Showing posts with label WESTERN EUROPE 06 - Switzerland : Zurich / Mt Titlis / Lucerne. Show all posts
Showing posts with label WESTERN EUROPE 06 - Switzerland : Zurich / Mt Titlis / Lucerne. Show all posts

Friday 12 November 2021

2021 TRAVEL REVIEW 42 - EROPAH BARAT (SWITZERLAND)

November 2021

Travel Review 42 - Eropah Barat
SWITZERLAND (Zurich, Mount Titlis & Lucerne)

Switzerland adalah negara terakhir yang kami lawati dalam trip ke Western Europe pada tahun 2015. Bandar yang menjadi base lawatan kami ketika itu adalah Zurich yang merupakan bandar yang terbesar di Switzerland. Namun demikian Zurich hanya menjadi bandar persinggahan, tak ada pun program melawat Zurich yang sebenar. Destinasi lawatan sebenar ketika itu adalah di sekitar Mount Titlis dan Lucerne.

Switzerland memang sebuah negara yang indah. Ia juga adalah sebuah negara yang bergunung-ganang yang terletak di tengah-tengah benua Eropah dan tidak mempunyai laut. Pergunungannya sangat tinggi. Memang ternganga kita melihat pergunungan yang sangat tinggi begitu sewaktu mula sampai di Switzerland.


Zurich

Walaupun menjadi bandar terbesar di Switzerland, Zurich tidaklah besar sangat berbanding bandaraya-bandaraya Eropah Barat yang lain. Suasana di sekitar bandaraya ini juga sangat tenang.

Zurich
Tram di bandar Zurich
Disebabkan Switzerland adalah negara yang bergunung-ganang, ada banyak terowong diperhatikan di sekitar bandar Zurich.

Terowong di luar bandar Zurich
Pemandangan di dalam terowong

Rheinfalls

Sebelum tiba di Zurich, kami terlebih dulu telah dibawa melawat ke Rheinfalls yang merupakan air terjun yang terbesar di Eropah. Walau bagaimanapun kami cuma dapat menikmati suasana air terjun ini hanya di sebelah malam. Nak buat macam mana, kan?! Pukul 5 petang pun dah gelap ketika itu sebab winter.

Rheinfalls di waktu malam

Mount Titlis

Highlight kepada lawatan kami ialah Mount Titlis. Pendakian ke puncak gunung ini juga adalah satu adventure kerana kita perlu menaiki 3 buah cable car.

Perkampungan Engelberg di kaki Mount Titlis
Funicular untuk pendakian dari Engelberg ke Trubsee
Cable Car Angel Eyes dari Trubsee ke Stand
Cable Car Rotair yang berputar dari Stand ke puncak Titlis
Satu pemandangan istimewa yang dapat kami saksikan sewaktu berkunjung ke Mount Titlis adalah salji yang membiru. Salji adalah juga sejenis air yang membalikkan warna dari langit. Disebabkan cuaca sangat baik pada hari itu dan langit sangat biru, salji di Titlis turut membalikkan warna biru pada langit.  Selepas pulang ke Malaysia, Myself mendapat tahu yang kami adalah insan terpilih yang dapat menikmati pemandangan salji biru ini kerana ia tidak selalu ada.

Salji yang membiru di Pergunungan Titlis
Salji yang biru bak air di lautan
Pemandangan di puncak Titlis juga sangat indah dan mengkagumkan. Gayat juga bila melihat lembah pergunungan yang sayup di bawah sana dari puncak Titlis.

Kenangan di Mount Titlis
Bermain salji di Mount Titlis
Gayat melihat lembah yang sayup di bawah sana dari ketinggian begini
Pemandangan dari puncak Titlis

Lucerne

Sekembali dari Mount Titlis, kami singgah melawat ke bandar Lucerne yang cantik dan bersejarah. Sambil ahli rombongan lain bershopping, Myself dan Husband mengambil peluang bersiar-siar di sekitar bandar Lucerne. Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat di sini adalah jambatan-jambatan kayu lama dan pusat bandar lamanya.

Lucerne
Pemandangan di pusat bandar lama Lucerne
Chapel Bridge
Pemandangan di atas Chapel Bridge
Kami juga berkesempatan melawat Lion's Monument yang dibina untuk memperingati tentera upahan Swiss Guards yang terbunuh sewaktu mempertahankan Maharaja Perancis di dalam French Revolution. Monumen ini menggambarkan seekor singa yang sedang tercedera dan menunggu mati di dalam sebuah gua. Malangnya pengukir monumen ini telah berbalah dengan orang yang mengupahnya membuat ukiran ini. Oleh itu, dia telah mengukir gua yang menempatkan singa ini menyerupai bentuk seekor babi untuk sengaja menyakitkan hati beliau.

Lion's Monument


Kisah penuh perjalanan kami di Switzerland boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):