Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 12: Oman
QATAR - OMAN (Doha - Muscat)
HARI KELIMA
Part 35: Meninggalkan Doha
Pagi ini adalah pagi terakhir kami bersarapan di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Selepas bersarapan nanti, kami akan memulakan langkah meninggalkan Qatar menuju ke Oman.
 |
Restoran L2 di Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town |
Pagi ini juga buat kali terakhir, kami memesan Teh Tarik untuk breakfast. Sebagai kenangan, Husband turut bergambar dengan Naing, waiter dari Myanmar yang pandai membuat Teh Tarik itu. Kata Naing, dia belajar membuat Teh Tarik sewaktu bekerja di Hotel Holiday Villa di Doha.
 |
Bergambar kenangan dengan Naing |
 |
Sarapan pagi ini |
Pada pukul 9 pagi, kami check-out dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Walaupun pesawat kami dijadualkan berlepas dari Doha menuju ke Muscat di Oman pada pukul 1.30 petang, kami sengaja memilih untuk sampai awal di airport untuk keselesaan.
 |
Bersedia nak check-out dari hotel |
 |
Menikmati pemandangan kota Doha buat kali terakhir |
 |
مع السلامة. Goodbye, Doha. |
Seperti sewaktu ketibaan dulu, kami juga dilayan oleh Jane, receptionist berasal dari Kenya sewaktu nak check-out dari hotel. Thank you so much, Jane. Jane turut memberikan kepada kami cookie sedap yang sama diberikan sewaktu check-in ke hotel dulu. Bolehlah kita buat bekal untuk makan-makan kat airport nanti.
 |
Check-out dari Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town |
 |
Bergambar kenangan bersama Jane dan bungkusan cookie yang sedap itu. |
Part 36: Hamad International Airport, Doha
Dengan bantuan dari concierge di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town, kami menempah sebuah kereta Uber XL untuk membawa kami ke Hamad International Airport. Mujur juga Abang dah memang ada install app Uber di dalam telefonnya. Concierge di hotel cuma menolong guide tentang lokasi pick-up dan drop-off yang sebenar. Tambang Uber yang dikenakan adalah QAR 26 (RM 32).
 |
Membawa bagasi masuk ke dalam Uber |
 |
Memulakan perjalanan menuju ke airport |
 |
Arah ke Hamad International Airport |
 |
National Museum of Qatar |
Perjalanan dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town menuju ke Hamad International Airport cuma memakan masa kira-kira 20 minit.
 |
Pemandangan di Hamad International Airport |
 |
Suasana di Hamad International Airport yang kelihatan sangat sepi |
 |
Information Counter |
Disebabkan kami menggunakan Qatar Airways untuk terbang ke Muscat dan Hamad International Airport adalah home base bagi Qatar Airways, memang tak ada masalah untuk check-in awal bagi penerbangan ke Muscat.
 |
Kaunter check-in untuk Qatar Airways di Hamad International Airport |
 |
Berjalan menuju ke kaunter check-in |
 |
Walaupun cuma kaunter check-in untuk Kelas Ekonomi, terasa diri sangat dihargai kerana ada carpet dipasang menyambut kami di kaunter check-in ini. Hahaha!! |
 |
Bergambar bersama Abang di kaunter check-in |
 |
Husband dan Kakak Ipar beratur dalam barisan |
Selepas check-in, perkara seterusnya yang kami lakukan ialah mencari money changer untuk membuat pertukaran wang dari Qatar Riyal (QAR) ke Omani Rial (OMR).
 |
Berjalan mencari Money Changer |
 |
Money Changer di Hamad International Airport |
 |
Berurusan di kaunter Money Changer |
Memang sedih membuat urusan pertukaran wang dari Qatar Riyal kepada Omani Rial. Ini adalah kerana matawang Oman adalah matawang yang kedua tertinggi di dunia selepas matawang Kuwait. Kadar pertukaran matawang ini ketika itu adalah 1 OMR = QAR 10 = MYR 11. Bayangkanlah, duit Myself sebanyak QAR 750 (RM 920) yang ditukar cuma mendapat OMR 72 saja. Nangis!
Myself dan Husband walau bagaimanapun tidaklah terkejut sangat mendapat duit Oman yang seciput itu kerana kami dah ada pengalaman menukar wang Ringgit Malaysia kepada Kuwait Dinar dulu. Kadar pertukaran ke Kuwait Dinar yang merupakan matawang tertinggi di dunia dulu memang lebih terasa kerana KWD 1 = RM 14.
 |
Matawang Omani Rial |
Disebabkan nilai matawangnya yang sangat tinggi, duit syiling Oman yang dinamakan Baisa juga dicetak dalam bentuk wang kertas. 1 Rial Oman adalah bersamaan dengan 1000 Baisa. Jadi harga barangan di Oman memang ditulis dengan 3 titik perpuluhan (Contoh: OMR 3.000).
 |
Wang kertas 100 Baisa yang paling di hadapan itu adalah sebenarnya macam duit syiling di Oman. Nilai 100 Baisa = RM 1.20. |
 |
Pancutan air di taman Orchard |
 |
Pandangan lebih dekat pancutan air |
 |
Sedikit-sedikit memang kelihatan seperti pancutan air di Jewel @ Singapore |
 |
#HIA turns 10 |
Part 37: Dari Doha Terbang Ke Muscat
Sejam sebelum waktu perlepasan pada pukul 12.30 tengah hari, semua penumpang Qatar Airways QR 1122 menuju ke Muscat dipanggil masuk ke dalam pesawat.
 |
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
 |
Pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami terbang ke Muscat |
 |
Menunggu di Boarding Gate |
 |
Berjalan masuk ke dalam pesawat |
Sebahagian besar penumpang pesawat yang naik bersama kami adalah pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di Doha yang kelihatan seperti mempunyai satu event di Muscat. Mereka disertai oleh 3 atau 4 orang guru yang Myself lihat terdiri dari berbagai bangsa. Murid-murid ini pun terdiri dari berbagai bangsa.
Ada satu sajian penerbangan diberikan dalam penerbangan ini. Tetapi disebabkan penerbangan ini dikira singkat, sajian yang diberikan juga adalah sajian ringan yang berbentuk sandwich.
 |
Pemandangan bumi Oman yang dipenuhi dengan gunung-gunung batu. Di sebalik gunung batu ini adalah padang pasir besar Rub’ al-Khali (Empty Quarter) yang sebahagian besarnya terletak di Arab Saudi. |
 |
Pemandangan tipikal di Oman |
Di celah-celah pergunungan yang tinggi ini, sering kelihatan penempatan-penempatan yang dipenuhi dengan bangunan berkotak-kotak yang berwarna putih.
 |
Tour Guide kami di Oman yang bernama Maher |
 |
Bas yang disambung dengan karavan untuk mengisi bagasi kami |
Part 38: Hotel Ramada Encore By Wyndham, Muscat
Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat terletak 15 km dari pusat bandar Muscat. Perjalanan dari airport ke pusat bandar hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.
 |
Pemandangan dalam bas dalam perjalanan ke hotel |
Muscat (Arab: مَسْقَط dan disebut Masqat) yang merupakan ibu negara Oman adalah sebuah bandaraya yang moden tetapi sangat sederhana. Tidak seperti Qatar dan UAE yang berlumba-lumba membina bangunan tinggi, tiada bangunan pencakar langit dilihat di Muscat. Ini adalah kerana dasar pemerintah Oman sebelum ini Sultan Qaboos yang ingin mengekalkan ciri-ciri tradisional Oman. Sultan Qaboos adalah sultan yang memerintah Oman sejak tahun 1970. Baginda telah meninggal dunia pada tahun 2020 dan digantikan oleh sepupu baginda Sultan Haitham bin Thariq yang memerintah Oman sehingga sekarang.
 |
Hotel penginapan kami ~ Hotel Ramada Encore By Wyndham |
Tidak seperti di Qatar dan UAE di mana para pekerja di negara tersebut ramai yang terdiri dari warga asing, 60% tenaga pekerja di Oman adalah terdiri dari warga Oman sendiri. Jadi di mana-mana jua, kita memang dapat melihat para pekerja yang terdiri dari orang Oman.
 |
Petugas-petugas reception counter di Hotel Ramada Encore By Wyndham kesemuanya terdiri dari lelaki tempatan yang memakai pakaian tradisional Oman |
 |
Potret Sultan Haitham (kiri) dan Sultan Qaboos (kanan) |
Orang Oman juga sangat berbangga dengan tradisi mereka. Ini dapat kami lihat sewaktu check-in di Hotel Ramada Encore By Wyndham. Semua petugas dan pengunjung tempatan di hotel ini sentiasa mengenakan pakaian tradisional Oman yang terdiri dari jubah putih dan kopiah yang bercorak. Kopiah ini dinamakan Kummah.
Kami turut merasakan Omani Hospitality yang pertama sewaktu menunggu Maher menguruskan check-in ke bilik penginapan. Kami dijamu dengan kopi tradisional Oman di lobi hotel. Kopi tradisional Oman ini sangat pahit sampai Husband pergi meminta gula dari kiosk minuman di lobi hotel. Dia walau bagaimanapun diberitahu, kopi Oman memang tidak diminum bersama gula. Tradisi Orang Oman adalah meminum kopi pahit ini sambil memakan buah kurma yang manis. Hahaha!!
 |
Minum Kopi Oman yang sangat pahit di lobi Hotel Ramada Encore By Wyndham |
Hotel Ramada Encore By Wyndham ini setinggi 9 tingkat. Myself dan Husband mendapat bilik di Aras 8 manakala Abang dan Kakak Ipar pula mendapat bilik di Aras 7.
 |
Suasana di dalam Restoran Indonesia |
 |
Buku Menu di Restoran Indonesia |
Walaupun kami tak perlu nak membayar apa-apa sewaktu makan di sini dan juga di sepanjang perjalanan tour kerana segalanya dah termasuk dalam pakej percutian, suspen juga bila kita membuka buku menu di Restoran Indonesia ini untuk melihat harganya. Maklumlah Rial Oman kan 11 kali ganda Ringgit Malaysia. Terbayang harga makanan di sini juga macam 11 kali ganda harga di Malaysia. Haihh!
Surprisingly, harga makanan di Oman rata-rata berada pada sekitar OMR 2.000 (MYR 22) sepinggan. Tidaklah semahal yang kita fikirkan! Ini juga mengingatkan Myself dan Husband kepada pengalaman kami sewaktu di Kuwait. Walaupun matawang Kuwait 14 kali ganda matawang Malaysia, harga barangan di sana juga agak setara dengan harga barangan di Malaysia. Yang mahal cuma di UAE dulu. Walaupun matawang UAE cuma 1.2 kali ganda berbanding Ringgit Malaysia, harga barangan di sana memang rata-rata 3 kali ganda harga barangan yang sama di Malaysia.
 |
Harga makanan di Restoran Indonesia. Not bad!! |
 |
Ini pula harga minuman. Harga barangan di Oman ditulis sampai 3 titik perpuluhan kerana 1 Rial Oman = 1000 Baisa (duit sen Oman) |
Makanan di Restoran Indonesia ini memang sedap. Sebiji macam rasa makanan di Nusantara. Hilang rasa rindu kita kepada makanan di Malaysia.
 |
Suasana malam di pusat bandar Muscat |
 |
Di sekitar kawasan hotel ada beberapa buah hospital swasta yang kelihatan hebat. |
 |
Seperti di Malaysia, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan di Oman adalah percuma tetapi ramai rakyatnya yang berkemampuan memilih rawatan di hospital swasta kerana waktu menunggu yang panjang di hospital kerajaan. |
 |
Trafik malam yang sederhana di Muscat |
 |
Bergambar kenangan di tengah kota Muscat |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):