Friday, 25 November 2022

2022 BALKANS BHG. 13 (Trebinje)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 13: Bosnia-Herzegovina 9
TREBINJE (Green Market)

HARI KEEMPAT (1)

Part 39: Suasana Pagi Di Ha Hotel

Selamat Pagi, Mostar! Cuaca pagi ini di Ha Hotel agak sejuk, 9'C.

Suasana pagi di Ha Hotel, Mostar
Pemandangan awal pagi menghala ke bandar Mostar, dari Ha Hotel
Pergunungan tinggi di Mostar
Bas parking di depan hotel
Sarapan di Ha Hotel bermula pada pukul 7 pagi. Selepas restoran dibuka kita masuk ke dalam untuk breakfast.

Reception counter di Ha Hotel
Suasana di dalam restoran
Memilih makanan untuk breakfast. Tak perlu risau sebab semua makanan yang disediakan Halal.
Pilih makan nasi pada pagi ini.
Selepas breakfast, kita bersiap-sedia menunggu di lobi hotel untuk memulakan perjalanan pada Hari Keempat ini untuk menuju ke Trebinje (disebut: Trey-bin-yey).
 
Menunggu di lobi hotel untuk memulakan perjalanan.
Membawa bagasi masuk ke bas
Staff di Ha Hotel mengucapkan selamat jalan kepada kami

Part 40: Perjalanan ke Trebinje

Perjalanan pada hari ini adalah sebenarnya perjalanan hari terakhir kami di Bosnia-Herzegovina. Destinasi kami, Trebinje adalah bandar yang terletak di bahagian selatan Bosnia-Herzegovina, berdekatan dengan sempadan negara Croatia (Dubrovnik) dan Montenegro. Ia juga sebenarnya terletak di Wilayah Srpska (disebut: Serbs-ka) yang majoriti penduduknya berbangsa Serb.

Memulakan perjalanan ke Trebinje
Shopping Mall di Mostar
Memandangkan kami akan menuju ke Wilayah Srpska, Mehmet bercerita kepada kami tentang bangsa Serb. Menurut Mehmet, walaupun dianggap suka berperang, memang tak boleh dinafikan yang mereka adalah bangsa yang paling berjaya di kalangan semua bangsa South Slavic. 

Salah seorang bangsa Serb yang paling berjaya di dunia adalah Nikola Tesla. Tesla dilahirkan di Serbia dan kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat. Walaupun dia banyak mereka cipta, kejayaan Tesla tidak terserlah kerana dia bekerja di bawah seorang pencipta terkenal berbangsa Amerika, Thomas Edison. Cuma selepas ketiadaan Edison, barulah kejayaan Tesla menyerlah. Malah negara Serbia turut memberi penghormatan kepada Tesla dengan menamakan airport di Belgrade sebagai Belgrade Nikola Tesla Airprt.

Kawasan pertanian
Mungkin ini sebenarnya adalah ladang gandum kerana ada silo di kejauhan sana.
Sungai Neretva
Lembah
Perjalanan dari Mostar ke Trebinje sejauh 116 km memakan masa kira-kira 2 jam. Seperti kebanyakan kawasan lain di Bosnia-Herzegovina, sebahagian besar pemandangan adalah kawasan-kawasan pertanian. Kita tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan yang diambil dari kamera Abang. Saja guna gambar yang dia ambil sebab kamera dia canggih, boleh catat nama dan suhu tempat-tempat yang kita lalui...
  
Disebabkan perjalanan sangat lancar, kami tiba di Trebinje jauh lebih awal dari jangkaan.

Tiba di Trebinje
Kawasan pertanian di Trebinje
Ladang anggur
Rumah kediaman
Satu pemandangan yang sangat menarik perhatian adalah kincir air lama yang masih digunakan di Sungai Trebiลกnjica (disebut: Trebish-nyik-sa). Kincir air ini adalah peninggalan Ottoman pada masa dahulu.

Kincir air zaman Ottoman yang masih berfungsi di Trebinje
Sungai Trebiลกnjica

Part 41: Happy Hour di Trebinje

Ada Happy Hour (Toilet Stop) diberi kepada kami sebaik tiba di Trebinje. Lokasinya adalah supermarket Bingo. Kami semua memang happy setiap kali dapat singgah di mana-mana Bingo di Bosnia-Herzegovina.

Perhentian Happy Hour di Bingo, Trebinje
Bingo
Parking kereta di Bingo, Trebinje
Pintu masuk ke Bingo
Sambil-sambil kita membuat Happy Hour, kami turut meninjau barang-barang yang dijual dalam Bingo. Kalau dulu Abang adalah orang yang paling happy sebab dapat membeli kasut baru di Sarajevo, Abang juga adalah orang yang paling happy di Trebinje sebab dapat membeli beg pakaian baru di sini untuk Kakak Ipar. Beg pakaian Kakak Ipar sebenarnya pecah mungkin sewaktu baggage handling di airport. Paling happy, beg ini yang biasanya berharga kira-kira RM400 di Malaysia cuma berharga KM92 (RM222) di sini.

Kafe di dalam Bingo
Berbagai barangan yang dijual di Bingo
Kasut dan pakaian turut dijual di sini
Seksyen makanan
Persinggahan kami di Trebinje adalah sebenarnya untuk makan tengah hari. Walau bagaimanapun disebabkan hari masih awal lagi, Mehmet membuat keputusan untuk membawa kami melawat ke Green Market yang terkenal di Trebinje.

Menuju ke pusat bandar. Bahasa Bosnia memang menggunakan Tulisan Cyrillic.
Kita lihat suasana umum di kota Trebinje dari atas bas...

Trebinje
Satu lagi pemandangan di Trebinje
Bangunan-bangunan yang dibina di zaman komunis Yugoslavia masih banyak diperhatikan di Trebinje.
Penganut Kristian Orthodox memang banyak membina gereja-gereja kecil begini di mana-mana. Pemandangan gereja kecil begini sebanding pemandangan patung Buddha yang dibina di merata-rata tempat di Sri Lanka dulu.
Bas berhenti di sini.

Part 42: Green Market @ Trebinje

Green Market di Trebinje adalah sebuah Pasar Tani. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual. Memang susah nak berurusan dengan penjual di sini kerana mereka cuma faham Bahasa Bosnia. Mujurlah ada Tour Guide kami Mehmet yang boleh bertutur dalam bahasa mereka.

Berjalan menuju ke Green Market
Bangunan-bangunan dekat Green Market
Redup dan nyaman
Bakery
Kita tengok buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di Green Market ini...

Green Market ini tidaklah besar sangat tetapi sangat menarik. Selepas itu, Myself dan Husband berjalan-jalan untuk menikmati suasana di sekitar Green Market pulak.

Suasana dekat Green Market
Kedai Foto
Ada penanda arah di sana
Jovan Duฤiฤ‡ street
Arah ke bandar-bandar utama dunia
Outdoor Cafe
Tourist Info Center
Bangunan gereja
Jom kita jalan ke sana...
Ada patung kat sini...
Jovan Duฤiฤ‡ ~ Herzegovinian Serb poet-diplomat and academic.
Berjalan balik ke arah Green Market
Green Market
Suasana di sekitar
Fountain
Beli buah-buahan untuk dihadiahkan kepada ahli-ahli Group

Part 43: Bellevue Hotel @ Trebinje

Dekat-dekat waktu lunch, kami dibawa pergi ke Bellevue Hotel yang terletak di pinggir bandar Trebinje.

Bergerak menuju ke Hotel Bellevue
King Peter I of Serbia
Kawasan perkuburan
Tanah perkuburan Kristian
Sungai Trebiลกnjica
Bandar Trebinje
Naik ke kawasan bukit di belakang Trebinje
Menuju ke Hotel Bellevue
Hotel Bellevue di mana lunch kami disediakan adalah juga hotel penginapan kami pada malam nanti. Maka sebaik tiba di Hotel Bellevue, kami terus menurunkan bagasi untuk disimpan dulu di hotel.

Hotel Bellevue di Trebinje
Menurunkan bagasi
Lunch disediakan di Hotel Bellevue
Roti dan Sup yang dihidangkan di awal sajian
Ayam dan Nasi yang dihidangkan sebagai main course
Dessert
Kaunter reception di Hotel Bellevue
Selepas lunch, kami bersiap-sedia untuk ke destinasi lawatan yang seterusnya ~ Dubrovnik. Seperti Zagreb, Dubrovnik juga terletak di dalam negara Croatia, tetapi di bahagian Croatia lain yang terpisah oleh negara Bosnia-Herzegovina.

Bersiap-sedia di depan Hotel Bellevue untuk bergerak menuju ke Dubrovnik
Bunga ros yang cantik di depan hotel
Bendera Republika Srpska yang membentuk sebahagian dari Bosnia-Herzegovina
Bas menunggu di depan hotel
Pemandangan di depan hotel
Bergambar-gambar di depan hotel


Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: