Saturday 31 December 2011

2011 SINGAPORE

Disember 2011

SINGAPORE (1st VISIT)
Singapore Zoo & Universal Studios 

Pada Disember 2011, ada kakak saudara mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya di Johor Bahru. Memandangkan Husband tak dapat hadir ke majlis ini, Myself menumpang Abang dan keluarga ke sana. Abang kata mereka sekeluarga turut merancang nak melawat Zoo Singapore. Dah terlanjur ada rancangan begitu, jadi Myself ajak juga mereka melawat ke Universal Studios.

Part 1: Singapore Zoo 


Kami naik kereta menyeberang Tambak Johor ke Singapore awal-awal lagi untuk mengelakkan kesesakan jalan.

Welcome To Singapore
Dengan bantuan GPS, kami sampai ke National Zoo of Singapore.

Pintu masuk ke Singapore Zoo
Menjengah ke bawah nak tengok buaya
Buaya kat bawah jambatan
Zoo di Singapore adalah antara zoo yang terbaik di dunia. Ia dibina seolah-olah suasana di dalam hutan hujan (rainforest).

Suasana hutan di Singapore Zoo
Hutan belantara di Zoo Singapura
Berjalan sehingga ke Wild Africa
Kawasan Singapore Zoo ni sangat luas. Disebabkan nak tengok keseluruhan zoo tapi tak mahu penat berjalan, kami naik tram keliling zoo.

Naik tram mengelilingi zoo
Banyak jugalah binatang yang dapat dilihat dari dalam tram.

Orang Utan
Harimau Bengal
Zirafah
Di tengah-tengah Zoo, ada sebuah kawasan terbuka di mana kita boleh melihat haiwan-haiwan yang tidak dikurung dalam sangkar dengan lebih dekat.


Satu lagi tempat yang sempat kami kunjungi ialah tempat di mana pengunjung boleh bergambar dengan kangaroo.

Kangaroo di Singapore Zoo
Tunggu giliran untuk bergambar dengan kangaroo
Bergambar keluarga dengan kangaroo
Untuk memberi ruang bagi melawat Universal Studios, kami cuma melawat Singapore Zoo selama setengah hari. Sebelum meninggalkan zoo, makan dulu di Restoran KFC. Di Singapore, semua fast foodnya halal. Jadi kalau susah nak cari makanan lain, makan sajalah kat restoran fast food.

Part 2: Universal Studios 

Universal Studios adalah sebuah taman tema berasaskan filem di Singapura. Ia terletak di Pulau Sentosa

Sekali lagi dengan bantuan GPS, kami memandu ke Pulau Sentosa. Setibanya di sana, kami tak jelas bagaimana cara untuk pergi ke Universal Studios. Jadi kami buat keputusan untuk parking saja kereta di Beach Station dan naik monorail ke Universal Studios.

Pemandangan di Beach Station sementara menunggu monorail
Perkhidmatan monorail disediakan secara percuma di Sentosa. Tiada tiket diperlukan, cuma beratur saja tunggu giliran.

Pemandangan di Stesen Imbiah
Untuk ke Universal Studios, kita perlu naik monorail sampai ke Waterfront Station.

Semua pengunjung akan bergambar dengan globe yang menjadi ikon kepada Universal Studios
Pintu masuk ke Universal Studios
Pemandangan di dalam Universal Studios. Keseronokan sudah mula terasa sewaktu melangkah di Hollywood Street ini.
Macam bergambar di Hollywood Walk of Fame kat Amerika
Seronok bergambar dengan Kungfu Panda
Jika nak collect gambar-gambar yang ditangkap oleh photographer rasmi Universal Studios, inilah tempatnya.
Madagascar - antara ride yang sempat dinaiki di Universal Studios
Istana Shrek - dalam istana ni ada movie Shrek 4D. Satu pengalaman tonton movie yang begitu menyeronokkan.
Enchanted Airways - roller coaster berhampiran Istana Shrek
Sambil Myself dengan Arsyad naik Dino-Soarin' ni, orang lain naik Canopy Flyer kat belakang tu
Canopy-Flyer di Jurassic Park
Naik kereta antik untuk mencari harta karun di seksyen Egypt di Universal Studios
Badak tipu yang dijumpai sewaktu cari harta karun
Kami adalah antara orang yang terawal merasa naik ride Transformers sebab ia baru dibuka 3 hari sebelum itu.
Sempat bergambar dengan Charlie Chaplin sebelum meninggalkan Universal Studios.



CATATAN PERJALANAN LAIN (SINGAPORE):

Friday 2 December 2011

2011 SIEM REAP, CAMBODIA BHG. 2

November 2011

CAMBODIA
Siem Reap

Bahagian 2: Angkor 
ANGKOR THOM, TA PHROM, ANGKOR WAT & BAK HENG HILL

HARI KEDUA

Part 11: Kompleks Sejarah Angkor 

Walau sesiapa berkunjung ke Siem Reap, sudah pasti Angkor Wat menjadi tumpuan. Sebenarnya Angkor Wat hanyalah salah sebuah candi Hindu-Buddha yang membentuk Kompleks Sejarah Angkor.

Pada kurun ke-11, wujud sebuah kerajaan tua di kawasan Siem Reap yang mana ibu negaranya bernama Angkor Thom. Rajanya yang terkenal bernama Jayavarman VII. Di dalam Angkor Thom terdapat berbagai istana dan candi-candi yang sebahagiannya masih dapat dilihat pada hari ini.

Awal-awal pagi Som dengan pemandu telah datang menjemput kami. Som memakai baju uniform ala-ala tentera. Katanya, peraturan Kerajaan Cambodia menetapkan semua Tourist Guide perlu memakai uniform di Kawasan Sejarah Angkor.

Cambodia adalah sebuah negara miskin. Banyak fasiliti di negara ini yang didirikan melalui projek-projek kemanusiaan pelbagai negara di seluruh dunia seperti Hospital Kanak-kanak Percuma ini yang didirikan oleh Kerajaan Perancis.
Pintu masuk ke Free Children's Hospital di Siem Reap.
Kompleks Sejarah Angkor terletak tidak jauh dari bandar Siem Reap. Anda boleh berkunjung ke sini dengan menaiki tuk-tuk saja dari Siem Reap jika ingin berbuat demikian.

Ramai pelancong backpackers yang berkunjung ke Kompleks Sejarah Angkor dengan menaiki tuk-tuk.
Beginilah ramainya pengunjung ke Kompleks Sejarah Angkor
Semua pengunjung diwajibkan untuk membuat pendaftaran cap jari untuk masuk ke Kompleks Sejarah Angkor.

Part 12: Angkor Thom

Ibukota negara purba Angkor bernama Angkor Thom. Lawatan pertama kami di Kompleks Sejarah Angkor ini adalah ke sini.

Pintu Masuk Utama ke Angkor Thom. Di atas pintu ada ukiran 4 wajah yang setiap satunya menghala ke utara, selatan, timur dan barat.
Untuk masuk ke dalam Pintu Utama, kita perlu melalui sebuah jambatan yang di kiri dan kanannya ada ukiran binatang seperti ular.
Di sebelah kiri jambatan, ular ini dipegang oleh patung-patung dewa manakala di sebelah kanan pula ularnya dipegang oleh patung-patung demons.
Jambatan ini melintasi parit (moat) yang dibindi sekeliling Angkor Thom
Pintu Utama ke Angkor Thom sempit dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan kecil. Nasib baik kami naik kereta, jadi perjalanan ke dalam boleh diteruskan dengan berkereta. Pelancong yang datang dengan bas besar terpaksa berjalan atau naik kenderaan-kenderaan lain seperti tuk-tuk dan gajah.

BAYON 

Kuil Raja Jayavarman VII di dalam Angkor Thom dinamakan Bayon.

Pemandangan Candi Bayon dari tempat letak kereta
Gajah-gajah yang menunggu di depan Bayon ini boleh disewa jika nak merasa bersiar-siar macam Raja Khmer zaman dulu-dulu.
Tangga naik ke Bayon telah rosak dimamah usia. Maka, tangga baru didirikan oleh Kerajaan Cambodia untuk kemudahan pelancong.
Inilah laluan utama yang digunakan Raja dan Pembesar-pembesar zaman dahulu untuk masuk ke dalam Bayon.
Ukiran Buddha yang telah rosak dekat pintu masuk ke Bayon
Courtyard luar di Bayon
Ukiran-ukiran dalam Bayon masih terpelihara dengan baik sehingga kini. Ukiran ini menunjukkan tentera Khmer sedang berperang dengan tentera Siam. Tentera Khmer boleh dikenali dari ukiran ini kerana mereka bertelinga panjang.
Dengan sedikit bayaran, boleh bergambar dengan artis-artis yang berpakaian tradisional.
Kerja-kerja konservasi di dalam Bayon.
Runtuhan di dalam kompleks kuil Bayon
Sami Buddha di Bayon
Kemegahan dan keagungan bangunan Bayon pada masa lampau masih dapat dirasakan bila melawat ke sini. Memang hebat bagaimana orang zaman dulu boleh membina kota candi ini.
Antara tangga untuk naik ke tingkat atas Bayon.
Beginilah ketinggian Bayon - dilihat dari tingkat atas.
Tangga untuk turun ke bawah.
Bayon sangat besar. Pengunjung selalunya masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu lain.
Perkarangan luar Bayon juga ada tarikan-tarikan lain yang tersendiri seperti Terrace of the Elephants.

Terrace of the Elephants
Pintu masuk ke Terrace of the Elephants
Pada masa dulu, Raja akan menyaksikan temasya yang diadakan di dalam kota dari sini.
Selain ukiran gajah, Terrace of the Elephants juga dihiasi dengan ukiran burung-burung Garuda
Pelancong-pelancong menyaksikan Terrace of the Elephants dengan lebih dekat
Ada beberapa pintu kota yang terletak bertentangan dengan Terrace of the Elephants. Antara temasya yang digemari Raja ialah menyaksikan pahlawan-pahlawan bergayut dari tali yang dipasang dari pintu kota ke pintu kota.

Part 13: Ta Phrom

Candi Ta Phrom istimewa kerana tidak seperti candi-candi lain yang sedikit sebanyak telah dibaikpulih, ia dibiarkan dalam keadaan asal sepertimana sewaktu ia ditemui oleh pakar sejarah dari Perancis. Ia juga terkenal kerana penggambaran filem Lara Croft yang dibintangi Angelina Jolie dibuat di sini.

Pintu masuk ke Ta Phrom juga dijaga oleh ukiran 4 wajah ini.
Projek konservasi di Ta Phrom dilaksanakan dengan bantuan dari Kerajaan India.
Penerangan tentang usaha konservasi yang sedang dilaksanakan.
Laluan masuk ke Ta Phrom di belakang ukiran 4 wajah tadi.
Sami-sami Buddha di Ta Phrom
Seperti juga kebanyakan candi lain, Ta Phrom juga dikelilingi parit.
Betapa lama Ta Phrom ditinggalkan selepas kejatuhan Kerajaan Angkor sehingga ia ditemui semula oleh ahli sejarah Perancis yang menjajah Cambodia dulu, dapat diagak dengan melihat saiz pokok yang menenggelamkannya.
Bilangan pelancong yang sangat ramai ke Angkor boleh dikatakan sebanding dengan bilangan pelancong yang melawat Piramid di Egypt
Menurut Som, filem Lara Croft:The Tomb Raider sangat membantu mempromosikan Angkor
Semua pengunjung berebut-rebut nak bergambar di sini.
Pemandangan di dalam kuil yang rosak dimamah usia.
Lagi runtuhan kuil di Ta Phrom.
Bergambar kenangan dengan akar pokok.
Meninggalkan Ta Phrom.

Part 14: Angkor Wat

Candi ketiga yang kami lawati adalah Angkor Wat yang terkenal di seluruh dunia. Ia adalah bangunan keagamaan yang terbesar pernah dibina di dunia.

Kami memasuki bangunan Angkor Wat dari bahagian belakang.

Parit di belakang Angkor Wat
Macam tak percaya melihat Angkor Wat berada di depan mata
Banyak monyet liar berkeliaran di sekitar Angkor Wat.
Pemandangan lebih dekat monyet-monyet liar yang berkeliaran di luar Angkor Wat.
Laluan masuk sebenar ke Angkor Wat (dari arah belakang).
Courtyard luar Angkor Wat
Kesan runtuhan di Courtyard Luar
Pintu masuk belakang ke Angkor Wat yang sedang dibaikpulih.
Ukiran Churning of the Sea of Milk adalah antara ukiran yang masih terpelihara di Angkor Wat.
Notis baikpulih ukiran Churning of the Sea of Milk.
Ukiran Churning of the Sea of Milk di dalam bangunan Angkor Wat menggambarkan mitos Hindu mengenai pembentukan bumi.
Pemandangan di dalam Angkor Wat. Lelaki-lelaki yang berpakaian kuning cerah dan berseluar hitam adalah Tourist Guide. Mereka diwajibkan oleh Kerajaan Cambodia untuk memakai uniform ketika bertugas di Kompleks Sejarah Angkor.
Sebahagian Angkor Wat kini digunakan oleh sami-sami Buddha untuk upacara keagamaan.
Courtyard di dalam Angkor Wat
Pada masa dahulu, hanya sami-sami besar dibenarkan naik ke puncak bangunan Angkor Wat kerana ruangan tersebut dianggap suci.
Raja-raja Khmer yang menguasai Angkor Wat pada masa dahulu bersilih ganti bertukar agama antara Hindu dan Buddha. Maka elemen kedua-dua agama banyak terdapat di dalam Angkor Wat.
Satu lagi pemandangan courtyard di dalam Angkor Wat.
Pengunjung-pengunjung ke Angkor Wat.
Sayup tingginya kelihatan dari sini.
Berposing di tengah Angkor Wat.
Seperti juga di Bayon, Angkor Wat dibina bertingkat-tingkat.
Pemandangan ke luar tingkap Angkor Wat.
Gambar-gambar promosi Angkor Wat sering diambil dari lokasi ini.
Pintu Masuk Utama (dari bahagian dalam)
Jambatan yang merentangi parit di luar Pintu Masuk Utama
Pemandangan Pintu Masuk Utama dari bahagian luar Angkor Wat
Pemandangan indah kompleks Angkor Wat dari tepi jalan utama.

Part 15: Explorers House Restaurant

Dah penat melawat, tibalah masa untuk makan tengahari. Kami dibawa ke Explorers House Restaurant.

Dalam perjalanan, kami melalui bandar Siem Reap lagi. Macam-macam bank kami tengok ada di pekan Siem Reap ni - ada CIMB, Maybank, Public Bank pun ada.. Macam kat Malaysia pulak rasanya.

Public Bank
Maybank
Kereta kami berhenti untuk isi minyak di sebuah petrol pump. Kami perhatikan driver kami membayar dengan US Dollar masa isi minyak. Bila masa dia orang ni guna duit mereka sendiri (Riel)? Asyik pakai US Dollar je sepanjang masa.

Restoran Explorers House
Restoran Explorers House ini milik seorang rakyat Malaysia.

Pemandangan di Explorers House Restaurant
Selepas makan, Som mencadangkan kami balik dulu ke hotel untuk berehat. Kami terus saja bersetuju. Tapi sebenarnya kami balik solat saja, lepas tu buat massage kat hotel. Lepas tu pulak pergi shopping kat Central Market yang berhampiran.

Part 16: Bak Heng Hill

Petang itu, kami kembali ke Kompleks Sejarah Angkor.  Tapi kali ni bukanlah nak melawat candi lagi, tapi nak menikmati pemandangan indah sunset di Bak Heng Hill.

Jalan masuk ke Bak Heng Hill. Ramai sungguh orang nak tengok sunset di sini. Kami juga bertemu dengan ramai pelancong Malaysia di bukit ini.
Pendakian ke Bak Heng Hill.
Penanda arah dan bakul sampah di Bak Heng Hill.
Pemandangan West Barray dari Bak Heng Hill sewaktu matahari terbenam. Cantik kan?
Beberapa platform seperti ini disediakan di Bak Heng Hill untuk melihat matahari terbenam
Semakin matahari tenggelam, pemandangan makin cantik
Macam suasana musim luruh kat negeri sejuk pulak!
Di puncak bukit ini ada sebuah kuil purba yang dinamakan Pre Rup Temple
Ramai pengunjung yang naik ke atas kuil untuk lihat sunset. Tapi kami tak panjat sebab tangganya tersangat amat curam.
Tangga untuk turun naik ke Pre-Rup Temple di Bak Heng Hill.
Bila hari mula gelap, semua orang berpusu-pusu turun sebab kat sini tak ada lampu jalan.
Pemandangan indah matahari terbenam yang masih sempat diabadikan dalam perjalanan turun ke bawah.

Part 17: Muslim Family Restaurant

Makan malam kami disediakan di Muslim Family Restaurant yang terletak di belakang Masjid Siem Reap. Oleh kerana Som dan pemandu kami tak pernah datang ke sini, agak terpusing-pusing juga kami mencari tempat ni.

Muslim Family Restaurant.
Ramai juga pelancong yang rasanya tidak beragama Islam makan di sini
Muslim Family Restaurant dimiliki oleh Imam di Masjid Siem Reap. Sewaktu kami makan, dia datang menyapa kami dalam Bahasa Melayu. Sempat jugalah bertanya kepada beliau tentang orang Islam di Cambodia.

Muslim Family Restaurant.
Kata Pak Imam, 3% penduduk Cambodia beragama Islam. Sebahagian besar mereka bertumpu di sebuah bandar yang dinamakan Kompong Som. Kerajaan Cambodia tidak menggalakkan aktiviti agama Islam, tetapi dalam masa yang sama tidak melarang aktiviti agama.

HARI KETIGA

Part 18: Pulang

Lapangan Terbang Siem Reap.
Ruang Menunggu di Siem Reap Airport
Banyak cenderamata menarik dijual di Siem Reap Airport
Pesawat Air Asia tiba di Lapangan Terbang Siem Reap. Selepas menurunkan penumpang di sini, ia membawa kami balik ke Kuala Lumpur.
Selepas 3 Hari 2 Malam, kami pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, Som mencadangkan supaya kami datang lagi ke Cambodia untuk melawat Phnom Penh dan Sihanoukville. Kalau ada masa dan kesempatan mungkin kami kembali ke sini. 


CATATAN PERJALANAN SIEM REAP (2011):