Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(MAURITIUS : Transit)
Bahagian 1: Departure
KUALA LUMPUR -->> MAURITIUS
Part 1: Dream Destination ~ South Africa
Perancangan untuk berkunjung ke South Africa dah lama menjadi impian Myself dan Husband. Alhamdulillah, perjalanan impian ini akhirnya menjadi kenyataan pada bulan Mei 2026.
 |
| Dream Destination : South Africa |
Bukan mudah sebenarnya bagi Myself dan Husband mencari pakej percutian yang sesuai ke South Africa. Ada beberapa travel agent Muslim di Malaysia yang mengiklankan pakej percutian ke South Africa tetapi mungkin disebabkan negara ini bukan destinasi percutian popular di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam di samping kosnya yang mahal, jarang-jarang pakej yang diiklankan dapat diteruskan kerana kurang sambutan. Disebabkan faktor kos juga, kebanyakan pakej percutian Muslim hanya membawa kita melawat negara South Africa semata-mata. Tidak banyak yang turut menawarkan lawatan bersekali ke negara-negara Afrika lain yang berdekatan sedangkan Myself dan Husband berharap untuk turut dapat mengunjungi beberapa negara Afrika lain di dalam satu perjalanan. Maklumlah, bukan mudah bagi kami untuk mendapat kesempatan tiba di bahagian dunia di sebelah sana ini.
Disebabkan faktor-faktor ini, kami akhirnya memutuskan untuk menyertai pakej percutian non-Muslim ke South Africa. Bila mengikut pakej non-Muslim sebegini, satu perkara yang agak membimbangkan ialah makanan Halal. Disebabkan kami mempunyai pengalaman mengikut satu pakej percutian non-Muslim ke Jepun pada tahun 2014 dulu, kami agak yakin perkara ini boleh direalisasikan. Tetapi inilah part yang agak tricky. Kebanyakan syarikat pelancongan non-Muslim akan mencadangkan supaya kita mengambil pakej makanan vegetarian sahaja sepanjang lawatan. Rasa memang tak laratlah kami kalau asyik nak memakan makanan vegetarian selama 10 hari. 😅
Sewaktu berkunjung ke MATTA Travel Fair pada bulan September 2025 di MITEC Kuala Lumpur, Myself dan Husband memang mensasarkan pakej percutian ke South Africa. Memang mengecewakan kerana tak ada pakej percutian Muslim ke South Africa yang ready untuk kami sertai. Sewaktu melintasi booth syarikat Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT), kami terpandang iklan besar pakej percutian ke South Africa yang tertera di situ. Jadi kami saja-sajalah masuk bertanya.
Kami bertuah kerana dilayan oleh seorang staff MHTT yang sangat mahir mengenai South Africa. Dia yang bernama Amanda juga telah beberapa kali menjadi Tour Leader ke negara tersebut. Jadi setiap pertanyaan kami dijawab dengan mudah dan yakin oleh Amanda. Kata Amanda, di kalangan Tour Leader sendiri juga, tidak ramai yang bersedia berkhidmat untuk membawa kumpulan ke South Africa. Tetapi bagi Amanda, dia memang suka jika ditugaskan ke sana kerana South Africa sangat istimewa kepadanya. Banyak pengalaman menarik beliau sendiri di South Africa yang diceritakannya kepada kami.
Bila bertanya tentang makanan yang disediakan dalam pakej percutian MHTT di South Africa, Amanda memberitahu syarikatnya memang bersedia nak cater permintaan special meal. Dia juga pernah mempunyai peserta yang strictly vegetarian sebelum ini. Berdasarkan pengalamannya, Amanda mencadangkan supaya kami mengambil kombinasi makanan seafood & vegetarian. Tidaklah boring nanti bila asyik terpaksa memakan makanan vegetarian. Special meal kami akhirnya direkod sebagai: Vegetarian & Seafood Meal. Eggs OK. No Pork and Alcohol. Kena tulis Eggs OK kerana telur selalunya tidak dimakan oleh orang vegetarian. No Pork pula perlu direkod walaupun dah minta makanan vegetarian dan seafood only untuk mengelakkan makanan yang ada lemak babi (lard) di dalamnya. Seronok Amanda bila kami memberitahu yang kami boleh memakan telur, sebab ada menu istimewa Ostrich Egg dalam pakej percutian ke South Africa ini. Dia juga concern sebab ada lawatan ke sebuah vineyard di dalam itinerari. "Yang itu tak apa, kami boleh tengok-tengok saja," kata kami kepada Amanda.
 |
Pakej pelancongan ke South Africa yang ditawarkan oleh Malaysian Harmony Travel & Tours (MHTT).
|
Pakej percutian South Africa yang ditawarkan oleh MHTT juga istimewa kerana ia meliputi 4 buah negara: South Africa, Botswana, Zimbabwe dan Zambia. Selain melawat tempat-tempat menarik di South Africa, kita juga dibawa melawat ke Chobe National Park di Botswana dan Victoria Falls yang dikongsi bersama oleh 2 buah negara di Afrika: Zimbabwe dan Zambia. Kebanyakan syarikat pelancongan lain hanya membawa peserta mereka melihat Victoria Falls dari Zimbabwe. MHTT sebaliknya turut membawa peserta melihat air terjun tunggal (single curtain waterfall) yang terbesar di dunia ini dari sebelah Zambia.
 |
|
Pada mulanya penerbangan ke South Africa dirancang menggunakan penerbangan Emirates dengan transit di Dubai. Tetapi kita merancang dan Allah SWT yang Maha Menentukan. Bermula pada 28 Februari 2026, seluruh Middle East menjadi huru-hara bila tentera Amerika Syarikat dan Israel bergabung menyerang Iran. Serangan balas drone dan peluru berpandu dari Iran yang disasarkan ke pelbagai kepentingan Amerika di seluruh Middle East menyebabkan banyak penerbangan Emirates, Qatar Airways, Gulf Air dan Etihad terganggu. Penerbangan pulang Adik yang bekerja di Qatar dan isterinya untuk kembali ke Kuala Lumpur bercuti Hari Raya juga turut dibatal dan ditukar beberapa kali. Namun syukur Alhamdulillah kerana dia dan isterinya dapat juga pulang bercuti Hari Raya di Malaysia dan kembali semula ke Doha dengan selamat.
Atas faktor keselamatan MHTT menukar penerbangan kami ke South Africa menggunakan Air Mauritius. Seronok juga kerana selain laluan penerbangannya yang lebih selamat, kami juga mendapat penginapan hotel percuma yang ditaja oleh Air Mauritius sewaktu transit di Mauritius dalam perjalanan pergi dan kembali dari South Africa. Di samping itu, ada lawatan sehari percuma di Mauritius yang diatur sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, ada hikmah tersembunyi rupanya bagi Myself dan Husband di sebalik perang yang melanda Timur Tengah ini. Waka, Waka! This time for Africa! 😊
HARI PERTAMA
Part 2: Terbang ke Mauritius
Penerbangan Air Mauritius kami dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke pulau Mauritius di Afrika pada pukul 12.50 tengahari. Oleh yang demikian semua ahli rombongan diminta berkumpul di Kaunter M, KLIA1 pada pukul 9.50 pagi. Di sinilah kami bertemu buat pertama kali dengan Tour Guide awesome kami yang bernama Eddy. Eddy sangat profesional dan berpengalaman dalam melaksanakan tugas sebagai Tour Leader. Dia juga sangat fasih berbahasa Melayu dan dah lebih 10 kali membawa group melancong ke Afrika. Kebanyakan ahli group kami juga adalah repeat customer Eddy yang dah berkali-kali melancong bersama Eddy.
 |
| Berkumpul di KLIA1 |
Seluruh ahli rombongan kami berjumlah 23 orang termasuk Tour Guide dan kebanyakannya berketurunan Cina serta berasal dari Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak. Selain kami berdua, ada sepasang couple Muslim lain yang turut menyertai Group Tour ini. Pasangan ini adalah mix couple yang suaminya berbangsa Melayu manakala isterinya berbangsa Cina. Walaupun hanya kami berdua yang pure Melayu, semua ahli rombongan sangat mesra dan kami tidak langsung merasa terasing atau terpinggir sepanjang trip ke Afrika ini. Untuk kemudahan penceritaan, Myself gelarkan rakan-rakan serombongan kami ini sebagai Pengyou yang bermaksud Kawan dalam Bahasa Mandarin. 😄
 |
| Tour Guide awesome kami yang bernama Eddy |
 |
| Hujan lebat di KLIA |
 |
| Boarding pass dari KL ke Mauritius |
 |
| Berjalan masuk ke dalam pesawat |
 |
| Suasana di dalam pesawat |
 |
| Pemandangan dari tempat duduk kami |
 |
| Pemandangan dari tingkap pesawat |
Penerbangan kami Air Mauritius MK 647 berlepas dari KLIA pada pukul 1.00 tengahari. Pesawat yang digunakan adalah pesawat wide body Airbus 330-900.
 |
| Air Mauritius |
 |
| Peta penerbangan keseluruhan dari Kuala Lumpur ke Mauritius |
 |
| Berlepas dari Kuala Lumpur menghala ke Lautan Hindi |
 |
| Selamat berlepas ke udara |
 |
| Terbang menghala ke Barat Daya |
 |
| Menghala ke Selat Melaka |
 |
| Tiba di Port Dickson |
 |
| Awan tebal berhampiran Port Dickson |
 |
| Port Dickson |
 |
| Merentas Selat Melaka |
 |
| Menuju ke Pulau Sumatera |
 |
| Maklumat penerbangan sehingga sekarang |
Sebaik penerbangan telah stabil di udara, krew Air Mauritius mengedarkan souvenir pack kepada semua penumpang. Macam biasalah, kandungannya terdiri dari stokin, penutup mata dan ear plug untuk kegunaan sepanjang penerbangan sekiranya perlu.
 |
| Krew Air Mauritius mengedarkan souvenir pack kepada penumpang |
 |
| Souvenir pack dari Air Mauritius |
 |
| Kandungan souvenir pack |
 |
| Terbang merentas Pulau Sumatera |
Kita juga memikirkan pasti banyak turbulence bila terbang di atas lautan luas sebegini. Namun sangkaan ini meleset sungguh kerana penerbangan kami pergi dan kembali dari Mauritius boleh dikatakan sangat tenang. Cuma sedikit-sedikit sahaja turbulence yang dialami. Myself rasa ini mungkin disebabkan angin yang bertiup di lautan luas ini tidak terhalang dengan mana-mana pergunungan tinggi seperti yang sering terjadi di daratan. Tiupan angin yang terpantul dari pergunungan inilah yang menyebabkan aliran angin bergelora bila bertemu dengan aliran angin yang sedang bertiup menuju ke arah pergunungan. Tetapi ini hanyalah sekadar teori Myself sendiri sahaja.
 |
| Terbang di tengah Lautan Hindi |
 |
| Beginilah besarnya Lautan Hindi yang perlu ditempuh untuk sampai ke Mauritius |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Mauritius memakan masa 6 jam 15 minit. Mauritius terletak di dalam zon waktu yang sama dengan Dubai dan Doha di mana waktu di sana adalah 4 jam lebih lewat dari Kuala Lumpur.
 |
| Tercari-cari juga di mana letaknya pangkalan tentera rahsia British dan Amerika yang bernama Diego Garcia itu. Hihihi! |
Excited bila kapten pesawat membuat pengumuman yang kami akan mendarat di Mauritius sebentar lagi. Panjang leher kita menjenguk ke bawah nak melihat pemandangan Mauritius. Maklumlah, kita memang tak ada idea mana rupa Mauritius yang sebenarnya.
 |
| Holiday Inn Mon Tresor Mauritius |
 |
| Van tiba di hotel |
 |
Checking-in
|
Seperti yang Myself ceritakan tadi, kami juga mendapat dinner percuma yang diberi oleh Air Mauritius. Dinner disediakan di hotel ini sendiri. Yang paling best, makanan yang disediakan adalah Halal. Ini dimaklumkan sendiri oleh Manager Hotel yang menyambut ketibaan kami tadi. Walau bagaimanapun, Manager memberitahu kami akan tetap ada bacon yang dihidangkan sewaktu breakfast spread esok. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana Holiday Inn adalah jenama antarabangsa dan mereka tetap perlu memenuhi permintaan dari pelanggan-pelanggan mereka. Namun begitu, jangan risau kerana semua hidangan beef dan chicken dijamin Halal, kata Manager kepada kami berdua.
 |
| Restoran di Hotel Holiday Inn Mon Tresor Mauritius |
 |
| Dinner disediakan secara buffet |
 |
| Pilihan dinner kami |
Bilik hotel yang disediakan juga besar dan selesa. Memandangkan penerbangan sambungan kami dari Mauritius ke Johannesburg akan berlepas pada pukul 8.50 pagi esok, Eddy memberitahu wake-up call akan dibuat pada pukul 5.15 pagi kerana kami perlu bergerak ke airport pada pukul 6.30 pagi. Ini bukanlah masalah bagi kami berdua kerana kita perlu bangun lebih awal lagi memandangkan waktu Solat Subuh di Mauritius memang masuk pada pukul 5.15 pagi dan waktu Syuruk pula adalah pada pukul 6.29 pagi.
 |
| Bilik penginapan kami di Hotel Holiday Inn Mon Tresor, Mauritius |
 |
| Katil yang sangat menggamit setelah melalui perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur |
 |
| Ucapan Selamat Datang dari Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Beginilah nama Myself ditulis hampir di sepanjang perjalanan kami. 😅 |
Ingatkan habis sudah layanan mesra Holiday Inn Mon Tresor kepada kami malam itu. Rupa-rupanya setelah kita masuk ke bilik, pintu bilik diketuk dan ada staff di luar yang menghulurkan Muffin sebagai ucapan selamat datang pula!
 |
| Muffin yang diberi sebagai ucapan Selamat Datang dari Hotel Holiday Inn Mon Tresor, Mauritius |
Bersambung Ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 1) - Arrival (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive & Boma Dinner)
- Bhg. 05 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Bakubung Lodge)
- Bhg. 06 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg - Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village)
- Bhg. 10 (Hari 5) - Zimbabwe (Baines Restaurant) & Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 11 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 12 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park)
- Bhg. 13 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 14 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 15 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 16 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
- Bhg. 17 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
- Bhg. 18 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 19 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
- Bhg. 20 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 21 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 22 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
- Bhg. 23 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 24 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 25 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 26 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 27 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->> Mauritius
- Bhg. 28 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 29 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 30 (Hari 12) - Departure (Mauritius -->> Kuala Lumpur)