Wednesday 28 February 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 04 (Safwah Tower)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 4: Makkah
HOTEL SAFWAH ROYALE ORCHID & SAFWAH TOWER

Part 9: Hotel Safwah Royale Orchid

Hotel penginapan kami di Makkah adalah Hotel Safwah Royale Orchid. Hotel ini adalah salah sebuah dari beberapa buah hotel yang terdapat di dalam Bangunan Safwah Tower.

Pemandangan keseluruhan bangunan Safwah Tower yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram di Makkah
Bangunan Safwah Tower mempunyai beberapa buah hotel penginapan di dalamnya. Salah sebuah di antaranya ialah Hotel Safwah Royale Orchid.
Tiba di Safwah Tower
Kiosk kopi percuma di depan Bangunan Safwah Tower
Pemandangan menghala ke Masjidil Haram dari depan Safwah Tower
Signboard Hotel Al Safwah Royale Orchid di luar bangunan Safwah Tower
Salah sebuah pintu masuk ke Safwah Tower
Beberapa tingkat di bahagian bawah Safwah Tower terdiri dari kedai-kedai perniagaan individu
Pemandangan di dalam Safwah Tower
Laluan escalator menuju ke Safwah Royale Orchid Hotel
Lobi Lif di Hotel Safwah Royale Orchid
Satu lagi pemandangan di lobi lif yang sama
Kaunter reception di Hotel Safwah Royale Orchid
Lobi di Hotel Safwah Royale Orchid
Pemandangan dari lobi hotel. Masjidil Haram terletak di sebelah kiri dari gambar ini.
Hotel Safwah Royale Orchid adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang. Oleh yang demikian, ia memanglah hotel mewah berbanding hotel-hotel yang pernah menjadi penginapan kami di Makkah sebelum ini. Hotel ini mempunyai 22 tingkat bilik penginapan. Bilik kami terletak di Tingkat 16.

Bilik penginapan kami di Hotel Safwah Royale Orchid
Walaupun bilik penginapan kami terletak di Tingkat 16, tak ada pemandangan menarik yang dapat dilihat dari tingkap bilik. Ini adalah kerana kami mendapat bilik yang menghadap ke air well bangunan Safwah Tower. Ada pilihan ditawarkan untuk menginap di bilik yang mempunyai Haram Partial View, tetapi kenalah menambah kos RM 3,000 seorang untuk menginap di bilik sebegitu. 
 
Perjalanan Umrah kami kali ini memang banyak menggamit kenangan sewaktu datang menunaikan Haji pada tahun 2006 dulu. Mendapat bilik yang mempunyai pemandangan terkurung menghadap ke air well seperti ini adalah satu di antaranya. Untuk rekod, Myself dan Husband mengambil Pakej Haji dengan Tabung Haji Travel ketika itu dan kami mengambil bilik berdua. Kos menginap di bilik berdua ketika itu hanya RM 19,000 seorang dan bukanlah RM 100,000++ seorang seperti sekarang.

Pemandangan keseluruhan bilik penginapan kami
Kemudahan yang tersedia di dalam bilik penginapan
Air Mineral dan kemudahan membancuh teh turut tersedia di dalam bilik
Bilik Mandi
Pakej penginapan Safwah yang standard ditawarkan oleh Syarikat Azzuha hanya termasuk sarapan pagi sahaja. Makan tengahari dan makan malam tidak termasuk dalam pakej penginapan yang standard kerana terdapat sebuah Food Court yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari seluruh dunia terletak hanya setingkat di bawah lobi Hotel Safwah Royale Orchid.

Kami walau bagaimanapun memilih tambahan Fullboard yang termasuk makan tengahari dan makan malam di hotel ini sendiri. Bukan kerana apa, cuma kerana kami malas nak beratur panjang dan memilih-milih makanan yang hendak dimakan di Food Court setiap kali pulang dari Masjid. Pakej Fullboard yang ditawarkan juga mempunyai 2 pilihan: International ataupun Far Eastern. Kami memilih pakej Far Eastern yang terdiri dari makanan Malaysia / Indonesia.

Oleh kerana kami memilih pakej Fullboard, makanan kami disediakan di Restoran Al Diwan ini.
Pilihan pakej makanan yang disediakan di restoran Hotel Safwah Royale Orchid
Pemandangan Restoran Al Diwan di Hotel Safwah Royale Orchid
Makanan dihidang secara buffet setiap waktu makan
Pilihan roti dan pastri dalam sajian breakfast
Pemandangan waktu sesak di Restoran Al Diwan
Contoh hidangan breakfast
Contoh makanan tengahari yang disediakan dalam pakej Far Eastern
TV yang menunjukkan live feed suasana di Dataran Kaabah di kawasan restoran Hotel Safwah Royale Orchid

Part 10: Safwah Tower
 
Kalau berkunjung ke kota Makkah, kita pasti takkan miss pemandangan Menara Jam Besar yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Dataran Masjidil Haram. Kompleks bangunan menara jam ini sebenarnya terdiri dari 7 buah bangunan pencakar langit. Safwah Tower yang terletak betul-betul di sebelah kiri Menara Jam (jika dipandang dari arah Dataran Masjidil Haram) adalah salah sebuah di antara 7 menara ini.

Kompleks Menara Jam Makkah yang terdiri dari 7 bangunan pencakar langit (dipandang dari arah Dataran Masjidil Haram)
Bangunan Safwah Tower adalah bangunan bertingkap kaca biru di sebelah kiri
Pemandangan menghala ke Safwah Tower dari Dataran Masjidil Haram
Pintu masuk ke Safwah Tower dari Dataran Masjidil Haram
Memang sentiasa sesak begini setiap kali selepas habis solat di Masjidil Haram
Seperti yang telah Myself ceritakan di awal tadi, beberapa tingkat di bahagian bawah Safwah Tower adalah terdiri dari kedai-kedai persendirian. Pelbagai barangan dijual di sini yang kebanyakannya adalah terdiri dari kedai menjual pakaian wanita. Kedai-kedai lain termasuklah kedai emas, oud, sejadah, farmasi, kurma dan pelbagai kedai lain.

Bagi mengelakkan kesesakan di luar Masjidil Haram, Myself dan Husband menetapkan tempat pertemuan kami di depan kedai Al Arabi Opticals di Tingkat Bawah Safwah Tower untuk pulang bersama ke hotel setiap kali selepas solat.
Pelbagai kedai jualan di Tingkat Bawah Safwah Tower
Farmasi
Safwah Tower juga mempunyai dua tingkat Food Court yang menjual pelbagai makanan dari seluruh dunia. Food Court ini terletak satu tingkat di bawah aras lobi-lobi hotel. Kalau anda seorang foodie, memang boleh rambang mata melihat semua pilihan makanan yang dijual.

Food Court di Safwah Tower
Kedai Ais Kerim
Pelbagai pilihan ais kerim ada di sini
Pizza dan Shawarma beserta Nasi Arab dijual dengan begitu banyak di sini
World Restaurant
Roti Canai dan Murtabak turut dijual di sini
Di Safwah Tower ini juga terdapat 2 buah restoran yang menjual makanan Malaysia. Sebuah restoran dimiliki oleh Felda D'Saji manakala yang sebuah lagi adalah Restoran Nur Muhammad. Kami lupa pulak nak ambil gambar Restoran Nur Muhammad untuk diletakkan dalam blog ini. Selain di Makkah, Restoran Nur Muhammad juga ada cawangan di Cairo dan Istanbul yang pernah Myself kunjungi sebelum ini.

Restoran D'Saji milik Felda yang menjual makanan Malaysia
Antara makanan Malaysia yang dihidang di Restoran D' Saji
Kalau membeli makanan di Food Court ini walau bagaimanapun, kenalah bersedia untuk membeli secara bungkus. Ini adalah kerana tempat duduk yang disediakan sangat terhad berbanding bilangan pengunjung yang datang. 

Tempat duduk yang disediakan untuk makan di Food Court
Bilangan tempat duduk yang disediakan sangat terhad berbanding pengunjung yang datang
Restoran favourite kami di Food Court ini ~ Sultan Restaurant
Antara pilihan makanan yang dijual di Sultan Restaurant
Disebabkan meja makan yang terhad, ramai yang duduk bersila di lantai menikmati makanan.
Escalator ke aras Lobi Hotel dari aras Food Court. Ada beberapa buah hotel lain yang juga beroperasi di dalam Safwah Tower selain dari hotel penginapan kami, Safwah Royale Orchid Hotel.
Kesesakan di escalator Safwah Tower setiap kali selepas habis waktu solat
Seperti yang pernah Myself ceritakan di awal dulu juga, ada 2 jenis visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan pengunjung masuk ke negara ini: Visa Umrah dan Visa Pelawat. Pemegang Visa Umrah boleh mendapat rawatan percuma di Klinik Kerajaan Arab Saudi jika diperlukan. Salah sebuah klinik ini yang bernama Ajyad Hospital Emergency turut terletak di dalam Safwah Tower.

Pintu masuk ke Ajyad Hospital Emergency di Safwah Tower

Part 11: Masjid Safwah Tower

Safwah Tower, Menara Jam dan beberapa menara lain yang membentuk kompleks Makkah Clock Towers adalah sebenarnya didirikan di dalam tanah wakaf Masjidil Haram. Kami diberitahu disebabkan hotel-hotel di dalam kompleks menara ini dibina dalam tanah wakaf masjid, sebahagian dari keuntungan turut disalurkan untuk kegunaan Masjidil Haram.

Disebabkan faktor ini, surau (yang dipanggil Masjid) di dalam Safwah Tower adalah juga sebahagian dari Masjidil Haram. Jemaah yang bersolat di masjid ini adalah berimam dengan Imam Masjidil Haram.
 
Seluruh kawasan di aras ini di Safwah Tower didedikasikan sebagai Masjid. Pintu di depan dan pintu-pintu di sebelah kanan adalah ruang solat lelaki manakala pintu di sebelah kiri adalah ruang solat untuk wanita.
Tempat letak kasut disediakan di pintu masuk utama ke ruang Masjid.
Pemandangan di pintu masuk utama ke ruang solat lelaki
Ruang solat yang disediakan sangat luas sehingga jauh ke belakang sana
Masjid ini juga adalah satu rahmat bagi Myself dan Husband kerana kami ditakdirkan mengalami batuk teruk bermula dari hari ketiga kami tiba di Makkah. Dengan keadaan badan yang tidak sihat dan jadual waktu solat yang agak rapat bermula dari waktu Zohor sehingga ke waktu Isyak (purata selang 2 - 2 ½ jam antara setiap waktu) disebabkan Musim Dingin dan waktu siang yang pendek di kota Makkah ketika itu, kami memang tak terdaya nak berkejar ke Masjidil Haram untuk bersolat setiap waktu di sana. Maka di masjid inilah kami bersolat jemaah dengan berimamkan Imam Masjidil Haram.

Pemandangan dari ruang solat lelaki di Masjid ini juga sangat istimewa kerana terdapat dinding kaca yang luas dengan pemandangan menghadap ke Masjidil Haram.

Pemandangan menghadap Masjidil Haram di ruang solat lelaki
Pemandangan pintu masuk ke Tempat Saie di Masjidil Haram dari ruang solat lelaki.
Menikmati pemandangan Masjidil Haram dari ruang solat lelaki di Masjid Safwah Tower
Satu lagi pemandangan di ruang solat lelaki
Mushaf-mushaf Al Quran seperti yang terdapat di dalam Masjidil Haram turut disediakan di dalam Masjid ini.
Pemandangan menghala ke luar dari dalam masjid
Okey, kita dah tengok suasana Masjid Safwah Tower di ruang solat lelaki. Bagaimana pula dengan suasana di ruang solat wanita? Malangnya tak seperti ruang solat lelaki tadi, ruang solat wanita adalah ruang yang benar-benar tertutup. Tak ada langsung pemandangan Masjidil Haram yang dapat dilihat dari ruang solat wanita.

Pemandangan ruang solat wanita yang tertutup di Masjid Safwah Tower
Menunggu Solat Jemaah bermula
Myself dan Husband pernah berpuasa sunat pada satu Hari Isnin sewaktu berada di kota Makkah. Untuk kemudahan berbuka puasa, kami memutuskan untuk Solat Maghrib di Masjid Safwah Tower. Tak sangka pulak rupa-rupanya pengurusan Safwah Tower menaja iftar untuk jemaah di masjid ini yang berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Iftar yang disediakan di bahagian belakang masjid untuk jemaah yang berpuasa.
Ini pula adalah iftar yang disediakan untuk jemaah wanita
Makanan yang disediakan untuk iftar ~ Air Mineral, Buah Kurma, Yogurt dan Fresh Laban (Susu Segar). Sewaktu dijemput Iftar di belakang Masjid, ingatkan ada Nasi Briyani yang disediakan. Hahaha!!
Masjid Safwah Tower juga adalah tempat yang baik untuk menikmati pemandangan Masjidil Haram di waktu senja dan malam.

Pemandangan Masjidil Haram di waktu senja
Pemandangan Kota Makkah ketika matahari terbenam
Pemandangan King Fahd Gate di Masjidil Haram setelah matahari terbenam
Pemandangan Jemaah yang bergegas untuk bersolat di dalam Masjidil Haram
Menunggu Solat Jemaah bermula


Bersambung ke Bahagian 5...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):