Wednesday, 18 January 2023

2022 BALKANS BHG. 40 (Thessaloniki 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)

Bahagian 40: Greece 3
THESSALONIKI (Thessaloniki Waterfront)

HARI KELAPAN (4)

Part 112: Aristotelous Square

Selepas makan, kami meninggalkan Ladadika kembali ke persisiran pantai untuk membuat lawatan singkat ke Thessaloniki Waterfront sambil berjalan kembali ke bas.

Meninggalkan Ladadika
Ladadika
Fountain di Ladadika
Berjalan menuju ke persisiran pantai
Peringatan untuk penduduk Yahudi Thessaloniki yang ditangkap oleh Nazi dan dibawa ke Kem Auschwitz-Birkenau untuk dibunuh dalam Perang Dunia Kedua.
Bendera Greece dan bendera European Union yang berkibar bersama
Aristotelous Square adalah sebuah dataran awam yang terkenal di Thessaloniki. Di sinilah pelbagai upacara dan perhimpunan awam sering diadakan. Sebuah Christmas Market turut diadakan di sini setiap tahun pada musim Krismas.

Aristotelous Square
Bangunan-bangunan mewah yang mengelilingi Aristotelous Square
Menikmati pemandangan di Aristotelous Square
Electra Palace Hotel di Aristotelous Square adalah hotel paling mewah di Thessaloniki
Bersantai di Aristotelous Square
Aristotelous Square dinamakan sempena seorang saintis dan pemikir agung Greek purba yang bernama Aristotle. Dia dilahirkan di sebuah bandar bernama Stagira di utara Greece dan merantau ke Athens untuk berguru dengan seorang lagi pemikir agung di zaman tersebut yang bernama Plato.

Aristotle adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori bidang sains. Dia gemar membuat pemerhatian dan merekodkan semua pemerhatian yang dibuat. Tidak seperti saintis lain di zamannya, Aristotle sanggup membedah haiwan untuk mempelajari anatomi haiwan tersebut. Kajian sains moden hari ini adalah berasaskan pemikiran Aristotle.

Patung Aristotle di Aristotelous Square
Pandangan lebih dekat patung Aristotle
Pada tahun 343 SM, King Philip II of Macedon mengupah Aristotle menjadi guru kepada anaknya Alexander. Aristotle menghabiskan masa beberapa tahun mengajar Alexander pelbagai bidang seperti falsafah, logik dan matematik. Menggunakan pengetahuan yang diajar oleh Aristotle inilah Alexander menakluk dunia sehingga dia dikenali sebagai Alexander the Great.

Meninggalkan Aristotelous Square

Part 113: Thessaloniki Waterfront

Seperti Ladadika, Thessaloniki Waterfront juga adalah sebuah lagi tempat yang sangat happening. Ia dibina di persisiran pantai Laut Aegean dan dibarisi kedai, hotel dan restoran yang menjadi tumpuan pelancong.

Thessaloniki Waterfront
Berjalan di Thessaloniki Waterfront
Thessaloniki Waterfront hanyalah tempat untuk bersantai. Walau terletak di pinggir Laut Aegean, tiada pantai untuk bermandi-manda di sini.

Bersiar-siar di Thessaloniki Waterfront
Walau terletak di pinggir Laut Aegean, tiada pantai untuk bermandi-manda di Thessaloniki Waterfront
Pemandangan Port of Thessaloniki dapat dilihat dari Thessaloniki Waterfront
Berjalan ramai-ramai menyeberang jalan di Thessaloniki Waterfront
Huruf Greek
Ada banyak kafe terbuka di sepanjang Thessaloniki Waterfront
Bergambar kenangan di Thessaloniki Waterfront
Kapal berlabuh di Thessaloniki Waterfront
Sebuah kebakaran besar yang dinamakan Great Fire of Thessaloniki telah berlaku pada tahun 1917. Ia memusnahkan 2/3 Thessaloniki. Kebakaran yang berlangsung selama 32 jam ini memusnahkan 9,500 rumah kediaman dalam radius 1 km persegi. Ia sangat sukar dipadamkan kerana kekurangan bekalan air. Kebakaran ini akhirnya terpadam sendiri disebabkan pertukaran arah angin yang bertiup.

Seorang arkitek berbangsa Perancis, Ernest Hébrard dilantik untuk membina semula bandar Thessaloniki. Hébrard diarahkan untuk membina semula Thessaloniki dengan gaya Eropah dan bukan gaya Ottoman seperti kota yang telah terbakar. Pembangunan ini meliputi kawasan bermula dari Aristotelous Square sehingga Dimitriou Gounari Street.

Dimitriou Gounari Street
Kawasan Thessaloniki di Dimitriou Gounari Street ini telah dibangunkan semula selepas Great Fire of Thessaloniki 1917.
Keterangan tentang pembangunan semula Dimitriou Gounari Street
Dari sini, kita teruskan lagi berjalan sehingga sampai ke White Tower.

Petunjuk arah
Hotel yang membarisi Thessaloniki Waterfront
Menuju ke White Tower
Aristotelian Theater

Part 114: White Tower

White Tower yang terletak di Thessaloniki Waterfront adalah juga landmark paling terkenal di bandar ini. Menara ini dibina oleh pemerintah Ottoman pada kurun ke-15M di atas sebuah binaan lama Byzantine untuk mempertahankan Pelabuhan Thessaloniki.

White Tower di Thessaloniki
White Tower adalah sebenarnya sebahagian dari tembok kota yang pernah dibina mengelilingi Thessaloniki. Ia dibina di penghujung tembok yang betul-betul berhampiran dengan laut. 

Pandangan lebih dekat White Tower
Sejarah Thessaloniki sendiri bermula bila ia dibuka oleh seorang Raja Macedonia yang bernama Kassandros. Penduduk asalnya adalah penduduk dari 26 buah bandar kecil di sekitar yang berpindah ke sana. Penempatan baru ini dinamakan oleh Kassandros sebagai Thessaloniki, sempena nama isterinya yang juga merupakan adik perempuan kepada Alexander the Great.

Bas Hop-On Hop-Off Thessaloniki yang juga membuat persinggahan di White Tower
City Sightseeing Thessaloniki
Kaunter tiket City Sightseeing Thessaloniki berhampiran White Tower
Sepanjang sejarahnya yang panjang, White Tower telah beberapa kali bertukar nama dan fungsi. Pada kurun ke-18 ia dikenali sebagai Fortress of Kalamaria. Pada kurun ke-19 pula ia dikenali sebagai Tower of the Janissaries dan Tower of Blood.

Nama Tower of the Janissaries diberikan kerana pada ketika itu, menara ini dijaga oleh tentera Ottoman yang digelar Janissaries. Ia juga dinamakan sebagai Tower of Blood kerana pembunuhan beramai-ramai tawanan sering dilaksanakan oleh Janissaries di sini.

Pada tahun 1890, seorang tahanan telah mengecat putih menara ini sebagai pertukaran untuk mendapatkan kebebasan. Walaupun ia tidak lagi berwarna putih kini, nama White Tower kekal digunakan sehingga sekarang.

Menara ini dinamakan White Tower kerana ia pernah dicat putih oleh seorang tawanan yang ingin mendapat kebebasan.
Berjalan ke arah White Tower Garden
Keterangan tentang White Tower Garden
White Tower Garden
Dalam perjalanan meninggalkan Thessaloniki, kami dapat melihat sebuah patung Alexander the Great yang dibina di pinggir Laut Aegean dari atas bas. Patung Alexander ini tidak sebesar yang dibina di Skopje. Kerana itulah Greece menjadi marah bila North Macedonia membina patung yang lebih besar, lebih-lebih lagi kerana Thessaloniki adalah tempat kelahiran sebenar Alexander the Great.

Patung Alexander the Great di Thessaloniki yang diperhatikan dari atas bas.
Pandangan lebih jelas patung Alexander the Great. 
(Gambar dari internet)


Bersambung ke Bahagian 41...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: