Tuesday, 15 November 2022

2022 BALKANS BHG. 08 (Old Sarajevo 2)

 Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)

Bahagian 8: Bosnia-Herzegovina 4
SARAJEVO (Sarajevo Old City 2)

HARI KEDUA (4)

Part 22: Sarajevo Old City (2)

Emir meninggalkan kami selepas menunjukkan Sarajevo Meeting of Cultures. Kami diberi free time untuk bersiar-siar sendiri selepas itu. Kesempatan ini kami gunakan untuk melawat ke beberapa landmark yang ditunjukkan dalam peta Sarajevo Meeting of Cultures.

JEWISH SYNAGOGUE

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Jewish Synagogue yang terletak di belakang kedai kasut. Teringin juga nak masuk melihat suasana di dalam gereja Yahudi begini.

Lorong menuju ke Jewish Synagogue
Pada kurun ke 16, Yahudi Shepardi yang tinggal di Spain dan Portugal diusir keluar dari negara tersebut dan ramai yang memilih untuk menetap di tanah-tanah jajahan Ottoman termasuk Sarajevo. Synagogue ini yang dinamakan sebagai Il Kal Grandi (The Great Synagogue) menjadi tempat ibadat utama komuniti Yahudi di Sarajevo. Ia kini dianggap sebagai synagogue yang terbesar di Balkans.

Seperti juga di kebanyakan tempat lain di Eropah, ramai Yahudi yang tinggal di Sarajevo turut ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua. Synagogue ini dijadikan penjara untuk menempatkan orang Yahudi yang ditangkap. 

Synagogue ini tidak lagi digunakan sebagai tempat ibadat kini. Ia telah ditukar fungsi menjadi muzium. Walau bagaimanapun, disebabkan ketika itu telah lewat petang, ia tidak lagi dibuka untuk lawatan.

The Great Synagogue di Sarajevo Old Town
Pintu masuk ke Synagogue
Plak peringatan untuk Laura Papo Bohoreta, penulis wanita berbangsa Yahudi dari Bosnia yang berkarya dalam bahasa Judeo-Spanish
Keterangan tentang The Great Synagogue
Synagogue ini telah ditutup untuk lawatan ketika itu
Star of David
Pintu masuk ke Synagogue
Kembali ke Sarajevo Meeting of Cultures

CATHEDRAL OF SCARED HEART

Cathedral of Sacred Heart di Sarajevo Old City juga dikenali sebagai Sarajevo Cathedral. Ia adalah gereja Roman Katholik yang terbesar di Sarajevo. Gereja ini rosak teruk sewaktu peristiwa Siege of Sarajevo tetapi telah diperbaiki kini. 

Pemandangan menara gereja dari Sarajevo Meeting of Cultures
Cathedral of Sacred Heart
Sebelum Perang Bosnia, penganut Roman Katholik merupakan komuniti yang terbesar di Sarajevo. Namun lebih separuh telah meninggalkan bandaraya ini sewaktu peristiwa Siege of Sarajevo sehingga menjadikan Muslim sebagai komuniti terbesar di Sarajevo sekarang.

Suasana di depan Cathedral of Sacred Heart
Ada sebuah patung Pope John Paul II yang didirikan di depan gereja. Ia didirikan sebagai penghargaan kepada Ketua Agama Roman Katholik tersebut yang telah melawat Sarajevo selepas perang tamat pada tahun 1997 untuk menyampaikan mesej keamanan dan toleransi.

Patung Pope John Paul II di depan Cathedral of Sacred Heart
Pope John Paul II

GENOCIDE MUSEUM  

Disebabkan kami tiba lewat petang di Sarajevo Old City, banyak tarikannya telah ditutup. Antara yang masih dibuka adalah Genocide Museum yang menceritakan tentang peristiwa pembersihan etnik sewaktu Perang Bosnia.

Genocide Museum
Muzium ini terletak di dalam sebuah bangunan kedai. Suasana di dalamnya gelap dan mempunyai banyak koleksi gambar. Tapi disebabkan kami tak faham sangat tentang koleksi pameran di dalamnya, kami tak spend masa yang lama di sini.


JALAN-JALAN DI OLD CITY

Myself dan Husband bersiar-siar lagi di sekitar Sarajevo Old City dan terjumpa dengan Abang, Kakak Ipar dan Kanesh yang sedang minum kopi. Kopi Bosnia sangat popular di kalangan pelancong. Tetapi sesuatu yang sering kami dengar dari ahli-ahli Group yang suka minum kopi adalah komplen tentang kopinya yang sangat pekat dan cawannya yang sangat kecil macam Turkish Coffee. Masa di Turkey dulu, Myself dan Husband pernah diberitahu yang masa depan seseorang boleh diramal dari bentuk serbuk kopi yang tinggal. Tak tahulah sama ada kepercayaan begitu juga ada di Bosnia-Herzegovina.

Sebuah kedai kopi di Sarajevo Old City
Kedai cenderamata di sebelah kedai kopi
Abang, Kakak Ipar dan Kanesh tengah minum kopi
Disebabkan kami bukan penggemar kopi, Myself dan Husband tak join mereka di sana. Kami berjalan-jalan lagi dan bertemu dengan sebuah kedai buku yang menjual novel The Bridge on the Drina karya Ivo Andric. Novel ini berkisar tentang peristiwa di Jambatan Mehmed Paša Sokolović di Višegrad yang menyeberang Sungai Drina. Ia menceritakan tentang hubungan penghuni Serb dan Bosniak di bawah jambatan tersebut selama 4 kurun bermula dari zaman pemerintahan Ottoman sehingga ke zaman pemerintahan Empayar Austro-Hungary. Novel ini membolehkan Ivo Andric menerima Nobel Prize in Literature pada tahun 1961.

Novel The Bridge On The Drina karya Ivo Andric
Buku-buku agama Islam yang ditulis dalam Bahasa Bosnia

SEBILJ FOUNTAIN

Dekat-dekat masa yang ditetapkan untuk berkumpul, kami bergerak ke Sebilj Fountain (disebut: Sebil Fountain dan berasal dari perkataan Arab Sabil). Sebilj adalah sebuah fountain minuman kayu yang dibina di zaman pemerintahan Ottoman oleh Mehmed Pasha Kukavica.

Berjalan menuju ke Sebilj Fountain
Kedai-kedai berdekatan Sebilj Fountain
Tiba di Sebilj Fountain
Suasana di sekitar Sebilj Fountain sangat meriah kerana ia adalah tempat pertemuan yang popular di kalangan pelancong dan penduduk Sarajevo sendiri.

Berposing dengan Sebilj Fountain
Paip air di Sebilj Fountain
Pemandangan Sarajevo Old City dari Sebilj Fountain
Pelancong dan pengunjung yang berkumpul dekat Sebilj Fountain
Kedai kopi
Menara jam berhampiran Sebilj Fountain
Senja berhampiran Sebilj Fountain
Penduduk tempatan menunggu tram dekat Sebilj Fountain
Berposing sambil menunggu ahli-ahli Group berkumpul
Duit Syiling Bosnia
Kedai menjual Turkish Delight banyak ditemui di Sarajevo Old City
Husband bergambar dekat Kedai Turkish Delight
One last look sebelum meninggalkan Sebilj Fountain

Part 23: Koncept Residence Hotel

Selepas semua bersedia, kami naik bas menuju ke hotel penginapan kami yang bernama Koncept Residence Hotel. Bas terpaksa menunggu sebentar sebelum berlepas kerana ada seorang Pakcik ahli Group terlewat naik ke bas. Sesat sebab terikut perempuan blond, kata Pakcik itu memohon maaf dari kami. Dahlah dia single traveller dalam Group kami. Hahaha!

Berjalan mendapatkan bas
Suasana malam di Sarajevo
Pusat membeli-belah Sarajevo City Center (SCC)
Bas membawa kami ke hotel penginapan Koncept Residence Hotel yang terletak di pinggir kota Sarajevo. 

Koncept Residence Hotel di Sarajevo
Membawa bagasi masuk ke Koncept Residence Hotel
Pintu masuk ke Koncept Residence Hotel
Check-in ke Koncept Residence Hotel
Bilik penginapan di Koncept Residence Hotel
Bilik penginapan kami adalah sebenarnya Triple Sharing
Ada kettle disediakan di dalam bilik
Dinner kami juga disediakan di Koncept Residence Hotel pada malam itu. Makanan yang disediakan adalah makanan tipikal Bosnia.

Dinner di Koncept Residence Hotel
Menikmati makan malam di Koncept Residence Hotel
Sup Bihun yang selalu dihidangkan sebagai appetizer
Goulash daging yang dihidangkan bersama nasi


Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: