Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)
Bahagian 38: South Africa
CAPE TOWN [Jewel Africa]
HARI KESEPULUH (3)
Part 90: Kembali Ke Cape Town
Lawatan kami ke South Africa dah sampai ke penghujung bila kami meninggalkan Neethlingshof Estate. Kami dibawa kembali ke Cape Town untuk makan malam dan seterusnya ke Cape Town International Airport untuk mengambil penerbangan menuju ke Mauritius.
 |
| Meninggalkan Stellenbosch |
 |
| Pemandangan Table Mountain dengan awan Tablecloth di kejauhan |
 |
| First time nampak babi yang diternak di tepi jalan |
 |
| Banyak babi yang diternak |
 |
| Babi yang gemuk tengah makan rumput |
 |
| Lembu yang diternak bersama babi |
 |
| Menternak lembu di Doornbach |
 |
| Satu lagi pemandangan di Doornbach |
 |
| Diep River |
 |
| Masih pemandangan Diep River |
Pemandangan Table Mountain sangat indah sewaktu kami menghampiri kota Cape Town. Gunung ini semacam tahu yang kami dah nak meninggalkan Cape Town, lalu memunculkan diri dengan begitu indah begitu supaya kami tidak melupakannya. 😆
Part 91: Jewel Africa
Pusat jualan Jewel Africa terletak di dalam bangunan yang bernama Victoria Junction. Walaupun petang itu petang Ahad, pusat jualan Jewel Africa dibuka khas untuk kumpulan kami. Pengurus pusat jualan sendiri datang menyambut kami di luar bangunan Victoria Junction.
 |
| BangunanVictoria Junction |
 |
| Suasana di depan bangunan Victoria Junction |
 |
| Pengurus Jewel Africa yang menanti kami di depan bangunan Victoria Junction |
 |
| Berjalan masuk ke bangunan Victoria Junction |
Disebabkan pintu komersil utama bangunan Victoria Junction tidak dibuka ketika itu, pengurus Jewel Africa membawa kami masuk menerusi laluan tangga.
 |
| Masuk ke Jewel Africa menerusi laluan tepi kerana pintu komersil utama tidak dibuka ketika itu |
 |
| Kena naik tangga pulak. 😅 |
 |
| Pusat jualan Jewel Africa |
 |
| Suasana di dalam Jewel Africa |
Setibanya di pusat jualan Jewel Africa, kami diberi penerangan tentang batu-batu permata Afrika. Benua Afrika terkenal sebagai pengeluar utama batu permata berkualiti tinggi di dunia, terutamanya Berlian dari Botswana serta Nilam (Blue Sapphire) dan Zamrud (Emerald) dari Zambia. Batu-batu ini sangat bernilai kerana warna yang pekat serta kejernihannya yang luar biasa.
 |
Pengurus Jewel Africa memberi penerangan tentang batu-batu permata Afrika.
|
South Africa sendiri terkenal di peringkat global sebagai hub utama berlian dunia. Berlian terkenal yang dinamakan Cullinan Diamond ~ berlian kasar terbesar di dunia seberat 3,106 karat (0.62kg), berukuran sekitar 10.1 cm panjang & 6.35 cm lebar ~ ditemui di negara ini pada tahun 1905. Ia ditemui di Premier Mine dekat Pretoria di Transvaal yang merupakan sebuah wilayah jajahan British ketika itu.
 |
| Menunjukkan berlian mentah yang belum dipotong |
Berlian Cullinan dihantar ke London pada tahun 1905 untuk mencari pembeli yang sesuai. Sebuah kapal berkawalan keselamatan tinggi digunakan untuk membawa berlian palsu sebagai umpan, sementara berlian yang asli hanya dihantar melalui pos. Namun tiada yang sudi membeli dan akhirnya pada tahun 1907 Kerajaan Transvaal telah membelinya pada harga £150,000 untuk dihadiahkan kepada King Edward VII sempena hari keputeraan baginda yang ke-66, sebagai sebahagian usaha untuk memulihkan hubungan Britain-South Africa pasca Perang Boer II.
 |
| Demonstrasi kaedah memotong berlian |
Edward mengupah seorang tukang permata dari Amsterdam yang bernama Joseph Asscher untuk memotong Cullinan Diamond tersebut. Asscher mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji berlian ini sebelum memotongnya. Percubaan pertama Asscher gagal apabila pemotong besi yang digunakannya patah tanpa sebarang kesan pun kepada berlian tersebut. Berlian ini akhirnya terbelah sepertimana yang diinginkan pada percubaan kedua dan Asscher dikatakan pengsan sejurus selepas itu, keletihan akibat gemuruh terlampau.
 |
| Replika Cullinan Diamond yang telah dipotong |
Berlian Cullinan kemudian dipotong kepada 9 bahagian besar dan 100 butiran kecil. Potongan paling besar dipanggil “Cullinan I” atau “Star of Africa I” seberat 530-karat dijadikan perhiasan utama pada Tongkat Diraja Kedaulatan British. Potongan kedua terbesar dinamakan “Cullinan II” atau “Star of Africa II” yang seberat 317-karat pula ditatah pada Mahkota Empayar British.
 |
| Proses menggilap berlian |
Menurut penerangan yang diberi, disebabkan faktor kos, berlian dari South Africa kini banyak yang dihantar untuk digilap di India. Bandar Surat di wilayah Gujarat, India merupakan hab utama dunia bagi industri ini, di mana kira-kira 80% berlian mentah global dipotong dan digilap sebelum diedarkan kembali ke seluruh dunia. Secara umumnya, pusat pemprosesan di Surat, Gujarat ini mengubah batu berlian kasar bertukar menjadi bentuk akhir yang bersinar.
 |
| Bilik rekabentuk |
 |
| Di bilik inilah barang kemas direkabentuk untuk jualan |
Di sini kami juga diberi penerangan tentang kaedah untuk memeriksa kualiti berlian. Umumnya, kualiti berlian terletak pada sudut bagaimana ia dibuat pemotongan.
 |
| Penerangan tentang pemeriksaan kualiti berlian |
 |
| Kualiti berlian terletak pada cara sudut pemotongan dibuat |
Selain berlian, kami juga diperkenalkan dengan batu Tanzanite yang sangat jarang ditemui dan hanya terdapat di kaki Gunung Kilimanjaro, Tanzania. Jewel Africa yang kami lawati ini adalah salah sebuah pusat yang menjual batu permata yang rare ini. Kami diberitahu batu Tanzanite ini memang dicari-cari oleh penggemar batu permata kerana ia telah menjadi semakin rare dan harganya pun semakin mahal.
 |
| Batu Tanzanite |
 |
| Perhiasan dari batu Zamrud dan Tanzanite |
Selepas diberi penerangan tentang batu-batu permata, kami diberi masa bebas kalau-kalau ada yang nak membeli permata dan barang kemas yang dijual. Ada juga Pengyou yang membeli batu permata termasuk Tanzanite yang mahal itu di sini. Bagi kami yang tidak membeli apa-apa batu permata, kita tengok-tengok sajalah barang-barang kemas yang dijual. Bila dah penat, duduk-duduk saja di kerusi empuk yang disediakan. 😂
Sebagai langkah keselamatan, pintu bilik showroom ini akan dikunci selepas kita masuk tadi. Ia cuma dibuka bila kesemua ahli Group dah bersedia nak keluar bersama. Tak boleh nak keluar-masuk dari bilik pameran ini sendiri-sendiri dan sesuka hati. Ini memang prosedur bilik jualan permata seperti ini. Prosedur yang sama juga pernah kami alami sewaktu melawat ke sebuah pusat jualan berlian di Amsterdam, Netherlands dahulu.
 |
| Showroom jualan |
 |
| Berjalan-jalan melihat barang kemas yang dijual |
 |
| Barang kemas untuk jualan |
 |
| Lagi suasana di dalam Showroom |
 |
| Kerusi untuk berehat bila dah penat melihat barang kemas |
 |
| Patung pelombong batu permata |
 |
| Meninggalkan showroom Jewel Africa |
 |
| Leopard yang menjadi icon Jewel Africa |
 |
| Masuk kembali ke dalam bas |
 |
| Meninggalkan bangunan Victoria Junction |
Part 92: Mama's Kitchen
Sebelum bergerak menuju ke airport, kami dibawa makan malam terlebih dahulu di sebuah restoran Cina yang bernama Mama's Kitchen.
 |
| Pemandangan malam di kota Cape Town |
 |
| Stesen minyak Engen. Engen adalah syarikat minyak yang terbesar di South Africa. |
 |
| Restoran Mama's Kitchen |
 |
| Pemandangan matahari terbenam di depan restoran |
Menu istimewa yang disediakan untuk dinner malam ini adalah Abalone. Di samping itu ada juga masakan Ikan dan Sayur. Masakan di restoran ini memang sedap.
 |
| Jom masuk ke dalam restoran... |
 |
| Kaunter di hadapan restoran |
 |
| Satu lagi pemandangan kaunter di hadapan restoran |
 |
| Lelaki yang kelihatan di sana adalah pemilik Restoran Mama's Kitchen |
 |
| Ruang makan di dalam restoran |
 |
| Meja yang dikhaskan untuk kumpulan kami |
Macam biasa kalau makan di restoran Cina, ada meja khas yang disediakan untuk kami yang Muslim kerana menu yang disediakan untuk kami adalah seafood. Bagus juga begitu kerana pasti semua yang dihidang di depan kami Halal dan boleh dimakan.
 |
| Shark fin soup |
 |
| Abalone |
 |
| Kuey teow |
 |
| Hidangan Ikan |
 |
| Jemput makan bersama... |
Sebelum meninggalkan Restoran Mama's Kitchen, sempat juga Myself dan Husband berbual-bual dengan pemilik restoran. Tetapi lupa pulak nak tanya namanya. Beliau berasal dari Taiwan dan pada mulanya datang ke South Africa atas jemputan komuniti Cina di sini untuk mengajar calligraphy tulisan Cina. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk menetap di South Africa dan berkahwin dengan orang tempatan lalu membuka restoran ini. Kami tidak bertanya tetapi rasanya dia berkahwin dengan seorang wanita kulit putih tempatan sebab anak lelakinya yang turut melayan kami tadi ada iras-iras macam muka Mat Salleh.
Part 93: Cape Town International Airport
Saat yang menyedihkan akhirnya muncul bila kami tiba di Cape Town International Airport. Afrika memang sebuah benua yang sangat istimewa untuk dilawati dan sangat terasa satu kehilangan bila kami akhirnya terpaksa meninggalkan bumi yang telah dijejaki selama 10 hari ini.
 |
| Cape Town International Airport |
 |
| British Airways Lounge |
 |
| The Emirates Lounge |
Walaupun hanya sebuah ruang terbuka, agak selesa untuk bersolat di sini kerana ia secluded dan tidak jauh dari toilet yang boleh digunakan untuk berwuduk. Ruang yang disediakan juga besar dan dilengkapi dengan carpet.
 |
| Organic Rooibos Tea yang dibeli sebagai souvenir dari South Africa |
 |
| Kafe-kafe di kawasan perlepasan |
 |
| Ruang menunggu di Boarding Area |
 |
| Boarding Pass dari Cape Town (CPT) - Mauritius (MRU) - Kuala Lumpur (KUL) |
Bersambung ke Bahagian 39...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
No comments:
New comments are not allowed.