Wednesday 29 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 09 (Genting - KL)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 9: Adventure Ends
PULANG KE KUALA LUMPUR

HARI KEDUA (3)

Part 21: Cabana Cafe @ Geo Resort Hotel

Sebaik sampai kembali ke Geo Resort Hotel, kita terus bersiap-siap dan bergegas ke tempat event. Maklumlah kita chief organizer kepada event pada petang itu. Jenguk-jenguk juga persiapan yang dibuat oleh anak-anak buah sambil memberi komen sana-sini untuk pembaikan last minute bagi kelancaran event. Kata anak buah, lunch yang disediakan pada tengahari itu ada excess sebab ada peserta yang tak hadir last minute. Jadi untuk mengelak pembaziran, semua peserta yang membawa family termasuklah Husband dijemput untuk makan tengahari di Cabana Cafe di Geo Resort Hotel.

Cabana Cafe di Geo Resort Hotel
Suasana di Cabana Cafe
Swimming Pool di tepi Cabana Cafe
Makan tengahari
Sebenarnya ada dua event ofis yang berlangsung di Geo Resort Hotel. Event pada petang ini adalah meeting yang diaturkan oleh seksyen Myself. Pada keesokan hari ada sebuah event lain yang berlangsung selama 2 hari di mana Myself turut dijemput untuk memberi talk selama sejam pada event tersebut esok. Ada bilik penginapan yang disediakan untuk event pada hari esok. Jadi selepas lunch, Myself dan Husband keluar dari bilik penginapan yang kami tempah sendiri malam tadi dan check-in pulak ke bilik yang disediakan oleh organizer untuk event esok.

Check-in ke bilik penginapan baru
Ehh ehh... ada sepasang swan pulak duduk atas katil.
Bilik baru ini lebih mewah dari bilik yang kami tempah semalam tetapi pemandangan dari bilik ini tidaklah best macam bilik kami semalam. Tapi tak komplen sebab bilik free, ofis yang bayar!

Pemandangan dari luar bilik
Pemandangan ke arah sana pulak
Welcome Fruits
Bunga cantik di atas meja

HARI KETIGA

Part 22: Breakfast Lagi Di Nok Sokmo

Walaupun mendapat bilik penginapan free malam tadi, breakfast pagi ini cuma disediakan untuk Myself saja. Disebabkan itu, Myself melepaskan breakfast free ini dan makan di luar saja bersama Husband.

Pemandangan awal pagi dari bilik hotel
Cuaca pagi ini berkabus kerana hujan lebat pada petang semalam
Kabus tebal
Balkoni di Lift Lobby
Pada mulanya kami bercadang nak breakfast makan roti canai di sebuah restoran mamak berhampiran Hotel Geo Resort. Malangnya kedai tersebut masih belum dibuka ketika itu. Jadi kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Genting Permai sambil menunggu kedai roti canai ini dibuka.

Jalan-jalan di sekitar Genting Permai
Selepas dah habis pusing pekan Genting Permai yang tak berapa besar itu, kedai roti canai masih belum dibuka. Jadi kami membuat keputusan untuk breakfast saja di Restoran Nok Sokmo memandangkan Myself perlu hadir ke event untuk memberi talk pada pukul 9 pagi itu. Nanti terlewat pulak pergi ke event semata-mata roti canai punya pasal!

Breakfast lagi di Restoran Nok Sokmo
Memilih makanan yang nak dimakan

Event ofis pagi itu berlangsung seperti yang dirancang. Disebabkan event terus berlangsung sehingga waktu tengahari dan kami mendapat extended check-out sehingga 1 tengahari, Husband tolong check-out dulu dari bilik. Sambil menunggu event ofis berakhir sempat jugalah Husband melihat penggambaran drama Melayu yang dibuat di lobi hotel pagi itu.

Memandangkan kami berdua memang tak mengikut perkembangan drama Melayu, memang tak kenallah siapa yang berlakon di situ. Sejak malam semalam mereka dah buat penggambaran di situ. Kami juga tak bertanya kepada krew filem tentang drama yang sedang difilemkan tetapi berdasarkan apa yang kami perhatikan, babak yang difilemkan adalah tentang orang-orang kaya. Drama Melayu tipikal, begitu.

Husband menunggu di lobi hotel
Pintu utama ke lobi hotel ditutup untuk pengunjung sepanjang penggambaran berlangsung. Kena keluar-masuk ikut pintu tepi.
Penggambaran drama
Krew filem

HARI KETIGA

Part 23: Pulang Ke Kuala Lumpur

Pengembaraan kami di Genting Highlands berakhir bila event ofis berakhir. Ada lunch disediakan dalam event ofis ini tapi Myself terpaksa skip sebab kesian nanti Husband kena makan seorang-seorang pulak. Jadi selepas saja event ofis selesai, kami terus memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Memulakan perjalanan pulang

Dalam perjalanan pulang kami singgah untuk makan tengahari bersama di R&R Genting Sempah.

R&R Genting Sempah

Banyak restoran di R&R Genting Sempah masih belum dibuka semula kesan dari PKP dulu. Maklumlah ekonomi negara kita masih dalam pemulihan. Harapnya bila semakin ramai pengunjung datang ke Genting Highlands nanti, semua restoran dan kedai-kedai di sini akan beroperasi semula.

Hanya beberapa gerai sahaja yang beroperasi ketika itu
Suasana di R&R agak sunyi
Untuk kemudahan kami memesan makan tengahari dari gerai yang sama. Myself memesan set Nasi Ayam Penyet manakala Husband pula memesan set Nasi Ikan Asam Pedas. Syukurlah masakannya memang sedap.

Pesan makanan dari gerai ini
Ikan Asam Pedas dan Ayam Penyet
Suasana di parking R&R
Projek Doodle di R&R Genting Sempah
Meninggalkan R&R
Kemudian bermulalah perjalanan pulang yang tak sampai pun sejam ke rumah dari situ. Sesuatu yang menarik dalam perjalanan pulang ini ialah kita perlu melalui terowong yang agak panjang di sempadan negeri Pahang dan Selangor.

Sempadan negeri Selangor Darul Ehsan 700 meter dari sini selepas terowong
Ucapan selamat jalan dari Pemangku Sultan Pahang
Pintu masuk ke terowong
Pemandangan di dalam terowong
Pemandangan selepas keluar dari terowong
Laluan ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur selepas keluar dari terowong masih melalui kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Adakalanya bila naik kapalterbang kita dapat melihat lebuhraya yang cantik ini dari udara sewaktu dalam perjalanan menuju ke KLIA.

Hentian Sebelah Gombak
Plaza Tol Gombak
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan di sebuah destinasi menarik di Malaysia. Lepas balik rumah, kita dah kena bersiap-siap nak membuat perjalanan sulung ke oversea selepas pandemik. Hah, nak ke mana tu?!