Monday 31 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 14 (Alor Setar - KL)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 14: ETS Business Class
ALOR SETAR - KUALA LUMPUR

HARI KEEMPAT (2)

Part 32: ETS Business Class (Alor Setar - Kuala Lumpur)

Selepas mencuba naik ETS ke Pulau Pinang tahun lepas, Myself dan Husband menyimpan cita-cita nak mencuba perkhidmatan ETS Business Class pulak. Perkhidmatan ETS Business Class ini telah diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada bulan Julai 2019 yang lalu. Syukur Alhamdulillah, kami berpeluang mencuba ETS Business Class ini dalam perjalanan pulang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

ETS kami tiba di Stesen Alor Setar
Mungkin disebabkan Musim Covid sekarang, perkhidmatan Business Class ini cuma ada pada hari-hari yang tertentu sahaja. Ia adalah sebenarnya sebahagian perkhidmatan di dalam tren ETS Platinum KTM.

Koc Business Class terletak paling depan di belakang tempat pemandu.
Pintu masuk ke Business Class
Pada masa sekarang, bilangan seat di dalam Business Class cuma 35 sahaja. Susunan seatnya pula 2-1. Semua seat disusun menghadap ke depan. Jadi tak adalah kes Tipah Tertipu masa pilih tempat duduk dalam ETS Business Class.

Pemandangan dalam ETS Business Class
Dah namanya Business Class, mestilah seat dia besar dan selesa. Legroom dia pun luas sehingga Myself tak sampai nak letak kaki atas leg rest kat depan tu.

Seat yang besar dan selesa
Legroom yang luas
Tak sampai nak letak kaki kat leg rest di depan tu!
Memulakan perjalanan pulang ke KL
Pemeriksaan tiket
Pemandangan single seat dalam Business Class
Semua penumpang Business Class juga diberi souvenir dalam bentuk beg Travel Kit macam yang selalu diberi kalau kita naik sesetengah international flight tu. Beg Travel Kit ini ada bantal tengkuk (kena tiup angin sendiri), penutup mata, stokin dan earphone di dalamnya.

Peramugari mengedarkan Travel Kit kepada penumpang
Free Travel Kit untuk semua penumpang Business Class
Kandungan beg Travel Kit
Akhirnya perjalanan kami ke Alor Setar selama 4 Hari 3 Malam berakhir juga. Syukur Alhamdulillah di atas segala kemudahan dan keselamatan yang Tuhan kurniakan kepada kami. Dalam tren barulah Husband cakap yang dia dah siap-siap pack bekalan ubat untuk bekalan 2 minggu masa datang dulu, takut-takut kami terperangkap dalam TEMCO Sivagangga di Alor Setar. Bersyukur kerana kami tak diuji dengan TEMCO dan Kluster Sivagangga sewaktu di Kedah. Cuma selepas kami pulang, muncul pula kluster-kluster Covid yang baru di Kedah seperti Kluster Sala dan Kluster Tawar. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua dalam usaha memerangi wabak Covid ini.

Bagi Myself Alor Setar memang sebuah bandar yang sangat menarik untuk dilawati. Bagi kami berdua segala-galanya ada di Alor Setar ~ a recap of all our travels ~ bilik hotel yang pemandangan keluar tingkapnya macam bilik hotel kami di Auckland, New Zealand; jalan rayanya yang sibuk dan tak ada Zebra Crossing macam di Cairo, Egypt; shopping mall yang seperti di Cebu City, Philippines dan dataran bandarnya yang macam di Budapest, Hungary. Menaranya pun menarik macam Seattle Tower di USA, tapi yang ini kami belum sampai lagi ke sana ~ cuma tengok dalam gambar saja. Bangunan-bangunan klasik di tengah bandar Alor Setar juga cantik macam bangunan-bangunan lama di Eropah sana. Memang international sungguh suasananya. Memang seronok melawat ke bandaraya ini, cuma ia seakan tenggelam dengan populariti Langkawi dalam peta pelancongan Negeri Kedah.

Pemandangan sawah padi yang indah menghijau dan menguning kita tinggalkan sewaktu kita meninggalkan negeri Kedah menuju ke selatan tanah air.

Sambil itu, kita terus menikmati kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam ETS Business Class. Setiap tempat duduk di dalam ETS Business Class dilengkapi dengan meja makan dan personal screen seperti yang terdapat di tempat duduk Business Class dalam penerbangan antarabangsa. Ada banyak pilihan movie dan koleksi lagu untuk hiburan sepanjang perjalanan.

Personal screen
Menu pada personal screen
Antara pilihan movie yang ada
Yang ini pulak sebahagian dari pilihan lagu yang boleh dimainkan sepanjang perjalanan
Oleh kerana hari dah semakin petang menuju ke malam, bahang kepanasan matahari di luar memang tak terasa sepanjang perjalanan. Pemandangan di luar juga menyegarkan mata yang memandang.

Sungai Kerian rasanya.
Menuju ke selatan
Tidak lama selepas kami meninggalkan bandar Sungai Petani, ada sajian minuman petang diberikan. Boleh pilih sama ada nak minum teh ataupun kopi. Tapi tak ada pilihan minuman Teh Tarik yang menjadi kegemaran kami.

Bilangan penumpang Business Class pada hari ini cuma separuh kapasiti sahaja. Mungkin disebabkan kos tiketnya yang mahal ~ lebih 2 kali ganda tiket ETS Gold.
Sajian minuman petang. Sedap kuih-kuih yang dihidangkan.
Walaupun tempat duduk disediakan siap-siap menghala ke hadapan di awal perjalanan, tempat duduk dalam Business Class sebenarnya boleh dipusing mengikut arah yang diingini. Ini bagus bagi keluarga yang travel bersama anak-anak kecil ataupun mereka yang travel bersama rakan-rakan dan nak bersembang sakan sepanjang perjalanan.

Peramugari membuat demo kepada kami bagaimana nak pusingkan seat ke arah bertentangan
Pedal untuk memusing seat
Socket juga disediakan pada setiap seat. Senang kalau nak pakai laptop atau nak charge handphone dalam tren.

Socket untuk aisle seat ada di sini
Socket bagi window seat pula ada kat tepi dinding
Pemandangan sawah padi mula diselang-seli dengan ladang kelapa bila kita masuk ke Seberang Perai di Negeri Pulau Pinang. 

Ladang kelapa di Seberang Perai
Sawah padi di Daerah Kerian
Masih pemandangan di Daerah Kerian
Kita akan melalui semula juga Tasik Bukit Merah dalam perjalanan menuju ke selatan.


Maklumat-maklumat tren dan perjalanan sentiasa tertera di depan tren.

Selesa sampai terlentok dalam tren
Suhu yang nyaman sepanjang perjalanan. Taklah sejuk-gedi macam tren kami ke Butterworth dulu.
Maklumat kelajuan tren. Seperti waktu datang dulu, kelajuan tren yang maksima diperhatikan adalah 140 km/jam
Tiba di Taiping
Selepas meninggalkan Taiping, tren akan melalui 2 buah terowong merentas gunung batu kapur menuju ke Kuala Kangsar. Excited sebab dapat tangkap gambar terowong kali ini.

Berselisih dengan Komuter Utara KTM
Terowong
Panjang juga terowong yang perlu dilalui ini
Suasana dalam tren sewaktu lalu dalam terowong. Nampak bayang kita saja kat tingkap.
Pemandangan selepas terowong
Stesen Kuala Kangsar
Semakin mendekati Ipoh, semakin banyak pemandangan gunung batu kapur dan ladang kelapa sawit.

Rindu kat kampung halaman bila tren melintasi Batu Gajah. Maklumlah, kita memang jarang balik ke sini selepas kedua orang tua dah tak ada.

Batu Gajah yang sentiasa di hati
Masjid Toh Puan Hatijah di Batu Gajah
Sungai Kinta
Kellie's Castle yang menjadi kebanggaan Batu Gajah. Masa kita sekolah dulu, banyak cerita tentang hantu Orang Putih yang duduk dalam istana ini. Tak sangka ia boleh menjadi tarikan pelancongan yang popular sekarang.
Stesen Batu Gajah
Sajian Makan Malam disajikan kepada penumpang Business Class selepas tren meninggalkan Kampar. Tapi sajian ini tak ada pilihan. Kena terima apa saja makanan yang diberi. Sajian pada malam ini adalah Nasi Minyak.

Berselisih dengan ETS lain kat Stesen Kampar
Sajian Makan Malam
Nasi Minyak
Enjoying the luxury of ETS Business Class
Malam yang kian menjelang
Selepas perjalanan hampir 5 jam, kami selamat tiba di KL Sentral pada pukul 8.40 malam. Memang seronok dan puas hati travel dengan ETS Business Class dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Really enjoy! Rasa macam tak mau dah naik kapalterbang lepas ni...

Kuala Lumpur
Stesen Kuala Lumpur
Selamat tiba di KL Sentral
Jom balik ke rumah...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):