Monday, 24 August 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 40 (Grand Bassin Lake)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(MAURITIUS: Curepipe, Grand Bassin Lake & Chamarel)
 
Bahagian 40: Mauritius
GRAND BASSIN LAKE [Shiva Statue & Ganga Talao]

HARI KESEBELAS (2)

Part 99: The One & Only Shop @ Curepipe

Mauritius adalah sebuah negara dengan masyarakat majmuk. Penduduknya menggambarkan kesan migrasi yang telah berlangsung sejak berkurun-kurun dahulu. Mereka terdiri dari keturunan buruh-buruh India, hamba abdi Afrika, pedagang-pedangang Cina dan pendatang dari Eropah.
 
Pemandangan sewaktu bergerak kembali ke Curepipe
Tanah perkuburan yang dikongsi oleh penganut dari semua agama
Kawasan penanaman sayur berhampiran Curepipe
Lagi pemandangan di kawasan penanaman sayur
Pemandangan kawasan perumahan di Curepipe
Tiba kembali ke Curepipe
Setibanya kembali ke bandar Curepipe selepas melawat Dormant Volcano, kami dibawa ke sebuah kedai souvenir yang bernama The One & Only.
 
Kedai souvenir The One & Only
Jom kita masuk ke dalam...
Sebelum masuk ke dalam kedai, Myself dan Husband bergambar dulu dengan patung Burung Dodo yang dipasang di depan kedai. Mauritius adalah satu-satunya habitat yang diketahui bagi Burung Dodo yang kini telah pupus dari muka bumi. Burung Dodo adalah sejenis burung Merpati yang hanya terdapat di Mauritius. Disebabkan burung ini tidak mempunyai pemangsa, Dodo telah beradaptasi dan hilang keupayaan untuk terbang. Mereka juga menjadi burung yang berbadan besar dengan berat diketahui mencapai sehingga ke 22 kg.

Selepas pelayar Portugis datang ke Mauritius pada tahun 1507, pulau ini menjadi persinggahan kapal-kapal yang berlayar ke Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Burung Dodo banyak dibunuh untuk dijadikan makanan para pelayar. Kehadiran orang Belanda yang turut membawa tikus, babi dan monyet ke Pulau Mauritius telah memakan telur-telur burung Dodo. Hanya dalam jangka masa 100 tahun, burung Dodo terus menjadi pupus dengan burung yang terakhir diketahui telah dibunuh pada tahun 1681.
                          
Patung Burung Dodo di depan kedai The One & Only
Posing-posing dengan Burung Dodo
Burung Dodo walau bagaimanapun tidak terus dilupakan di Mauritius. Ia kini diabadikan di dalam jata negara Mauritius.

Mauritius Coat of Arms
Sebagai sebuah negara pulau, Mauritius juga terkenal dengan kesenian pembuatan model-model kapal. Oleh yang demikian, antara souvenir yang banyak dijual di dalam kedai The One & Only ini adalah model-model kapal yang terdiri dari berbagai saiz.

Suasana di dalam kedai The One & Only
Model-model kapal yang dijual di The One & Only
Model-model kapal layar
Memang menarik dan cantik model-model kapal layar yang dipamerkan
Husband mengambil gambar model-model kapal yang dijual
Detail sungguh model kapal ini.
Selain model-model kapal, ada juga souvenir lain yang dijual di sini.
 
Souvenir lain yang dijual di The One & Only Shop
Patung Burung Dodo
Pandangan Burung Dodo dari hadapan
Fridge Magnet
Pandangan Fridge Magnet dengan lebih dekat
Ada banyak lagi souvenir yang dijual di sana
Ukiran kayu Burung Dodo
Kedai pakaian di sebelah The One & Only. Saree juga dijual di sini kerana ada ramai rakyat Mauritius yang berketurunan India dan memakai Saree dalam majlis-majlis tradisional.

Part 100: Shiva & Durga Statue (Mangal Mahadev & Durga Maa)

Dari Curepipe, kami dibawa menuju ke Grand Bassin Lake. Tasik yang bernama Grand Bassin ini adalah kawasan yang menjadi spiritual centre bagi penganut-penganut Hindu di Mauritius. 
 
Kawasan penanaman sayur dalam perjalanan menuju ke Grand Bassin
Seronok melihat ada juga tanaman lain di Mauritius ini selain tebu. 😆
Greenhouse untuk tanaman sayur
Pemandangan Grand Bassin Lake dari kejauhan
Grand Bassin Lake
Sebelum sampai ke Grand Bassin Lake, kami dibawa melihat patung Dewa Shiva dan isterinya Dewi Durga yang menjadi penjaga di pintu masuk ke Grand Bassin Lake.
 
Patung Dewi Durga (kiri) dan patung Dewa Shiva (kanan) yang menjadi penjaga pintu masuk ke Grand Bassin Lake
Disebabkan bas parking dekat dengan patung Durga, kita melawat dululah ke patung dewi ini. Patung yang dinamakan Durga Maa yang setinggi 33 meter ini adalah patung Dewi Durga yang terbesar di dunia.
 
Patung Durga Maa Murti
Mengikut kepercayaan Hindu, pada suatu hari, syaitan bertubuh kerbau yang sangat kuat bernama Mahishasura telah menewaskan semua para dewa. Untuk mengatasi ancaman ini, dewa-dewa utama (Brahma, Vishnu dan Shiva) menggabung tenaga shakti mereka untuk menciptakan Durga. Oleh kerana Durga diwujudkan dari gabungan shakti 3 dewa, dia sangat kuat dan dapat membunuh Mahishasura. Durga juga muncul dalam bentuk wanita lembut yang bernama Parvati. Jika dia berada dalam mode Parvati, Durga adalah isteri kepada Dewa Shiva.

Durga
Durga sering bergerak ke sana-sini dengan menunggang singa. Oleh itu ada patung singa sedang dibina di belakang patung Durga ini.

Patung Singa yang sedang dibina di belakang patung Durga
Beginilah rupanya nanti setelah patung singa disiapkan
Ada sebuah kuil dibina di bawah patung Durga. Ketika kami di sana, ada penganut Hindu yang datang bersembahyang. Pengyou dalam kumpulan kami juga ada yang mengikut bersembahyang di kuil ini walaupun mereka tidak beragama Hindu.

Kuil di bawah patung Durga
Patung Durga di dalam kuil
Mengambil gambar patung Durga
Penganut Hindu yang datang bersembahyang di kuil Durga
Selepas dah melawat patung Durga, kita pergi melawat patung Shiva pula. Patung Shiva ini dikenali sebagai Mangal Mahadev yang juga seperti Durga Maa, dibina setinggi 33 meter.

Melawat ke patung Shiva
Shiva
Shiva adalah Dewa Pemusnah dalam agama Hindu. Shiva sering digambarkan dengan memakai ular pada lehernya. Ular ini adalah Vasuki yang merupakan King of Snakes yang sering menemani Shiva ke mana-mana sahaja. Shiva juga sering memegang senjata bermata tiga (trident) yang dinamakan Trisula.

Shiva yang sering ditemani Vasuki (King of Snakes) pada lehernya
Patung Mangal Mahadev di Mauritius ini adalah patung Shiva yang ketiga tertinggi di dunia. Ia dibina dengan mengambil ilham dari patung Shiva di Vadodara, India,

Patung Shiva ini adalah yang ke-3 tertinggi di dunia
Seperti di mana-mana kebanyakan temple Shiva yang lain di dunia, ada patung lembu yang akan dibina di sebelahnya. Ini adalah penghormatan kepada Nandi yang merupakan lembu tunggangan Dewa Shiva.

Patung Nandi yang dibina di sebelah patung Dewa Shiva
Nandi adalah lembu yang menjadi tunggangan Dewa Shiva
Seperti juga di patung Durga tadi, ada sebuah kuil dibina di kaki patung Shiva. Ada sami yang menjaga kuil ini. Ada juga Pengyou di dalam kumpulan kami yang turut bersembahyang dan meminta restu dari sami itu walaupun mereka tidak beragama Hindu.

Kuil di kaki patung Shiva
Sami di depan kuil
Di depan kuil ini ada tersusun 108 batu ukiran kecil yang dinamakan Shivling. Menurut kenyataan yang tertulis di situ, Shivling ini telah dihadiahkan kepada kuil oleh seorang penganut pada tahun 2023 dahulu. Bilangan 108 juga membawa makna yang mendalam dalam agama Hindu. Umpamanya, mantra yang dibaca sewaktu bersembahyang dalam agama Hindu sering dibaca sebanyak 108 kali.

108 Shivling yang didermakan kepada kuil
Pandangan lebih dekat Shivling
Sembahan yang diletakkan dekat Shivling
Sami yang sedang menyediakan bahan sembahan
Sewaktu di sini juga kami sempat melihat sami yang sedang membuat blessing kepada sebuah kereta. Mungkin kereta ini baru diperbaiki atau sering mengalami kerosakan, jadi pemiliknya datang membawanya ke sini untuk mendapat berkat dari sami.

Kereta yang dibawa untuk upacara pemberkatan dari sami Hindu
Sami sedang melaksanakan upacara pemberkatan
Upacara pemberkatan sedang berlangsung
Upacara pemberkatan
Pemandangan sewaktu meninggalkan patung Shiva

Part 101: Grand Bassin Lake (Ganga Talao)

Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, Mauritius adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu. Adalah dianggarkan 48% penduduk Mauritius menganut agama ini. Pusat keagamaan Hindu yang terpenting di Mauritius terletak di Tasik Grand Bassin yang juga dikenali sebagai Ganga Talao.

Perjalanan ke Grand Bassin Lake
Gambaran kehidupan yang damai di Mauritius
Grand Bassin Lake dianggap sebagai sebuah tasik suci di dalam agama Hindu kerana air di tasik ini dikatakan bersambung dengan air suci Sungai Ganges di India. Menurut ceritanya pada tahun 1887, seorang sami yang bernama Pandit Jhummun Giri dari bandar Triolet telah bermimpi melihat air dari Grand Bassin Lake mengalir dari dewi yang menjaga Sungai Ganges. Kisah ini tersebar luas dan Tasik Grand Bassin kemudiannya dianggap sebagai sebahagian dari tubuh para dewa, menghubungkannya secara langsung dengan Sungai Ganges di India yang terletak lebih 6,000 km dari Mauritius. Nama Tasik Grand Bassin turut ditukar menjadi Ganga Talao untuk menggambarkan kesuciannya di dalam agama Hindu.

Tasik Grand Bassin
Tasik Grand Bassin juga turut dikenali sebagai Ganga Talao di kalangan penganut Hindu di Mauritius
Tempat berehat di tepi tasik
Dari segi geografi pula, Ganga Talao adalah sebuah tasik kawah gunung berapi. Oleh itu, ia terletak jauh ke bawah lembah dan kita perlu menuruni tangga ke bawah untuk mendapatkannya.

Tiba di Ganga Talao
Pintu masuk ke Ganga Talao
Laluan tangga turun ke bawah
Pemandangan tangga turun ke bawah
Kuil Ganga Talao di tepi tasik
Ada sebuah lagi kisah Hindu yang menarik mengenai pembentukan tasik ini. Menurut ceritanya, Dewa Shiva dengan isterinya Parvati (juga dikenali sebagai Durga) sedang terbang mengelilingi bumi sambil menjunjung air Sungai Ganges di atas kepalanya. Bila sampai di Mauritius, air tertumpah dari kepala Shiva lalu membentuk tasik ini yang dinamakan Ganga Talao. Pada tahun 1897, seorang sami dari Triolet (Pandit Jhummun Giri) melihat tasik ini di dalam mimpi. Dia mencari dan akhirnya menemui tasik ini, sama seperti yang dilihat di dalam mimpinya. Bermula dari saat itulah tasik ini dianggap suci oleh penganut-penganut Hindu.

Tasik Ganga Talao
Patung Goddess Ganga di tepi tasik.
Tasik ini dikatakan ditemui melalui mimpi seorang sami Hindu yang berasal dari Triolet
Walaupun Ganga Talao adalah tempat suci agama Hindu, patung dewa pertama yang kita lihat dekat pintu masuknya adalah Lord Mahavir yang merupakan pengasas agama Jain di India. Jain adalah agama yang sangat cintakan kedamaian. Kerana itulah semua pengikutnya vegetarian kerana mereka tidak boleh membunuh haiwan. Walaupun vegetarian, mereka tidak boleh memakan tumbuhan yang berubi termasuk bawang. Ini adalah kerana tumbuhan berubi kalau nak dimakan, perlu dicabut keseluruhan pokoknya dari dalam tanah. Bagi penganut Jain, perbuatan ini adalah satu bentuk kekejaman.

Pondok kecil yang menempatkan patung Lord Mahavir yang merupakan pengasas kepada agama Jain di India
Brenda memberi penerangan tentang Lord Mahavir
Mengintai patung Mahavir di dalam pondok kaca
Ramai yang membaling duit kertas dan syiling kepada patung Lord Mahavir ini
Kuil di Ganga Talao boleh dimasuki tetapi dengan membuka kasut sebagai tanda hormat. Festival penting yang sering diraikan di kuil ini adalah Maha Shivatri yang diraikan pada malam hari ke-13 dan siang hari ke-14 pada bulan ke-11 dalam Kalendar Hindu. Kalau mengikut Kalendar Gregorian, ia diraikan pada bulan Februari atau Mac setiap tahun. Festival ini juga sebenarnya turut diraikan oleh penganut Hindu di negara lain seperti India, Nepal, Indonesia dan Malaysia.

Bangunan Kuil Ganga Talao
Satu lagi pemandangan Kuil Ganga Talao dari luar
Maha Shivatri merupakan “The Great Night of Lord Shiva”. Mengikut tradisi Hindu, Dewa Shiva berkahwin dengan Dewi Parvati pada malam ini, yang melambangkan satu penyatuan suci. Oleh yang demikian pada malam itu, wanita bujang akan berdoa untuk mendapat suami yang ideal seperti Shiva manakala wanita yang telah berkahwin pula akan mendoakan kebahagiaan perkahwinan sepanjang hayat.

Menyerahkan sembahan kepada kuil
Pada perayaan Maha Shivatri, beribu-ribu penganut Hindu akan berkunjung ke Ganga Talao dengan memakai pakaian putih yang melambangkan kesucian. Sesetengah di antara mereka akan mengekalkan tradisi berjalan dengan berkaki ayam. Penganut Hindu akan mengarak kanwar, kereta berhias yang didudukkan patung dewa di atasnya. Kanwar dibina menggunakan buluh, kertas berwarna dan perhiasan-perhiasan lain. Ada kanwar yang ditolak dengan roda dan ada juga yang dipikul di atas bahu. Setibanya di tasik, ada ritual pemujaan dilakukan. Air dari tasik Ganga Talao juga akan dibawa pulang oleh para penganut Hindu untuk memandikan patung Shiva yang ada di rumah masing-masing.

Perayaan Maha Shivatri di Mauritius [Gambar dari internet]
Di tepi tasik Ganga Talao ada banyak patung dewa dan dewi. Kita lihat semua patung yang ada di sini...

Lord Veer Hanuman ~ The Monkey God
Bunga sembahan yang diletak di kaki patung Hanuman
Sai Baba
Mengikut keterangan yang diberi Sai Baba adalah seorang Indian spiritual master.
Brenda memberi penghormatan kepada Sai Baba
Membaca mentera sambil menceduk air di Ganga Talao
Dattatreya Trimurti (Divine Trinity Statue)
Dattatreya Trimurti melambangkan gabungan 3 dewa: Brahma, Vishnu dan Shiva.
Mahalaksmi ~ Goddess of wealth, fortune, prosperity, beauty & light
Saraswati ~ Goddess of knowledge, music, arts, wisdom and learning
Brenda memberi penerangan tentang Saraswati
Ganesha ~ god of beginnings, a bringer of good luck and a patron of arts, sciences and learning.
Mengikut kepercayaan Hindu, Ganesha adalah anak kepada Shiva dan Parvati
Patung yang diletakkan paling central di tepi tasik Ganga Talao adalah Goddess Ganga. Ini adalah kerana dia adalah dewi penjaga Sungai Ganges dan air tasik ini dikatakan berasal dari sungai tersebut. Mengikut kepercayaan Hindu, Ganga merupakan anak kepada Dewa Brahma dan saudara perempuan kepada Parvati. Dia diturunkan ke bumi untuk membebaskan keturunan King Bhagiratha yang telah disumpah menjadi debu. Untuk menyelamatkannya dari jatuh terhempas ke bumi, Shiva telah menangkap Ganga dengan menggunakan rambutnya yang ikal sehingga Ganga jatuh dengan cara menitis perlahan-lahan lalu membentuk sungai di bumi.

Goddess Ganga
Patung di sebelah Goddess Ganga adalah Shiva yang merupakan dewa pemusnah, pencipta dan pemelihara. Shiva terkenal sebagai dewa yang berwarna biru menerusi kisah popular yang dinamakan Samudra Manthana (Churning of the Ocean). Kami pernah mendengar kisah Churning of the Ocean ini sewaktu melawat ke Thailand dan Cambodia dulu.
 
Shiva
Samudra Manthana adalah proses pembentukan bumi dengan mengeluarkan pelbagai benda dari dasar laut. Salah satunya adalah racun yang dinamakan ‘Halahala’. Shiva telah meminum racun tersebut lalu jatuh sakit. Isterinya Parvati yang tidak tahan melihat kesengsaraan suaminya telah mencekik kerongkong Shiva untuk menyekat racun tersebut dari masuk ke dalam perut. Kesan dari tindakan Parvati menyebabkan seluruh tubuh Shiva bertukar menjadi biru.

Tubuh Shiva menjadi biru akibat tindakan isteri yang menghalangnya dari menelan racun
Ganga (kiri) dan Shiva (kanan)
Memberi persembahan kepada Shiva
Kita lihat lagi patung dewa-dewa lain yang ada di sini...

Muruga ~ the Hindu god of war
Muruga adalah anak kepada Shiva dan Parvati serta saudara lelaki Ganesha.
Surya ~ the Hindu god of the sun. Dia digambarkan sebagai pencipta alam dan pembawa cahaya ke dunia
Tujuh kuda yang ditunggang Surya menggambarkan 7 warna cahaya dan 7 hari dalam seminggu
Husband berbual dengan penduduk tempatan yang katanya datang ke sini untuk mengucapkan kesyukuran selepas sembuh dari penyakit yang teruk
Ramai pengunjung Hindu tempatan yang kami lihat membuat pelbagai ritual di sini. Maklum sajalah kerana air di Ganga Talao dianggap suci dan boleh memberi penyucian dari dosa serta memberi kesembuhan dari pelbagai penyakit. 

Pada tahun 1972, ada satu upacara yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri Mauritius bernama Sir Seewoosagur Ramgoolam di mana air dari Sungai Ganges dicurahkan ke dalam tasik. Tasik yang sedalam 18 meter ini juga mempunyai banyak ikan di dalamnya. Namun begitu, aktiviti memancing adalah dilarang untuk menjaga kesucian tasik.
 
Pelbagai ritual keagamaan Hindu dibuat kerana air tasik dianggap suci
Ritual begini juga sering dibuat penganut Hindu di Sungai Ganges di India
Meninggalkan Ganga Talao


 Bersambung ke Bahagian 41...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: