Sunday 24 November 1996

1996 ENGLAND

Julai 1996

UNITED KINGDOM
Northwest England & London

Perjalanan ketiga adalah ke England pada bulan Julai 1996 untuk menghadiri konvokesyen Adik di University of Salford di Manchester, England. Tidak seperti orang lain yang pastinya memberi tumpuan kepada London jika berkunjung ke England, lawatan kami bertumpu ke bahagian Northwest England, atau lebih tepat lagi sekitar bandaraya Manchester di England.

DARI KL KE MANCHESTER

Perjalanan kami ke England bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (waktu itu KLIA masih dalam pembinaan). Masih ingat lagi betapa excited perasaan pada masa itu kerana berpeluang pergi ke England bersama parents. 

Disebabkan kami menaiki pesawat Singapore Airlines untuk ke Manchester, kami terpaksa pergi ke Singapura untuk transit. Jadi pastinya kami terpaksa berlepas dari Terminal 2.

Penerbangan dari Subang ke Singapura mengambil masa 45 minit. Kami terpaksa menunggu 2 jam sebelum menaiki sebuah pesawat Singapore Airlines yang lebih besar untuk ke destinasi kami.

Bersama anak saudara, Emirul sewaktu menunggu pesawat ke Singapura di Terminal 2, Subang.
Penerbangan Singapore Airlines dari Singapura direct ke Manchester melalui Paris memakan masa 14 jam. Selepas 12 jam terbang, kami mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris dan lebih 2/3 penumpang turun di situ. Baki penumpang kemudiannya meneruskan baki 1 jam lebih perjalanan ke Manchester.

Part 1 : Manchester

DARI MANCHESTER AIRPORT MENUJU KE SALFORD

Kami sebenarnya tiba di Manchester Ringway Airport pada keesokan harinya dan Adik telah sedia menunggu di sana. Dari Airport, kami menaiki keretapi menuju ke rumah kediaman Adik di Salford.

Pemandangan dari dalam keretapi dalam perjalanan dari Manchester Ringway Airport ke Salford.
Pemandangan bandar Salford dari flat kediaman Adik.

JALAN-JALAN DI SEKITAR MANCHESTER

Di Manchester ada banyak teksi hitam klasik seperti ini.

Teksi hitam klasik di Manchester.
Seminggu sebelum kami tiba di Manchester, ada kejadian letupan bom oleh Irish Republican Army (IRA) di pusat bandar Manchester. Oleh itu, kawasan pusat bandarnya ditutup kepada orang awam untuk pembaikan.

Kawasan pengeboman yang sedang diperbaiki
Oleh kerana bandar Manchester terkenal dengan pasukan bolasepak Manchester United, kesempatan turut diambil melawat ke Stadium Old Trafford, home ground bagi pasukan tersebut. Tapi kami taklah masuk ke dalam, cuma tengok-tengok dari luar saja.

Memorial peringatan kepada pemain-pemain dan pegawai pasukan Manchester United yang terbunuh dalam Munich Air Disaster 1969.

UNIVERSITY OF SALFORD

University of Salford, tempat Adik belajar sebenarnya terletak bersebelahan dengan bandar Manchester.

University of Salford
Universiti inilah sebenarnya matlamat lawatan kami kerana di sinilah berlangsungnya majlis konvokesyen Adik. Majlis konvokesyen universiti Orang Putih ni walau bagaimanapun amat simple, tak macam majlis konvokesyen universiti di Malaysia.

Majlis konvokesyen University of Salford 1996.
Berkumpul beramai-ramai di depan Dewan Konvokesyen untuk meraikan para graduan. Patung di tengah-tengah tu adalah Victoria & Albert Memorial.

Part 2 : Lake District

Sewaktu di Manchester, kesempatan turut diambil untuk melancong ke Lake District. Kami ke sana dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang rakan Adik.

Kawasan R&R highway menuju ke Lake District. Masa ni angin tengah bertiup kencang 
Lake District ni sebenarnya sebuah Taman Negara di England. Tapi kawasan ni penuh dengan ladang ternak, tak adalah pokok hutan macam Taman Negara kat Malaysia.

Kawasan penternakan haiwan di sekitar Lake District
Lawatan kami ke Lake District berpusat di bandar Bowness-on-Windermere, yang terletak di tepi Tasik Windermere. Kawasan ni memang cantik.

Pemandangan depan jeti Bowness-on-Windermere
Jeti untuk Lake Cruise di Bowness-on-Windermere
Masa ni musim panas, jadi ramailah Mat Salleh berjemur atas padang.
Swan sedang berenang di Tasik Windermere
Kami juga naik bot pergi Lake Cruise untuk menikmati pemandangan yang cantik di sekitar tasik.

Lake Cruise di Tasik Windermere.
Sebuah lagi bandar yang turut dikunjungi adalah Windermere.

Windermere
Ini Aira Force, air terjun paling tinggi di England. Disebabkan kita biasa tengok air terjun yang lebih tinggi dan hebat di Malaysia, air terjun ni taklah nampak impressive sangat.

Aira Force

Part 3: Liverpool

Perjalanan seterusnya adalah lawatan singkat ke bandar Liverpool yang terletak tidak jauh dari bandar Manchester. Perjalanan ke sana dilakukan dengan menaiki apa yang Myself istilahkan sebagai "keretapi kampung".

Laluan keretapi dari Manchester ke Liverpool melalui beberapa buah kampung. Penduduk-penduduk tempatan menggunakan keretapi ini untuk berulang-alik di antara kedua-dua bandar. Agak suspen bila ada yang membawa anjing besar (German Sheperd) duduk bersama dalam keretapi ini.

Ini stesen keretapi di Liverpool. Namanya Lime Street Station.

Lime Street Station, Liverpool.
Lawatan ke Liverpool hanyalah ke Albert Dock, iaitu pelabuhan lama yang diubahsuai menjadi tarikan pelancong.

Pemandangan bandar Liverpool dari Albert Dock
Peta United Kingdom terapung di Albert Dock
Pelabuhan Liverpool amat bersejarah kerana pada masa dulu, dari pelabuhan inilah hamba-hamba abdi berbangsa Negro dari Afrika dibawa ke Amerika Syarikat. Sejarah perdagangan hamba abdi ini diabadikan di Merseyside Maritime Museum di Albert Dock.

Merseyside Maritime Museum di Albert Dock, Liverpool. Di dalam muzium ini ada pameran yang menarik mengenai perdagangan hamba abdi Afrika yang dikendalikan menerusi pelabuhan Liverpool pada masa dahulu.
Liverpool juga amat berbangga dengan kumpulan Beatles yang berasal dari bandar tersebut. Sejarah keagungan kumpulan Beatles ini turut diabadikan dalam sebuah muzium di Albert Dock. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami tidak berpeluang masuk ke muzium ini.

Muzium Beatles di Albert Dock, Liverpool.

Part 4 : London

Memang tak sah pergi ke England kalau tak berkunjung ke kota London. Maka, pada hari kedua terakhir di England kami sekeluarga berkunjung ke ibukota United Kingdom.

Perjalanan bermula dari Manchester Piccadilly Station menaiki keretapi Intercity Express milik British Rail. Atas cadangan Adik, kami membeli tiket First Class kerana haiwan tak dibenarkan masuk ke gerabak First Class. Jadi tak adalah kebimbangan anjing duduk di sebelah sepanjang perjalanan dari Manchester ke London.

Pemandangan di Manchester Piccadilly Station.
Tujuan kami ke London sebenarnya ialah kerana Adik nak membuat urusan tiket penerbangan pulang ke Malaysia selepas tamat belajar. Jadi pastinya tempat pertama yang kami tuju ialah Malaysia Hall, London.

Malaysia Hall, London (1996)
Untuk ke Malaysia Hall, kami naik tube (keretapi bawah tanah di London yang famous tu) dari Euston Station. 

Pemandangan dalam stesen Tube di London.
Selepas urusan tiket pulang Adik selesai, barulah kami berpeluang bersiar-siar di London. Memandangkan masa kami terhad, cuma setengah hari di London, kami membuat keputusan untuk mengelilingi kota London dengan bas pelancong yang banyak kami lihat di tengah kota.

Dari Malaysia Hall, kami pergi ke Oxford Street. Oxford Street adalah sebuah shopping street di London. Tapi kedai di sini nampak macam tak friendly sangat untuk orang-orang yang tak banyak duit.

Oxford Street di London. Sebaik lepas ambil gambar kat sini ada Environmentalist Group Greenpeace berarak buat kempen "Save The Whales". Tapi tak sempat nak ambil gambar mereka.
Kemudian kami naik bas Original London Tour pusing-pusing kota London.

Stesen bas Original London Tour dekat Trafalgar Square
Bas ini membawa pelancong pusing-pusing kawasan Central London. Atas bas ada headphone dengan audio dalam pelbagai bahasa (tapi tak ada Bahasa Melayu) menerangkan tempat-tempat yang dilalui.

Untuk mendapatkan pemandangan yang bagus kena duduk kat bahagian atas yang tak berbumbung. Tapi ada sedikit rasa gayat bila bas ini berpusing dan disebabkan masa tu musim panas, memanglah terasa sangat panas. Kami duduk di tingkat atas ni tak berapa lama, sebab tak tak tahan panas. Lepas tu pindah kat tingkat bawah yang bertutup dan berhawa dingin.

Bersiar-siar dengan bas Original London Tour. Di depan tu adalah Hotel Ritz milik Sultan Brunei.
Berikut adalah tempat-tempat yang dilalui semasa Bus Tour:

Westminster Abbey - Gereja ni besar sangat. Dari bas cuma dapat tangkap gambar pintu je.
Disebabkan kami tak turun dari bas, dapat tangkap gambar gate Buckingham Palace saja.
Pemandangan Piccadilly Circus yang terletak di tengah-tengah kota London dari atas bas.
Bangunan Parlimen British
Pemandangan dari atas bas sewaktu nak memasuki Tower Bridge yang famous tu.
Pemandangan Sungai Thames dari London Bridge. Jambatan inilah yang diabadikan dalam lagu kanak-kanak "London Bridge Is Falling Down".
Tower of London
Dengan tiket yang sama, penumpang boleh turun di mana-mana bus stop kalau nak melawat dengan lebih dekat mana-mana tarikan pelancong yang dilalui. Lepas tu boleh naik mana-mana bas lain dari company yang sama untuk sambung perjalanan.
Royal Festival Hall
Kami hanya mengikuti perjalanan bas ni tanpa turun sehinggalah dia kembali ke Trafalgar Square. Disebabkan ada sedikit masa lagi sebelum balik ke Manchester, sempat jugalah ambil beberapa gambar di Trafalgar Square.

Pemandangan di Trafalgar Square.
Trafalgar Square. Kalau tak salah belakang tu adalah National Gallery.
Walaupun sekejap, agak puas juga pusing kota London. Kalau ada rezeki, mungkin boleh datang lagi ke London dan England satu hari nanti. 

Part 5 : Pulang Ke Malaysia

Keesokan harinya England ditinggalkan dari Manchester juga dengan penerbangan Singapore Airlines. Tidak seperti laluan datang melalui Paris, penerbangan pulang ke Singapura adalah melalui Mumbai di India. Namun, seperti juga waktu kedatangan dulu, penumpang tidak dibenarkan turun sewaktu pesawat singgah sebentar di sana.

Goodbye, Manchester! Till we meet again someday!
Oleh kerana sebahagian besar penumpang adalah berketurunan India (mereka ni mungkin menetap atau bekerja di Britain dan nak balik melawat keluarga di India), peramugara dan peramugari Singapore Airlines agak sibuk melayan penumpang yang pasti banyak request Special Meals macam Muslim Meals dan Vegetarian Meals. Sebab itu jugalah kami lewat sikit dapat makanan dalam flight balik ni. 

Waktu datang dulu, disebabkan flight ini singgah di Paris, penumpang kebanyakannya terdiri dari Mat Salleh. Cuma kami sekeluarga je agaknya yang request Muslim Meal. Jadi, cepat je dapat makanan sebab peramugari tu layan kami dulu. 

Walau apapun, kami selamat tiba di Singapura selepas mengharungi 14 jam perjalanan dari Manchester. Setibanya di Singapura, terus naik pesawat Singapore Airlines lain untuk balik ke Malaysia. 


Saturday 23 November 1996

1996 HAADYAI & SONGKHLA

Mac 1996

SOUTHERN THAILAND 
Haadyai & Songkhla

Perjalanan "oversea" kedua adalah ke Haadyai dan Songkhla yang terletak di Selatan Thailand pada bulan Mac 1996. Seperti lawatan ke Medan, kami mengikut rombongan yang diatur oleh "orang kampung" (rakan-rakan Emak dan Ayah).

Lawatan ini adalah selama 3 Hari/2 Malam dengan menaiki bas persiaran. Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah Stesen Keretapi Batu Gajah. Dari sana, bas persiaran yang diatur oleh agensi pelancongan bertolak sewaktu hampir tengah malam menuju ke Thailand.

Part 1 : Haadyai

DARI BATU GAJAH KE HAADYAI

Jadual perjalanan yang diatur oleh agensi pelancongan sangat perfect. Bas kami tiba di sempadan Malaysia - Thailand yang terletak di bandar Changloon, Kedah pada pukul 7 pagi, tidak lama selepas pintu sempadan dibuka.

Sempadan Malaysia - Thailand
Selepas melalui pemeriksaan imigresen, bas meneruskan perjalanan ke Haadyai. Seorang pemandu pelancong Thailand menunggu dan naik bas bersama kami selepas melepasi sempadan.

Destinasi pertama lawatan adalah Temple of the Reclining Buddha di Haadyai.

Temple of Reclining Buddha
Mengikut ceritanya, patung Buddha di temple ni ada hati dan jantung yang diukir dalam badannya. Tapi tak tahulah kebenarannya.

Oleh kerana kedatangan kami hanya sekadar melihat, kami tak spend masa yang lama di sini. Terus saja ke bandar Haadyai disebabkan tujuan kedatangan rombongan adalah untuk bershopping.

Pemandangan di Bandar Haadyai
Di Haadyai ada banyak tempat-tempat shopping macam ni.
Malam itu kami menginap di Hotel Regency, Haadyai. Disebabkan makan malam tak masuk dalam pakej, kami terpaksa mencari makan sendiri. Tapi makanan halal sangat mudah didapati di Haadyai.

Part 2 : Songkhla 

Esoknya, lawatan ke bandar Songkhla yang terletak di tepi Teluk Siam. Di pantai Songkhla, ada patung mermaid tapi tak tahu apa cerita di sebalik patung mermaid ni.

Patung mermaid di Pantai Songkhla.
Sesuatu yang diperhatikan di Pantai Songkhla ni, lautnya macam tak ada ombak. Mungkin sebab terlindung dari tiupan angin kot.

Selepas meninggalkan Pantai Songkhla, kami naik bas balik ke Malaysia. Tengah jalan sebelum meninggalkan Thailand, singgah dulu di Cashew Nut Factory untuk shopping gajus. 

Kemudian bermulalah perjalanan bas yang panjang balik ke Batu Gajah. Nasib baiklah masa tu dah ada PLUS Highway.



CATATAN PERJALANAN LAIN (THAILAND):