuma dibenarkan di sebelah tepi jambatan sahaja
Hampir tiba kembali ke Istanbul Old City
Feri tempatan yang menyeberang Selat Bosphorus
Feri ini  menyeberang dari Istanbul Eropah (Eminönü) ke Istanbul Asia (Kadıköy)
Bangunan yang terletak di atas bukit sana adalah Istana Topkapi
Pemandangan Terminal Feri di Eminönü

Part 139: New Mosque (Yeni Camii)

Tempat berkumpul yang ditetapkan bagi kumpulan kami adalah di depan New Mosque di sebelah Spice Bazaar. Masjid ini siap dibina pada tahun 1665 dan dinamakan sebagai New Mosque (Yeni Camii) kerana ia merupakan masjid yang terbaharu di Istanbul ketika itu. Namun demikian, nama ini terus melekat kepada masjid walau lebih 400 tahun telah berlalu dan banyak masjid yang lebih baru telah dibina.

New Mosque
Pintu masuk ke New Mosque
Satu lagi pemandangan pintu masuk ke New Mosque
Menara Masjid
Disebabkan kami tiba awal di tempat berkumpul dan ramai ahli group yang belum tiba, kita masuk melawat dulu ke dalam masjid ini.

Pemandangan di dalam New Mosque
Berjalan menuju ke Ruang Solat Utama
Pentas Mahfil
Ruang Solat Utama
Chandelier di Ruang Solat Utama
Chandelier yang lebih kecil
Permaidani di dalam masjid
Jubin perhiasan yang dipasang pada dinding masjid
Kubah masjid
Tempat meletak kasut
Pelawat-pelawat ke dalam masjid
Kubah masjid
Mimbar
Mihrab
Perhiasan pada Mihrab
Seperti juga masjid-masjid lain di Turkiye, dinding masjid ini turut dihiasi dengan nama-nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan khalifah-khalifah Al Rasyidin: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali berserta nama dua orang cucu Nabi Muhammad SAW: Hassan dan Hussin.

Pemandangan sebelum meninggalkan masjid

Part 140: Naik Tramvay Ke Sultanahmet

Di Spice Bazaar tadi, kami disertai oleh seorang Tourist Guide tempatan yang bernama Ebrahim. Bila semua dah berkumpul kembali, Ebrahim membawa kami menuju ke Stesen Tramvay Eminönü. Kami dibawa menaiki Tramvay dari sini ke Stesen Sultanahmet.

Berjalan ke Stesen Tramvay Eminönü
Menunggu nak melintas jalan
Local Tour Guide kami di Istanbul yang bernama Ebrahim
Sepanjang berjalan kaki dari Spice Bazaar ke Stesen Tramvay Eminönü, kami cuma ditemani Ebrahim dan Tour Leader kami dari Malaysia Encik Yazid. Ingatkan Mehmet dah tak lagi bersama kami. Rupa-rupanya dia menunggu di Stesen Tramvay Eminönü. Maklumlah dia kena bersedia touch Istanbulkart untuk kami semua seramai 20 orang ini untuk naik Tramvay.

Stesen Tramvay Eminönü
Mehmet menunggu kami di Stesen Tramvay Eminönü
Disebabkan hari ini adalah cuti weekend di Istanbul, perjalanan dengan Tramvay menuju ke Sultanahment tidaklah hectic macam semalam. Mudah saja kami boleh naik Tramvay tanpa berebut-rebut dengan warga tempatan.

Tramvay
Perkhidmatan Tramvay di Istanbul sangat efisien. Tak perlu nak berkejar-kejar sangat sebab sentiasa ada Tramvay yang datang silih-berganti.
Tramvay yang tiba silih berganti
Suasana dalam Tramvay menuju ke Sultanahmet
Tiba di Stesen Tramvay Sultanahmet
Stesen Tramvay Sultanahmet
Sultanahmet adalah tempat yang perlu dituju kalau nak melawat ke tarikan utama pelancong di Istanbul seperti Hagia Sophia dan Blue Mosque.


Bersambung ke Bahagian 49...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: