Sunday, 11 December 2022

2022 BALKANS BHG. 21 (Kotor Old City 1)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(MONTENEGRO: Kotor, Budva & Bar)

Bahagian 21: Montenegro 2
KOTOR (Kotor Old City 1)

HARI KELIMA (2)

Part 55: Kotor

Kotor adalah destinasi lawatan kami yang pertama di Montenegro. Seperti Dubrovnik yang kami lawati di Croatia, Kotor juga adalah bandar lama yang dikelilingi tembok kota. Kedudukannya yang terletak di salah sebuah serukan Bay of Kotor dan di kaki gunung turut menjadikan Kotor sebagai sebuah bandar yang menakjubkan.

The Natural and Culturo-Historical Region of Kotor telah mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage Site dari UNESCO pada tahun 1979. Ia meliputi kota lama Kotor (Italian Cattaro), tembok pertahanan Kotor dan rantau di Inner Bay of Kotor.

Tiba di Kotor
Pelabuhan Kotor
Pemandangan Bay of Kotor di depan kota lama Kotor
Kapal-kapal layar yang berlabuh di Pelabuhan Kotor
Keindahan Pelabuhan Kotor
Bas parking dekat bangunan di depan sana
Bas kami berhenti di luar kota lama Kotor. Dari sana, kami berjalan menuju ke pintu kota utama Kotor yang dibina menghadap ke pelabuhan. Pintu ini dinamakan sebagai Sea Gate.

Turun dari bas untuk memulakan explorasi kota Kotor
Pemandangan tembok kota lama Kotor dari sebarang moat yang dibina mengelilingi kota. Tidak seperti kebanyakan kota lama lain yang telah dikeringkan, moat ini masih berisi air.
Moat ini kini dinamakan sebagai Scurda River
Pemandangan dari atas jambatan sewaktu menyeberang moat
Menyusuri bahagian luar tembok Kotor Old City
Pemandangan pergunungan di seberang pelabuhan
Masih berjalan menuju ke pintu masuk Kotor Old City
Pemandangan pergunungan di belakang Kotor Old City
Kerusi rehat yang dibina di sepanjang laluan menuju ke pintu masuk
Pemandangan di depan pintu masuk utama ke Kotor Old City
Tourist Information Centre dekat pintu masuk
Pemandangan tembok menghala ke sebelah sana.
Tembok kota Kotor bukan hanya dibina di tepi laut sahaja. Malah ia turut dibina sampai ke atas pergunungan di belakangnya untuk mempertahankan kota. Tembok ini sebenarnya cukup jelas dipandang dari bawah tapi kamera Myself tak cukup canggih nak capture pemandangan itu. Oleh yang demikian, kita gunakan gambar-gambar dari internet untuk menunjukkan extension tembok kota ini yang dibina sampai ke atas gunung.

Extension tembok kota lama Kotor turut dibina sampai ke atas gunung sana
(Gambar dari internet)
Sekali imbas, pemandangan tembok yang dibina di atas gunung ini nampak macam Tembok Besar China. (Gambar dari internet)
Pemandangan kota Kotor dari tembok extension yang dibina di atas gunung.
(Gambar dari internet)
Bendera Montenegro yang berkibar di pintu masuk ke Kota Lama Kotor

Part 56: Kotor Old City (1)

Tak salah kalau dikatakan Kota Lama Kotor adalah tarikan pelancongan yang paling popular di Montenegro. Ia dikunjungi beribu-ribu pelancong setiap hari.

Pelancong-pelancong di Kota Lama Kotor
Meriam di depan pintu masuk ke kota
Pandangan meriam dari sisi
Kotor bermula sebagai sebuah penempatan purba di zaman Roman yang bernama Acruvium. Ia menjadi kota Serbia yang diperintah secara autonomi di Kerajaan Byzantium bermula 1186 - 1371.

Kotor menjadi sebuah Republik yang merdeka pada tahun 1391-1420. Namun demikian disebabkan mereka berdepan dengan ancaman penaklukan Kerajaan Ottoman dari Turki, Kotor secara sukarela menyertai Venetian Republic. Ia kekal di bawah pentadbiran Venetian Republic sehingga 1797.

Kotor dan seluruh Montenegro seterusnya jatuh di bawah pemerintahan Empayar Austro-Hungary, Russia dan Perancis sehingga akhirnya menyertai Yugoslavia pada tahun 1918 sebelum menjadi negara yang merdeka pada tahun 2006.

Peta Kota Lama Kotor
Local Guide kami di Kotor yang bernama Venera menunggu di depan pintu masuk utama ke Kota Lama Kotor yang dinamakan sebagai Sea Gate. Selepas bercerita mengenai sejarah Kotor, dia membawa kami masuk melawat ke dalam kota.

Local Guide kami di Kotor yang bernama Venera
Pintu masuk utama ke Kota Lama Kotor yang dinamakan sebagai Sea Gate
Mengikut Venera masuk ke dalam kota
Pemandangan pertama ke dalam Kota Lama Kotor

SQUARE OF ARMS

Ada banyak benda sebenarnya yang boleh dilihat di dalam Kota Lama Kotor. Venera menunjukkan beberapa tempat yang penting sebelum kami diberikan free time untuk explore sendiri kota ini. Untuk memberikan gambaran kepada anda tentang tempat-tempat yang kami lawati, Myself tunjukkan kedudukannya dalam peta ini...

Peta kedudukan tempat-tempat menarik yang kami lawati di Kotor Old City
Sebaik masuk ke dalam kota, kami ditunjukkan sebuah dataran yang bernama Arms Square. Tempat ini ditunjukkan sebagai tempat bertanda 'A' dalam peta di atas. Ia terletak betul-betul sebaik masuk ke kota menerusi Sea Gate.

Square of Arms
Square of Arms adalah dataran terbesar dan terpenting di Kotor Old City. Di sinilah tempat penduduk-penduduk Kotor berkumpul bagi sesuatu upacara penting. Dataran ini mendapat namanya dari tempat simpanan senjata yang ada di sini pada masa dahulu.

Tiga monumen utama di Square of Arms: Prince's Palace, Clock Tower dan Pillar of Shame.
Clock Tower di Square of Arms dibina pada tahun 1602. Di kakinya ada sebuah binaan berbentuk piramid yang dinamakan Pillar of Shame. Pada masa dahulu, pesalah-pesalah yang menerima hukuman akan diikat pada tiang ini untuk dimalukan.

Pillar of Shame di kaki Clock Tower
Bangunan di sebelah Clock Tower ini adalah kediaman pemerintah Kotor pada masa dahulu yang dinamakan sebagai Prince's Palace.
Prince's Palace
Bangunan-bangunan di sekitar Square of Arms ini banyak digunakan sebagai gudang simpanan senjata pada masa dahulu
Penutup sewer di Square of Arms
Bangunan-bangunan di sekitar Square of Arms kini banyak digunakan sebagai kedai-kedai cenderamata dan restoran. 

Pemandangan di Square of Arms
Mengikut Venera berjalan di Square of Arms
Bangunan-bangunan di Square of Arms kini banyak digunakan sebagai kedai cenderamata dan restoran
Bangunan-bangunan cantik di Square of Arms

ST. LUKE SQUARE

Venera seterusnya membawa kami lalu di celah-celah lorong sempit di Kotor Old City untuk membawa kami ke St. Luke Square. Tempat ini ditandakan dengan huruf 'B' pada peta di bawah.

Dari Square of the Arms (A), kami dibawa ke St. Luke Square (B).
Lalu di celah-celah kedai untuk menuju ke St. Luke Square
Pemandangan lorong-lorong yang dilalui untuk menuju ke St. Luke Square
Ada banyak kucing liar di dalam Kotor Old City
Satu sudut yang tenang di Kotor Old City
St. Michael's Church
Karampana Fountain yang merupakan satu-satunya sumber air minuman di kota Kotor pada masa dahulu.
Banyak lorong yang dilalui untuk sampai ke St. Luke Square
Antara cenderamata menarik yang dijual di Kotor Old City
St. Luke Square
Mercu tanda di St. Luke Square adalah St. Luke Church. Gereja St. Luke istimewa kerana ia adalah sebuah gereja yang dikongsi bersama oleh dua mazhab Kristian: Roman Katholik dan Orthodox.

Pada mulanya, Gereja St. Luke dibina sebagai sebuah gereja Roman Katholik. Walau bagaimanapun bila perang meletus, Kotor menerima kehadiran ramai penghuni beragama Orthodox. Disebabkan perkara ini, gereja ini turut digunakan oleh penganut Orthodox untuk beribadat.

St. Luke Church
Ada sebuah cerita menarik yang disampaikan kepada kami berkait dengan gereja ini. St. Luke yang namanya diabadikan pada gereja ini adalah seorang saint yang berasal dari Cappadoccia di Turkey. Dia dianggap seorang yang suci di kalangan penganut Kristian kerana dia adalah salah seorang dari empat Evangelist penulis canonical gospels di dalam Bible.

Pada masa dahulu, menjadi penghormatan bagi kota-kota Roman untuk menempatkan jasad orang suci di gereja mereka. Oleh yang demikian, mencuri jasad saint seperti St Luke untuk dijual kepada kota-kota Roman menjadi pekerjaan yang sangat lumayan. Menurut ceritanya, jasad St Luke telah dicuri dari tempat persemadiannya di Turkiye dan dibawa ke Italy melalui Kotor. Jasad St Luke kini disimpan di sebuah gereja di Padua, Italy.

Gereja St Luke yang dikongsi oleh penganut mazhab Roman Katholik dan Orthodox
Side door untuk masuk ke dalam gereja
Berhampiran Gereja St. Luke ada sebuah gereja besar yang dinamakan sebagai St. Nicholas Church. Oleh kerana ia milik Serbian Orthodox Church, ada sebuah bendera Serbia yang dipasang di bahagian depan gereja ini.

St. Nicholas Church
Bendera Serbia yang dipasang di depan gereja
Salib begini sering dipasang pada gereja-gereja Orthodox. 
Lukisan St. Nicholas pada bumbung di pintu masuk gereja
Kucing liar di tepi gereja
Bertentangan dengan St. Luke Church adalah sebuah bangunan yang dinamakan Lombardic Palace. Ia dimiliki oleh sebuah keluarga kaya di Kotor pada masa dahulu.
 
Bangunan setentang dengan St Luke Church yang kini digunakan sebagai Music School.

Sebuah lagi bangunan berhampiran St. Luke Church
Lombardic Palace yang dimiliki oleh sebuah keluarga kaya di Kotor pada masa dahulu.
Tingkap Gothic pada bangunan Lombardic Palace
Seorang Local Guide yang memakai pakaian tradisional Montenegro
    
ST. TRYPHON'S CATHEDRAL

Dari St. Luke Square, kami dibawa pula melawat ke gereja yang terpenting di kota Kotor, St. Tryphon's Cathedral.

Menuju ke St Tryphon's Cathedral
Laluan ke St Tryphon's Cathedral
Franciscan Monastery of Santa Clara
Masih laluan ke St. Tryphon's Cathedral
Hampir tiba di St. Tryphon's Cathedral
St. Tryphon's Square
St. Tryphon's Cathedral adalah sebuah gereja Roman Katholik. Ia dibina pada tahun 1166. Ia juga pernah beberapa kali rosak dalam kejadian gempa bumi.

St Tryphon's Cathedral
St. Tryphon adalah patron saint bagi Kotor. Dia adalah seorang penggembala angsa di Syria yang mempunyai kepandaian untuk merawat penyakit. Disebabkan kepercayaannya, kepala St. Tryphon dipancung oleh Maharaja Roman pagan yang bernama Decius pada tahun 250.

Menurut ceritanya sewaktu kepala St. Tryphon hendak dibawa ke Venice, kapal yang membawa beliau diserang badai kuat sehingga terlantar di Kotor. Setiap kali kapal cuba berlayar kembali, badai tetap melanda. Oleh yang demikian, kepala St. Tryphon terpaksa disimpan di gereja ini.

Tahun 1166 dan 2016 tertera pada menara jam St Tryphon Cathedral
Menara gereja ini berbeza ketinggian kerana kekurangan dana untuk menyiapkannya.
Gereja St. Tryphon mempunyai dua buah menara yang berbeza ketinggian. Menurut ceritanya salah sebuah menara ini terpaksa dibina lebih rendah kerana kekurangan dana sewaktu diperbaiki selepas kejadian sebuah gempa bumi. Pada sebuah menara ini tertera tahun 1166 bagi menandakan pembinaannya pada 19 Jun 1166. Pada menara yang sebuah lagi pula tertera tahun 2016 yang menandakan ulang tahun ke-850 bangunan gereja ini.

Sebahagian kota pertahanan di atas gunung yang diperhatikan di belakang St. Luke Church
Jam dan loceng pada menara
Pintu masuk ke St. Tryphon's Cathedral
Patung St. Tryphon di atas pintu masuk ke gereja
Mendengar penerangan dari Venera mengenai Gereja St. Tryphon
Kafetaria berhampiran Gereja St. Tryphon

FLOUR SQUARE

Dari Gereja St. Tryphon kami dibawa pula melawat ke Flour Square yang ditandakan dengan huruf 'C' pada peta di bawah.

Flour Square ditandakan dengan huruf 'C' pada peta.
Mengikut Venera berjalan menuju ke Flour Square
Book & Rock Shop HRC Podgorica. Hard Rock Cafe ini tetap dinamakan HRC Podgorica walaupun terletak di Kotor.
Flour Square terletak tidak jauh dari Square of Arms. Ia dinamakan sedemikan kerana kawasan ini pada masa dahulu dipenuhi dengan bakeri dan gudang-gudang tepung. Dataran ini dikelilingi dengan bangunan-bangunan cantik yang dimiliki beberapa buah keluarga kaya yang lain di Kotor.

Flour Square
Bangunan yang paling menyerlah di sini adalah Pima Palace. Pima adalah sebuah keluarga bangsawan dan penyair di Kotor pada masa dahulu.

Pima Palace
Ironworks pada Pima Palace menggambarkan kemahiran yang dimiliki oleh tukang-tukang logam di Kotor pada masa itu.
Keterangan tentang Pima Palace
Di sebelah Pima Palace adalah sebuah bangunan milik keluarga Buca yang dinamakan sebagai Buca Palace. Ramai ahli keluarga Buca pula menjadi hakim, duta dan tentera di zaman kegemilangan Kotor dahulu.

Buca Palace
Di Flour Square juga kita dapat melihat Maritime Museum. Bangunan Maritime Museum ini dikenali sebagai Grgurina Palace sempena nama keluarga pemiliknya pada masa dahulu.

Grgurina Palace yang kini menempatkan Maritime Museum di Kotor
Maritime Museum
Meriam dan sauh yang dipamerkan di luar Maritime Museum


Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: