Wednesday, 25 November 2009

2009 SHANGHAI BHG. 3

November 2009

EASTERN CHINA
Shanghai, Suzhou & Hangzhou

Bahagian 3: Shanghai (2)
SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTRE, CHENG HUANG MIAO BAZAAR & NANJING STREET

HARI KEEMPAT

Part 21: Express By Holiday Inn 

Hotel Penginapan kami di Shanghai adalah Express By Holiday Inn.  Hotel ini dibina bersambung dengan sebuah pusat membeli-belah. Di sinilah kami menginap selama 2 malam di Shanghai.

Bergambar di depan Hotel Express By Holiday Inn
Shopping centre yang bersambung dengan bangunan hotel
Restoran di Hotel Express By Holiday Inn di Shanghai
Tidak seperti breakfast di hotel lain di mana kami terpaksa memilih sendiri makanan yang halal untuk dimakan, di Express By Holiday Inn ini, makanan halal dibawa kepada kami dan dihidangkan di meja.

Part 22: Pudong & Shanghai World Financial Centre 

Tumpuan lawatan kami di Shanghai adalah ke Pudong. Dari hotel, bas membawa kami menerusi sebuah terowong di bawah Sungai Huangpu untuk menuju ke sana.

Terowong di bawah Sungai Huangpu
Pemandangan selepas keluar dari terowong.
Welcome To Pudong.
Pudong adalah pusat perniagaan bagi bandaraya Shanghai, seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunan di sini amat tinggi dan moden. Jalan raya di sini juga besar dan lebar, tetapi kelihatan sangat lengang.

Pudong
Bangunan-bangunan pencakar langit yang ultra moden di Pudong.
Tujuan kami dibawa ke sini adalah untuk melawat Shanghai World Financial Center.

Pintu masuk ke Shanghai World Financial Centre
Bangunan Shanghai World Financial Center. Tak nampak jelas dari sini, sebenarnya bangunan ini berbentuk trapezoid dan berlubang di puncaknya.
World Financial Center Shanghai  Full Detail amp Images
Gambar dari internet - pemandangan Shanghai World Financial Center yang berbentuk trapezoid dan berlubang di atas..
Sewaktu lawatan kami, Shanghai World Financial Center (SWFC) adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101. Selain dari pejabat dan pusat perniagaan, bangunan ini juga turut mempunyai sebuah hotel.

Escalator di dalam bangunan SWFC
Lif ke Deck Pemandangan di Shanghai World Financial Centre. Lif ini sebenarnya 2 tingkat dan boleh dimasuki serentak dari 2 tingkat yang berlainan.
Lif naik ke Deck Pemandangan di Tingkat 94 SWFC. Untuk mengelakkan kebosanan penumpang, lif ini sentiasa bertukar-tukar warna.
Lif SWFC yang bertukar-tukar warna sepanjang perjalanan ke Deck Pemerhatian.
Deck Pemandangan di Tingkat 94, Shanghai World Financial Centre.
Disebabkan ketinggian masing-masing, bangunan di sekitar SWFC kelihatan seolah-olah kelihatan melepasi ketinggian awan.
Menikmati pemandangan Pudong dari Tingkat 94
Kedai cenderamata di Deck Pemerhatian
Bersantai di Deck Pemerhatian
Tandas di Deck Pemerhatian SWFC
Tandas yang moden dan cantik di SWFC.
Pemeriksaan sekuriti sewaktu keluar dari Bangunan Shanghai World Financial Centre
Menunggu bas di luar Bangunan Shanghai World Financial Centre
Pemandangan berhampiran Shanghai World Financial Center
Oriental TV Tower di Pudong. Kami hanya melalui menara ini tanpa persinggahan.

Part 23: Shecy Pearl City

Lawatan seterusnya ialah ke Shecy Pearl City, sebuah pusat jualan mutiara.

Shecy Pearl City
Ukiran jade di Shecy Pearl City
Guide di Shecy Pearl City sedang memberi penerangan tentang penghasilan mutiara di Negara China.
Demonstrasi pengeluaran mutiara dari tiram

Part 24: Afanti Restaurant

Dah penat melawat, tibalah waktu makan tengahari. Kami dibawa ke Afanti Restaurant. Makanan di sini ala-ala Pakistan. Dari nama restoran ini, mungkin makanannya berasal dari Afghanistan.

Restoran Afanti di Shanghai
Perhiasan di luar Restoran Afanti
Pintu masuk ke Afanti Restaurant
Pemandangan di dalam Afanti Restaurant

Part 25: Cheng Huang Miao Bazaar

Acara seterusnya ialah shopping. Kami dibawa ke beberapa pusat membeli-belah di Shanghai pada petang itu. Pusat pertama dilawati ialah Cheng Huang Miao Bazaar.

Cheng Huang Miao Bazaar
Kedai-kedai di Cheng Huang Miao Bazaar kelihatan amat menarik kerana keseluruhan bazaar dibina mengikut senibina tradisional Cina. Pelbagai barangan tradisional dan moden dijual di sini.

Pemandangan berhampiran Starbucks Cafe di Cheng Huang Miao Bazaar.
Di tengah-tengah bazaar ini ada sebuah Tea House yang terkenal. Malangnya sewaktu kami tiba di sini, Tea House tersebut ditutup untuk pembaikan.

Tea House di Cheng Huang Miao Bazaar yang ditutup untuk pembaikan. Di merata-rata tempat di China (termasuk Hong Kong), penggunaan buluh sebagai scaffolding amat meluas.
Kata Kakak, dia dah berjanji nak belikan permainan untuk anak bongsunya di Shanghai. Jadi sebaik sampai di sini, Kakak terus meminta Alan menunjukkan kedai menjual permainan.

Husband bergambar kenangan di Cheng Huang Miao Bazaar
Bergambar di depan sebuah kedai teh Cina di Cheng Huang Miao Bazaar
Bergambar dengan Hai Pao (Maskot Shanghai World Expo 2010) di Cheng Huang Miao Bazaar.
Saja bergambar di depan kedai ini untuk menunjukkan makanan tradisional Cina yang terdapat di Shanghai. Kita bukan boleh makan pun di restoran ini sebab makanannya tak Halal.
Kolam di tengah-tengah Cheng Huang Miao Bazaar

Part 26: Nanjing Street

Nanjing Street adalah sebuah pusat membeli-belah berbentuk pedestrian mall.

Nanjing Street, Shanghai
Tram di Nanjing Street
Perhatikan betul-betul - ini kedai 'Cliocoddle', dan bukannya 'Crocodile'. Buaya Cliocoddle ini juga menyenget ke kanan dan bukan ke kiri.
Antara mall yang kami lawati di Nanjing Street. Di Mall ini, kami sempat membelikan sebuah jam tangan sebagai hadiah harijadi ke-15 anak sulung Kakak yang disambut di Shanghai.
Shanghai First Food Store - Kedai makanan milik Kerajaan di Nanjing Street.
Pemandangan di dalam Shanghai First Food Store. Ramai pengunjung di dalamnya, mungkin kerana harga makanan yang dijual di sini murah kerana kedai ini dimiliki oleh Kerajaan.
Bergambar kenangan di Nanjing Street, Shanghai
Kedai kanak-kanak yang sangat besar di Nanjing Street.

Part 27: Atlantic Restaurant, Pearl Hotel

Makan malam terakhir di Shanghai adalah di sebuah hotel yang bernama Pearl Hotel. Nama restorannya pula Atlantic Restaurant.

Pintu masuk ke Pearl Hotel. Hotel ini adalah sebuah hotel yang kecil di Bandar Shanghai.
Tak sangka ada juga restoran halal dalam hotel di Shanghai.
Makan malam di Atlantic Restaurant

HARI KELIMA

Part 28: Pulang Ke Malaysia 

Memang puas melancong ke Shanghai selama 5 Hari 4 Malam. Kini tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Awal-awal lagi kami dah meninggalkan hotel untuk ke Lapangan Terbang Pudong.

Pemandangan di Pudong Airport, Shanghai
Kaunter Check-in Malaysia Airlines di Pudong Airport.
Kedai-kedai bebas cukai di Pudong Airport
Lagi pemandangan kedai-kedai bebas cukai di Pudong Airport
Menunggu pesawat dengan penuh bergaya di Lapangan Terbang Pudong Shanghai.

Selamat tinggal, Shanghai! Semoga bertemu lagi satu hari nanti.


CATATAN PERJALANAN (EASTERN CHINA) 2009:

CATATAN PERJALANAN LAIN (GUANGXI, CHINA) :