Sunday 31 January 2021

2021 TRAVEL REVIEW 03 - INDONESIA (BALI & SULAWESI UTARA)

Januari 2021

Travel Review 03: Indonesia
BALI & SULAWESI UTARA

Di zaman pemerintahan Belanda, Indonesia dibahagi kepada 2 kawasan besar yang kini dikenali sebagai Indonesia Barat dan Indonesia Timur. Indonesia Barat terdiri dari 3 pulau utama (Sumatera, Jawa dan Kalimantan) serta pulau-pulau kecil di antaranya. Indonesia Timur pula terdiri dari pulau-pulau yang ke timur dari Jawa seperti Bali, Sulawesi, Papua dan pulau-pulau yang terletak di antaranya. Belanda menjadikan Jakarta sebagai ibukota bagi Indonesia Barat dan Makassar bagi Indonesia Timur.

Selepas bercerita tentang Sumatera dan Jawa di Indonesia Barat, kita teruskan lagi Travel Review kita dengan dua buah lagi kawasan yang pernah kami lawati di Indonesia Timur: Bali dan Sulawesi Utara.

Peta kedudukan Pulau Bali dan Sulawesi Utara (Manado) di Indonesia

Bali

Kami telah berkesempatan berkunjung ke Bali sebanyak 2 kali di tahun 2008 dan 2014. Keunikan Bali terletak pada budaya dan pemandangannya yang indah. Ada banyak tempat menarik yang pernah kami lawati di Bali.

Tanah Lot
 Pura Batu Bolong berhampiran Tanah Lot
Pura Taman Ayun
Garuda Wisnu Kencana
Pura Uluwatu
 Sawah Padi Tengalalang
Pura Tirta Empul
 Goa Gajah
Pura Ulun Danu di Danau Bratan
Monumen Pengeboman Bali
Pemandangan laut dan pantai di Bali juga indah. Ombaknya yang tinggi dan bergulung-gulung menarik ramai peluncur ombak (surfers) datang ke sini.

Ombak yang tinggi dan bergulung-gulung di pantai Bali
Bermain surfing di Bali
Pantai Tanjung Benoa
Pemandangan matahari terbenam di Pantai Seminyak
Sebahagian besar penduduk Bali menganut Agama Hindu. Memang sukar pada mulanya nak digest melihat pemandangan penduduk tempatan Bali yang berbangsa Melayu seperti kita membuat persembahan di Pura. Kedatangan kami pada tahun 2008 bertepatan dengan Hari Ke-300 dalam Kalendar Bali di mana pada tarikh tersebut berbagai perarakan dan upacara sambutan keagamaan Hindu diadakan. Kedatangan pada tahun 2014 pula bertepatan dengan Hari Raya Galungan yang membolehkan kami melihat hiasan-hiasan yang dinamakan Penjor dipasang di merata tempat.

 Pemandangan wanita membuat persembahan di Pura begini sangat biasa dilihat di Bali.
Tak seperti patung-patung Hindu di Malaysia yang berwarna-warni, patung-patung Hindu di Bali diukir dari batu gunung dan dibiarkan dalam keadaan asal tanpa bercat.
 Perarakan keagamaan yang pernah kami lihat di Bali
Upacara keagamaan berhampiran Pura Ulun Danu di Danau Bratan
Penjor (perhiasan dari daun-daun palma) yang dipasang di serata tempat di Bali sempena perayaan Hari Raya Galungan.
Dua persembahan kebudayaan yang pernah kami saksikan pula adalah Barong dan Kecak. Jika dibanding antara keduanya, Myself rasa Kecak lebih menarik untuk ditonton. Tapi perlu sangat berhati-hati dan bacalah ayat-ayat pendinding kerana Kecak diadakan di Pura pada waktu senja dan dimulakan dengan upacara pemujaan Hindu. Mengikut agama kita, waktu senja dan ditambah pula dengan asap dari api pemujaan, memanglah menarik sangat kepada makhluk Tuhan dari dunia lain yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Manalah tahu kalau-kalau mereka seronok nak duduk tengok Kecak di sebelah kita dan ikut bersama balik ke rumah. Pernah juga Myself mendengar cerita dari rakan-rakan bagaimana ahli keluarga mereka terganggu dengan berbagai bayangan selepas menonton Kecak.

Barong yang sedang bermain dengan seekor monyet
Ahli Sihir wanita yang bersekongkol dengan lawan Barong yang bernama Rangda
Pemandangan senja di Teater Kecak di Pura Uluwatu
Pendeta Hindu yang digelar Pedanda sedang memulakan upacara Kecak
Kecak
Bali sangat popular di kalangan pelancong yang datang dari Australia, jadi Myself perhatikan souvenirs yang dijual di sini juga selalunya lebih berkualiti dari di tempat-tempat lain di Indonesia. Kualiti mengikut Standard Australia, mungkin. Babi Guling adalah makanan popular di sini. Memanglah kita tak akan makan Babi Guling bila berkunjung ke Bali, tapi mengikut kata satu keluarga berbangsa Cina dari Malaysia yang travel bersama-sama kami pada tahun 2008 dulu, rasanya tidaklah sedap sangat. Kalau nak cuba juga makanan authentic Bali mungkin boleh pertimbangkan hidangan itik yang dipanggil Bebek Bengil (Dirty Duck), tapi carilah yang Halal.

 Babi Guling
Sewaktu kunjungan pertama kami ke Bali pada tahun 2008 dulu, makanan Halal agar sukar ditemui di pulau ini. Tapi bila berkunjung lagi dalam tahun 2014, dah tak sukar nak mencari makanan Halal. Ini mungkin disebabkan dah ramai Orang Islam yang berkunjung ke Bali. Kami dimaklumkan Orang Islam terutama dari Malaysia mula berkunjung ke Bali selepas Air Asia membuat penerbangan terus dari KL ke Denpasar. Terima kasih, Air Asia. Tiba-tiba rasa rindu pulak kat Air Asia...

Kisah penuh perjalanan kami ke Bali boleh dibaca di sini:

Sulawesi Utara (Manado)

Dari Bali, kita melawat pula ke kota Manado yang terletak di Sulawesi Utara. Disebabkan tak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manado, kami terpaksa membuat transit di Singapura dengan menggunakan pesawat Silkair. Kalau tak mahu transit di Singapore, boleh juga terbang melalui Jakarta, tapi masa keseluruhan perjalanan macam terbang dari Kuala Lumpur ke London!

 Pemandangan Manado di awal pagi
 Pemandangan Pulau Manado Tua dari bilik hotel kami
Jika majoriti penduduk di Bali beragama Hindu, penduduk di sekitar Manado yang rata-rata berketurunan Minahasa ramai yang menganut agama Kristian Protestant. Jadi tak hairanlah jika Manado digelar sebagai Kota 1000 Gereja. Islam adalah agama yang kedua terbesar. Namun sesuatu yang kami perhatikan dengan sangat ketara adalah toleransi agama yang sangat tinggi di antara Kristian dan Islam dalam kehidupan seharian. Masjid dan gereja banyak yang dibina bersebelahan. Walau pergaduhan agama sering berlaku di tempat lain di Indonesia, ia tak pernah berlaku di sini.

Monumen Yesus Memberkati
 Pemandangan kota Manado dari tengah laut
 Salib yang kelihatan di atas bukit sana terletak di Bukit Kasih
Pusat bandar Tomohon di Tanah Tinggi Minahasa
Walaupun Manado adalah sebuah kawasan Kristian, ada beberapa masjid dan kesan sejarah penting berkaitan dengan Islam di sini. Ramai pejuang Islam dari Jawa dan juga pendakwah dari Sumatera yang bernama Imam Bonjol telah dibuang negeri oleh Belanda ke sini. Belanda mengharapkan pejuang-pejuang ini dibenci oleh penduduk tempatan kerana mereka beragama Islam, namun sebaliknya yang berlaku. Para pejuang ini diterima baik oleh masyarakat tempatan yang berketurunan Minahasa dan beragama Kristian. Malah Orang Minahasa juga membantu mempertahankan kesemua mereka dari kekejaman Belanda.

Tempat kediaman Imam Bonjol sewaktu dalam buangan Belanda di Desa Pineleng
Masjid Kyai Modjo yang dibina oleh tahanan buangan Belanda dari Pulau Jawa
Sulawesi Utara juga mempunyai banyak pergunungan yang cantik. Tapi biasalah kan, kalau dah kat Indonesia tu... mesti kesemuanya adalah gunung berapi. Ada yang masih hidup dan ada yang telah mati.

Gunung Klabat
Gunung Lokon
 Kawasan pertanian yang indah di kaki Gunung Mahawu
Kami juga berkesempatan melawat beberapa buah tarikan wisata alam semulajadi: Air Terjun Tunan, Bukit Kasih, Danau Tondano dan Danau Linouw.

Air Terjun Tunan
 Bukit Kasih
Danau Tondano
Danau Linouw
Kota Manado sangat bersih. Makanan Halal juga banyak didapati di Manado. Tapi kalau di luar Manado, mungkin lebih baik menggunakan khidmat Tour Guide tempatan yang boleh memberi nasihat tentang makanan Halal.

Kota Manado yang bersih dan teratur, tapi tetap susah nak melintas jalan.
Kedai makanan Halal tak sukar dicari di Manado
Makanan istimewa ciptaan Belanda dari Manado yang dipanggil Klappertaart
Di Desa Woloan, kami diperkenalkan dengan Rumah Panggung Minahasa yang dibina secara pasang siap. Rumah Panggung ini bukan saja dipasang di Sulawesi, malah dieksport ke seluruh dunia.

Rumah Panggung Minahasa yang dibina secara pasang siap membarisi jalan di Desa Woloan untuk jualan
Manado adalah sebuah pelabuhan feri yang sibuk. Kita dapat melihat feri-feri besar yang berlayar ke kepulauan-kepulauan berhampiran berlabuh di sini.

Feri besar yang sedang berlabuh di Pelabuhan Manado
Jambatan Soekarno di Pelabuhan Manado
Pulau Bunaken yang terletak berhampiran dengan Manado adalah pusat scuba diving yang terkemuka di Indonesia. Ada banyak batu karang di sekitar tapi bagi Myself, pemandangan lautnya biasa-biasa saja dan tak adalah wow sangat.

Pulau Bunaken
Nak pergi snorkeling di Pulau Bunaken
 Terumbu karang di perairan Pulau Bunaken
Pejuang kemerdekaan tempatan yang unggul di kalangan Orang Minahasa adalah Dr. Sam Ratulangi. Dia sangat berpegang kepada slogan orang Minahasa: Sitou Timou Tumou Tou yang bermaksud Manusia Hidup Untuk Menghidupkan Manusia Lain. Kesan sejarah perjuangan Orang Minahasa menentang Belanda ini dapat dilihat di Benteng Moraya. Di sini juga ada waruga-waruga tradisional yang digunakan oleh Orang Minahasa dalam upacara pengebumian mayat sebelum kedatangan agama Kristian.

 Ucapan keramat Sitou Timou Tumou Tou ini turut diabadikan di Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado
 Pakaian tradisional pahlawan Minahasa yang dinamakan Kabasaran
Benteng Moraya
 Waruga-waruga batu yang digunakan untuk pengebumian mayat masyarakat Minahasa Tradisional. Waruga ditempatkan menghadap ke Mongolia kerana leluhur Orang Minahasa dikatakan berasal dari sana.
Waruga-waruga kayu tradisional yang digunakan sebagai tempat persemadian mayat sebelum adanya waruga-waruga batu.
Akhir sekali, satu pengalaman yang sangat-sangat unik kepada kami di Sulawesi Utara ini adalah ketika berkunjung ke sebuah Pasar Ekstrim yang bernama Pasar Beriman Tomohon. Memang banyak makanan extreme yang menjadi makanan khas Orang Minahasa dijual di sini. Di antaranya termasuklah anjing, tikus hutan, kelawar dan ular sawa. Memang tak dapat dibayangkan bagaimana kesemua haiwan ini boleh menjadi makanan special kepada Orang Minahasa. Kalau anda seorang yang penggeli dan tak kuat semangat, elakkanlah dari melawat ke pasar ini.

Pasar Beriman Tomohon
 Anjing Bakar dan Tikus Bakar
Kelawar
Ular Sawa

Kisah penuh perjalanan kami ke Sulawesi Utara boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):