Sunday, 5 February 2023

2022 BALKANS BHG. 49 (Sultanahmet & Hippodrome)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)

Bahagian 49: Istanbul 5
ISTANBUL (Sultanahmet & Hippodrome)

HARI KESEPULUH (3)

Part 141: Sultanahmet

Sultanahmet di Istanbul Old City adalah tempat yang wajib dikunjungi sesiapa jua yang melancong ke Istanbul. Di sinilah letaknya beberapa tarikan utama Istanbul seperti Hagia Sophia, Masjid Biru dan Istana Topkapi.

Kota Istanbul Lama dibina di atas 7 buah bukit dan Sultanahmet menandakan bukit yang pertama. Ia dinamakan sempena seorang Sultan Ottoman yang bernama Sultan Ahmed I.

Sultanahmet
Mengikut Mehmet dan Ebrahim berjalan menuju ke Dataran Sultanahmet
Dataran Sultanahmet adalah kawasan tumpuan pelancong yang utama di Istanbul
Runtuhan bangunan purba di Dataran Sultanahmet
Dataran Sultanahmet
Gerai menjual minuman di Dataran Sultanahmet
Setibanya kami di Dataran Sultanahmet, kami diberi penerangan oleh Ebrahim. Kata Ebrahim, Sultanahmet dan Istanbul hanya menjadi kota pelancongan yang popular pada lewat tahun 1970-an. Sebelum itu di zaman Flower Power (zaman Hippies yang sezaman dengan waktu kegemilangan kumpulan Beatles), Istanbul hanya popular di kalangan Hippies sebagai bandar persinggahan dalam perjalanan mereka menuju ke Nepal. Tidak seperti sekarang di mana Dataran Sultanahmet dipenuhi dengan pelancong yang datang untuk menghayati sejarah lampau kegemilangan Kerajaan Byzantine dan Ottoman, dataran ini cuma dipenuhi dengan kereta dan kenderaan yang digunakan oleh golongan Hippies ketika itu.

Mendengar penerangan dari Ebrahim tentang Dataran Sultanahmet
Suhu di Istanbul ketika ini agak nyaman ~ 19'C.
Bangunan Hagia Sophia dapat dilihat dengan jelas dari Dataran Sultanahmet. Hagia Sophia pada mulanya dibina sebagai sebuah Gereja Greek Orthodox oleh Maharaja Byzantine yang bernama Emperor Justinian I. Sewaktu penaklukan Ottoman ke atas Constantinople pada tahun 1453, fungsinya bertukar menjadi sebuah masjid. Namun nama Hagia Sophia yang bermaksud Holy Wisdom tetap dikekalkan. Bila Turkiye menjadi Republik pada tahun 1935, masjid ini ditukar fungsi menjadi sebuah muzium oleh Presiden Turkiye yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk. Walau bagaimanapun, fungsi Hagia Sophia kini telah dikembalikan menjadi sebuah masjid pada tahun 2018 oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan sehingga sekarang. Nama rasmi Hagia Sophia kini adalah Hagia Sophia Grand Mosque.

Pemandangan Hagia Sophia dari Dataran Sultanahmet
Hagia Sophia
Bergambar dengan Kanesh kat depan Hagia Sophia
Pengunjung-pengunjung di Dataran Sultanahmet. Bangunan yang di sebelah kanan adalah Mausoleum of Sultan Ahmed I.
Pemandangan Hagia Sophia dari sudut lain
Myself memang terperanjat melihat betapa panjangnya barisan pengunjung yang hendak masuk melawat ke Hagia Sophia ketika itu. Kata Ebrahim, pemandangan barisan sepanjang lebih 2 km seperti ini adalah perkara biasa setiap hari. Terasa sungguh betapa bertuahnya Myself dan rakan Myself Siti kerana kami dapat masuk 2 kali ke dalam Hagia Sophia tanpa perlu beratur panjang sewaktu kunjungan kami pada bulan Jun lepas. Syukur, Alhamdulillah.

Barisan pengunjung yang sangat panjang nak masuk melawat ke Hagia Sophia sehingga ke depan Blue Mosque.
Ini juga adalah sebenarnya sebahagian barisan pengunjung yang nak masuk ke Hagia Sophia. 
Sebahagian lagi barisan yang berlingkar-lingkar menunggu giliran untuk masuk ke dalam Hagia Sophia.
Sebuah lagi bangunan menarik yang boleh dikunjungi di Dataran Sultanahmet ini ialah Masjid Biru (Blue Mosque). Walau bagaimanapun, kami tidak pergi melawat ke sana kerana sebahagian besar masjid ini sedang ditutup bagi kerja-kerja restorasi.

Masjid Biru (Blue Mosque) yang dinamakan sempena jubin hiasan dalamannya yang berwarna biru.
Pandangan lebih dekat Masjid Biru
Kami juga tidak masuk melawat ke dalam Masjid Biru ini kerana sebahagian besar bangunannya sedang ditutup untuk pembaikan.
Disebabkan kami tak masuk melawat ke kedua-dua Hagia Sophia dan Masjid Biru, kami cuma menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Dataran Sultanahmet. Walau terpaksa miss kedua-duanya, masih banyak benda lain yang boleh dilihat di sini. Maklumlah kerana seluruh kawasan Sultanahmet ini telah diiktiraf sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.

Bersiar-siar di Dataran Sultanahmet
Suasana di Dataran Sultanahmet
Satu lagi pemandangan di Dataran Sultanahmet
Gerai menjual ais kerim

Part 142: Hurrem Sultan Hamami

Sewaktu berjalan-jalan di Dataran Sultanahmet, kami bertemu dengan sebuah bangunan lama yang dinamakan Hurrem Sultan Hamami. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Hamam Diraja oleh gundik Sultan Suleiman The Magnificent yang bernama Roxelana. Walaupun bermula sebagai seorang gundik, Roxelana akhirnya berkahwin dan menjadi isteri sah kepada Sultan Suleiman The Magnificent di mana perkara ini melanggar adat kerana Sultan sebenarnya tidak boleh berkahwin dengan gundik mereka.

Hurrem Sultan Hamami
Pintu masuk ke Hurrem Sultan Hamami
Bumbung bangunan Hurrem Sultan Hamami
Hurrem Sultan Hamami ini kini telah menjadi sebuah spa yang dikendalikan oleh syarikat persendirian. Oleh itu, kita tak boleh nak masuk melawat kalau tidak menempah khidmat spa di dalamnya. Menurut sejarahnya, bangunan Hamam ini dididirikan di atas bekas Roman Bath di zaman Byzantium yang bernama Baths of Zeuxippus.

Hurrem Sultan Hamami ini kini berfungsi sebagai sebuah spa yang dikendalikan oleh syarikat swasta
Bangunan ini didirikan pada tahun 1556 di bawah naungan gundik dan isteri kepada Sultan Suleiman The Maginificent yang bernama Roxelana.
Pemandangan Hurrem Sultan Hamami dari Dataran Sultanahmet

Part 143: Mausoleum of Sultan Ahmed I

Sultan yang membina Masjid Biru, Sultan Ahmed I dan keluarganya turut dikebumikan di Dataran Sultanahmet. Bangunan yang menempatkan makam mereka dikenali sebagai Mausoleum of Sultan Ahmed I dan dibina setentang dengan Masjid Biru.

Mausoleum of Sultan Ahmed I
Pemandangan di depan Mausoleum of Sultan Ahmed I
Keterangan mengenai Mausoleum of Sultan Ahmed I
Keterangan mengenai ahli keluarga Sultan Ahmed I yang dikebumikan di Mausoleum ini.
Pintu masuk ke Mausoleum of Sultan Ahmed I
Sultan Ahmed I adalah Sultan Ottoman yang ke-14. Dia menaiki takhta pada usia 13 tahun dan menghapuskan amalan di mana Sultan yang bertakhta akan membunuh saudara-saudara lelaki mereka untuk kekal berkuasa. Walau bagaimanapun disebabkan banyak mengalami kekalahan dalam peperangan, Empayar Ottoman mula menjadi lemah dan kehilangan banyak tanah jajahan sewaktu di bawah pemerintahan baginda. Sultan Ahmed I meninggal dunia di Istana Topkapi kerana penyakit typhusLegasi peninggalan baginda yang paling terkenal adalah pembinaan Masjid Biru. Selepas kemangkatannya, 3 anak baginda Osman II, Murad IV dan Ibrahim diangkat menjadi Sultan.

Suasana di dalam Mausoleum
Ramai ahli keluarga Sultan yang dikebumikan di sini
Ada laluan untuk pelawat yang disediakan di sekeliling makam
Sultan Ahmed I dikebumikan bersebelahan dengan isteri baginda yang bernama Kösem Sultan. Nama sebenar Kösem Sultan adalah Anastasia dan baginda merupakan anak seorang paderi dari Pulau Tinos di Greece. Sewaktu hayatnya Kösem Sultan adalah seorang wanita yang sangat berkuasa di dalam Empayar Ottoman kerana dia adalah Valide Sultan (Queen Mother) kepada 3 orang Sultan. Malah Kösem Sultan dikatakan sangat mementingkan diri sehingga tidak menghiraukan kepentingan Empayar Ottoman.

Makam yang besar pasti milik seseorang yang rapat dengan Sultan Ahmed I
Makam Sultan Ahmed I
Pemandangan siling Mausoleum
Ramai anggota keluarga Sultan yang dikebumikan di sini dan kita memang tak kenal pun siapa mereka. Namun yang pasti, kesemua mereka beragama Islam dan kita sedekahkan saja Al Fatihah buat roh mereka.

Makam berwarna biru di sebelah kanan adalah milik isteri Sultan Ahmed I yang bernama Kösem Sultan.
Makam yang kecil begini pasti milik anak-anak Sultan yang meninggal dunia sewaktu masih kecil
Pintu keluar dari Mausoleum

Part 144: German Fountain

German Fountain adalah sebuah pancutan air di Dataran Sultanahmet yang dihadiahkan oleh Maharaja Prussia (Kerajaan German Lama) bernama Kaiser Wilhelm II kepada Sultan Ottoman sempena lawatan kedua baginda ke Istanbul pada tahun 1898. Ia dibina di Germany dan dibawa ke Istanbul setelah siap.

Pada mulanya pemasangan fountain ini di lokasinya sekarang dijadualkan pada 1 September 1900 sempena ulang tahun ke-25 pemerintahan Sultan Abdulhamit. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat direalisasikan kerana pemasangannya tidak dapat disiapkan pada tarikh tersebut. Perasmian fountain ini sebaliknya dibuat dengan meriah pada ulang tahun kelahiran Kaiser Wilhelm II pada 27 Januari 1901.

German Fountain
Pandangan lebih dekat German Fountain yang dihadiahkan oleh Maharaja Prussia dari Germany kepada Sultan Ottoman
Keterangan tentang German Fountain
Pemandangan berhampiran German Fountain
Pintu masuk ke Masjid Biru berdekatan German Fountain
Pokok tua di belakang pintu masuk ke Masjid Biru

Part 145: Hippodrome

Selepas melawat German Fountain, kita melawat pula Dataran Hippodrome yang berhampiran. Hippodrome yang terletak di hadapan Masjid Biru ini adalah bekas sebuah stadium lumba kereta kuda (chariot) di zaman Byzantine.

Hippodrome
Sewaktu Hippodrome berfungsi sebagai sebuah stadium lumba kereta kuda, ada tiga buah monumen dibina di tengah-tengah stadium tempat chariot berpusing dalam perlumbaan. Stadium ini telah lama runtuh, yang tinggal kini cuma tiang-tiang tersebut: Obelisk of Theodosius, Serpent Column dan Column of Constantine.

Gambaran Hippodrome di Constantinople pada masa dahulu (Sumber: Internet)

OBELISK OF THEODOSIUS

Obelisk of Theodosius berasal dari Egypt. Tempat asalnya adalah Temple of Karnak di mana ia didirikan oleh seorang Firaun yang bernana Tutmosis pada tahun 1600 SM. Obelisk ini telah dibawa ke Istanbul pada tahun 390 M oleh Maharaja Byzantine yang bernama Theodosius dan didirikan di Hippodrome.

Obelisk of Theodosius di depan sana
Pandangan lebih dekat Obelisk of Theodosius. Tiang tinggi di belakangnya adalah Column of Constantine.
Obelisk of Theodosius
Kemuncak Obelisk of Theodosius
Ukiran Hieroglyph Mesir Purba pada Column of Theodosius
Obelisk ini diletakkan di atas 4 penyokong gangsa yang diletakkan di atas sebuah kiub batu marmar. Pada kiub batu marmar ini terdapat ukiran yang menggambarkan Maharaja Theodosius I, anak-anak dan isteri baginda berserta pembantu-pembantu yang berjasa menegakkan obelisk ini di sini.

Obelisk of Theodosius yang disokong oleh 4 batang penyokong gangsa di atas kiub batu marmar.
Ukiran pada kiub batu menggambarkan Emperor Theodosius I dan sejarah perletakan Obelisk ini di sini.
Di dasar Obelisk juga, tertera dua inscription yang ditulis dalam bahasa Latin dan Greek. Inscription dalam Bahasa Latin menggambarkan perasaan batu obelisk ini sendiri yang berbunyi: "At first I resisted, but I obeyed the order of my great leader. It was necessary to carry the wreath of victory over defeated tyrants, who bowed their necks to Theodosius and his unending line of descendants. They were victorious over me as well, and under supervision of Proklos, I was forced to be erected in thirty days."

Inscription dalam Bahasa Greek pula menggambarkan kekuasaan Theodosius. Ia berbunyi: "Only the Great Emperor Theodosius could dare to erect four stones lying for eternity in the earth. He called upon his assistant Proklos and thus in 30 days the stone was erected".

Ada inscription yang ditulis dalam Bahasa Latin dan Greek di dasar kiub batu ini.

SERPENT COLUMN

Serpent Column pula dibawa ke Istanbul pada kurun ke-4M. Ia dibina dari logam hasil rampasan sewaktu tentera Byzantium menewaskan tentera Persia dalam satu peperangan. Binaan asalnya turut mengandungi sebuah mangkuk di puncaknya yang diperbuat dari emas dan dipegang oleh ukiran 4 ekor ular (serpent). Mangkuk ini telah ditemui oleh ahli arkeologi yang menjalankan kerja-kerja penggalian dan kini ditempatkan di Istanbul Archaeological Museum.

Serpent Column
Pandangan lebih dekat Serpent Column. Pada masa dahulu ada sebuah mangkuk emas yang dipasang di puncak Serpent Column yang dipegang oleh ukiran 4 ekor ular (serpents).
Cuma badan ular yang dibuat dari logam sahaja yang tinggal sekarang.
Aras asal binaan Hippodrome yang dapat dilihat di Serpent Column
Keterangan mengenai Serpent Column

COLUMN OF CONSTANTINE

Column of Constantine di belakang Serpent Column juga dinamakan sebagai Constantine's Obelisk berdasarkan inscription yang dibuat oleh Emperor Constantine VII Porphyrogenitus yang membuat pembaikan kepada tiang ini pada kurun ke-10 M.

Menurut sejarahnya, tiang ini pada asalnya bersalut dengan tembaga. Walau bagaimana tembaga ini telah dicungkil dan dicuri oleh Tentera Salib (Crusaders) dari Eropah yang singgah di Istanbul dalam perjalanan untuk berperang di Palestine.

Column of Constantine
Tiang ini bersalut dengan tembaga pada satu masa dahulu tetapi telah dicungkil dan dicuri oleh Tentera Salib
Lubang-lubang ini mungkin kesan tembaga yang telah dicungkil dulu
Inscription yang ditinggalkan oleh Emperor Constantine VII Porphyrogenitus
Pemandangan menghala ke Obelisk of Thedosius dari belakang Column of Constantine
Bendera yang berkibar di Hippodrome
Kafe di tepi Hippodrome
Di tepi Hippodrome dapat dilihat sebuah bangunan lama yang dulu dikenali sebagai Ibrahim Pasha Palace. Bangunan ini kini menempatkan Museum of Turkish and Islamic Art.

Bangunan Ibrahim Pasha Palace yang kini menempatkan Turkish and Islamic Art Museum
Tiba waktu yang ditetapkan sambil menunggu ahli-ahli Group yang lain berkumpul, sempat juga kami mencuba Ice Cream Dondurma yang popular itu. Di sekitar Hippodrome, ada beberapa buah kedai dan gerai yang menjual ice cream ini.

Kedai Ice Cream Dondurma di Hippodrome
Pemandangan dari dalam kedai ice cream
Selain ice cream, kedai ini turut menjual Turkish Delight
Membayar ice cream yang dibeli di kaunter
Penjual ice cream Dondurma memang terkenal dengan trick mereka


Bersambung ke Bahagian 50...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: