Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(BOSNIA-HERZEGOVINA: Bihac, Jajce, Turbe, Travnik, Sarajevo, Jablanica, Mostar, Blagaj & Trebinje)
Bahagian 7: Bosnia-Herzegovina 3
SARAJEVO (Sarajevo Old City 1)
HARI KEDUA (3)
Part 21: Sarajevo Old City (1)
Sarajevo Old City bukanlah bahagian kota yang tertua di Sarajevo. Bahagian kota yang tertua di Sarajevo adalah sebuah kota pertahanan yang terletak di atas sebuah bukit. Kota inilah (dipanggil Saray dalam Bahasa Turki) yang sebenarnya memberi nama kepada Sarajevo (disebut: Sara-yevo).
|
Sungai Miljacka (disebut: Mi-yaks-ka) yang membelah kota Sarajevo |
Bas kami berhenti di tepi sebuah jambatan berhampiran kota lama Sarajevo yang dinamakan Šeherćehaja bridge.
|
Šeherćehaja bridge |
|
Tram di Sarajevo |
|
Bangunan Sarajevo City Hall |
|
City of Sarajevo |
Sarajevo Old City didirikan oleh seorang general tentera di zaman Ottoman yang bernama Isa-Beg Ishaković pada kurun ke-15 dahulu. Pasar yang dibina di tengah-tengah bandar dinamakan sebagai Baščaršija (disebut: Bash-char-shi-ya). Di zaman kegemilangannya dahulu, Baščaršija dipenuhi 12,000 buah kedai yang memperdagangkan pelbagai barangan dari Venice, Florentine dan Dubrovnik.
|
Suasana di Sarajevo Old City |
Oleh kerana ia dibangunkan oleh orang-orang Ottoman, pengaruh Turki sangat kuat terasa di sini. Perasaan berjalan di Sarajevo Old City bagaikan berjalan di sebuah bazaar lama di Turki.
|
Pengaruh Turki sangat kuat dirasakan di Sarajevo Old City |
|
Masjid Baščaršija |
|
Penjual di luar Masjid Baščaršija |
|
Bagai berjalan di sebuah bazaar lama di negara Turki |
|
Lagi sebuah suasana di Sarajevo Old City |
|
Pejabat Pos |
Destinasi pertama kami di Sarajevo Old City adalah Gezi Husrev-Beg Mosque di mana kami akan bertemu dengan Local Guide kami yang akan membawa kami melawat sekitar Sarajevo Old City.
|
Kata Mehmet, signboard bertanda '?' begini menandakan ada sebuah kedai kopi di sana. |
|
Ulica Saraci |
GEZI HUSREV-BEG MOSQUE
Local Guide kami di Sarajevo Old City yang bernama Emir menunggu di Masjid Gezi Husrev-Beg. Masjid ini dibina di zaman Ottoman pada tahun 1531 sebagai wakaf dari Gezi Husrev-Beg yang merupakan cucu kepada Sultan Beyazid II. Ia direka oleh seorang arkitek dari Parsi yang bernama Adjem Esir Ali.
|
Pintu masuk ke Masjid Gezi Husrev-Beg |
Masjid Gezi Husrev-Beg juga istimewa kerana ia adalah masjid pertama di Balkans yang mendapat bekalan elektrik pada tahun 1898. Disebabkan kami dah bersolat di Masjid Malaysia di Turbe tadi, kami tak masuk ke dalam masjid.
|
Pemandangan masjid dari luar |
|
Satu lagi pemandangan di luar Masjid Gezi Husrev-Beg. Dua bangunan bulat di sana menempatkan makam Gezi Husrev-Beg dan rakannya yang bernama Murat Bey. |
|
Local Tour Guide kami di Sarajevo Old City yang bernama Emir |
Sewaktu peperangan dengan Kerajaan Ottoman di Sarajevo dulu, masjid ini pernah dicuba untuk dimusnahkan oleh seorang jeneral perang Habsburg yang bernama Eugene of Savoy. Mereka cuba menanggalkan sebatang tiang masjid dengan harapan tiang-tiang lain akan turut runtuh bersama. Malangnya perkara yang diharapkan tidak terjadi dan tentera Eugene of Savoy memberhentikan usaha untuk meruntuhkan masjid. Tiang yang digoyah dalam usaha meruntuhkan masjid ini dikatakan masih bengkok sehingga ke hari ini. Myself dan Husband pernah melihat patung Eugene of Savoy ini yang dibina di perkarangan Hofburg Palace di Vienna, Austria dulu.
|
Masjid ini pernah dicuba untuk dimusnahkan oleh tentera Eugene of Savoy pada masa dahulu. |
|
Fountain yang dibina untuk berwuduk dan bekalan air minum |
Masjid Gezi Husrev-Beg dibina dalam kawasan bertembok. Di perkarangan masjid dibina sebuah fountain yang diwakaf untuk kemudahan jemaah berwuduk dan juga sebagai sumber air minuman. Fountain ini walau bagaimanapun bukanlah binaan yang asal. Ia telah diperbaiki dan dibina semula berkali-kali sehingga sekarang.
|
Tandas awam percuma dan bersih juga turut disediakan di Masjid Gezi Husrev-Beg |
Di sebuah kawasan berpagar lain di seberang bangunan masjid turut dibina sebuah madrasah untuk pengajian agama, kawasan pasar dan hamam (pusat pemandian umum) untuk kegunaan awam. Pasar yang dibina di sinilah yang menjadi titik tolak pembinaan Sarajevo Old City sebagai sebuah pusat perdagangan. Seluruh kompleks ini kini telah pun ditukar menjadi muzium.
|
Muzium Gezi Husrev-Beg |
|
Pemandangan di dalam Kompleks Muzium Gezi Husrev-Beg |
|
Pelawat yang sedang mendengar penerangan di Kompleks Muzium Gezi Husrev-Beg |
|
Satu lagi pemandangan di dalam Kompleks Muzium Gezi Husrev-Beg |
LATIN BRIDGE
Dari Masjid Gezi Husrev-Beg, kami dibawa melawat ke Latin Bridge. Latin Bridge bersejarah kerana peristiwa yang berlaku di sini pada tahun 1914 telah mencetuskan Perang Dunia Pertama.
|
Berjalan menuju ke Latin Bridge |
|
Mengikut Emir berjalan ke Latin Bridge |
|
Latin Bridge terletak di pinggir Sarajevo Old City, berhampiran Sungai Miljacka |
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dan isterinya Sophie sedang mengadakan lawatan rasmi ke Sarajevo yang merupakan ibu kota bagi wilayah Bosnia dan Herzegovina. Ketika itu, Bosnia dan Herzegovina merupakan sebahagian jajahan takluk Austro-Hungarian Empire yang dirampas dari pihak Ottoman dan Ferdinand mewakili bapa saudaranya Emperor Franz Josef untuk satu upacara menaikkan bendera. Upacara ini walau bagaimanapun tidak disenangi oleh para pejuang nasionalis Serbia yang menuntut wilayah tersebut dari Empayar Austro-Hungary.
|
Latin Bridge |
Pada pagi 28 Jun 1914, pejuang nasionalis Serbia bersedia untuk membunuh Ferdinand. Tiga orang pejuang dilantik untuk melaksanakan tugas tersebut. Ketika Ferdinand dan Sophie sedang berarak menaiki kereta dalam perjalanan untuk merasmikan sebuah muzium, mereka lalu di depan pejuang Serbia pertama yang bernama Muhamed Mehmedbasic yang sepatutnya melemparkan bom grenade kepada kereta Ferdinand. Walaupun berkesempatan untuk berbuat begitu, Mehmedbasic tiba-tiba diserang gementar menyebabkan dia tidak melaksanakan tugas yang diberi.
|
Replika kenderaan yang membawa Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie
|
Perarakan kenderaan Ferdinand terus berlalu sehingga sampai di depan pejuang nasionalis Serbia kedua yang bernama Nedjelko Cabrinovic. Cabrinovic berjaya mencampakkan bom grenade ke arah kereta Ferdinand. Menyedari kecemasan yang berlaku, pemandu kereta Ferdinand telah memecut laju menyebabkan bom tersebut melantun dan meletup mengenai kereta pengiring Ferdinand di belakang sehingga mencederakan beberapa orang.
Menyedari usahanya gagal, Cabrinovic cuba membunuh diri dengan menelan pil racun dan terjun ke dalam Sungai Miljacka. Walau bagaimanapun usaha Cabrinovic gagal kerana air Sungai Miljacka cetek dan pil racun yang dimakan hanya menyebabkan beliau jauh sakit dan tidak memudaratkan sehingga membunuh. Cabrinovic seterusnya ditahan oleh pihak berkuasa atas percubaan membunuh.
|
Emir memberi penerangan tentang kejadian pembunuhan Archduke Ferdinand yang membawa kepada meletusnya Perang Dunia Pertama |
|
Mendengar penerangan yang disampaikan oleh Emir |
Seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran, apabila ajal seseorang tiba, ia tidak dilambatkan walaupun sesaat. Selepas terselamat dari 2 percubaan membunuh kerana ajal mereka belum tiba, Ferdinand dan Sophie berhasrat untuk melawat hospital di mana pengiring-pengiring yang tercedera dirawat. Pegawai tentera pengiring Ferdinand, General Oskar Potiorek menasihatkan supaya konvoi Ferdinand tidak melalui pusat bandar. Mungkin disebabkan ajal Ferdinand dan isterinya telah tiba, Potiorek lupa memberitahu pemandu Ferdinand sendiri tentang perkara tersebut. Akibatnya pemandu Ferdinand memandu masuk ke pusat bandar melalui Latin Bridge.
|
Dalam kereta inilah Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie dibunuh oleh seorang pejuang nasionalis Serbia yang bernama Gavrilo Princip. Jambatan yang kelihatan di belakang sana adalah Latin Bridge. |
Pejuang Serbia ketiga yang bernama Gavrilo Princip sedang menunggu di tepi jalan tersebut. Pemandu Ferdinand yang ternampak Princip menyedari kesilapannya masuk ke pusat bandar lalu cuba berpusing ke belakang. Entah bagaimana, enjin kereta tersekat pula. Menyedari peluang keemasan untuk beliau, Princip mara ke arah kereta Ferdinand. Dia membuka pintu kereta dan menembak dari jarak dekat kedua-dua Ferdinand dan Sophie. Walau cuba diselamatkan, Ferdinand dan Sophie maut akibat kecederaan yang dialami. Princip ditahan dengan bantuan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
Kerajaan Austro-Hungary menyalahkan Serbia atas peristiwa tersebut dan mengisytiharkan perang sebulan kemudian. Negara-negara lain memihak kepada Austro-Hungary dan ada juga yang memihak kepada Serbia. Maka secara rasminya meletuslah Perang Dunia Pertama.
|
Mendengar kisah yang disampaikan Emir, memang jelas yang bangsa Serbia amat taksub menuntut seluruh Balkans sebagai negara milik mereka sejak dari dulu lagi. |
Suasana di Latin Bridge kini masih sama seperti di tahun 1914. Peristiwa yang membawa kepada Perang Dunia Pertama ini juga turut diabadikan di sini. Tempat di mana Princip berdiri menunggu peluang untuk membunuh Archduke Ferdinand ditandakan dengan bekas tapak kaki di tepi jalan.
|
Tapak kaki di mana Gavrilo Princip berdiri menunggu peluang untuk membunuh Archduke Ferdinand. |
|
Latin Bridge |
|
Sejarah yang diabadikan di Latin Bridge |
Walau dianggap penjenayah di kebanyakan negara di dunia, Gavrilo Princip diangkat sebagai wira di negara kelahirannya, Serbia. Sewaktu Bosnia-Herzegovina menjadi sebahagian dari Yugoslavia, nama jambatan ini ditukar menjadi Princip Bridge sebagai penghormatan kepada beliau kerana berjaya membunuh Archduke Ferdinand yang dianggap sebagai penjajah negara. Nama jambatan ini walau bagaimanapun ditukar kembali kepada nama asalnya Latin Bridge setelah Bosnia-Herzegovina merdeka dari Yugoslavia.
|
Latin Bridge masih digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeberang Sungai Miljacka |
|
Melepak-lepak di atas jambatan |
Latin Bridge masih digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeberang Sungai Miljacka. Ia walau bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki dan ditutup kepada kenderaan.
|
Pandangan kenderaan Archduke Ferdinand dari sisi |
|
Pandangan dari depan |
|
Meninggalkan Latin Bridge |
SARAJEVO MEETING OF CULTURES
Kami kembali ke Sarajevo Old City untuk melawat ke sebuah tempat yang dinamakan sebagai Sarajevo Meeting of Cutures. Di sinilah kita dapat melihat pertembungan dan penyatuan 2 budaya utama dunia di Sarajevo ~ budaya Ottoman dari Timur yang beragama Islam dan budaya Austro-Hungary dari Barat yang beragama Kristian.
|
Berjalan mengikut Emir dan Mehmet menuju ke Sarajevo Meeting of Cultures |
|
Kawasan di sebelah sini memaparkan ciri budaya Ottoman dari Timur |
|
Husband dan Kanesh yang turut memaparkan 2 budaya dari Malaysia di Sarajevo |
|
Suasana agak sibuk pada petang itu kerana ada ramai pengunjung di Sarajevo Old City |
Tempat pertemuan budaya ini ditandakan di atas lantai sebagai Sarajevo Meeting of Cultures. Jika berdiri di sini dan memandang ke arah timur kita dapat melihat Masjid Husrev-Beg, Ćoše (Sweet Corner), Sarači Street dan lain-lain lagi. Baščaršija juga bermula dari sini.
TRAGEDI KASUT DI SARAJEVO
Sebaik melangkah turun bas di Sarajevo Old City tadi, Myself dah merasa sesuatu yang pelik pada kasut. Rupa-rupanya tapak kasut Crocs yang setia diguna selama ini dah tertanggal. Mula-mula rasa macam boleh tahan lagi tapi bila tiba di tengah-tengah Sarajevo Old City, macam dah parah sangat rasanya nak melangkah. Bila dicerita pada Abang, dia happy sangat sebab adalah kawan dia nak mencari kasut baru di Sarajevo. Kasut Abang dah pun terkopak lebih awal sewaktu melawat ke Pliva Waterfall pagi tadi.
|
Pose terakhir dengan kasut Crocs yang begitu setia travel bersama selama ini di Sarajevo Old City. |
Mujurlah tragedi kasut itu berlaku betul-betul kat depan sebuah kedai kasut di Sarajevo Meeting of Cultures. Maka ke sanalah kami dua beradik dengan ditemani pasangan masing-masing beserta Kanesh melangkah untuk membeli kasut baru.
|
Kedai kasut Astra di depan Sarajevo Meeting of Cultures yang kami kunjungi untuk membeli kasut baru. |
Malang bagi Myself sebab kasut-kasut murah yang dijual di kedai ini tak ada saiz. Kasut yang ada saiz kita cuma sneakers mahal jenama Skechers yang berharga 175 Bosnian Mark (RM 425). Disebabkan terdesak dan tak ada pilihan waktu itu, tenyeh sajalah credit card untuk membeli kasut itu. Abang pun jumpa kasut yang sesuai untuk dibeli di situ. Nasib baik credit card kita boleh pakai kat situ, kalau tidak kenalah pinjam dulu pakai credit card Abang.
|
Memakai kasut baru di Sarajevo Old City |
|
Goodbye, Crocs. Hello, Skechers! |
Tapi Myself tak nafikan kasut Skechers mahal ini memang sedap dan selesa dipakai. Bak kata pepatah Melayu: Alah membeli menang memakai (Ayat menyedapkan hati sebab terpaksa beli kasut mahal, hahaha!)
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):
No comments:
New comments are not allowed.