Wednesday 27 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 27 (Auckland - GC - KL)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 27: Penerbangan Pulang
AUCKLAND - GOLD COAST - KUALA LUMPUR

HARI KETUJUH (2)

Part 62: Istanbul Shawarma

Dah tiba masa bagi kami mengakhiri lawatan kami ke New Zealand. Walaupun cuma 6 hari dan hanya ke North Island, percutian ini amat menggembirakan. Sebelum bergerak menuju ke Airport, kita lunch dulu di sebuah restoran Turki di Queen Street yang bernama Istanbul Shawarma.


Restoran Istanbul Shawarma di Queen Street
Order makanan di Istanbul Shawarma
Suasana di dalam restoran
Jemput makan...

Part 63: Auckland International Airport

Selepas lunch, kami terus bergerak menuju ke Auckland International Airport. Perjalanan ke Airport dari pusat bandar memakan masa kira-kira 40 minit. Hujan renyai turun sewaktu dalam perjalanan seolah-olah menangisi pemergian pulang kami dari New Zealand.


Menuju ke Airport
Potters Park
Hujan renyai yang mengiringi kepulangan kami
Masih menuju ke Airport
Simpang ke Airport
Dah tiba di kawasan Airport
Auckland International Airport
Ibis Budget Hotel
Arah ke International Terminal
International Terminal, Auckland International Airport
Haziq menurunkan kami di luar bangunan International Terminal. Terima kasih atas segala khidmat yang diberi dan di sinilah kita berpisah. Selamat maju jaya dalam pelajaran dan semoga berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang Akauntan di satu hari nanti. Kata Haziq, dia akan tinggal di Auckland selama 4 hari lagi sebelum pulang ke Christchurch di South Island untuk menyambung pengajiannya dalam semester akhir di University of Canterbury.

Bye-bye Haziq dan Terima Kasih.
Pintu masuk ke Terminal
Memandangkan masih ada banyak masa lagi sebelum kaunter Check-in Air Asia dibuka, kami membuat keputusan untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar dulu. Bahagian luar Auckland International Airport ini tak ada Prayer Room yang proper. Cuma ada sebuah Muslim Prayer Area yang terbuka, tapi selesa juga bersolat di situ.

Pemandangan di International Terminal, Auckland International Airport
Kita check dulu status flight kita...
Flight kami Air Asia X D7 207 on time, tapi kaunter Check-in belum dibuka.
Kaunter Check-in untuk Air New Zealand
Prayer Area terletak di Tingkat Atas, kata petugas ini.
Prayer Area sebenarnya terletak di belakang restoran McDonald's ini
Arah ke Muslim Prayer Area
Prayer Area
Ruang terbuka tapi selesa untuk bersolat
Sebenarnya ada Prayer Room yang sempurna, lengkap dengan Tempat Wuduk disediakan di Airport ini. Tapi kedudukannya di Kawasan Perlepasan, selepas melalui pemeriksaan Imigresen. 

Di Prayer Area ini juga kami bertemu dengan beberapa fellow Malaysians yang juga akan pulang ke Malaysia dengan pesawat yang sama dengan kami. Kebanyakan mereka melancong secara self-drive di South Island. Cuma kami saja spesis yang pelik sikit memilih melancong secara Guided Tour ke North Island.


Ready to leave Middle Earth.
Kaunter Check-in Air Asia dibuka pada pukul 4 petang, 3 jam sebelum waktu penerbangan. Syukurlah kami dah buat Web Check-in, jadi bolehlah beratur di barisan Bag Drop. Kaunter Bag Drop tak ramai orang. Tapi kat kaunter Check-in, berjela-jela panjangnya.

Kaunter Check-in Air Asia
Boarding Pass dari Auckland - Gold Coast - Kuala Lumpur
Lepas Check-in, kami masuk ke Ruang Perlepasan. Ada banyak juga kedai-kedai yang menarik di sini.

International Departures
Kedai-kedai Duty Free
Kedai makan pun banyak
Pemandangan di International Departures
Ruang Menunggu yang selesa
Pemandangan di Boarding Gate kami

Part 64: Dari Auckland Ke Gold Coast

Pesawat kami Air Asia X D7 207 dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur melalui Gold Coast pada pukul 6.55 petang. Ada ramai penumpang di dalamnya kerana ini adalah antara flight Air Asia X yang terakhir berkhidmat dari Auckland ke Kuala Lumpur. Tiga hari selepas kami pulang ke Malaysia nanti, Air Asia X akan menamatkan perkhidmatan ke New Zealand. 

Myself tak tahu mengapa Air Asia X nak menamatkan perkhidmatan ke New Zealand. Tapi mungkin sekejap saja kot sebab laluan ini agak popular. Dulu Air Asia juga pernah menghentikan penerbangan ke Christchurch. Tapi selepas itu Air Asia menyambung kembali perkhidmatan ke New Zealand ini melalui Auckland. Mungkin selepas ini perkhidmatan ke New Zealand akan disambung kembali ke airport yang lain di negara ini.


Pesawat Air Asia dah sedia nak berlepas
Beratur masuk ke dalam pesawat
Penumpang sedang masuk ke dalam pesawat
Pesawat Emirates yang dihiasi dengan gambar hidupan liar. Tolong promote pelancongan ke Afrika kot.
Menunggu giliran untuk berlepas
Pesawat nak mendarat di Auckland
Pemandangan matahari terbenam dari dalam pesawat
Pesawat kecil pula nak mendarat
Selamat berlepas ke udara
Mihi, Aotearoa (Goodbye, New Zealand)
Terbang menuju ke Australia
Pemandangan terakhir bumi New Zealand
Penerbangan dari Auckland ke Gold Coast memakan masa kira-kira 3 jam. Pesawat terbang dengan lancar ke Australia, tapi mengalami sedikit turbulence sewaktu menghampiri Gold Coast.

Terbang tinggi di langit biru
Sajian penerbangan
Nasi Lemak Pak Nasser. Rendang ayamnya agak masin.
Uncle Chin's Chicken Rice
Hampir tiba di Gold Coast
Lampu pesawat dimalapkan untuk pendaratan malam
Kami tiba di Gold Coast pada pukul 8.15 malam waktu tempatan, awal 15 minit dari jadual.

Tiba di Gold Coast
Pemandangan Gold Coast di waktu malam
Gold Coast Airport
Selamat mendarat di Gold Coast, Australia

Part 65: Dari Gold Coast Ke Kuala Lumpur

Persinggahan transit di Gold Coast ini adalah 1 jam 10 minit. Seperti waktu kedatangan dulu, semua penumpang transit ke Kuala Lumpur diarahkan turun dari pesawat di Gold Coast untuk melalui pemeriksaan keselamatan.


Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat di Gold Coast Airport, Australia
Pintu perlepasan kami
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Masuk semula ke dalam pesawat
Demonstrasi keselamatan oleh anak-anak kapal
Makan Mi Segera dan Potato Chips saja dalam penerbangan dari Gold Coast ke Kuala Lumpur ini.
Disebabkan semua penumpang telah masuk ke dalam pesawat, penerbangan second leg kami dari Gold Coast ke Kuala Lumpur berlepas sedikit awal dari jadual. Tak seperti penerbangan dari Auckland ke Gold Coast yang memakan masa 3 jam, penerbangan dari Gold Coast ke Kuala Lumpur ini memakan masa 8 jam. Flight juga mengalami sedikit turbulence sejak berlepas dari Gold Coast sehinggalah kami meninggalkan bumi Australia dan masuk ke Indonesia.

Pemandangan di dalam pesawat
Mungkin disebabkan terlalu letih dengan pelbagai aktiviti di New Zealand, Myself tertidur dengan lena dalam penerbangan ini. Ajaib juga kerana kita memang jenis yang susah nak tidur lena dalam pesawat. Sedar-sedar pesawat dah nak mendarat di Kuala Lumpur.

Pemandangan negara tercinta di awal subuh
Bersedia untuk mendarat
Alhamdulillah, pesawat Air Asia X kami selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi, awal 45 minit dari jadual. Tabik spring kat Pilot Air Asia yang bawak kapal terbang ni. Tapi disebabkan tiba awal sangat begitu, terpaksalah kita telan saja Midnight Charge masa ambil teksi balik ke rumah.

Selamat mendarat di KLIA 2.



CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):