Tuesday, 10 January 2023

2022 BALKANS BHG. 36 (Ohrid 3)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(NORTH MACEDONIA: Skopje, Tetovo, Ohrid & Struga)

Bahagian 36: North Macedonia 7
OHRID (Jalan-Jalan Ohrid)

HARI KETUJUH (6)

Part 100: Church of Holy Mother of God

Disebabkan kami nak membeli-beli sikit di Ohrid, terpaksalah kita menukar sedikit duit Euro kepada matawang North Macedonia yang dinamakan Denar. Matawang Denar lebih kecil dari Ringgit Malaysia di mana RM 1 = MKD 13.30. Kalau dibanding dengan Euro pula, 1 Euro = MKD 62.

Matawang North Macedonia yang dinamakan Denar
Tapi sebelum kita membeli-beli, kita jalan-jalan dulu di sekitar Ohrid. Kata Local Tour Guide kami yang bernama Maja tadi, kat atas bukit sana ada sebuah Gereja Orthodox yang boleh dilawati tetapi tak boleh ambil gambar di dalamnya. Maka ke sanalah kami pergi melawat.

Laluan mendaki bukit menuju ke Gereja Orthodox
Bergambar kat tepi kedai
Church of Holy Mother of God
Nama gereja ini ialah Church of Holy Mother of God. Namanya pun dah cukup menyeramkan sebab memang bertentangan dengan akidah Orang Islam yang mempercayai Allah Maha Esa. Dalam Al Quran, Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4 ada tertulis: 

[1] Katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah, Yang Maha Esa. 

[2] Allah tempat meminta segala sesuatu.

[3] (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

[4] Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."

Sebenarnya bukan gereja ini saja, bahkan ada banyak Gereja Orthodox yang bernama Church of Holy Mother of God begini di Balkans. Bila bertemu dengan gereja yang bernama begini barulah kita sedar kebenaran setiap ayat yang diturunkan di dalam Al Quran. Pada masa Surah Al Ikhlas ini diturunkan, memang ada orang yang berpegang dengan fahaman Allah diperanakkan oleh seorang ibu. Maka turunlah Surah Al Ikhlas ini untuk membetulkan fahaman yang salah ini.
 
Pintu masuk ke Gereja Holy Mother of God
Pintu masuk ke bangunan gereja tapi kami tak masuk ke dalam sebab fotografi tak dibenarkan di dalamnya.
Bandar Ohrid terletak di bawah bukit sana
Pemandangan bandar Ohrid dari perkarangan gereja
Masjid Ali Pasha di mana kami bersolat tadi
Dataran di tengah Ohrid Old City
Di luar bangunan gereja ini ada sebuah pancutan air yang dinamakan Baptismal Font. Di bumbung binaannya pula ada lukisan-lukisan yang menggambarkan fahaman Kristian Orthodox.

Baptismal Font
Pandangan Baptismal Font dengan lebih dekat
Lukisan pada bumbung Baptismal Font
 Lukisan Peacock pada lantai Baptismal Font. Dalam budaya Macedonia, Burung Merak (Peacock) adalah simbol kesucian gereja Kristian. 
Lukisan Merak sebegini memang selalu ada di gereja-gereja North Macedonia
Perkuburan di tepi gereja
Macam perkuburan seorang ketua gereja di sini
Menara Jam di belakang gereja
Turun kembali ke Ohrid Old City

Part 101: Jalan-Jalan Di Ohrid Old City
 
Sampai kembali ke Ohrid Old City, kami berjalan-jalan di Turkish Bazaar.

Turkish Bazaar di Ohrid
Suasana di Turkish Bazaar
Penduduk Ohrid baik dan mesra. Ramai juga orang tempatan yang menegur sewaktu kami bersiar-siar di Ohrid. Bila diberitahu yang kami datang dari Malaysia, semua macam kehairanan. Tapi bila diberitahu kami datang dari Malezija (disebut: Malay-ziya), semua tersenyum sebab memang ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Ohrid. Malaysia dikenali sebagai Maleziya di negara-negara Balkans.

Penghujung lorong
Banyak pakaian dijual di Turkish Bazaar
Barangan tembikar
Beg-beg kulit
Seorang Makcik yang sedang mengait
Satu lagi suasana di Turkish Bazaar
Bazaar ini sebenarnya tidaklah besar sangat
Gereja Holy Mother of God di atas bukit yang kami lawati tadi
Kami juga sempat masuk melawat ke Pasar Buah-buahan. Oleh kerana ketika itu telah pun lewat petang, pekedai-pekedai di pasar ini sedang berkemas untuk menutup perniagaan. Tapi sempatlah juga kami membeli sedikit buah di sini.

Oleh kerana ketika itu dah lewat petang, banyak kedai di dalam Pasar Buah-buahan ini telah ditutup.
Membeli buah-buahan
Bergambar kenangan dengan pekedai di Pasar Buah-buahan
Selepas itu, kami berjalan lagi di Ohrid Old City. Kali ini kita singgah pulak minum Hot Chocolate di sebuah kedai minuman.

Berjalan lagi di Ohrid Old City
Pintu masuk ke Masjid Ali Pasha
Singgah minum Hot Chocolate di sini
Menyediakan minuman Hot Chocolate
Senarai minuman yang dijual
Disebabkan masih ada saki-baki North Macedonian Denar selepas membeli Hot Chocolate, kita singgah pulak membeli Donut di sebuah gerai. Esok pagi, kami akan bergerak menuju ke Greece. Jadi cubalah habiskan saja baki duit Denar ini di sini.

Singgah membeli Donut pulak
Menunggu Donut disediakan
Bergambar kat depan Kedai Donut
Kakak Penjual Donut
Menunjukkan hasil belian Donut
Donut yang lembut dan sedap
Kami kembali ke Ohrid City Square untuk duduk makan Donut di sana. Sambil-sambil itu kita nikmati suasana di sekitar.

Ohrid City Square
Di Ohrid City Square ini ada patung dua orang saint yang sangat dihormati oleh penduduk North Macedonia: St. Clement dan St. Naum.

Selain menjadi seorang pendakwah Kristian Orthodox, St. Clement juga terkenal sebagai anak murid kepada St. Cyril dan St. Methodius yang telah memperkenalkan tulisan Cyrillic di seluruh Balkans. Selepas kematian St. Cyril dan St. Methodius, usaha memperkenalkan tulisan Cyrillic ini diteruskan oleh St. Clement. Beliau juga telah membuka universiti Slavic yang pertama di Ohrid.

St. Clement
Wajah lebih dekat St. Clement
Wajah St. Clement dari sisi
Ungkapan untuk St. Clement
St. Naum yang patungnya juga didirikan di sini, adalah seorang lagi pendakwah Kristian Orthodox yang juga berjasa mengembangkan tulisan Cyrillic.

St. Naum
St. Naum terkenal sebagai seorang miracle healer yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Selain itu dia juga terkenal dengan kisah di mana dia telah menjinakkan seekor beruang untuk berkhidmat membantu seorang petani. Sebelum dijinakkan oleh St. Naum, beruang ini sering mengganggu dan menakutkan petani ini.

Wajah lebih dekat St. Naum
Dekat-dekat waktu berkumpul, kami berjalan menuju ke tempat yang ditetapkan di tepi Tasik Ohrid.

Tempat permainan kanak-kanak
Keretapi kanak-kanak
 Pemandangan keretapi kanak-kanak dari sisi
Berjalan ke tempat berkumpul di tepi Tasik Ohrid
Suasana petang di tepi Tasik Ohrid
Mentari dah mula nak terbenam
Swans di tepi Tasik Ohrid
Berbasikal di Tasik Ohrid
Tasik Ohrid
Berenang di Tasik Ohrid
Keindahan petang di tepi Tasik Ohrid
Berjalan ke arah swans
Jeti di Tasik Ohrid
Swans

Part 102: Imperial Hotel @ Struga

Hotel penginapan kami pada malam itu terletak di Struga, sebuah bandar lain tidak jauh dari Ohrid. Mengikut Tour Guide kami yang bernama Mehmet, penginapan kami diatur di Struga kerana tiada hotel di Ohrid yang boleh menyediakan makanan Halal untuk kami.

Dalam bas menuju ke Struga
Meninggalkan bandar Ohrid
Barisan teksi di Ohrid
Goodbye, Ohrid.
Perjalanan menuju ke Struga dari Ohrid adalah melalui pinggir Tasik Ohrid. Walau bagaimanapun disebabkan ketika itu suasana dah mula gelap, sukar nak mengambil gambar yang cantik.

Menyusuri Tasik Ohrid menuju ke Struga
Mentari dah mula terbenam ketika ini
Tasik Ohrid di kala senja
Kita tengok lagi pemandangan Tasik Ohrid dalam perjalanan menuju ke Struga di kala senja.

Hotel penginapan kami di Struga yang bernama Imperial Hotel & Spa juga terletak di tepi Tasik Ohrid. Namun disebabkan hari dah malam dan cuaca yang sangat sejuk ketika itu, kami tak dapat nak menikmati keindahan Tasik Ohrid dari situ.

Tiba di Struga
Imperial Hotel & Spa di Struga
Membawa bagasi masuk ke hotel
Reception Counter
Berehat di lobi hotel
Bilik penginapan kami
Satu lagi pemandangan di bilik penginapan kami
Pemandangan menghala ke Tasik Ohrid dari bilik penginapan kami
Toilet facilities
Makan malam disediakan di Imperial Hotel & Spa sendiri. Kebetulan ada ramai pulak pengunjung di restoran hotel malam itu. Suasana agak menyesakkan kerana ramai yang merokok di dalam restoran. Ini memang tak boleh kami elakkan sewaktu berada di Balkans kerana penduduk Balkans memang kuat merokok dan boleh merokok di mana-mana saja, termasuklah dalam bangunan yang berhawa dingin.

Menunggu dinner di restoran Imperial Hotel & Spa
Suasana lampu yang romantik di dalam restoran
Roti
Hidangan dinner kami
Dessert
Selepas makan Abang dan Kakak Ipar bercadang nak berjalan-jalan di Struga. Sekejap saja mereka keluar dah masuk balik ke dalam hotel. Tak tahan sebab sejuk sangat kat luar, kata mereka.


Bersambung ke Bahagian 37...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):

No comments: