Tuesday, 2 June 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 05 (Evening Game Drive 2)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)

Bahagian 5: South Africa
PILANESBERG NATIONAL PARK [ Evening Game Drive 2 & Boma Dinner ]

HARI KEDUA (4)

Part 10: Evening Game Drive (2)

Perjalanan kami dengan Evening Game Drive diteruskan lagi...

Meneruskan pencarian Evening Game Drive
Bersaing-saing dengan kenderaan Game Drive yang lain
Pemandangan petang di Pilanesberg National Park
Semakin petang menjelang, suasana juga menjadi semakin indah di Pilanesberg National Park.
 
Selepas Badak Sumbu, kami bertemu pula dengan Gajah yang merupakan haiwan Big 5 kami yang kedua. Gajah yang dilihat adalah dari spesies African Elephant yang lebih besar berbanding Asian Elephant yang sering kita lihat di Malaysia. Ada Myself terbaca yang kedua-dua Gajah Asia dan Afrika boleh dibezakan dengan melihat bentuk telinga mereka. Telinga Gajah Afrika seakan berbentuk peta Afrika manakala telinga Gajah Asia pula seakan berbentuk negara India.

Gajah
Perhatikan telinga Gajah Afrika ini yang berbentuk seakan peta benua Afrika
Gajah adalah haiwan yang gemar berkumpulan. Kita boleh mengetahui usia gajah dengan melihat kepada gadingnya. Ini adalah kerana gading gajah sentiasa membesar sepanjang hidup gajah. Kalau gading Sang Gajah panjang, itu bermakna gajah tersebut telah tua. Tetapi bukan semua gajah memiliki gading. Hanya Gajah Afrika (kedua-dua jantan dan betina) serta Gajah Asia jantan sahaja yang memiliki gading. Gajah Asia betina tidak memiliki gading.
 
Gajah yang gemar berkawan dan bergerak dalam kumpulan
Anak Gajah yang comel
Gajah Afrika ini memang sangat besar
Family Gajah
Goodbye, Gajah!
Haiwan seterusnya yang dapat kami lihat adalah haiwan kebangsaan bagi negara South Africa yang bernama Springbok. Haiwan ini dipilih menjadi mascot South Africa kerana ketangkasannya di mana dia mampu melompat setinggi 2 meter dan berlari selaju 88 km/jam. Disebabkan ketangkasan ini juga, Springbok turut menjadi nama bagi pasukan rugby kebangsaan South Africa.

Nampak tak Springbok yang tengah bersembunyi di sana?
Close-up nak mengintai Springbok
Springbok
Haiwan yang juga menarik perhatian kami ialah Zirafah. Memang majestic melihat Zirafah liar memakan pucuk daun-daun pokok yang tinggi di tengah kawasan bush.
 
Zirafah
Mengintai siapa yang tiba di Pilanesberg National Park
Wajah Zirafah dari dekat
Zirafah terkenal dengan lehernya yang panjang. Bukan sekadar itu, Zirafah juga memiliki lidah yang panjang. Selain leher yang panjang ini, lidah yang panjang juga sangat membantu untuk mencapai pucuk-pucuk daun pada pokok yang tinggi. Mereka juga jarang meminum air kerana mendapat bekalan air dari pucuk-pucuk daun pokok yang dimakan.
 
Zirafah memakan pucuk pokok
Pandangan dari sisi
Disebabkan ketinggiannya, Zirafah mampu mengesan kehadiran musuh dari kejauhan lagi
Zirafah sedang melintas jalan
Beginilah suasana bila kenderaan Game Drive berhenti untuk melihat hidupan liar
Menikmati pemandangan mentari yang sedang terbenam di Pilanesberg National Park
Mentari yang sedang terbenam di Pilanesberg National Park
Sedang kami seronok melihat zirafah, ranger kami bergegas bergerak memandu kereta dengan laju nak menuju ke suatu tempat. Rupa-rupanya dia baru mendapat info tentang lion sighting dan ingin membawa kami ke sana.

Sebenarnya jarang sangat singa dapat dilihat sewaktu Game Drive. Memang kami sangat bertuah kerana sekumpulan singa ini seolah-olah sengaja menanti kedatangan kami di tengah jalan. 

Singa yang menanti di tengah jalan
Singa digelar sebagai King of the Jungle tetapi mereka sebenarnya tinggal di kawasan berumput. Walaupun digelar King of the Jungle, singa jantan hanya duduk menjaga kawasan kediaman sahaja. Kerja-kerja memburu semuanya dibuat oleh singa betina. Namun begitu, singa betina yang baik hati tetap membawa pulang hasil buruan kepada singa jantan sebagai menghargai jasanya menjaga kawasan kediaman.

Singa betina di tengah semak
Menguap keletihan
Regal sungguh nampaknya 😊
Berjalan dengan selamba di tepi kenderaan kami
Singa yang ini memakai kalung pada lehernya. Mungkin dipakaikan untuk tujuan penyelidikan
Membawa geng jalan bersama
Melepak dengan selamba di tepi kereta
Singa hidup berkumpulan. Mereka juga memburu secara berkumpulan. Kalau singa jantan mengaum, ia boleh didengari sehingga sejauh 8 km.

Singa Jantan
Simba
Risau juga kita melihat dia menghendap kat kita begini! 😅
Melayan peminat yang datang melawat. Hahaha!!
Alhamdulillah, sebaik selepas kami selesai melihat singa, hari terus menjadi gelap. Dah tiba masa untuk kami keluar dari sini. Lagi pula, memang dah susah nak melihat haiwan dalam suasana yang gelap begitu. Cuaca pun dah semakin sejuk, dengan tiba-tiba suhu jatuh dari 17'C menjadi 6'C seiring terbenamnya mentari. Game Drive ini akan disambung lagi pada pagi esok sewaktu matahari sedang terbit.

Hari dah bertukar gelap di Pilanesberg National Park
Dah tiba masa untuk kami pergi
Masih mengintai kalau-kalau ternampak mana-mana haiwan dalam perjalanan pulang. Di kejauhan sana kelihatan seekor zirafah.

Part 11: Boma Dinner

Dalam perjalanan pulang ke Bakubung Lodge, kami singgah makan malam di tengah jalan. Hidangan dinner pada malam ini disediakan secara Boma Dinner yang menghidangkan makan malam secara native African.

Tiba di tempat Boma Dinner
Tempat dinner ini dibuat bagaikan kampung tradisional Afrika. Di sana-sini ada unggun api disediakan. Pada masa dahulu, ia digunakan untuk memasak, memanas badan dan juga menghalau binatang liar. 
 
Unggun-unggun api begini disediakan di serata kawasan Boma Dinner
Tandas awam yang dibina menyerupai kandang lembu tradisional yang dinamakan kraal.
Persembahan tarian dari sekumpulan anak-anak muda African
Makan malam disediakan secara buffet di dalam pondok-pondok tradisional. Kebanyakan makanan disediakan dengan cara bakar kerana begitulah cara masakan Afrika yang tradisional. Yang paling best, daging ayam dan lembu yang disediakan di sini adalah Halal.

Meja makan yang disediakan di Boma Dinner
Kaunter hidangan makanan
Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan
Cerek untuk memasak air panas
Meja makan reserved untuk kumpulan kami
Pilihan dinner kami
Sambil makan malam, ada berbagai hiburan disediakan untuk pengunjung.

Tarian tradisional Afrika
Disebabkan cuaca agak sejuk malam itu, ramai yang menumpang memanaskan badan dekat unggun api
Unggun api dekat pintu masuk
Bergambar kenangan dengan Ranger Sol

Part 12 : Kembali Ke Bakubung Lodge

Selepas dinner, kami kembali ke Bakubung Lodge untuk bermalam.

Tiba kembali ke Bakubung Lodge
Pintu masuk ke reception counter
Setibanya di Bakubung Lodge, kami dikehendaki pergi ke reception counter untuk membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik. Seperti yang dijanjikan pada petang tadi, semua bagasi telah pun dihantar masuk ke bilik oleh pihak hotel.
 
Membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik di reception kaunter
Bilik penginapan di Bakubung Lodge terletak di bangunan yang berasingan dengan bangunan reception. Dalam perjalanan ke sana kami dapat melihat bintang yang sangat indah bertaburan di langit. Pemandangan bintang sebegini dapat dilihat jelas kerana kawasan Pilanesberg National Park bebas dari pencemaran cahaya.

Bintang yang indah bertaburan di Pilanesberg National Park
Kami juga mendapat bilik yang besar dan luas di Bakubung Lodge. Maklum sajalah kerana Bakubung Lodge adalah sebenarnya sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang.

Bilik penginapan kami di Bakubung Lodge
Kemudahan yang disediakan di dalam bilik
Bilik mandi yang besar dan luas di Bakubung Lodge
Toffee yang diberi percuma sebagai Welcome Gift


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
  • Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
  • Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
  • Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
  • Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
  • Bhg. 05 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
  • Bhg. 06 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
  • Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
  • Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
  • Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
  • Bhg. 10 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
  • Bhg. 11 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
  • Bhg. 12 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
  • Bhg. 13 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
  • Bhg. 14 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
  • Bhg. 15 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 1)
  • Bhg. 16 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 2)
  • Bhg. 17 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
  • Bhg. 18 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
  • Bhg. 19 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
  • Bhg. 20 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
  • Bhg. 21 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
  • Bhg. 22 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
  • Bhg. 23 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
  • Bhg. 24 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
  • Bhg. 25 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
  • Bhg. 26 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
  • Bhg. 27 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
  • Bhg. 28 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
  • Bhg. 29 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
  • Bhg. 30 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
  • Bhg. 31 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->>  Mauritius
  • Bhg. 32 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
  • Bhg. 33 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
  • Bhg. 34 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)