Saturday 12 September 2020

2020 KUALA SELANGOR BHG. 07 (Blue Tears)

Ogos 2020

SELANGOR, MALAYSIA
Sekinchan & Kuala Selangor

Bahagian 7: Kuala Selangor 2
EAGLE FEEDING, KELIP-KELIP & BLUE TEARS

Part 12: Jeti Restoran Bagan
 
Akhirnya tibalah ke highlight bagi Tour kami ke Kuala Selangor ini: Eagle Feeding, Kelip-Kelip dan Blue Tears. Ketiga-tiga tarikan inilah yang menjadikan Kuala Selangor sebagai sebuah destinasi percutian yang istimewa.
 
Menuju ke Jeti
Menyeberang Sungai Selangor
Destinasi kami adalah bot berwarna pink yang sedang berlabuh di tepi sana
Ada banyak pengusaha Tour Eagle Feeding, Kelip-Kelip dan Blue Tears di Kuala Selangor. Setiap pengusaha mempunyai jeti masing-masing untuk memulakan Tour. Tour yang kami ikuti bersama company Mr Yap (Sky Mirror World Tour) bermula dari sebuah jeti berhampiran sebuah restoran Cina yang bernama Restoran Makanan Laut Bagan. Disebabkan kita tak tahu nama sebenar jeti ini, kita panggil sajalah ia sebagai Jeti Restoran Bagan.
 
Restoran Makanan Laut Bagan
Pemandangan di dalam restoran
Mengikut Mr Yap ke Bot Pink
Bot berwarna pink
Bot berwarna pink yang berlabuh di tepi restoran ini adalah sebenarnya tempat menunggu bagi peserta-peserta yang mendaftar untuk mengikut Tour dengan company Mr Yap. Tour ini boleh diikuti secara berpakej ataupun individu. Contohnya kalau setakat nak ambil single tour nak tengok Eagle Feeding / Kelip-Kelip / Blue Tears semata-mata pun boleh. Dalam kes kami, kami mengikut ketiga-tiga tour secara pakej.
 
Kata Mr Yap sebelum Covid dulu, tour ini sangat sibuk setiap hari dengan pelancong-pelancong dari luar negara. Di musim Covid begini, pelanggan cuma ada mostly pada hujung minggu saja kerana pelancong-pelancong domestik cuma bercuti di hujung minggu.

Menuju ke Bot Pink
Melangkah dengan berhati-hati
Memang idea menarik menggunakan bot sendiri sebagai tempat menunggu
Sebelum masuk ke tempat menunggu, kami berjalan dulu keliling bot untuk melihat dan mengambil gambar kawasan sekitar.

Sewaktu kami tiba, dah ramai orang lain menunggu di dalam bot untuk memulakan tour. Mujurlah masih ada tempat lagi untuk kami menunggu bersama. Sesuatu menarik yang kami perhatikan ialah berbagai bangsa ada di situ. Terasa betul semangat muhibah sempena Hari Kebangsaan yang semakin menjelang ketika itu.


Part 13: Eagle Feeding Tour
 
Tour yang pertama adalah Eagle Feeding Tour. Bila bot sebenar yang akan membawa kami membuat tour tiba, semua penumpang dipanggil masuk ke bot. Sebelum itu kenalah pakai life jacket dulu.

Panggilan masuk ke bot
Pemakaian Life Jacket diwajibkan kepada penumpang
Bot yang akan membawa kita membuat Tour
Pemandangan di dalam bot
Bot yang disediakan adalah sebuah speedboat besar yang boleh memuatkan maksima 30 orang penumpang. Ada semakan nama penumpang dan taklimat keselamatan diberi sebelum Tour bermula. Seperti juga ketika membuat Mangrove Tour di Langkawi dulu, kita tak dibenarkan berdiri sewaktu bot sedang bergerak untuk keselamatan. Tempat duduk juga diassign oleh pihak Tour untuk memastikan keseimbangan. 
 
Dalam bot juga ada seorang Amoi Guide yang memberi penerangan. Tapi disebabkan kami duduk di belakang dan enjin bot agak bising, sukar sikit nak mendengar penerangan yang diberi.

Amoi Guide sedang memberi penerangan
Bergerak meninggalkan jeti
Memandangkan Sang Helang tinggal di tepi laut, bot membawa kita menuju ke Selat Melaka.

Bergerak laju menghala ke laut
Menyusuri Sungai Selangor
Suasana di dalam bot
Jeti-jeti di tepi sungai
Semakin menghampiri laut
Pemandangan matahari terbenam
Helang yang menghuni Kuala Sungai Selangor terdiri dari spesies yang sama seperti yang kami lihat di Langkawi dulu: Brahminy Kite dan White Belly Sea Eagle. Tapi bilangannya taklah sebanyak seperti di Langkawi.
 
Terbang Helang
Terbang Tinggi
Susah sungguh nak menangkap gambar Helang dengan kamera kita yang tak canggih ini.
Brahminy Kite
White Belly Sea Eagle
Pemandangan Sang Helang terbang mencari makanan dengan berlatar belakangkan Sang Mentari yang sedang terbenam memang sangat indah. Insaf kita tentang kehebatan ciptaan Tuhan.

Semakin senja melarut, semakin banyak Helang yang muncul. Mungkin waktu ini ikan banyak timbul kat permukaan air agaknya. Senang nak menyambar makanan. Waktu di Langkawi dulu, kami pernah diberitahu yang mata Sang Helang tajam, boleh melihat ikan yang berenang dalam air dari kedudukan 1-3 km di udara.

Lepas dah puas melihat Helang, bot membawa kami kembali ke jeti. Setibanya di jeti, penumpang yang hanya mengikut Eagle Feeding Tour turun dari bot manakala penumpang baru yang nak menyertai Firefly Tour pula menyertai kami.

Kembali ke jeti
Tiba kembali ke jeti

Part 14: Kelip-Kelip

Kelip-kelip (Firefly) adalah antara tarikan yang membuatkan Kuala Selangor menjadi terkenal. Selepas dah melihat Helang, kita lihat kelip-kelip pula. Memandangkan waktu solat Maghrib dah masuk ketika itu, kami mengambil kesempatan membuat solat Maghrib secara hormat waktu dalam bot dalam perjalanan menuju ke tempat Kelip-Kelip.

Perjalanan ke tempat Kelip-Kelip
Malam dah semakin pekat
Ini cahaya dari lampu bot, bukan Red Tears tau!
Pemandangan dari belakang bot
Kelip-Kelip di Kuala Selangor menjadikan pohon-pohon Berembang di sepanjang sungai sebagai tempat tinggal mereka. Setiap malam kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya terang bergemerlapan untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Bukan kelip-kelip betina saja yang tertarik kepada mereka, manusia macam kita pun tertarik juga.
 
Walaupun mata kita dapat melihat dengan terang cahaya kelip-kelip yang lip-lap lip-lap macam Pokok Krismas, sukar sekali nak mengambil gambar mereka dengan menggunakan kamera. Malah kata Mr Yap yang pandai fotografi itu pun, kalau pakai kamera canggih sekalipun sukar nak menangkap gambar kelip-kelip ini. Kata Amoi Guide pula, hanya kamera sesetengah model handphone Samsung dan Huawei saja yang boleh capture sikit-sikit gambar kelip-kelip ini. Tapi kalau sesiapa yang memakai iPhone, simpan sajalah dalam beg atau poket kerana kadar kejayaan nak capture gambar kelip-kelip ini boleh dikatakan sifar terus. Handphone Oppo kita pun sama. Ini  juga memberi satu pengajaran kepada kita tentang kekuasaan ciptaan Tuhan. Walau mata kita dapat melihat kelip-kelip dengan terang, kamera yang sebenarnya dicipta dengan meniru prinsip mata kita berfungsi tetap tak boleh menandingi keupayaan mata yang dicipta oleh Allah SWT.

Disebabkan kamera kami tak canggih dan memang tak boleh nak capture gambar kelip-kelip ini, kita gunakanlah saja gambar-gambar dari internet untuk diletakkan di sini sebagai kenangan.

Melihat kelip-kelip dari atas bot (Gambar dari internet)
Jealous sungguh tengok ada orang boleh tangkap gambar kelip-kelip begini di tengah malam yang gelap itu dan letak kat internet. Memang beginilah pemandangan sebenar kelip-kelip yang dapat dilihat dari atas bot. 

Kelip-kelip yang bernaung pada pokok Berembang (Gambar dari internet)
Bot akan berhenti rapat ke tepi begini untuk membolehkan kita melihat kelip-kelip dengan lebih dekat (Gambar dari internet)
Sebiji macam lampu yang dipasang pada Pokok Krismas (Gambar dari internet)
Cahaya kelip-kelip memang terang. Dari sebelah sini sungai pun kita boleh nampak cahaya yang berkelip-kelip pada pokok di seberang sungai (Gambar dari internet)
Amoi Guide juga ada bermain-main dengan cahaya torchlight kat atas bot untuk memikat Kelip-Kelip naik ke bot kami. Pandai sungguh dia meniru menjadi Kelip-Kelip betina sebab ada 2-3 ekor kelip-kelip terbang masuk ke bot kami.

Walau bagaimanapun kami diingatkan supaya tak menangkap kelip-kelip ini untuk dibawa balik kerana ia adalah haiwan yang dilindungi. Kata Amoi Guide, kita boleh didenda RM 50,000 bagi setiap seekor Kelip-Kelip yang dibawa balik. Lagipun ada ke Pokok Berembang kat rumah kita untuk dijadikan kediaman Sang Kelip-Kelip?
 
Kelip-Kelip yang masuk ke dalam bot
Selepas itu, kami kembali sekali lagi ke Jeti untuk menurun dan mengambil penumpang baru bagi Blue Tears Tour pulak.

Kembali lagi ke Jeti

Part 15: Blue Tears

Kemudian kita kembali berlayar menuju ke Sungai Selangor untuk menyaksikan satu lagi fenomena alam yang dinamakan Blue Tears.

Berlayar kembali mencari Blue Tears
Blue Tears adalah sebenarnya tarikan alam yang baru diperkenalkan sekitar setahun yang lalu. Di suatu tempat di kuala sungai ini, airnya menjadi biru menyala bila dikocak di tengah kegelapan malam. Kejadian ini adalah disebabkan sejenis plankton yang dipanggil dinoflagellate. Plankton ini bertindak balas dengan mengeluarkan cahaya terang yang berwarna biru bila terganggu. Inilah yang dinamakan Blue Tears.

Sampai di lokasi Blue Tears yang sebenarnya dekat dengan laut, setiap kumpulan penumpang diberi kayu panjang yang dilekatkan dengan jaring kat hujung untuk mengocak-ngocak air. Penat juga weyy nak mengocak air laut yang berombak ini. Terbayang betapa sukarnya orang zaman dulu-dulu mengayuh sampan di tengah laut sebelum terciptanya enjin bot.

Kayu panjang yang dipasang dengan jaring kat hujung untuk mengocak air laut
Penat weyy nak mengocak air kuala sungai nak suruh Blue Tears tu keluar!
Bila air laut dikocak, memang keluarlah colour biru yang mengkagumkan dari laut. Sikit-sikit adalah macam iras-iras Glow Worm kat New Zealand dulu. Cuma bezanya Glow Gorm duduk kat dinding gua, Blue Tears pulak kat permukaan air. Kalau kat Kelip-Kelip tadi dah mencabar nak ambil gambar, kat Blue Tears ini lebihlah lagi. Mujurlah Mr Yap sudi berkongsi gambar yang beliau ambil dengan kami. Bolehlah juga dijadikan kenangan.

Blue Tears
Seronok tengok Blue Tears yang bersinar-sinar ini
Kami diberitahu plankton Blue Tears ini dipercayai baru berpindah ke lokasi di Sungai Selangor ini dari tempat lain. Dulu ia hanya boleh ditemui di kawasan tertentu di Perak dan Negeri Sembilan saja. Kalau kat Miri di Sarawak, ia boleh dilihat di tepi pantai di tepi laut pada masa-masa yang tertentu.

Meninggalkan jeti bersama Mr Yap
Ramai orang makan-makan di Restoran Seafood Bagan ini. Rasanya restoran ini pun dimiliki oleh company Mr Yap.
Lain macam sikit rupa signboard keluarnya.
Selepas dah melihat Blue Tears, maka tamatlah program lawatan kami ke Kuala Selangor. Walaupun singkat secara Day Trip, banyak pengalaman baru yang didapati. Tak sangka seronok rupanya bercuti ke sini. Mr Yap menghantar kami pulang ke rumah. Perjalanan pulang memakan masa kira-kira sejam lebih sedikit saja. Kami selamat tiba di rumah pada pukul 10.30 malam.

Kembali ke Kuala Lumpur
Kelip-Kelip di Kuala Lumpur