Thursday 26 September 2019

2019 LANGKAWI BHG. 14 (Langkawi - KL)

September 2019

LANGKAWI, MALAYSIA

Bahagian 14: Perjalanan Pulang
LANGKAWI KE KUALA LUMPUR

HARI KETIGA (7)

Part 30: Dinner Terakhir Di Langkawi

Pada malam terakhir di Langkawi, kami sebenarnya bercadang nak dinner hanya di Hotel Bayview Langkawi kerana nak mencuba promosi Indian Dinnernya. Tapi bila kita tengok menu makanannya macam tak menarik pulak.

Tak jadi nak mencuba Indian Dinner di sini.
Dah tak jadi dinner di hotel, kami cuma berjalan di Pekan Kuah kerana Husband berhasrat nak mengambil gambar mural pada sebuah dinding yang dilihatnya petang tadi sewaktu balik dari Taman Lagenda. Kami bercadang untuk dinner saja di mana-mana restoran yang berhampiran nanti.

Jalan-jalan di Pekan Kuah
Mural menarik di Pekan Kuah
Kerbau
Helang
Pemandangan berdekatan mural
Disebabkan ada sebuah restoran berhampiran, kami membuat keputusan untuk dinner saja di sana.

Restoran RT
Jom masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam restoran
Dinner

HARI KEEMPAT

Part 31: Langkawi Airport

Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada pukul 9.30 pagi pada hari terakhir kami di Langkawi. Oleh kerana penerbangan ini bertolak agak awal, kami tak mengambil pakej breakfast di hotel pagi ini. Kami juga bertolak awal ke Airport Langkawi kerana bercadang nak breakfast di sana saja.

Bertolak ke Airport Langkawi
Pemandangan awal pagi dalam perjalanan menuju ke Airport
Tiba di Airport Langkawi
Teksi yang kami sewa dari Hotel Bayview ke Airport Langkawi dipandu oleh seorang wanita. Bila sampai di airport, Kakak Teksi bertanya kami nak balik ke mana? Bila kami kata kami nak balik ke KL, Kakak tu berkata, "Oh, ingatkan nak balik ke Singapore tadi!" Rupa-rupanya Kakak ni pun ingat kami Singaporean. Patutlah mahal sangat bayaran teksi yang dikenakan kepada kami. Rate SGD rupanya!

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Drop Off Area
Pintu Perlepasan
Pemandangan di dalam airport
Ingatkan pesawat kamilah yang paling awal berlepas dari airport Langkawi pagi itu. Rupa-rupanya ada beberapa buah pesawat lain yang berlepas lebih awal lagi.

Jadual perlepasan pesawat dari Airport Langkawi pada pagi itu
Memang ada flight yang nak berlepas ke SIngapore pagi ini rupanya. Patutlah Kakak Teksi tadi ingat kami Singaporean nak balik ke Singapore!
Arah ke Kaunter Daftar Masuk
Seperti juga di KLIA2, penumpang-penumpang Air Asia diwajibkan membuat Self Service Check-in di Airport Langkawi. Tapi disebabkan kaunter Air Asia tak sibuk ketika itu, ada seorang staff yang membantu kami membuat Check-in.

Berjalan menuju ke Self Check-in Kiosk
Pandai dah kita guna mesin ni.
Baggage Tag dah keluar.
Boarding Pass dan Baggage Tag
Staff Air Asia membantu melekatkan Tag kepada bagasi kami
All ready to go...
Beratur nak buat Baggage Drop
Dah pandai nak buat Baggage Drop sendiri
Kita hantar beg masuk ke dalam kapalterbang.
Lepas bagasi dah selamat check-in, barulah kita mencari breakfast di Food Garden di airport ini.

Iklan agensi pelancongan Arab di Langkawi Airport
Iklan destinasi yang dihubungkan oleh Air Asia dari Langkawi
Kedai-kedai di Airport Langkawi
Replika Rumah Mahsuri
Ramai juga orang mencari makan di Food Garden di Airport Langkawi ini pagi itu. Kat sini pun dah nampak betapa sibuk sebenarnya airport di Langkawi ini.

Food Garden
Suasana di Food Garden
Buffet sarapan pagi di salah sebuah gerai di Food Garden
Breakfast

Part 32: Langkawi Ke Kuala Lumpur

Lepas makan, memandangkan masa untuk berlepas pun tak lama lagi, kami terus masuk ke Boarding Gate. Airport Langkawi ini tak ada Airbridge. Jadi semua flight akan parking kat tengah airport dan kita kena berjalan kaki untuk mendapatkannya.

Pintu Perlepasan Dalam Negeri
Boarding Gate
Free Charging
Satu-satunya kedai yang ada dalam Domestic Boarding Gate
Cenderamata yang menarik dari Langkawi
Tengok TV sambil tunggu flight tiba
Hiasan siling yang menarik
Flight Air Asia yang nak berlepas ke Singapore
Krew sedang membuat pemeriksaan sebelum berlepas
Flight yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur tiba di Airport Langkawi pada pukul 9 pagi. Biasalah kan Air Asia ni... sebaik selepas semua penumpang yang tiba turun dari pesawat, semua penumpang yang nak berlepas akan dipanggil masuk.

Flight kami tiba di Langkawi
Pemandangan di dalam flight
Pemandangan dari dalam flight
Goodbye, Langkawi! Till we meet again.
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang percutian kami di Langkawi. Cuma di awal pagi tadi, hujan turun dengan agak lebat sebelum kami bergerak meninggalkan Hotel Bayview Langkawi. Bersyukur juga kerana cuaca baik sepanjang penerbangan pulang dari Pulau Lagenda kembali ke Kuala Lumpur.

Bergerak menuju ke runway
Tunggu kami, Malindo! Kita kan pasti terbang bersama ke satu destinasi indah nanti...
Berlepas landas ke udara
Pemandangan Langkawi dari udara
Meninggalkan Pulau Lagenda
Pesawat kami Air Asia AK 6329 berlepas meninggalkan Langkawi mengikut jadual pada pukul 9.30 pagi. Seperti sewaktu kedatangan, penerbangan pulang ini juga memakan masa kira-kira 1 jam.

Terbang menuju ke Tanah Besar
Selat Melaka
Sajian Penerbangan
Seperti sewaktu kami datang ke Langkawi, kami tak membeli pre-book meal dalam perjalanan pulang ini. Mungkin disebabkan ramai penumpang dah breakfast siap-siap masa di airport, tak ramai juga yang membeli makanan dalam flight. Tak adalah peristiwa gangguan kepada perut lapar berlaku kepada lagi kami dalam flight pulang ini seperti sewaktu kedatangan dulu.

Banjaran Titiwangsa
Terbang menyusuri Banjaran Titiwangsa
Awan Gemawan
Pulau Pangkor ke itu?
Bandar Teluk Intan agaknya
Tak sure pulak di mana ini.
Sungai yang melingkar
Kawasan Lembah Klang
Mendarat turun ke KLIA2
Dah nampak KLIA2 di sana
Pesawat-pesawat Air Asia yang menunggu giliran untuk berlepas
Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 10.30 pagi.

Selamat mendarat di KLIA2


CATATAN PERJALANAN LANGKAWI (2019):