Wednesday, 31 May 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 09 (La Spezia - Bologna)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 9 : Italy
LA SPEZIA - BOLOGNA

HARI KETIGA (4)

Part 20: Menuju Ke Bologna

Destinasi kami seterusnya adalah Bologna yang terletak 213 km dari La Spezia di mana kami akan bermalam. Bologna menjadi pilihan untuk bermalam kerana ia terletak lebih hampir dengan destinasi lawatan kami pada esok hari ~ Venice. Tidak seperti Cinque Terre yang terletak di sebelah pantai barat, Venice pula terletak di sebelah pantai timur Italy.

Tembok pertahanan La Spezia
Persisiran pantai La Spezia
Bot-bot yang berlabuh di La Spezia
Taman di persisiran pantai
Sarkas
Meninggalkan La Spezia
Magra River
Sebahagian La Spezia
Menuju ke lebuhraya
Disebabkan muka bumi yang bergunung-ganang, perjalanan menuju ke Bologna ini juga melalui banyak terowong.

Terowong
Lebuhraya
Sungai
Pemandangan lebuhraya di Italy
Kami melalui Massa e Carrara. Di sinilah tempat asal batu marmar Carrara yang terkenal itu. Tapi tidak seperti perjalanan semalam, tak kelihatan pulak kompleks industri marmar yang membarisi jalan.

Wilayah Carrara
Pergunungan di wilayah Carrara terkenal dengan penghasilan Carrara Marble
Pergunungan indah yang mengujakan
Disebabkan kualiti dan kecantikannya, Carrara Marble dianggap sebagai batu marmar yang termahal di dunia. Antara bangunan terkenal yang dibina menggunakan Carrara Marble termasuklah Marble Arch di London dan Sheikh Zayed Mosque di Abu Dhabi.

Contoh Carrara Marble yang terkenal di seluruh dunia (Gambar dari internet)
Perkampungan Tresana di Wilayah Carrara
Selepas meninggalkan Carrara, kita melalui pula wilayah Parma yang terkenal dengan makanannya. Wilayah ini adalah tempat asal Parmigiano Reggiano Cheese dan Prosciutto di Parma (Parma Ham). Kedua-dua makanan ini telah diberikan status Protected Designation of Origin oleh Kerajaan Italy. 

Parmigiano Reggiano Cheese
Prosciutto di Parma
Parmigiano Reggiano Cheese adalah keju yang diperam selama 24 bulan. Keju ini yang dibuat secara tradisional dari rennet babi tidak halal untuk dimakan oleh orang Islam. Begitu juga dengan Prosciutto di Parma yang merupakan daging kaki babi yang disalai.

Wilayah Parma
Bandar Berceto di Wilayah Parma
Runtuhan yang kelihatan di sana adalah Castle of Berceto
Plaza Tol di lebuhraya
Seperti juga pemandangan yang dilihat dalam perjalanan dari Milan ke Pisa semalam, ada banyak perkampungan kecil di kawasan pergunungan yang didominasi oleh bangunan gereja.

Perkampungan di pergunungan
Gereja lama
Sebuah lagi perkampungan yang didominasi oleh gereja
Terowong
Kawasan pergunungan
Sebuah perkampungan di lembah gunung
Terenzo
Solignano
Lebuhraya di Solignano
Disebabkan wilayah Parma terkenal dengan makanan, ia juga dipenuhi dengan kawasan-kawsan pertanian yang indah.

Selepas membuat perjalanan kira-kira 2 jam, bas kami membuat perhentian rehat di San Martino Est. Tidak seperti perhentian rehat yang kami singgahi semalam di mana kedainya bernama Autogrill, kedai di sini bernama Chef Express. Tapi konsepnya sama seperti Autogrill.

R&R di San Martino Est
Kedai Chef Express di perhentian rehat
Masuk ke Chef Express
Pemandangan di dalam Chef Express
Pelbagai minuman yang dijual
Bergambar di R&R
Perjalanan ke Bologna diteruskan lagi merentasi wilayah Reggio Emilia. Satu pemandangan menarik yang dilalui adalah stesen High Speed Rail yang bernama Reggio Emilia AV Mediopana yang mempunyai senibina yang sangat moden.

Stesen Reggio Emilia AV Mediopana di tepi lebuhraya
Stesen ini sangat besar dan mempunyai senibina yang moden
Kami turut melintasi sebahagian wilayah Modena yang merupakan pusat penghasilan kereta sport yang terkenal seperti Ferrari dan Maserati. Malangnya perjalanan kami hanya melalui pinggir wilayah saja. Jadi tak dapatlah nak melihat kilang-kilang kereta ini.

Arah ke Modena dan Bologna
Kawasan pertanian
Gereja lama
Greenhouse
Secchia River
Satu lagi pemandangan Secchia River

Part 21: Fly On Hotel, Bologna

Persinggahan kami di Bologna juga hanya sekadar untuk bermalam. Tak ada sebarang itinerari lawatan yang diaturkan untuk kami di sana. Maka sebaik tiba di Bologna, bas terus membawa kami ke hotel penginapan.

Tiba di Bologna
Menuju ke hotel penginapan
Kawasan perumahan
Depot DHL
Lagi kawasan perumahan
Kawasan pertanian
Hotel penginapan kami yang bernama Fly On Hotel terletak berhampiran Lapangan Terbang Bologna. Dari hotel, kita dapat mendengar bunyi deruan enjin kapalterbang tetapi tidaklah terlalu bising kerana airport di Bologna tidak besar dan tidak sesibuk airport di Milan.

Fly On Hotel, Bologna
Pemandangan pertama Fly On Hotel. Nampak macam bangunan yang hanya satu tingkat.
Registration Counter
Sebahagian pemandangan lobi hotel
Menunggu pendaftaran bilik
Sebahagian lagi pemandangan di lobi hotel
Bila tiba di bangunan hotel, kelihatan macam bangunan hotel cuma satu tingkat. Rupa-rupanya hotel ini dibina di pinggir bukit. Bila masuk ke lobi dari pintu utama, kita sebenarnya dah terus masuk ke tingkat 4. Bilik penginapan kami terletak di tingkat 3. Jadi terpaksalah kita naik lif turun ke bawah.

Ramp dan tangga dari lobi menuju ke bilik penginapan
Lorong di depan bilik penginapan
Bilik penginapan
Pemandangan bilik penginapan dari angle sebelah sini pulak
Toilet
Makan pada malam ini juga disediakan secara bungkus oleh caterer luar dan dihantar terus ke bilik. Menu yang disediakan adalah nasi dan daging kari kering yang memang menyelerakan. Alhamdulillah. Berakhir sudah perjalanan Hari Kedua kami di Italy.

Dinner


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: