Saturday 18 February 2012

2012 BANGKOK BHG. 2

Februari 2012

THAILAND
Bangkok & Damnoen Saduak

Bahagian 2: Bangkok (2)
GRAND PALACE, CALYPSO CABARET SHOW & PRATUNAM

HARI KETIGA

Part 12: Grand Palace 


Pada keesokan harinya, kami dibawa melawat ke Grand Palace. Keluarga Diraja Thai tidak lagi tinggal di sini tetapi ia masih digunakan bagi upacara-upacara rasmi yang melibatkan Raja.

Grand Palace dikelilingi tembok berwarna putih. Hanya sebahagian kecil istana sahaja yang dibuka kepada orang awam.
Pintu masuk ke istana.
Pengunjung ke Grand Palace diwajibkan berpakaian sopan. Ada polis yang menunggu di pintu masuk Grand Palace ini untuk memastikan pelancong (terutamanya Mat Salleh) yang memakai pakaian rugged dan tak sopan seperti berseluar pendek tidak masuk ke istana. Mereka akan diarahkan untuk menyewa pakaian seperti kain sarung dan seluar panjang di sebuah bilik di pintu masuk.

Pemandangan dalam Outer Court di perkarangan istana
Bergambar di perkarangan istana
Grand Palace adalah antara tarikan pelancong utama di Bangkok. Jadi tak hairanlah ia dikunjungi ramai pelancong setiap hari.
Satu lagi pemandangan di dalam Outer Court di perkarangan istana
Chedi emas di Grand Palace (Pemandangan dari Outer Court)
Pemandangan Upper Terrace
Pemandangan Temple of Emerald Buddha dari Upper Terrace. Bangunan-bangunan di dalam Grand Palace ini amat cantik dan mengkagumkan. Hampir kesemuanya disalut dengan emas.
Semua bangunan-bangunan di dalam Grand Palace juga ada namanya tersendiri. Tapi susah nak ingat sebab namanya panjang-panjang dan dalam Bahasa Siam. Kalau tak salah, ini adalah bangunan Perpustakaan.
Pemandangan di hadapan Perpustakaan.
Perpustakaan ini hanya dibuka kepada orang awam sekali dalam setahun iaitu di dalam bulan Oktober untuk memperingati penubuhan Dinasti Chakri yang memerintah Thailand sehingga sekarang.
Pengunjung-pengunjung di depan Perpustakaan. Perpustakaan ini menyimpan banyak manuskrip ajaran Buddha yang sangat berharga.
Yaksha seperti ini juga ada di Wat Arun
Pemandangan dekat patung Yaksha di Grand Palace
Lukisan yang cantik di Grand Palace
Pemandangan dekat lukisan yang cantik.
Memang menarik lukisan ini.
Chedi Emas di Grand Palace ini dinamakan Phra Sri Rattana.
Bangunan-bangunan bersalut emas di Grand Palace nampak berkilauan di bawah sinaran matahari.
Di tengah-tengah Grand Palace ini ada didirikan sebuah replika Angkor Wat yang terletak di Cambodia. Pada tahun 1860 sewaktu Siam masih berperang dengan Cambodia, King Mongkut yang memerintah Thailand ketika itu telah menghantar 2,000 orang tentera ke Cambodia untuk meruntuhkan Angkor Wat dan membawa binaan tersebut kembali ke Bangkok kerana Angkor Wat dianggap binaan suci dalam agama Buddha

Walau bagaimanapun, arahan King Mongkut tidak dapat dipenuhi kerana ramai tentera Siam jatuh sakit di samping tewas dalam serangan oleh tentera Khmer. Oleh yang demikian, King Mongkut mengarahkan supaya sebuah replika Angkor Wat didirikan di Grand Palace. Malangnya, King Mongkut meninggal dunia sebelum model Angkor Wat ini dapat disiapkan. Pembinaan model Angkor Wat ini hanya dapat disiapkan di bawah pemerintahan anak King Mongkut yang bernama King Chulalongkorn.

Model Angkor Wat di tengah-tengah Grand Palace
Model Angkor Wat ini dibina atas arahan King Mongkut setelah tentera baginda gagal dalam misi untuk meruntuh dan membawa Angkor Wat ke Bangkok dari Cambodia.
Kepala patung gajah ini kelihatan licin dan berkilat kerana sering diusap oleh rakyat Thai yang percaya perbuatan tersebut dapat membawa tuah.
Tak ingat nama patung emas ni, tapi yang kat belakang berwarna kebiruan tu adalah patung-patung Garuda.
Bergambar dengan patung emas
Patung emas dari belakang
Satu sudut menarik di Grand Palace
Satu lagi sudut yang menarik di Grand Palace
Landskap menarik di Grand Palace
Di Grand Palace ni ada sebuah Temple yang menyimpan patung Emerald Buddha. Patung Buddha ini dikatakan berasal dari sebuah kuil di Chiang Rai. Ia dikatakan membawa kuasa dan kemakmuran kepada negara di mana ia terletak. Kerana itulah patung Emerald Buddha ini sangat dihormati dan disanjung di Thailand.

Pengunjung Buddhist terutamanya akan bersembahyang di luar temple ini.
Pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk ke temple Emerald Buddha.
Patung Emerald Buddha disimpan di Temple ini. Walaupun namanya Emerald Buddha, ia sebenarnya dibuat dari batu jade. Pengunjung perlu membuka kasut dan tak boleh memakai topi sewaktu masuk ke dalam Temple.
Patung Emerald Buddha ini juga dipakaikan dengan pakaian tertentu mengikut musim. Fotografi tak dibenarkan di dalam Temple. Cuma boleh ambil gambar dari luar saja.
Bangunan di dalam istana ini yang paling moden adalah Chakri Maha Prasat Hall yang dibina oleh King Chulalongkorn.

Sesetengah kawasan di Grand Palace tidak dibuka untuk kunjungan.
Bangunan Maha Chakri Prasat dengan Wat Diraja di sebelahnya.
Walaupun Chakri Maha Prasat Hall ini dibina mengikut senibina Barat, ia tetap dipakaikan dengan topi tradisional Siam pada bumbungnya.
Changing of the Guards
Perbarisan pengawal-pengawal istana.
Pengunjung tak dibenarkan melawat Wat di sebelah Chakri Maha Prasat ni kerana ketika itu, baru saja berlaku kematian seorang anggota Keluarga Diraja Thai dan abu mayatnya masih lagi disimpan di sana.
Pintu masuk utama ke Chakri Maha Prasat
Pengawal di depan Chakri Maha Prasat
Menunggu Panthip di pintu masuk ke Grand Palace

Part 13: Buddha Street

Dalam perjalanan ke tempat makan tengahari, kami melalui Bamrung Muang Road yang lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Buddha Street. Pada masa dahulu, di sinilah patung-patung Buddha untuk sembahan dibuat. Walaupun pembuatan patung Buddha kini telah berpindah ke kawasan lain, patung-patung tersebut masih dihantar ke sini untuk dijual.

Buddha Street
Walaupun patung-patung Buddha kini dibuat di berbagai tempat lain di Thailand, sebahagian besarnya masih dibawa ke sini untuk jualan.
Pemandangan di Buddha Street

Part 14: Perkampungan Muslim Pratunam

Kami dibawa ke Perkampungan Muslim di Pratunam yang sebenarnya tak jauh dari hotel penginapan kami untuk makan tengahari. Hidangan makan tengahari kami disediakan di Restoran Hayati Nangphya di sini.

Suasana perkampungan Muslim di Pratunam, Bangkok
Ada banyak restoran makanan Halal di sini.
Lagi suasana di Perkampungan Muslim Pratunam
Pemandangan rumah kediaman di Perkampungan Muslim Pratunam.
Masjid Darul Aman di Perkampungan Muslim Pratunam
Restoran Hayati Nangphya
Hidangan makan tengahari di Restoran Hayati Nangphya

Part 15: Calypso Cabaret Show 

Disebabkan kami tak punya apa-apa program lagi sehingga pulang ke KL pada malam esoknya, Panthip mencadangkan kami menonton persembahan Ah Kua. Pada mulanya kami tertanya-tanya apa bendanya Ah Kua tu? Rupa-rupanya Ah Kua yang juga dipanggil khatoey dalam Bahasa Thai adalah pondan. 

Pondan memang ramai di Thailand dan sewaktu kami pergi bershopping, ramai juga golongan ini yang bekerja sebagai jurujual. Ada di antara mereka yang kelihatan lembut dan jelita, kalah kita yang dilahirkan sebagai perempuan sejati. Ada juga yang ciri-ciri fizikal lelakinya masih ketara, mungkin belum habis buat treatment. Namun apapun ~ mungkin juga kuasa Tuhan ~ mereka tak dapat mengubah suara lelaki mereka dengan sepenuhnya. 

Pada mulanya, risau juga nak menengok persembahan ni. Panthip memberitahu ada 2 jenis persembahan Ah Kua di Bangkok. Satu jenis adalah persembahan profesional yang sering dihadiri oleh golongan Mat Salleh dan satu lagi persembahan kurang bermoral yang selalunya dihadiri oleh orang-orang yang mungkin juga kurang moralnya. 

Panthip mencadangkan kami menyaksikan persembahan yang sering dihadiri oleh golongan Mat Salleh. Didorong rasa ingin tahu, kami pun bersetuju.

Persembahan yang kami hadiri adalah persembahan ala-ala Cabaret di Paris yang dinamakan Calypso Cabaret Show. Ia dipentaskan di sebuah teater mewah dalam sebuah hotel 5 bintang yang bernama Hotel Asia. Ternyata persembahan mereka amat profesional dan menghiburkan.

Kaunter tiket masuk ke Calypso Cabaret Show
Tempat duduk dalam teater disusun macam style Cabaret
Pilihan minuman terhad dihidangkan kepada pengunjung sebelum show bermula. Kami pilih minum Coke dan teh.
Pengacara memulakan acara.
Persembahan "Wanita Gipsi".
Ada sesetengah penari yang masih kelihatan seperti lelaki.
Menyamar sebagai kumpulan K-pop Wonder Girls
Marilyn Monroe
Wanita seksi ini juga adalah sebenarnya lelaki.
Wanita Jepun
Mungkin disebabkan ramai pengunjung juga datang dari Korea, ada seksyen spesifik persembahan kebudayaan Korea. Jangan lupa dia orang ni semua lelaki.

HARI KEEMPAT

Part 16: Shop Till You Drop 


Hari keempat juga tiada program spesifik disediakan untuk kami. Flight balik juga dijadualkan sebelah malam dan kami harus bertolak ke airport pada sebelah petang. Jadi kami membuat keputusan untuk menghabiskan masa pagi melawat pelbagai shopping centre yang ada di Pratunam, dekat kawasan hotel. 

Hari terakhir kami di Bangkok adalah hari Ahad. Tapi jalan raya di Pratunam ni tetap sesak macam hari-hari biasa.

Shopping Area di Pratunam
Penjual jalanan di Pratunam
Penjual makanan
Peminta sedekah
Tangga naik ke jejambat pejalan kaki.
Pemandangan Traffic Jam di Pratunam, Bangkok dari jejambat pejalan kaki.
Iklan di luar Shibuya Mall
Bergambar dengan Ronald MacDonald di Shibuya Mall, Pratunam.
Pemandangan di dalam Shibuya Mall yang terletak dekat dengan hotel penginapan kami.
Lagi pemandangan di dalam Shibuya Mall
Beberapa mall lain berdekatan hotel kami di Pratunam.
Sesuatu yang menarik tentang shopping centre di Bangkok ialah kat food court mereka, mesti ada gerai yang menjual makanan Halal. Surau juga terdapat di beberapa shopping mall yang kami lawati. Patutlah ramai orang Arab berkunjung ke Bangkok ni.

Gerai makanan Halal di Food Court, Shibuya Mall
Husband juga sempat membeli peralatan kamera DSLR sewaktu di Bangkok. Dia cukup happy sebab harganya cuma 70% dari harga di Malaysia. Cuma satu je problemnya: Warranty bagi peralatan kamera yang dibeli hanya sah di Thailand saja. Maknanya kalau kamera tu nanti ada problem, kenalah beli tiket kapalterbang ke Bangkok lagi untuk hantar baiki kamera tu. Tak apa kata Husband, dia rela terbang balik ke Bangkok sebab ia telah menjadi antara kota favourite beliau.

Part 17: Pulang Ke Kuala Lumpur

Lewat petang itu, kami dibawa kembali ke Suvarnabhumi Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan kami tiba awal di airport, dapatlah kita melihat-lihat kemudahan yang ada di sini. Oleh kerana ada ramai penganut Islam di Thailand, terdapat restoran makanan Halal dan sebuah surau yang sangat proper di sini. Di samping itu, ada juga bilik menunggu khas yang disediakan untuk sami-sami Buddha kerana mereka sangat dihormati di sini.

Pemandangan di Suvarnabhumi International Airport di Bangkok.
Patung dewa memegang ular seperti ini juga cukup banyak dilihat sewaktu melawat ke Cambodia dulu.
Kedai-kedai Duty Free di Suvarnabhumi Airport


CATATAN PERJALANAN BANGKOK (2012):

CATATAN PERJALANAN LAIN (THAILAND):