Monday, 3 August 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 31 (V&A Waterfront)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 31: South Africa
CAPE TOWN [Victoria & Alfred Waterfront]

HARI KELAPAN (6)

Part 68: Pelabuhan Cape Town

Bila petang menjelang, kami meninggalkan Kirstenbosch National Botanical Garden untuk menuju ke Victoria & Alfred Waterfront (V&A Waterfront).
 
Meninggalkan Kirstenbosch
Pemandangan sebahagian Cape Town dari lebuhraya
Perjalanan menuju ke V&A Waterfront adalah perjalanan menyusuri Pelabuhan Cape Town yang terletak di Table Bay. Table Bay pertama kali ditemui oleh Portugis pada kurun ke-16 Masehi. Ia kemudiannya menjadi tempat persinggahan kapal-kapal Perancis, Inggeris dan Belanda untuk mendapatkan bekalan air bersih dan menambah bekalan untuk perlayaran. Pelabuhan Cape Town yang rasmi mula terbentuk bila Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) menubuhkan sebuah stesen yang bernama De Kaap (The Cape) pada tahun 1652 bagi menyediakan bekalan untuk kapal-kapal yang berlayar mengelilingi Cape. 

Pelabuhan Cape Town
Cape Town kini adalah pelabuhan yang kedua terbesar di South Africa selepas Durban
Bas awam di Cape Town
Pusat bandar Cape Town
Helen Suzman Boulevard
Kami juga dapat melihat Cape Town Stadium dalam perjalanan menuju ke V&A Boulevard. Stadium ini adalah salah sebuah stadium utama yang digunakan sewaktu pertandingan bolasepak FIFA World Cup 2010 yang diadakan di South Africa. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Green Point Stadium.

Cape Town Stadium (Green Point Stadium) yang merupakan salah sebuah stadium utama di dalam pertandingan FIFA World Cup 2010
Bus stop berhampiran stadium
Sebuah bangunan bersejarah yang juga dilalui adalah Groote Schuur Hospital di mana pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia dilaksanakan oleh seorang pakar bedah South Africa yang bernama Dr. Christiaan Barnard pada tahun 1967. Groote Schuur Hospital ini adalah sebuah hospital kerajaan. Seperti di Malaysia, rawatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan adalah disediakan secara percuma kepada rakyat Afrika Selatan.

Groote Schuur Hospital
Bangunan pejabat yang terletak berhampiran V&A Waterfront

Part 69: Victoria & Alfred Waterfront
 
Victoria & Alfred Waterfront adalah sebuah pusat komersil dan hiburan yang terletak di kawasan Pelabuhan Cape Town. Nama Victoria yang diberi kepada kawasan ini adalah sempena nama Queen Victoria yang merupakan pemerintah Britain ketika itu. Lazimnya nama Queen Victoria sering digandingkan dengan nama suaminya Prince Albert, tetapi ia tidak berlaku di sini di mana nama Queen Victoria digandingkan dengan nama anak lelaki keduanya yang bernama Prince Alfred.

Bulatan masuk ke Victoria & Alfred Waterfront
The Cape Wheel di hadapan Victoria & Alfred Waterfront
Pandangan Cape Wheel dari sisi
Pintu masuk ke parking kenderaan Victoria & Alfred Waterfront
Bas menurunkan kami di hadapan Victoria & Alfred Waterfront dan kami berjalan masuk ke dalam dengan dipimpin oleh Jeremy.
 
Berjalan masuk ke Victoria Wharf di V&A Waterfront
Victoria & Alfred Waterfront mempunyai banyak kedai yang menjual barangan branded serta barangan cenderamata di dalamnya. Di sini juga terdapat pelbagai restoran makanan antarabangsa. Bangunan shopping mall utamanya dinamakan sebagai Victoria Wharf.
 
Suasana di dalam Victoria Wharf
Antara cafe yang terdapat di dalam Victoria Wharf
Courtyard di dalam bangunan Victoria Wharf
Senibina yang menggambarkan pejabat-pejabat pelabuhan lama masih dikekalkan.
Pelbagai kedai berjenama ada di sini. Ada di antaranya yang tak pernah kita dengar di Malaysia.
Booth rasmi barangan cenderamata pasukan Springboks yang merupakan pasukan rugby kebangsaan South Africa
Pemandangan di bahagian Victoria Wharf yang menghadap ke pelabuhan Victoria & Alfred Waterfront
Tapak V&A Waterfront ini adalah pelabuhan asal Cape Town yang dinamakan sebagai Table Bay. Pada masa dahulu, ribut kuat sering membadai pelabuhan Table Bay pada setiap musim dingin. Pada bulan Jun 1858, sebuah ribut yang dahsyat telah melanda dan merosakkan lebih 30 buah kapal. Akibatnya, syarikat insurans perkapalan Lloyds of London memberhentikan perlindungan insuran kepada kapal-kapal yang berlabuh pada musim dingin di Table Bay. Oleh yang demikian, satu tindakan drastik sangat diperlukan untuk memperbaiki aspek keselamatan di Pelabuhan Table Bay.
 
Menikmati pemandangan di pelabuhan V&A Waterfront
Kenangan di V&A Waterfront
Sebuah pemecah ombak telah dibina di Table Bay untuk menjadikan pelabuhan ini lebih selamat kepada kapal-kapal yang berlabuh. Batu asas pembinaannya telah diletakkan ke dalam laut oleh Prince Alfred yang ketika itu sedang berkhidmat dengan Tentera Laut British pada tahun 1860. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1870, Prince Alfred yang telah memegang gelaran Duke of Edinburgh kembali semula ke sini untuk mentauliahkan pelabuhan baru yang dinamakan Alfred Basin sempena namanya.

Pemandangan pelabuhan di V&A Waterfront
Pemandangan Table Mountain di belakang V&A Waterfront
Kemuncak Table Mountain yang rata jelas kelihatan dari sini
Bot-bot yang berlabuh di V&A Waterfront
Pembukaan lombong berlian di Kimberley pada tahun 1867 dan penemuan emas di Witwatersrand pada tahun 1886 serta pengenalan penggunaan kapal-kapal stim yang bersaiz besar menyebabkan Alfred Basin menjadi sempit. Sehubungan dengan itu, pembinaan pelabuhan kedua dimulakan pada tahun 1886 dan siap dibina pada tahun 1895. Pelabuhan kedua ini dinamakan sebagai Victoria Basin, sempena nama Queen Victoria yang merupakan ibu Prince Alfred.

Bila kedua-dua pelabuhan ini dibangunkan menjadi pusat komersil dan pelancongan pada tahun 1980-an, nama kedua-dua pelabuhan bersejarah ini (Alfred Basin dan Victoria Basin) digabungkan menjadi Victoria & Alfred Waterfront.

Salah sebuah pintu masuk ke Victoria Wharf yang menghadap ke pelabuhan
Suasana di kawasan pelabuhan
Peta V&A Waterfront
Bersiar-siar di kawasan pelabuhan
Disebabkan kami bukan kaki shopping dan keseluruhan kawasan V&A Waterfront ini terlalu besar kalau nak explore dengan berjalan kaki, Myself dan Husband membuat keputusan untuk membuat boat cruise. Ada 2 jenis Boat Cruise yang ditawarkan: 30 minit dan 1 jam. Memandangkan masa yang ada agak terhad ketika itu, kami memilih cruise 30 minit. Bayaran yang dikenakan termasuk VAT bagi 2 dewasa adalah ZAR 320 (RM 80).

Membeli tiket untuk membuat Boat Cruise
Peta laluan Boat Cruise untuk selama 30 minit
Boat cruise bermula pada pukul 5 petang. Oleh kerana kami masih mempunyai sedikit masa sebelum Boat Cruise bermula, kita bersiar-siar di sekitar V&A Waterfront dahulu. Tetapi tak bolehlah nak pergi berjalan jauh-jauh, takut terlepas pulak Boat Cruise nanti.

Pemandangan sewaktu bersiar-siar
Ada sebuah Amphitheatre di sini dan ketika itu ada sebuah persembahan sedang berlangsung. Kita duduklah sebentar melihat persembahan di situ.

Amphitheatre
Ada sebuah persembahan sedang berlangsung di Amphitheatre ketika itu
Persembahan muzik di Amphitheatre
Ada banyak juga bangunan lama yang telah diubahsuai menjadi kedai dan restoran di sini.

Bangunan gudang lama
Bangunan gudang lama ini kini telah menjadi Scottish Ale House dan Irish Tavern
Sebuah lagi bangunan lama yang kami lihat ialah Union Castle Building yang merupakan ibupejabat syarikat perkapalan Union-Castle Line di awal tahun 1900-an. Syarikat perkapalan ini dulu mengurus penghantaran surat, barangan dan penumpang di antara UK dan South Africa. Ia kini telah diubahsuai menjadi sebuah pusat membeli-belah.
  
Union Castle Building
Selain Victoria Wharf tadi, ada juga kedai-kedai kecil di sepanjang Quay District yang menjual pelbagai barangan terutama cenderamata.
 
Quay District
Banyak kedai cenderamata yang terdapat di sini
Pemandangan menghala ke Victoria Wharf
Dekat-dekat pukul 5 petang, kami berjalan kembali ke tempat bot cruise yang sedang menunggu. Tempat ini telah ditunjukkan awal-awal tadi kepada kami oleh staff di ofis boat cruise selepas membeli tiket.

Pergi ke tempat boat cruise menanti
Bot mewah
 Macam-macam bot ada di sini
 Ini juga sebuah bot cruise tetapi bukan bot kami

Part 70: Boat Cruise @ Victoria & Alfred Waterfront

Bot cruise kami bernama Une Belle Vie yang dalam Bahasa French bermaksud One Beautiful Life.

Pemandangan bot cruise kami dari hadapan
Une Belle Vie (One Beautiful Life)
Disebabkan kami tiba agak awal, kita belum boleh masuk ke dalam bot. Jadi kita lihat-lihat pemandangan di sekitar dulu dari atas jeti.

V&A Waterfront adalah sebenarnya sebuah working harbour. Jadi bukan hanya bot cruise yang ada di sini. Ada kapal layar, bot-bot peribadi dan juga bot-bot nelayan.
 
Dekat-dekat pukul 5 petang, barulah kita dijemput masuk ke dalam kapal.
 
Une Belle Vie dah sedia nak berlayar
Jom masuk ke Une Belle Vie...
Bot cruise kami tidak begitu besar dan terdiri dari 2 tingkat. Penumpang diberi kebebasan untuk duduk di mana-mana sahaja di sepanjang cruise. 
 
Mula-mula kita naik ke atas nak tengok suasana di situ...
Pemandangan di tingkat atas
Suasana di tingkat atas
Pemandangan menghala ke jeti
Myself dan Husband awal-awal dah booking duduk di bahagian depan di tingkat bawah. Rasa lebih seronok menikmati pemandangan cruise dari sini.

Kita booking awal-awal duduk di depan di tingkat bawah
Posing dulu sebelum memulakan cruise
Husband nak posing sorang-sorang pulak
Burung yang datang nak menyapa kami 😁
Mula bergerak meninggalkan jeti
Mentari petang di V&A Waterfront
Dua bangunan lama yang dapat kita lihat sewaktu bot mula meninggalkan jeti adalah Victoria & Alfred Hotel dan Old Port Captain Building.

Old Port Captain Building (kiri) dan Victoria & Alfred Hotel
Victoria & Alfred Hotel ini adalah sebenarnya sebuah gudang bagasi kastam yang dibina pada tahun 1904. Selain menempatkan hotel, ia juga turut menempatkan Alfred Mall di dalamnya.
 
Victoria & Alfred Hotel [Gambar dari internet]
Old Port Captain Building juga dibina pada tahun 1904. Ia merupakan ibupejabat Port Captain yang menguruskan pergerakan kapal menerusi kedua-dua Alfred Basin dan Victoria Basin. Bangunan ini kini menempatkan African Trading Port yang merupakan sebuah galeri dan pusat kebudayaan seni serta pertukangan tangan.

Old Port Captain Building [Gambar dari internet]
Bot cruise kita terus bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan pelabuhan.

Sebelum meninggalkan pelabuhan kita dapat pula melihat Clock Tower yang dibina pada tahun 1883. Sebelum bangunan Old Port Captain dibina, inilah pejabat Port Captain.

Clock Tower (1883)
Inilah bangunan pejabat asal Port Captain sebelum bangunan Old Port Captain dibina pada tahun 1904.
Pelabuhan di Victoria & Alfred Waterfront bukan sahaja digunakan oleh bot dan kapal-kapal. Ia juga dikongsi bersama oleh Anjing Laut (Seal). Banyak Anjing Laut dilihat berjemur di sekitar kawasan pelabuhan ini, tetapi di lokasi yang jauh sedikit dari tempat bot-bot berlabuh.

Nampak tak Anjing Laut tengah tidur di sana?
Close-up sikit...
Close-up lagi... Huih! Besar betul!
Kita bergerak lagi mengelilingi pelabuhan...

Seperti yang diceritakan tadi, pelabuhan di Victoria & Alfred Waterfront adalah pelabuhan tertua di Southern Hemisphere yang masih berfungsi sehingga sekarang. Bila kita bergerak lebih dekat dengan arah Laut Atlantik, banyak pemandangan kapal-kapal besar yang kita temui.

Satu pemandangan yang menakjubkan sewaktu kami membuat cruise adalah Table Mountain. Gunung ini seriously sangat cantik bila dipandang dari laut. Bayangkanlah betapa gembiranya perasaan pelayar-pelayar di zaman dahulu yang dah berbulan-bulan hanya melihat laut lepas setelah sampai ke Cape Town dan dapat melihat pemandangan gunung yang indah ini.

Table Mountain
Kira-kira 300 juta tahun dahulu sewaktu di zaman Karoo Ice Age, Table Mountain tidak wujud ketika itu. Ia hanyalah tanah datar yang terdiri dari granit yang dilitupi batu pasir. Tekanan dari magma di pusat bumi yang bertindakbalas dengan ais menimbulkan ketulan granit ini dari bahagian bawah bumi. Litupan ais yang mencair seterusnya menghakis permukaan granit menjadi bentuk datar seperti yang dapat kita lihat sekarang. Table Mountain ini menjadi semakin tinggi bila kepingan-kepingan bumi berpecah dan bergeser antara satu sama lain.

Table Mountain dan kawasan di sekitarnya telah menjadi tempat kediaman orang Khoisan sekian lama sebelum kedatangan orang Eropah. Mereka menamakan Cape Town sebagai  //Hui !Gaeb (yang berbunyi macam tch-chuap) yang bermaksud "where the clouds gather". Seperti juga 'x' yang berbunyi macam 'klak-klak' dalam Bahasa Xhosa dulu, '//' dan "!" dalam Bahasa Khoisan membawa bunyi macam "tch" dan "ch" macam bunyi kita nak memanggil kucing "tch-ch" begitu. Sesuatu yang kami perhatikan ialah bahasa-bahasa tempatan di Afrika memang banyak meniru bunyi-bunyi binatang. 😅 Orang Khoisan juga menamakan Table Mountain sebagai Hoerikwaggo yang bermaksud “Mountain in the sea”.

Kawasan di sekitar Cape Town juga pada asalnya dikenali sebagai Cape of Storms kerana sewaktu pelayar Eropah pertama bernama Bartholomeu Dias dari Portugal tiba di sini, kapalnya dibadai ombak Laut Atlantik yang sangat ganas. Hanya setelah mereka melihat daratan dan pemandangan Table Mountain yang indah terpapar di depan mata, barulah mereka kembali bersemangat dan menamakan semula kawasan ini sebagai Cape of Good Hope (Tanjung Pengharapan). Bila pengalaman ini diceritakan kepada King of Portugal yang bernama King John, baginda menitahkan supaya tanjung ini dinamakan sebagai Cape of Good Hope untuk memberi semangat kepada pelayar-pelayar yang lain.

Bot kami berlayar keluar sedikit dari kawasan V&A Waterfront di mana kami dapat melihat sedikit pemandangan pelabuhan kontena Cape Town. Cape Town kini adalah pelabuhan yang kedua terbesar di South Africa selepas pelabuhan Durban yang terletak di timur negara ini. Tidak seperti pelabuhan Cape Town yang terletak di sebelah yang menghadap ke Laut Atlantik, pelabuhan Durban pula terletak di sebelah yang menghadap ke Indian Ocean.

Pelabuhan kontena di Cape Town
Kapal-kapal besar yang sedang berlabuh di pelabuhan kontena Cape Town
Kapal-kapal yang sedang berlayar
Pemandangan di kawasan pelabuhan kontena
Kapal Layar yang sedang berlayar dekat kapal-kapal kontena
Di tengah laut ini, ada sebuah buoy berwarna merah yang menjadi panduan kepada kapal-kapal yang berlayar. Apa yang menarik pada buoy ini ialah ada sekumpulan Anjing Laut menumpang tidur di lantainya. 

Buoy di tengah laut
Anjing Laut yang menumpang tidur di atas lantai Buoy
Seronok melihat Anjing-anjing Laut di sini kerana ini adalah kali pertama kami melihat haiwan ini dalam suasana yang bebas. Sebelum ini, kita cuma dapat melihat Anjing Laut di dalam zoo. 😊 Seronok melihat mereka tidur bertindih-tindih di atas satu sama lain tanpa gangguan dari manusia.

Tidur dengan berbantalkan kawan-kawan 😃
Nyenyak tidur tanpa gangguan
Goodbye & have a pleasant sleep!
Meninggalkan rakan-rakan Sang Anjing Laut di tengah lautan
Pemandangan Stadium Cape Town dari kejauhan
Golden Moment di tengah lautan
Berpatah balik ke V&A Waterfront
Husband berposing dengan Table Mountain
Ketika bot cruise berpatah balik ke V&A Waterfront, kami dihidangkan pula dengan pemandangan indah Signal Hill. Signal Hill atau Lion's Rump yang kita lihat sewaktu melawat ke Kirstenbosch National Botanical Garden tadi adalah sebuah bukit setinggi 350m di sebelah Table Mountain di Cape Town.
 
Pada masa dahulu, meriam akan ditembak dari bukit ini tepat pada pukul 12 tengahari setiap hari untuk menandakan waktu. Maklum sajalah kerana pada ketika itu di kurun ke-19 Masehi dulu, bukan semua orang memiliki jam. Adat ini yang dinamakan Noon Gun masih dilaksanakan di Cape Town setiap hari sekarang kecuali pada hari Ahad dan Cuti Umum.

Signal Hill
Tembakan meriam Noon Gun masih dilepaskan dari bukit ini pada pukul 12 tengahari untuk menandakan waktu
Helikopter yang sedang terbang menuju ke Signal Hill
Pemandangan penghujung Table Mountain di Cape Town
Helipad
Ada helikopter yang sedang bersedia nak berlepas di Helipad
Berlepas nak membuat Helicopter Tour di atas Cape Town
Matahari dah semakin terbenam sewaktu kami tiba kembali di V&A Waterfront. Kita nikmati suasana sekitar sewaktu bot berlayar menuju kembali ke jeti.

Dari maklumat yang diberi, Robinson Dry Dock yang beroperasi sejak tahun 1883 di V&A Waterfront adalah limbungan kering yang tertua di dunia. Tak pasti di mana sebenarnya kedudukan Robinson Dry Dock, tetapi ia pasti berada dekat-dekat kawasan yang sedang kami lalui kerana ada banyak kapal yang sedang berlabuh untuk pembaikan di sini.

Kapal yang sedang berlabuh untuk pembaikan
Di sebelah sana juga ada sebuah lagi kapal yang sedang berlabuh untuk pembaikan.
 
Sebuah lagi kapal yang sedang berlabuh untuk pembaikan
Kapal yang ini kecil sedikit berbanding kapal yang tadi
Cruise kami berakhir bila bot kami kembali ke V&A Waterfront. Walaupun hanya selama 30 minit, ia adalah cruise yang sangat menyeronokkan.

Pemandangan Victoria Wharf sewaktu mentari sedang terbenam
Close-up sikit...
Pemandangan menghala ke kawasan limbungan
Signal Hill & Lion's Rump
Harbour Master bagi Pelabuhan Cape Town beroperasi dari bangunan tinggi di sana sekarang
Bangunan African Trading Post (kiri) & Life Grand Cafe (kanan)
Patung Penguin di tepi African Trading Post
Pemandangan berhampiran Victoria & Alfred Hotel
Sunset
Swing Bridge di V&A Waterfront
Patung Penguin dan Swing Bridge
Tiba kembali ke jeti
Husband bergambar dengan staff cruise. Tinggi betul Mamat ni! Mesti dia berasal dari keturunan orang Belanda dengan ketinggian begini.
Pemandangan menghala ke Victoria Wharf
Berjalan menuju ke Victoria Wharf

Part 71: City Grill @ Victoria & Alfred Waterfront

Makan malam kami hari ini disediakan di restoran City Grill Steakhouse di Victoria Wharf. Maka setelah selesai cruise, ke sanalah kami pergi melangkah.

City Grill Steakhouse
Jom masuk ke dalam...
Suasana di dalam City Grill Steakhouse
Meja untuk kami terletak di sebelah sana
Siling di City Grill Steakhouse
Suasana City Grill Steakhouse dari meja kami
Pilihan makanan di City Grill Steakhouse adalah Beef Steak ataupun Ikan. Dah pastilah kami kena memilih untuk makan ikan di sini. Namun yang pasti, hidangan ikan yang disediakan memang tidak mengecewakan.
 
Salad
Fish & Chips
Satu lagi pemandangan di dalam City Grill Steakhouse
Selepas dinner, dah tibalah masa untuk kami meninggalkan V&A Waterfront dan kembali ke Pepperclub Hotel.

Pemandangan malam di V&A Waterfront
Suasana di hadapan City Grill Steakhouse
Kita lihat suasana pemandangan malam di V&A Waterfront sewaktu berjalan masuk kembali ke Victoria Wharf untuk menuju ke tempat bas menunggu.
 
Pemandangan sewaktu berjalan nak menuju ke tempat bas
Pemandangan terakhir V&A Waterfront
Suasana malam di dalam Victoria Wharf
Pintu keluar dari Victoria Wharf
Berjalan menuju ke tempat bas parking
Pemandangan Cape Wheel di waktu malam
Pemandangan menghala ke Victoria Wharf dari tempat parking bas
Satu lagi pemandangan menghala ke Victoria Wharf
Meninggalkan Victoria & Alfred Waterfront
 
Part 72: Pulang Ke Pepperclub Hotel

Bas membawa kami pulang ke Pepperclub Hotel. Sesuatu yang Myself perhatikan di Cape Town ialah suasana trafik di bandar ini tidak sibuk baik di waktu sebelah malam mahupun siang. 

Suasana malam di bandar Cape Town
Bandar Cape Town macam tidak sibuk baik di sebelah siang mahupun malam
Kita lihat suasana malam di bandaraya Cape Town dalam perjalanan pulang ke Pepperclub Hotel.
 
Setelah seharian melawat bandaraya Cape Town, kami tiba kembali ke hotel pada pukul 7.40 malam. Seperti juga semalam, kami diingatkan supaya jangan keluar malam dari hotel kerana suasana di bandaraya Cape Town umumnya tidak selamat di waktu malam. Seperti juga bandaraya yang lain di South Africa, kadar jenayah di Cape Town sangat tinggi dan penjenayah cukup gemar menjadikan pelancong sebagai sasaran mereka.

Tiba kembali di Pepperclub Hotel
Pintu masuk ke Pepperclub Hotel
Bas berhenti di depan Pepperclub Hotel
Suasana malam di depan Pepperclub Hotel
Bangunan dalam pembinaan di depan Pepperclub Hotel
Suasana di lobi Pepperclub Hotel
Staff concierge menolong menahan lif untuk kami naik ke atas
Lega bila dah masuk balik ke bilik.


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: