Tuesday, 27 December 2022

2022 BALKANS BHG. 29 (Pristina - North Macedonia)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(KOSOVO: Prizren & Pristina)

Bahagian 29: Kosovo 3
PRISTINA (Tomb Of Sultan Murad I) PERJALANAN KE NORTH MACEDONIA

HARI KEENAM (3)

Part 80: Tomb of Murad I
 
Selepas selesai bersolat di Masjid Sinan Pasha, kami bertolak meninggalkan Prizren menuju ke arah ibu kota Kosovo yang bernama Pristina. Namun persinggahan kami bukanlah kota Pristina sendiri, sebaliknya sebuah kawasan bersejarah di daerah Pristina yang bernama Tomb of Murad I.

Meninggalkan Prizren
Pemandangan di Kosovo
Perkampungan di Kosovo
Lebuhraya
Arah ke Pristina
Kawasan pertanian
Lagi pemandangan kawasan pertanian
Hutan dan kawasan pertanian
Sebuah bandar di pertengahan jalan di antara Prizren dan Pristina
Suasana yang mendamaikan
Sebelum tiba di Balkans, Myself tak pernah terfikir masjid boleh menjadi pemandangan biasa di beberapa negara Eropah.
Tomb of Murad I adalah makam seorang Sultan Ottoman yang bernama Sultan Murad I. Dia adalah satu-satunya Sultan Ottoman yang terbunuh dalam medan perang. Murad I terbunuh dalam Perang Kosovo yang berlaku di sini pada tahun 1389.
  
Tomb of Sultan Murad I di Pristina, Kosovo
Pemandangan di perkarangan Tomb of Sultan Murad I
Makam Sultan Murad I terletak di dalam sebuah bangunan dengan senibina tradisional Ottoman. Walau bagaimanapun cuma jantung Sultan Murad yang ditanam di sini. Jasad Sultan Murad I yang sebenar telah dibawa balik ke Turkiye dan disemadikan di Bursa. Makam ini masih dijaga oleh sebuah keluarga Kosovo-Bosniak sejak turun-temurun.

Tomb of Sultan Murad I
Makam ini terletak dalam sebuah bangunan tradisional Ottoman
Kena buka kasut nak masuk ke makam
Pemandangan makam dari luar
Pemandangan ke dalam makam
Cuma jantung Sultan Murad I yang disemadikan di sini. Jasad Sultan Murad I dibawa balik dan disemadikan di Bursa, Turkiye.
Pandangan makam dari satu sudut lain
Kubah di Makam Sultan Murad I
Keluar dari makam
Sultan Murad I berjasa sebagai orang kedua yang mengembangkan Islam di Eropah. Orang yang pertama membawa sinar Islam di Eropah adalah Tariq bin Ziyad yang membawa masuk ajaran Islam ke Spain menerusi Gibraltar. Kerajaan Islam di Spain (Andalusia) walau bagaimanapun musnah setelah kota Islam yang terakhir bernama Granada ditawan oleh pemerintah Kristian Roman Katholik Isabella I of Castile dan Ferdinand II of Aragon pada tahun 1492. Kejayaan Murad I mengembangkan Islam di Balkans memberikan tempat perlindungan baru kepada umat Islam dan Yahudi Shepardi yang diusir oleh Ferdinand dan Isabella dari Spain.

Pokok Mulberry di luar makam
Pokok Mulberry ini masih dijaga oleh Kerajaan Turkiye sehingga ke hari ini. Ia dipercayai telah berusia 700 tahun.
Bukan saja Sultan Murad I yang terbunuh dalam peperangan ini. Lawan Sultan Murad yang bernama Prince Lazar dari Serbia juga turut terkorban. Bermula dari peperangan inilah Kerajaan Ottoman meluaskan kekuasaan mereka di bumi Balkans yang lain.

Muzium Sultan Murad I
Muzium ini dijaga bersama oleh Kerajaan Kosovo dan Kerajaan Turkiye
Pemandangan ke dalam muzium
Taman indah di Tomb of Sultan Murad I
Pokok-pokok cantik
Di padang inilah berlakunya Perang Kosovo yang mengorbankan Sultan Murad I pada tahun 1389

Part 81: Perjalanan Ke North Macedonia

Perjalanan kami diteruskan menuju ke negara ke-6 dalam Balkans Tour kami ~ North Macedonia. North Macedonia juga adalah sebuah wilayah yang pernah bergabung membentuk Persekutuan Yugoslavia pada masa dahulu. Ketika itu ia dikenali sebagai Macedonia. North Macedonia juga adalah satu-satunya wilayah bekas Yugoslavia yang merdeka tanpa pertumpahan darah.
 
American School of Kosova
Pemandangan dari kejauhan ibu kota Kosovo yang bernama Pristina
Satu lagi pemandangan kota Pristina
Bila North Macedonia mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia, mereka menggunakan nama Macedonia. Penggunaan nama Macedonia ini walau bagaimanapun menerima bantahan keras dari Greece. Ini adalah kerana nama 'Macedonia' sebenarnya meliputi sebuah kawasan yang luas meliputi sebahagian Bulgaria, utara Greece dan North Macedonia sendiri. Pusat kebudayaan Macedonia yang sebenar adalah di utara Greece, berhampiran bandar Thessaloniki sekarang.
 
Kawasan pertanian di Kosovo
Kawasan perindustrian berhampiran Pristina
Sebuah loji yang besar berdekatan Pristina
Sebuah lagi kawasan industri
Penggunaan nama 'Macedonia' ini menyebabkan hubungan yang tegang di antara Greece dan North Macedonia, lebih-lebih lagi kerana North Macedonia menonjolkan seolah-olah mereka adalah pusat budaya Macedonia. Sebuah patung besar Raja Macedonia yang bernama Alexander The Great telah dibina di ibu negara North Macedonia yang bernama Skopje. Malah Lapangan Terbang di Skopje juga menggunakan nama Skopje Alexander The Great Airport. Greece membantah kerana kebanyakan penduduk North Macedonia adalah berbangsa Slav dan tidak berketurunan Greek. Oleh itu tidak wajar untuk mereka mengagungkan Alexander The Great sebagai raja mereka.
 
Pertanian moden di Kosovo
Menuai hasil tanaman
Masjid di perkampungan Kosovo
Sebuah lagi masjid di perkampungan Kosovo
Peta rantau Macedonia yang meliputi North Macedonia, Greece Utara dan sebahagian Bulgaria dan Albania
Pertikaian di antara Greece dengan Macedonia (bekas wilayah Yugoslavia) ini akhirnya reda bila Macedonia bersetuju menggunakan nama rasmi sebagai Republic of North Macedonia. Lapangan terbang di Skopje juga tidak lagi menggunakan nama Skopje Alexander The Great Airport. Ia kini dikenali sebagai Skopje International Airport.

Kawasan penternakan
Lagi kawasan pertanian
Sebuah lagi kampung yang mempunyai masjid di Kosovo
Landasan keretapi
Seperti juga di Albania, Kosovo juga mempunyai infrastruktur lebuhraya yang moden. Kami diberitahu lebuh raya ini dibina oleh syarikat dari negara China.

Lebuhraya moden di Kosovo
Kosovo bukanlah negara yang besar. Tak sampai sejam perjalanan dari Pristina, kami dah sampai ke sempadan Kosovo-North Macedonia. Di kedua-dua sempadan ini, kami diminta turun dari bas untuk pemeriksaan passport.

Sempadan North Macedonia (Gambar dari internet)
Selamat Datang ke North Macedonia
Peta North Macedonia


Bersambung ke Bahagian 30...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: