Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)
Bahagian 32: North Macedonia 3
SKOPJE (Macedonia Square 2)
HARI KETUJUH (2)
Part 88: Macedonia Square (2)
WARRIOR ON THE HORSEMercu tanda utama di Macedonia Square adalah patung gergasi Alexander the Great yang sedang menunggang kuda sambil menghunus pedang. Patung ini juga adalah patung yang terbesar di Skopje yang penuh dengan pelbagai patung.
|
Patung Alexander the Great |
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, North Macedonia yang merupakan sebahagian dari rantau Macedonia yang merentang dari North Macedonia, utara Greece dan sebahagian Bulgaria sangat berbangga dengan sejarah dan warisan Macedonia. Walau bagaimanapun perkara ini mendapat tentangan hebat dari Greece yang menganggap warisan Macedonia adalah milik mutlak mereka.
|
Pemandangan dari arah sini |
Pembinaan patung yang menggambarkan Alexander the Great ini telah mendapat bantahan keras dari Greece. Demi untuk menjaga hubungan baik dengan Greece, nama rasmi patung ini ditukar kepada Warrior on the Horse. Lagipun dalam budaya Macedonia yang sebenar sendiri, hanya pahlawan yang mati di medan perang sahaja yang boleh digambarkan dengan patung berkuda. Alexander the Great tidak mati di medan perang, oleh itu dia tidak wajar digambarkan dengan patung berkuda begini. Namun begitu bak kata Svetanka, di sebalik semua itu, semua orang tahu yang patung ini adalah sebenarnya Alexander the Great.
|
Ayah Alexander, King Philip II of Macedon yang memberi sorakan semangat kepada anaknya dari seberang Sungai Vardar |
|
Go, Son! |
|
Patung-patung pahlawan di kaki Alexander the Great |
|
Pahlawan Alexander dengan Singa Macedonia |
|
Bergambar bersama Alexander the Great |
LION OF MACEDONIA
Di sekeliling Macedonia Square turut dibina beberapa buah patung singa yang menjadi simbol tidak rasmi North Macedonia. Singa adalah lambang kebesaran yang digunakan oleh Alexander the Great. Mengikut ceritanya, sewaktu Alexander masih dalam kandungan ibunya yang bernama Olympia, ayahnya King Philip II telah bermimpi melihat wajah singa pada rahim isterinya. Kerana itulah singa menjadi lambang kepada Alexander sepanjang hidupnya.
|
Singa Macedonia |
|
Husband bergambar dengan Singa Macedonia |
|
Pandangan Singa Macedonia dari tepi |
STONE BRIDGE
Stone Bridge adalah sebuah jambatan lama yang dibina merentang Sungai Vardar. Ia menyambungkan patung Alexander the Great di Macedonia Square dengan patung ayahnya King Philip II of Macedon berhampiran Old Muslim Quarter. Jambatan asalnya dibina oleh oleh Maharaja Rom yang bernama Justinian I dan diperbaiki di bawah pemerintahan pemerintah Ottoman Sultan Mehmed II pada kurun ke-15 Masehi.
|
Stone Bridge |
|
Patung pembina asal Stone Bridge ~ Emperor Justinian I
|
|
Wajah lebih dekat Emperor Justinian I |
Kepentingan dan sejarah Stone Bridge menyebabkan ia diabadikan dalam simbol rasmi (coat of arms) bandaraya Skopje. Turut diabadikan dalam coat of arms ini adalah Skopje Kale Fortress dan Sungai Vardar.
|
Lambang rasmi kota Skopje yang memaparkan Stone Bridge |
Rekabentuk asal jambatan batu ini terdiri dari 13 buah gerbang (arches). Ia dibina menggunakan blok-blok batu yang disusun dengan sangat rapi dan teliti. Selain digunakan untuk menyeberang Sungai Vardar ia turut dibina dengan ruang untuk menempatkan meriam bagi tujuan pertahanan. |
Kenangan bersama Svetanka |
BOATMEN OF THESSALONIKI
Berhampiran Stone Bridge ini juga turut didirikan patung sekumpulan pemuda yang digelar sebagai Boatmen of Thessaloniki. Mereka sebenarnya adalah sekumpulan anak muda yang berusia di antara 18-21 tahun yang telah melancarkan beberapa siri serangan bom yang digelar Thessaloniki Bombings of 1903. Serangan ini berlaku di sebuah kota Greece yang bernama Thessaloniki (ketika itu dikenali sebagai Salonika).
|
The Boatmen of Thessaloniki
|
Hasrat pemuda ini adalah menarik perhatian dunia ke atas penderitaan rakyat di wilayah Macedonia dan Thrace (di sempadan Greece dan Bulgaria) di bawah pemerintahan kerajaan Ottoman pada ketika itu. Mereka digelar Boatmen kerana hanyut bertindak mengikut perasaan. Bukan sahaja Boatmen of Thessaloniki ini gagal mendapat perhatian dunia atas perbuatan mereka, bahkan ramai orang awam yang terbunuh disebabkan tindakan tersebut.
|
Wajah lebih dekat The Boatmen of Thessaloniki |
|
Walau gagal dalam usaha mereka, The Boatmen of Thessaloniki tetap dianggap wira oleh rakyat Macedonia kini. |
|
Kapal Lanun ini dibina hanya sekadar hiasan kerana North Macedonia adalah sebuah landlocked country yang tidak mempunyai lautan. |
Dah puas melawat Macedonia Square, tibalah masa kini untuk kami meninggalkan Skopje untuk menuju ke destinasi yang seterusnya ~ Ohrid. Dalam perjalanan menuju ke Ohrid nanti, kami dijadualkan untuk membuat persinggahan di sebuah bandar yang bernama Tetovo.
|
Alexander the Great dan Goce Delčev |
|
Hotel Mariott berhampiran patung Alexander the Great di Macedonia Square |
|
Berjalan kembali ke Macedonia Gate |
Bersambung ke Bahagian 33...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.