Wednesday, 26 August 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 41 (Chamarel)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(MAURITIUS: Curepipe, Grand Bassin Lake & Chamarel)
 
Bahagian 41: Mauritius
CHAMAREL [Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth]

HARI KESEBELAS (3)

Part 102: Black River Gorges

Dari Ganga Talao, kami dibawa pula ke Black River Gorges untuk melihat pemandangan di sana.

Gerai minuman di tempat parking kenderaan Black River Gorges
Dari tempat parking, kami dibawa berjalan menerusi sebuah laluan untuk menuju ke Viewpoint. Di sepanjang jalan menuju ke Viewpoint ini, ada barisan gerai-gerai yang menjual cenderamata.

Laluan menuju ke Black River Gorges Viewpoint
Melalui gerai-gerai cenderamata untuk menuju ke Viewpoint
Sebahagian dari gerai cenderamata
Antara cenderamata yang dijual
Dah hampir sampai ke Viewpoint
Posing dulu untuk membuktikan kita dah sampai ke sini
Black River Gorges adalah Taman Negara yang terbesar di Mauritius. Disebabkan kawasannya besar dan kami cuma mempunyai masa yang terhad, kami cuma dibawa melihat pemandangan Black River Gorges dari Viewpoint ini sahaja.

Black River Gorges Viewpoint
Black River Gorges Viewpoint
Black River Gorges Viewpoint
Black River Gorges Viewpoint
Pemandangan yang dapat dilihat di sini hanyalah jurang dalam yang dikelar oleh Black River (Rivière Noire). Jurang ini dipenuhi dengan hutan belantara. Sungai yang membelahnya punya mempunyai kepanjangan 12 km dan merupakan anak sungai (stream) yang terbesar di Mauritius. 

Black River Gorges
Black River Gorges
Air Terjun di Black River Gorges
Satu lagi pemandangan air terjun di Black River Gorges
Black River mendapat namanya dari batu-batu hitam yang terdapat di sepanjang sungai. Kalau nak melihat batu-batu hitam ini, kenalah hiking di dalam taman negara. Inilah pemandangan yang akan dilihat kalau kita membuat hiking di Black River:

Black River Gorges, Mauritius [Gambar dari internet]
Black River Gorges, Mauritius [Gambar dari internet]
Kalau tidak membuat hiking seperti kami, ini sajalah pemandangan yang dapat kita lihat...

Black River Gorges
Black River Gorges 
Tempat rehat di Black River Gorges Viewpoint
Berjalan keluar dari Black River Gorges Viewpoint
Melalui semula gerai-gerai souvenir sewaktu nak pulang ke tempat parking

Part 103: Flamboyant Chamarel Cafe

Destinasi kami yang seterusnya adalah tarikan pelancongan utama di Mauritius yang dinamakan Seven Coloured Earth. Namun sebelum itu, kami dibawa singgah sebentar di sebuah restoran local yang bernama Flamboyant Chamarel Cafe.
 
Flamboyant Chamarel Cafe terletak di tepi sebatang jalan yang sempit. Bas cuma menurunkan kami di depan kafe dan terus berlalu pergi kerana tiada tempat yang sesuai untuk parking di sini.

Turun dari bas di Flamboyant Chamarel Cafe
Flamboyant Chamarel Cafe
Bas bergerak pergi selepas meninggalkan kami
Oleh kerana lunch tidak disediakan di Holiday Inn Mon Tresor tadi, ramai yang mengambil kesempatan untuk lunch di sini. Makanan yang disediakan adalah set makanan tipikal Indian seperti yang selalu kita jumpa di kedai-kedai Mamak di Malaysia. Antara hidangan yang popular adalah Nasi Briyani memandangkan owner restoran adalah seorang rakyat Mauritius yang berketurunan India.
 
Pemandangan menghala ke luar tingkap dari Flamboyant Chamarel Cafe
Suasana di dalam Flamboyant Chamarel Cafe
Satu lagi suasana di dalam Flamboyant Chamarel Cafe
Myself dan Husband cuma duduk minum-minum di sini memandangkan kami dah makan Maggi Mee sebelum memulakan tour tadi. Walaupun cuma kedai local, harga minumannya mahal, kira-kira MUR 200 (RM 17) untuk segelas oren dan segelas mango juice. Kata Pengyou yang makan di sini, harga makanannya pun mahal, sekitar MUR 1,000 (RM 90) sepinggan untuk meal yang terdiri dari set nasi dan lauk ayam. Tetapi itu mungkin harga tipikal untuk makanan di Mauritius.

Disebabkan Myself dan Husband tidak memiliki matawang Mauritian Rupee, kami membayar minuman menggunakan US Dollar. Sekadar untuk makluman, kadar tukaran Ringgit Malaysia dengan Mauritian Rupee adalah MUR 1 = MYR 0.90. Kalau dibanding dengan Indian Rupee pula, nilai Mauritian Rupee adalah lebih tinggi di mana MUR 1 = INR 2.

Mango Juice & Orange Juice yang berharga RM 17.
Antara menu makanan yang disediakan di Flamboyant Chamarel Cafe
Disebabkan kami cuma minum-minum dan tidak makan, Myself dan Husband keluar awal dari Flamboyant Chamarel Cafe lalu duduk menunggu di sebuah bus stop di seberang jalan. Selepas mereka dah selesai makan, semua Pengyou turut menyertai kami.

Berjalan ke bus stop di seberang jalan
Bus stop di seberang jalan
Sesuatu yang kami jumpa di bus stop ini adalah patung Kristian seperti yang banyak kami lihat sewaktu berkunjung ke Sri Lanka dulu. Mungkin disebabkan keturunan penduduk Mauritius ramai yang berasal dari benua kecil India yang turut termasuk Sri Lanka, budaya mereka di sini memang sangat seiras dengan budaya yang ada di sana.

Patung Kristian di tepi bus stop
Pandangan lebih dekat patung Kristian

Part 104: Chamarel Waterfall

Selepas dah recharge di Flamboyant Chamarel Cafe, kami semakin bersemangat untuk meneruskan Half Day Tour di Mauritius.
 
Persinggahan kami seterusnya adalah Chamarel Waterfall yang terletak di kawasan yang sama dengan Seven Coloured Earth. Kawasan ini sebenarnya adalah juga sebahagian dari Black River Gorges National Park yang kita lawati tadi.

Berjalan menuju ke Chamarel Waterfall
Tiba di Chamarel Waterfall
Dengan ketinggian melebihi 100 meter, Chamarel Waterfall adalah air terjun yang tertinggi di Mauritius. Tetapi selepas melihat Victoria Falls yang sangat hebat di Zimbabwe dan Zambia, terasa macam air terjun ini tidaklah sehebat mana.😅

Chamarel Waterfall Viewpoint
Mengambil gambar Chamarel Waterfall
Bergambar dengan Chamarel Waterfall
Bergambar berdua pulak
Tanah di sekeliling Chamarel Waterfall jelas menunjukkan pembentukannya yang terdiri dari 2 peringkat geologi yang berlainan. Lapisan yang di sebelah bawah terdiri dari brecciated basalt yang terbentuk sekitar 10 - 8 juta tahun dahulu manakala lapisan yang di sebelah atas pula terbentuk sekitar 3.5 - 1.7 juta tahun dahulu.
 
Chamarel Waterfall
Tanah yang membentuk Chamarel Waterfall terdiri dari 2 lapisan pembentukan geologi
Sumber Chamarel Waterfall adalah St. Denis River.

Kemuncak Chamarel Waterfall
Satu lagi pemandangan Chamarel Waterfall

Part 105: Seven Coloured Earth 
(La Terres des Sept Couleurs)

Satu tempat yang sangat menarik untuk dilawati di Mauritius, walaupun anda hanya mempunyai masa yang sangat singkat di negara ini seperti kami, adalah Seven Coloured Earth. Ia terletak betul-betul di sebelah Chamarel Waterfall.

Berjalan dari Chamarel Waterfall menuju ke Seven Coloured Earth
Tangga naik menuju ke Seven Coloured Earth
Laluan ke Seven Coloured Earth
Peta Seven Coloured Earth Geopark
Ada tiket dikenakan untuk masuk melawat ke Seven Coloured Earth. Bagi kami, segala-galanya diuruskan oleh Tour Guide Brenda.

Pintu masuk ke Seven Coloured Earth
Pemandangan pertama Seven Coloured Earth
Seven Coloured Earth adalah sebuah kawasan berpasir yang terdiri dari 7 warna: merah, violet, hijau, biru, ungu, perang dan kuning. Berjalan di kawasan berpasir ini bolehlah diibaratkan seperti berjalan di atas pelangi. 😁

Seven Coloured Earth
Tujuh warna pasir yang membentuk Seven Coloured Earth
Tarikan alam semulajadi yang menarik di Mauritius
Brenda memberi penerangan tentang Seven Coloured Earth
Kisah pembentukan Pulau Mauritius
Seven Coloured Earth terbentuk dari letusan gunung berapi yang turut memberi kelahiran kepada Pulau Mauritius. Letusan ini berlaku sekitar 1.7 - 3 juta tahun yang lalu. Lava yang mengalir menyejuk sehingga menjadi batuan basalt. Bila disinar kepanasan matahari iklim tropika, ia memecahkan komponen kimia yang berada di dalam batuan tersebut. Bahan seperti iron dan aluminium oxide yang terdapat di dalam tanah seterusnya menimbulkan lapisan-lapisan berwarna seperti yang kita lihat.

Lapisan-lapisan tanah yang berwarna-warni di Seven Coloured Earth
Papan keterangan tentang pembentukan geologi Seven Coloured Earth
Penunjuk arah
Kawasan Seven Coloured Earth ini tidaklah terlalu besar. Ia boleh dikelilingi dengan berjalan kaki sekitar setengah jam. Ada laluan pejalan kaki yang proper disediakan di sekeliling kawasan supaya pengunjung tidak memijak tanah. Warna merah dan perang pada tanah ini berasal dari kandungan besi manakala warna biru dan ungu pula berasal dari kandungan aluminium.

Laluan pejalan kaki yang disediakan mengelilingi Seven Coloured Earth
Bergambar di Seven Coloured Earth
Bergambar berdua dengan Husband pulak
Tanah yang berwarna merah dan perang menunjukkan kehadiran kandungan besi manakala tanah yang berwarna biru dan ungu pula menunjukkan kehadiran kandungan aluminium
Pengunjung yang berjalan mengelilingi Seven Coloured Earth
Bergambar dengan Pengyou yang berasal dari Sarawak
Di Seven Coloured Earth juga ada disediakan sebuah sanctuary Aldabra Giant Tortoise yang berasal dari Aldabra Atoll di kepulauan Seychelles. Reptilia purba ini adalah antara spesies kura-kura yang terbesar di dunia dan diketahui mempunyai hayat yang sangat panjang sehingga kadang-kala melebihi 150 tahun.

Laluan ke sanctuary Aldabra Tortoises
Jom kita tengok kura-kura dengan lebih dekat...
Kura-kura gergasi dari Pulau Seychelles
Aldabra Tortoise
Satu ketika dahulu haiwan ini telah hampir pupus di muka bumi. Namun berkat usaha pemuliharaan, spesies Aldabra Giant Tortoise telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan populasi.
 
Melihat kura-kura gergasi dengan lebih dekat
Keterangan mengenai Aldabra Giant Tortoises
Kura-kura ini adalah sejenis haiwan herbivore yang hanya memakan tumbuhan
Selepas dah melihat kura-kura gergasi, kita kembali melihat Seven Coloured Earth. Mengikut kajian sains, lapisan-lapisan tanah yang berwarna-warni ini telah kekal sebegini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Suatu fakta yang menarik ialah jika tanah ini tercampur antara satu sama lain atas sebarang sebab, seperti hanyut ketika hujan lebat atau diterbangkan oleh tiupan angin kuat, ia akan perlahan-lahan kembali membentuk jaluran-jaluran warna asal mereka. Ini adalah kerana mineral di dalam tanah mengandungi sifat-sifat magnet yang sentiasa menarik dan menolak sesama mereka.

Jaluran warna tanah yang akan kembali kepada bentuk asal walau dikacau-ganggu dengan apa juga cara
Pemandangan gunung di belakang sana adalah Piton de la Petite Rivière Noire (Black River Peak)
Tanah yang berwarna hijau di sana menunjukkan terdapat kandungan aluminium oxide di dalamnya
Pusat pemeliharaan lebah di perkarangan Seven Coloured Earth
Jaluran warna tanah di Seven Coloured Earth kelihatan paling cantik di bawah sinaran mentari yang terang. Namun begitu, cuaca agak mendung sewaktu kami tiba di sini. Bila hari dah semakin petang, cuaca menjadi semakin baik dan mentari mula menyinar terang, terutama di kawasan yang terletak di atas bukit yang sedikit tinggi dari kawasan pintu masuk. Maka, ke sanalah kami pergi untuk menikmati pemandangan yang lebih indah di situ.
 
Laluan naik ke atas bukit
Viewpoint di atas bukit
Melihat pemandangan dari atas bukit
Pemandangan Seven Coloured Earth yang lebih terserlah di bawah sinaran matahari
Jaluran 7 warna di Seven Coloured Earth
Pemandangan menghala ke pintu masuk
Bergambar dengan berlatar belakangkan Piton de la Petite Rivière Noire (Black River Peak)
Piton de la Petite Rivière Noire (Black River Peak)
Satu lagi pemandangan Piton de la Petite Rivière Noire (Black River Peak)
Dah tiba masa untuk pulang...
Seven Coloured Earth adalah satu pemandangan yang unik di Pulau Mauritius, namun ia bukanlah satu-satunya pemandangan sebegini di seluruh dunia. Malah ada sebuah lagi kawasan yang dinamakan 23 Coloured Earth di Mauritius tetapi kami tidak sampai ke sana. Di samping Pulau Mauritius, pemandangan seperti ini juga boleh dilihat di Peru (Rainbow Mountain), Argentina (Cerro de los Siete Colores, Purmamarca) dan di China (Zhangye-Danxia-Geopark). Mungkin kita boleh pergi melihat pemandangan yang ada di China pulak selepas ini sebab ia dekat sedikitlah dengan Malaysia. 😂
 
Seperti juga di kebanyakan tempat pelancongan yang lain di seluruh dunia, pengunjung ke Seven Coloured Earth perlu keluar menerusi kedai cenderamata.

Bergambar di luar kedai souvenir di Seven Coloured Earth
Suasana di dalam kedai souvenir Seven Coloured Earth
Pelbagai cenderamata yang dijual di dalam kedai
Burung Dodo
Rempah-ratus dari Mauritius
Honey & Citrus Jam
Selepas dah keluar dari kedai baru kita tahu yang ada sebuah souvenir menarik yang juga sebenarnya dijual di situ ~ pasir dari Seven Coloured Earth ini sendiri. Ia dijual di dalam botol seperti tabung uji di mana kalau kita menggoncang untuk mencampur pasir di dalamnya, kita boleh melihat bagaimana ia kembali menyusun diri kepada jaluran warna asal.

Pasir yang dijual di Seven Coloured Earths [Gambar dari internet]
Laluan turun ke tempat parking bas


 Bersambung ke Bahagian 42...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: