Thursday 30 May 2024

2026 ANDALUSIA BHG. 06 (Koutoubia Mosque & Jemaa El-Fna @ Day)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 6: Morocco
MARRAKECH 
(Koutoubia Mosque & Jemaa El-Fna @ Day)

HARI KEDUA (2)

Part 14: Koutoubia Mosque

Dari Planete Des Epices, kami dibawa melawat ke Koutoubia Mosque (Masjid Kutubiyya) yang juga merupakan salah sebuah mercu tanda dan tarikan pelancongan di Marrakech.

Koutoubia Mosque
Tempat parking pelawat ke Koutoubia Mosque
Arah ke Tempat Parking Kenderaan
Masjid Koutoubia dibina oleh seorang Sultan Almohad yang bernama Abdul Mukmin pada tahun 1147. 

Masjid Koutoubia
Satu pemandangan yang pasti menarik perhatian semua pengunjung ke masjid ini ialah barisan tunggul-tunggul tiang yang terdapat di sebelah bangunan masjid. Tunggul-tunggul tiang ini adalah bekas binaan masjid lama yang dirobohkan kerana arah kiblatnya salah dan tidak selari dengan Kaabah di Makkah.

Tunggul-tunggul tiang di sebelah Masjid Koutoubia
Tunggul-tunggul tiang ini adalah bekas masjid lama yang telah dirobohkan
Masjid lama ini dirobohkan kerana arah kiblatnya salah dan tidak selari dengan Kaabah di Makkah
Mendengar Mohsein memberi penerangan
Menara Masjid Koutoubia adalah bangunan yang tertinggi di Marrakech. Ini adalah kerana ada peraturan yang menetapkan ketinggian mana-mana bangunan yang dibina di Marrakech tidak boleh melebihi ketinggian menara ini. Peraturan seperti ini juga digunakan di Bukittinggi di Sumatera Barat, Indonesia di mana bangunan di kota tersebut tidak boleh melebihi ketinggian Jam Gadang di sana.

Pada masa dahulu, Bilal akan melaungkan azan dari menara ini. Bendera turut akan dipasang pada menara sebagai tanda masuk waktu solat untuk kemudahan rujukan orang yang tidak dapat mendengar laungan azan. Sistem ini juga pernah digunakan di sebuah masjid lama yang dibina oleh Orang Turki sewaktu kami melawat ke negara Kosovo di Balkans dulu.

Menara Masjid Koutoubia
Bendera akan turut dipasang di menara ini pada masa dahulu untuk menandakan telah masuk waktu solat.
Mohsein memberi penerangan tentang menara Masjid Koutoubia
Khidmat menulis nama pelancong dalam Tulisan Arab sebagai cenderamata
Oleh kerana Masjid Koutoubia adalah sebuah destinasi tumpuan pelancong, memang ada ramai penjaja yang berjualan barang dagangan mereka di sini juga.

Penjaja di Masjid Koutoubia
Jualan cermin mata
Pelawat-pelawat ke Koutoubia Mosque
Pengunjung yang membeli cenderamata
Pemandangan Koutoubia Mosque dari tempat parking bas
Pemandangan sewaktu meninggalkan Masjid Koutoubia
Penunjuk arah
Di hadapan Masjid Koutoubia ini ada sebuah tanah perkuburan Islam yang dinamakan Cemetiere Sidi Ali Bel Kacem dalam Bahasa French. Ia dilindungi oleh sebuah tembok yang tinggi. Disebabkan jalan keluar-masuk ke Masjid Koutoubia sesak ketika itu dan bas hampir tak dapat bergerak, dapat juga kita mengintai suasana di dalam kawasan perkuburan ini.

Cemetiere Sidi Ali Bel Kacem yang terletak bertentangan dengan Masjid Koutoubia
Pemandangan ke dalam kawasan perkuburan yang terletak di sebalik tembok
Notis larangan mengambil gambar di dalam kawasan tanah perkuburan. Pelawat bukan Islam juga dilarang masuk ke kawasan perkuburan.
Traffic jam di jalan keluar-masuk ke Masjid Koutoubia
Dari Masjid Koutoubia, kami dibawa ke sebuah dataran terkenal di Marrakech yang bernama Jemaa El-Fna. Kita lihat pemandangan dan suasana di bandar Marrakech dalam perjalanan ke sana...

Suasana di Marrakech
Lagi suasana di Marrakech
Kereta kuda yang membawa pelancong begini banyak dilihat di sekitar Marrakech
Pelancong di kota Marrakech
Lintasan pejalan kaki di sebatang jalan yang sangat lebar di kota Marrakech
Tembok kota lama Marrakech
Menghampiri Jemaa El-Fna

Part 15: Restoran Tajin Darna @ Jemaa El-Fna

Jemaa El-Fna (disebut: Jema Elf-Na dalam bahasa Arab Morocco) adalah dataran yang terletak di tengah-tengah Marrakech Old City. Ia telah wujud di sini sejak sekian lama dan menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan kota Marrakech. Disebabkan dataran ini memaparkan banyak aspek kebudayaan Morocco, ia telah diberi pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage semenjak tahun 1985.

Masjid Koutoubia dari depan pintu masuk ke Jemaa El-Fna
Jemaa El-Fna terletak sedikit jauh ke dalam dari jalan besar. Dari tempat bas menurunkan kami, kita terpaksa berjalan merentas sebuah taman dan stesen kereta kuda yang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar kota Marrakech.

Pemandangan laluan masuk ke Jemaa El-Fna dari dalam bas
Pengunjung-pengunjung ke Jemaa El-Fna
Laluan masuk menuju ke Jemaa El-Fna dari jalan besar
Stesen Kereta Kuda
Tujuan kami berkunjung ke Jemaa El-Fna pada ketika itu adalah untuk makan tengahari. Oleh itu, kami terus dipimpin berjalan menuju ke sebuah restoran yang bernama Tajin Darna di dataran ini. Sambil berjalan menuju ke restoran, kita dapat melihat gerai-gerai jualan barangan kraf tempatan yang banyak dijual di sekitar Jemaa El-Fna.

Kedai-kedai di sekeliling Jemaa El-Fna
Suasana di Jemaa El-Fna
Ini adalah sebenarnya gerai Snake Charmer. Tak berani nak pergi dekat-dekat untuk mengambil gambar ular tedung kat situ.
Berjalan menuju ke restoran
Bekas tembikar yang digunakan dalam masakan tradisional Morocco yang dinamakan Tajin
Topi
Suasana berhampiran restoran
Tiba di Restoran Tajin Darna
Settling down untuk makan tengahari
Suasana di Restoran Tajin Darna
Bila dah nama restoran ini Tajin Darna, dah pasti makanan yang dihidangkan adalah masakan tradisional Morocco yang dinamakan Tajin (juga ditulis sebagai Tajine). Tajin adalah masakan yang terdiri dari ayam atau kambing biri-biri yang direbus dalam sebuah bekas tembikar secara slow-cooked. Sayuran seperti timun dan carrot turut dimasak bersama ayam atau kambing ini di dalam bekas tersebut. Bagi menambah perisa, ramuan minyak zaitun, rempah dan lemon turut dimasukkan ke dalam masakan. Tajin yang disajikan kepada kami hari ini adalah Beef Tajin.

Tajin dimasak dalam bekas tembikar berbentuk kon ini
Setiap seorang mendapat hidangan Tajin masing-masing
Inilah rupa masakan Tajin. Nasi turut diberi bersama hidangan Tajin

Part 16: Bersiar-siar di Jemaa El-Fna

Lepas makan, kami diberi free time selama 1 jam 30 minit untuk shopping atau menikmati suasana di Jemaa El-Fna. Ada juga Myself dan Husband terfikir nak naik kereta kuda keliling Marrakech tetapi kami diberitahu perjalanan mengelilingi Marrakech ini mungkin tak dapat diselesaikan dalam tempoh masa tersebut. Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar saja di taman dekat stesen kuda yang kami lihat tadi. Maklum sajalah, kami berdua bukan berminat nak shopping, walaupun sekadar untuk mencari cenderamata.

Merentas gerai-gerai jualan untuk menuju ke taman
Beg-beg buatan tangan untuk jualan
Gerai-gerai di Jemaa El-Fna
Berehat-rehat di taman
 Jubah coklat bertutup kepala tajam yang dipakai oleh lelaki yang berjalan di tengah taman di sana adalah jubah tradisional Arab Morocco
Walaupun Jemaa El-Fna nampak tenang dan damai, ia pernah menjadi sasaran serangan bom pengganas Al Qaeda pada 28 April 2011 dulu. Bom yang diletakkan di dalam sebuah backpack di Cafe Argana di Jemaa El-Fna ini diledakkan pada pukul 11.50 pagi dan membunuh 17 orang serta mencederakan 25 orang yang lain. Sebuah plak peringatan kepada mangsa yang terbunuh turut dibina di taman ini.

Plak peringatan untuk mangsa pengeboman di Jemaa El-Fna pada 28 April 2011.
Walaupun Morocco masih mengalami musim bunga pada ketika itu, tak nampak bunga berkembangan di taman ini. Suhu sekitar 25'C juga agak nyaman untuk kita bersiar-siar.

Kehijauan di taman berhampiran Jemaa El-Fna
Pemandangan yang damai di tengah taman
Ada lelaki berpakaian merah yang menarik perhatian kami di taman ini. Kami diberitahu pakaian merah yang dipakai oleh lelaki ini adalah pakaian penjual air (water seller) tradisional di Jemaa El-Fna. Sewaktu Jemaa El-Fna mula didirikan mungkin beratus tahun dahulu, belum ada kemudahan paip bekalan air seperti sekarang. Lelaki-lelaki berpakaian merah ini akan menjual air kepada pedagang dan pengunjung untuk minuman dan kegunaan jualan.

Lelaki berpakaian merah di sana sangat menarik perhatian kami.
Lelaki yang berpakaian water seller ini bukanlah penjual air seperti masa dulu. Dia hanya berpakaian demikian untuk mengambil upah dari sesiapa yang nak bergambar dengannya. Disebabkan water seller ini unik di Jemaa El-Fna, kami turut mengambil kesempatan bergambar dengannya.

Husband bergambar dengan lelaki yang berpakaian seperti water seller di zaman lampau
Mengambil gambar water seller


  Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):